|
Reply #3277 smash^pumpkins's post
3 kali x pi baru blacklist kot..if i'm not mistaken laaa |
|
|
|
|
|
|
|
member aku (baru join ptd) ckp dia letak aku as ape ntah....katanya org yg dikenali lebih dr 5 thn....then nanti aku kene pegi interview ke ape ntah dgn dia....apekah sebenarnya...blur pulak aku![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3280 ecomoda012's post
|
|
|
|
|
|
|
sapa leh tolong
semalam jpa kol - dia kata nak offer jawatan ptd kontrak alh aleh lepas tu cakap interview ler pulak. konpius dan cuak. aku dah tak tau benda pasal ptd ni - cabang 2 dan peranan2 hampeh aku luper. kene interview dulu ker . plzzzzzzzz anybody helpppppppp meeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3280 ecomoda012's post
tu untuk borang tapisan keselamatan.. kena ada dua orang kawan yg kenal lebih 5 tahun. Pastu nanti dia panggil untuk interview ngan Polis.. Semua jawatan ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3282 cLiNiQue^HaPPy's post
rasanya ni N41.. sebab kontrak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3284 padlie's post
rasanya bukan tapisan keselamatan lagi tu, at least dah kerja 2-3 bulan baru tapisan halus dibuat, untuk n41 interview biasa biasa je kot, just prepare jawapan untuk ditanya berkenaan dengan kerajaan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3268 ainil's post
welcome back ainil......hei dara_lara dapat which ministry?? ramai tak yang dapat ministry of transport? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3285 evolutionary's post
ecomoda tu kawan dia yg dapat PTD.. Kawan dia guna nama dia dalam tapisan keselamatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hi semua..lama tak join thread ni...just nak wish congrats to all yang dah habis ptd unggul, selamat berkhidmat untuk negara...to those yang sedang tunggu result exam, melati doakan semoga berjaya...insyaallah ada rezeki tak kemana, anda dah berusaha sebaiknya...bersedia untuk PAC pula lepas ni..
p/s: axie nak tanya satu soalan, u dapat posting kat mana...baca posting u kat sini...rasa cam kenal jer ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by padlie at 22-2-2007 05:02 PM
ecomoda tu kawan dia yg dapat PTD.. Kawan dia guna nama dia dalam tapisan keselamatan..
mcm tu la...aku konpius...katanya maybe aku kene pegi dgn dia tu yg muskil ape yg akan berlaku :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3289 ecomoda012's post
selalunya kena.. ko backup la dia... cakap dia budak baik...
tp lambat lg la kalau dia baru start kije.. aku dah setahun lebih pun tak panggil2 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3290 padlie's post
ye ke??? menyusahkan je...tu pun nak kene pegi gak?? ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum pink_cumi...
Camana intvw pegawai tadbir tu?
Dapat tak?
Share la apa yang ditanya masa interview tu sbb I pun ada minta post ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3291 ecomoda012's post
Kilasan: Pelantikan PTD perlu ambil kira sensitiviti penjawat PPPS
Oleh Ibrahim Saad
Sumber: Berita Harian, 23 Februari 2007
PENGUMUMAN 518 jawatan tambahan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, baru-baru ini, melakar sejarah kerana buat pertama kali membuka perjawatan pegawai bertaraf siswazah di jabatan pelajaran negeri (JPN) kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Antara jawatan disandang PTD di JPN ialah Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (KPP), iaitu bukan jawatan baru tetapi selama ini ia disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
Bagaimanapun, PPPS tidak perlu bimbang kerana Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa dua jawatan tunggak di JPN, iaitu pengarah dan timbalan pengarah tetap dikhaskan kepada PPPS, bukannya PTD.
Sekiranya berlaku sedikit ketidakpuasan mengenai kemasukan PTD ke JPN, tentulah di kalangan PPPS kerana ia dilihat sebagai pembuka pintu kemasukan lebih ramai pegawai kumpulan berkenaan dalam pen- strukturan pegawai peringkat tinggi di Kementerian Pelajaran secara keseluruhan.
Jika ini berlaku, ia petanda kepada pengucupan peluang PPPS dalam menjawat jawatan tinggi untuk pelbagai perjawatan di kementerian.
Ada pihak mengatakan pengambilalihan jawatan Ketua Sektor KPP seperti diumumkan itu menyebabkan pengurangan jawatan yang selama ini disandang oleh PPPS. Apakah PTD juga akan ditempatkan di pejabat pelajaran daerah (PPD) tidak lama lagi?
Kemungkinan PTD juga ditempatkan di institut perguruan dan sekolah menengah berasas, setidak-tidaknya mengisi satu jawatan bertaraf penolong pengarah atau penolong pengetua sama ada untuk salah satu jawatan penolong pengetua sedia ada atau pengwujudan jawatan baru yang bertanggungjawab khusus dalam bidang pengurusan dan kewangan.
Kita berharap keputusan kerajaan dalam menempatkan PTD di JPN dan kemungkinan diperluaskan ke rangkaian pendidikan lain seperti PPD dan sekolah itu tetap mengambil kira peluang dan sensitiviti PPPS. Kita percaya kemasukan PTD akan diterima dengan senang hati jika kedua-dua aspek itu dipelihara dan dikekalkan.
PPPS juga tentu mempunyai aspirasi sama dengan kerajaan dalam usaha membangunkan pendidikan negara, termasuk untuk program raksasa jangka pendek, iaitu menjayakan pelan pendidikan dan memperkasakan pendidikan luar bandar seperti diumumkan Perdana Menteri di Sabah, minggu lalu.
Kombinasi kepakaran pegawai sedia ada dalam PPPS dan kemasukan PTD yang mempunyai kepakaran tertentu terutama dalam bidang pengurusan dan kewangan itu adalah elemen yang sudah tentu dapat memacu harapan kerajaan serta rakyat untuk melihat pendidikan negara mencapai kegemilangan termasuk di luar bandar yang masih mempunyai jurang perbezaan.
Apa yang ingin dilihat ialah wujudnya penggemblengan usaha di kalangan dua kategori perkhidmatan kerajaan itu, bukan pergeseran, pertelagahan atau curiga mencurigai antara satu sama lain.
Sekiranya ada pegawai PTD ditempatkan di PPD atau sekolah kelak, hendaknya bukanlah kejayaan memperoleh jawatan itu menjadi keutamaan, tetapi keberkesanan perkhidmatan bagi semua urusan dalam bidang yang dikatakan mereka mempunyai kepakaran dan pengkhususan yang lebih berbanding PPPS. Peningkatan dan perubahan mesti berlaku supaya mereka tidak diperlekehkan.
Bagi PPPS sendiri, mereka tidak seharusnya curiga terhadap kemasukan PTD kerana kerajaan sentiasa berusaha menambahkan jumlah penyandang bagi jawatan sedia ada, termasuk pada peringkat tertinggi seperti penambahan kepada lapan Pengarah JPN bertaraf Jusa C daripada lima sebelum ini.
Sementara itu, difahamkan lebih banyak jawatan pengetua cemerlang yang juga bertaraf Jusa C akan diumumkan tidak lama lagi. Ia peluang sangat istimewa dinikmati PPPS kerana pelantikannya terbuka yang diasaskan kebolehan dan keupayaan bukan mengisi kekosongan. Justeru ia menyediakan kesempatan yang tidak terhad.
Pengumuman dan pelantikan baru di JPN dan PPD, kita berharap akan melenyapkan jawatan "sangkut" di kedua-dua institusi itu. Selama ini sekolah menjadi korban apabila ada guru dari sekolah lain dipinjamkan berkhidmat di JPN atau PPD. Guru berkenaan membantu mengurangkan beban kerja di JPN dan PPD, tetapi beban itu berpindah ke sekolah asal mereka kerana tiada guru ganti.
Malah perjawatan 'sangkut' ini bukan saja berlaku dalam kategori pegawai berijazah, tetapi pada peringkat pengurusan biasa seperti kerani yang dipinjamkan secara kekal oleh JPN atau PPD. Kita berharap perkara seperti ini diberi perhatian segera. |
|
|
|
|
|
|
xetcetraz This user has been deleted
|
Reply #3270 evolutionary's post
from what i heard.. 40 ppl were posted to MOE.. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kalo nak prepare bley la baca cikit2 pasal scope tugas pegawai tadbir..pastu jgn lupa baca pasal modal insan, PIN, misi nasional..bukan ape..aku aritu ade interview jugak..soalan2 nie yang dieorg tanye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by evolutionary at 23-2-2007 11:27 AM
untuk post m41 ke n41?
n41
oo kena baca banyak benda lagi la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by evolutionary at 23-2-2007 11:27 AM
untuk post m41 ke n41?
n41
oo kena baca banyak benda lagi la ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|