|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dgn ada rekod mcm ni, masih dibenar mengajar lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 17-1-2019 10:01 PM
Siap seru makcik bawang
kemahennya membeweng, ustazah pun maknusia biasa, cuma ilmu dia belajar ilmu agama lebih, tak terlepas dugaan dunia jugaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 17-1-2019 02:02 PM
Dgn ada rekod mcm ni, masih dibenar mengajar lagi ke?
Dia dah mohon byk kali uols. Surat dr KMC pun ada....siap la JPN nak kena menjawab awat x proses ka layan kes cikgu ni |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 17-1-2019 06:49 PM
Kan. Jantan mcm tu la dik..sama je semua
kannn..jantan semua camtu tak jaga hati perasan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada update berita tu
Sapa sapa tolong tepek |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nye. Jangan pandang ringan dengan depression. Bertindak dibawah kesedaran boleh bunuh diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik takde apa2.pulang dgn selamat.
I pun stress ni, ada staff baru masuk. Boleh lah kitorang bahagi kerja. Baru masuk belom 1bulan dah buat surat nak pindah kg halaman. Kemain send email kat headoffice. Surat kena forward kat bos atas i.
Meeting kena sound, masa interview bila tanya boleh ke pegi sabah/srwk? Laju jer jawab "boleh". Bila dah dapat kerja, lain pulak citer nya. Macam2 alasan. Eh, banyak songeh lah.
Sekian,luahan hati |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap kaum keluarga si bangsat mohd saiful azman ni kena depression yg lagi terok dari ustazah ni, baru dia taw langt tu tinggi rendah..sapa yg tak pernah kena anxiety, depression, panic attack cakap mudah la..dok kata mengada2 la apa la. mulut2 puaka makcik2 bawang lahanat tu pon boleh jd punca org kena depression..sial punya keturunan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by simatakucing at 17-1-2019 10:43 PM
Ustazah Nur Farhana ditemui di luar Pulau Pinang
MyMetroUtama
LAPORAN portal berita Harian Metro mengenai kehilangan Ustazah Nur Farhana.
Shamsul Munir Safini
[email protected]
NUR Farhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak 14 Januari lalu, dijumpai selamat di luar Pulau Pinang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, pihaknya menjumpai mangsa pada 4 petang, namun enggan mengulas lanjut bagi memberi ruang kepada keluarga mangsa.
“Semua pihak perlu faham mangsa menghidap kemurungan dan tidak mahu memberi tekanan kepadanya.
“Apa yang penting sekarang dia selamat dan mahu dia bertenang bersama keluarganya.
“Maklumat lanjut akan saya kongsikan dan terima kasih kerana semua pihak faham,” katanya dalam satu kenyataan media di Balik Pulau, hari ini.
Difahamkan, mangsa ditemui di Kuala Kangsar dan ahli keluarga ustazah itu dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
chicozinn replied at 17-1-2019 02:30 PM
alahai, aku ingat aku sorang je bwak keta jauh ulang alik 250km nak g kerja..aku pun pejam celik p ...
Hari2 ke chuols sehari 250km? penatnya chuols dengan kereta manual memang letih juga... semoga chuols tak ngantuk n segar ulang alik nun huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia.Doom replied at 17-1-2019 10:15 PM
kannn..jantan semua camtu tak jaga hati perasan kita.
Dah nape jantan nk jaga jantan nih |
|
|
|
|
|
|
|
sorry to say,pegawai bahagian pindah di PPD dan mungkin juga di JPN hati kering
Ada kawan aku suami kena heart attack pernah masuk ICU,mintak tukar sekolah pun tak dilayan.masa ni suami dia dah ok,cuma kerja dah bertukar ikut ofis hour,kawan aku pulak ada masalah mata,x boleh drIve
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah selamat.. kesian dia tanggung perasaan sendri.. nak luahkn laki plak jenis xlayan... selfish pon ye gak... apela salahnye berkorban sket... tlg bantu isteri tu ape yg ptt.. ni x.. semua bini kne buat.. hamjadah betuiii. |
|
|
|
|
|
|
|
armin replied at 17-1-2019 09:27 PM
Patutlah. Byk rupanya. Yg kes ustazah ni mesti lakinya peniaga biasa2 je tu dia takleh nk berhenti ...
Aku xleh nk komen kes lari ni, tp pasangan suami isteri ni kenalan rapat family aku...bisnes laki stazah ni mmg jenis kencang, bkn cikai punya tp hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud hmmmmmm tu... boleh details kan????
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 17-1-2019 10:01 PM
Siap seru makcik bawang
Jantan ke pondan lorong ni? Mulot.. |
|
|
|
|
|
|
|
suami peniaga .... isteri cikgu --- suami lah berpindah .. mana mana pun boleh meniaga ---- |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 17-1-2019 10:52 PM
Aku xleh nk komen kes lari ni, tp pasangan suami isteri ni kenalan rapat family aku...bisnes laki ...
Cerita la sampai habis jgn biar tergantung sepi gitew |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-1-2019 06:50 PM
Nah.
Lain ni.
'Sedar-sedar ada di Padang Rengas'
Thursday | 2019
IPD Kuala Kangsar. Gambar kecil, Razali
NORMAWATI ADNAN
KUALA KANGSAR - "Saya hanya ingat saya banyak habiskan masa berjalan kaki, menumpang tidur di surau, minum pula hanya mineral dan makan roti yang dibeli menggunakan duit dalam poket."
Pengalaman itu diceritakan, Nur Farhana Ibrahim, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Genting, Balik Pulau yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar bertujuan mendapatkan perlindungan sekitar jam 3.15 petang, hari ini.
Guru itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga sebaik suaminya yang tiba di balai berkenaan pada jam 5.30 petang membuat pengesahan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, guru itu mula sedar keadaan dirinya ketika berada di sebuah lokasi di Padang Rengas yang kemudiannya menaiki bas dan turun di hadapan Hospital Kuala Kangsar.
"Sebaik turun di hadapan hospital, barulah guru ini perasan di mana kedudukan sebenar dia berada, dia berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer dari hospital sebelum menemui balai polis, kemungkinan wanita ini mencari tempat selamat untuk berlindung," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, guru Pendidikan Islam itu tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku termasuk individu yang ditemui sepanjang empat hari lalu.
"Dia keluar dari sekolah dengan hanya membawa beg mengandungi senaskah al-Quran, dia mengatakan itulah yang menjadi pelindung dirinya sepanjang empat hari ini.
"Setelah banyak habiskan masa berjalan kaki, dia tidur di surau-surau dengan mendapat kebenaran daripada jawatankuasa, tetapi dia tak dapat nak menamakan surau yang didudukinya itu," katanya.
Razali berkata, walaupun nampak keletihan ketika ditemui, wanita itu berada dalam keadaan normal tanpa sebarang kecederaan.
"Wajahnya juga ceria dan dia mengatakan tidak sabar mahu berjumpa suami dan anaknya," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan diambil, polis tidak mengesyaki wujud sebarang unsur jenayah dalam kes kehilangan itu.
Katanya, wanita itu berkemungkinan rasa tertekan kerana tinggal berjauhan dengan suaminya yang bekerja sebagai peniaga di Kedah.
"Siasatan selanjutnya dilakukan IPD Barat Daya memandangkan laporan dibuat di sana, setakat ini tidak melibatkan apa-apa jenayah," katanya.
Guru berkenaan disedari hilang selepas gagal dihubungi sekitar 4.30 petang, Isnin lalu, pada Isnin lalu.
Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin, namun tidak hadir pada Selasa.
Barangan peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis milik guru itu didapati masih berada di atas meja di bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|