CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dayangku_Azie

NOVEL

[Copy link]
Post time 15-4-2005 03:45 PM | Show all posts
sabar jer la, bherkk..u dah ader anak ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2005 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by rosslyn at 15-4-2005 09:42 AM:


ok myra..nanti dah baca..komen sikit kat sini eh..:hug:


Insya ALLAH kak ross :hug::hug:
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by bherkk at 15-4-2005 14:03:


bestnya kancil dpt hubby yg memahami.....my hubby jgn harap la.....siap marah lagi kalau me bawa balik novel....terpaksa sorok2 baca kat rumah...dia cakap me kalau dah membaca satu keja pun tak ...

ye ke bherkk..rasanya, tak salah klau nak membaca..bukanya baca buku yg tak elok kan..sabarlah bherkk..nak buat mcm mana..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:12 PM | Show all posts
sabar tu separuh daripada iman..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 15/4/2005 03:45 PM:
sabar jer la, bherkk..u dah ader anak ker?


tu la....sedih rasanya.....

me dah ada 4 org anak......kenapa you tanya????
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by kancilbiru at 16/4/2005 11:00 AM:

ye ke bherkk..rasanya, tak salah klau nak membaca..bukanya baca buku yg tak elok kan..sabarlah bherkk..nak buat mcm mana..


mmg sabar je la......tu yg suka masuk forum boleh bertukar/kongsi citer dgn korang......ada gak tmpt ngadu!!!

my hubby dia tu ok kalau bab lain....cuma kalau bab minat me kat novel tu dia cam tak memahami lak!!!! apa nak buat dah nasib......

but now me ada gak curi2 baca novel kat rumah....dia tak de la ckp apa....agaknya dah tak kuasa nak larang.....bini degil gak.....tp pandai2 la me cover!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
cempakabiru This user has been deleted
Post time 19-4-2005 09:00 AM | Show all posts
bherkk...apa kata u hadiahkan sebuah novel yang sesuai utk hubby u.....manalah tau terbuka hati dia nak membaca....silap2 lepas tu dia lak jadi ulat novel hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 09:12 AM | Show all posts
tu la.... nanti me try.....

kalau ada respon baik .....bagus gak kan.....last2 sama2 kongsi minat!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 11:34 AM | Show all posts
buku baru..RAHSIA PERINDU..  ..



Sinopsis : RAHSIA PERINDU
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:39 AM | Show all posts
BUKU BARU..GEMERSIK KALBU..



Sinopsis : GEMERSIK KALBU
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?


Harga : RM 18.00
Halaman :592
ISBN : 983-124-187-8
..


[ Last edited by kancilbiru on 19-4-2005 at 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 01:50 PM | Show all posts
kancil????

best ke dua-dua buku kat atas ni????

kalau best ingat nak cari kat pesta buku nanti
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 08:19 AM | Show all posts
lagi.....

Seindah Memori - Ilani Mysara

Badai Di Hati - Fazie Hanna

Sutera Kasih - Sirhan Ansari

Cintamu Di Hati - Aida Adriani

sapa2 ada dah baca tak......sila bagi komen best ke tak....

pleaseeeee!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:50 AM | Show all posts
Semalam Aries baca novel ni sampai pukul 2 pagi...hmm...best sangat tapi sedih lah last part sampai Aries pun nangis..




Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah 'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi. Antara Ain dan Haqimi. Dan benarlah...'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialah majikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zaman kanak-kanak mereka. Dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun 'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malam, tanpa pamitan ...menjadikan Ain insan kesepian.

Bil. Muka Surat : 572
Harga : RM25.90
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by bherkk at 20-4-2005 08:19:
lagi.....

Seindah Memori - Ilani Mysara

Badai Di Hati - Fazie Hanna

Sutera Kasih - Sirhan Ansari

Cintamu Di Hati - Aida Adriani

sapa2 ada dah baca tak.... ...



SEINDAH MEMORI.. - tak baca lagik..

BADAI DI HATI.. - baru abis baca ari tu..boleh tahan la jugak jln citernya..mula2 kancil rasa cam boring..tp at last best jugak la..citer psal natily..masa hari nak nikah..bapanya meninggal..pastu bila dah kawin, suami dia plak kena masuk penjara sbb jd bapak ayam..masa husband dia masuk penjara, dia kena rogol plak ngan abg sepupu dia..paste dia pregnant..bila buat ujian DNA..anak tu actually anak sah dia ngan husband dia..last2 husband dia kuar penjara 7 dorang mulakan hidup baru..sepupu dia yg rogol dia tu plak..meninggal kat dlm penjara..

SUTERA KASIH.. - tak baca lagik..tp, buku dah beli..ari tu ada kwn2 kat sini cakap buku tu tak best..

CINTAMU DI HATI.. - buku ni mmg best!!..kisah psal seri..bercinta dgn zufly, tp cinta terhalang plak..mak si zufly tak mau anak dia kawin..sbb takmo kehilangan anaknya..kes sayang sangat la nih..pastu dorang break..seri akhirnya kawin ngan azlan..seorg doktor..tp, konflik plak sbb zufly dok kacau seri..buatkan azlan jeles..last2 zufly leh tima hakikat & kawin dgn kwn dorang jugak..seri pun bahagia la ngan azlan..  ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by bherkk at 19-4-2005 13:50:
kancil????

best ke dua-dua buku kat atas ni????

kalau best ingat nak cari kat pesta buku nanti

tak tau nak ckp..sbb kancil tak baca lagik...  ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 20/4/2005 09:50 AM:
Semalam Aries baca novel ni sampai pukul 2 pagi...hmm...best sangat tapi sedih lah last part sampai Aries pun nangis..




[ ...


buku citer ni tajuk apa????

sbb gambo tak kuar la!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2005 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by bherkk at 20-4-2005 10:53 AM:


buku citer ni tajuk apa????

sbb gambo tak kuar la!!!!


Bherkk, gambo tak kluar? hmm...heran eh...Aries check gambor tu ada pulak...anyway tajuk dia ialah Airmata Kasih karya Syamimi Aminolah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 11:23 AM | Show all posts
la....baru kuar....

sorry!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 11:42 AM | Show all posts
gadis aries.....

terbitan creative ke????
Reply

Use magic Report

cempakabiru This user has been deleted
Post time 20-4-2005 11:58 AM | Show all posts
bherk...betul AIRMATA KASIH keluaran CESB ni sinopsisnya...harga RM25.90

Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah 'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi. Antara Ain dan Haqimi. Dan benarlah...'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialah majikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zaman kanak-kanak mereka. Dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun 'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malam, tanpa pamitan ...menjadikan Ain insan kesepian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.069129 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list