|
nonton konser yuk!!! Letto/Tompi/Maliq&D' Essentials/Dewa19/Project Pop/
[Copy link]
|
|
Originally posted by summer_snow at 4-9-2006 02:16 PM
rasa cam ramai gak..
ye la, dari indonesia, dari malaysia
semua ade
eheheh
dgr2 dlm 4 ribu org jer ek? sikit la jugak, considering yg perform ada 4 bands, 2 solo singers, 1 duet..
kira yg konsert SO7 gagal itu hari tu ok lagi la..solo band tapi audience 3 ribu.
:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bonita at 4-9-2006 03:53 PM
mekacih byk2...
tr3e lak..tak bergambo ke dgn once & ima? dlm paper utusan hari ni ada story psl derang nih..cumel jek...
gambar..ada..:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
HASRAT penganjur Scope Event Ventures Sdn. Bhd. untuk mengajak 40,000 penonton membanjiri padang Polo Pavilion, Bukit Kiara Country & Resort pada 2 September lalu, ternyata tidak kesampaian.
Ini kerana jumlah penonton yang hadir menyaksikan Konsert Triple Mega Malindo di sana hanyalah 5,000 orang biarpun harga tiket RM70 diturunkan kepada RM50 pada saat akhir. --> semua turun harga konsert yer... hehehe
Meskipun kehadiran penonton jauh tersasar, namun khalayak yang datang ternyata daripada golongan mereka yang setia menyaksikan konsert itu dari pukul 5.30 petang hingga 1.30 pagi.
Konsert yang menampilkan Bandi Amuk sebagai pengacara itu menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia. Malaysia menampilkan Search, Wings, Ella dan Lefthanded sementara barisan artis seberang dijayakan oleh Dewa 19, Ratu dan Ari Lasso.
Kumpulan Lefthanded yang dianggotai oleh Man Kidal (gitar), Yan (bes), Ally (gitar) dan Man Dayak (dram) diberi penghormatan membuka tirai persembahan.
Untuk sesi pertama, Lefthanded tanpa vokalis asalnya, Nash, mengiringi penyanyi Muix daripada kumpulan Metalasia untuk lagu Seruan, Keadilan, Semangat Lamina, Arah Yang Hilang dan Tanjung Puteri.
Persembahan segmen pertama yang turut diserikan dengan dendangan Ari Lasso menerusi lagu Rahsia Perempuan, Penjaga Hati dan Hampa ternyata tidak memberi apa-apa impak kepada penonton.
Hanya selepas Ella tampil dengan lagu ketiganya, Permata Biru, barulah suasana mula menjadi hangat.
Biarpun pada permulaan persembahan Ella seakan-akan tenggelam timbul, namun Ratu Rock itu begitu cepat mencari kekuatannya tersendiri.
Kemunculan Ella berjaya mengatasi persembahan Mulan dan Maia daripada kumpulan Ratu yang muncul sebelum itu sehingga terlintas dalam fikiran apa perlunya mengundang Ratu jika Ratu Rock Malaysia lebih hebat di pentas.
Apa lagi ketika menghangatkan suasana dengan lagu-lagu hitnya, pengaruh Ella begitu terserlah.
Antara lagu yang diperdengarkan oleh Ella dengan gaya manjanya ialah Kasih yang ditujukan kepada mangsa tragedi gempa bumi Yogyakarta, Layar Impian, Dua Insan Bercinta dan Dunia Batinku iaitu duet bersama Saiful Apek.
Itulah pertama kali Ella bergandingan dengan pelawak tersebut.
揈lla berduet dengan Apek pun secara spontan. Kami tidak buat latihan langsung. Apek pernah beritahu Ella yang dia suka lagu itu dan kalau ada peluang dia nak jamming dengan Ella,拻 kata Ella.
Selain duet dengan Apek, Ella turut diundang oleh kumpulan Dewa 19 ke pentas mendendangkan lagu Sedang Ingin Bercinta.
Rupanya konsert malam itu telah membuka hati Ella untuk membuat konsert solonya dengan mengundang beberapa rakan artis lain.
揝eronok ya kalau dapat buat konsert bersama rakan-rakan artis lain. Ella cadang nak undang beberapa penyanyi utama kumpulan rock berduet untuk konsert itu. Tengoklah macam mana nanti,拻 katanya yang tidak sabar untuk mengadakan konsert solo itu.
Ratu tidak perlu
Sejak awal lagi ramai yang mempersoalkan kenapa perlu ada Ratu pada konsert itu? Adakah kerana salah seorang anggotanya iaitu Maia merupakan isteri kepada ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani turut menjayakan konsert itu?
Sebenarnya kemunculan Ratu tidak membantu menghangatkan konsert itu. Meskipun seorang lagi anggotanya, Mulan cuba 憁enggoda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #323 QueenLove's post
heheh..
betul la harga tiket turun..
membe aku ade bgtau pasal ni gak
ahahahah..
tapi pasni aku harap Dewa19 leh buat konsert solo je la kat sini..
takyah la nak kongsi stage ngan sesapa pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Congratulation Dewa 19!!
menang untuk Band Pilihan Era 06 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer_snow at 10-9-2006 09:14 PM
Congratulation Dewa 19!!
menang untuk Band Pilihan Era 06
Congrats too...
tak sangka Dewa19 bleh menang...aku rasa Dewa19 naik sbb lagu SIB dgn Once's Dealova tu je... |
|
|
|
|
|
|
|
yup...congrats dewa19..tak sangka ramai lg penyokong they all..
heran ekk ngape peterpan tak tercalon. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bonita at 11-9-2006 09:28 AM
Congrats too...
tak sangka Dewa19 bleh menang...aku rasa Dewa19 naik sbb lagu SIB dgn Once's Dealova tu je...
yup2..
aku pun rasa sbb lagu2 tu la Dewa 19 leh menang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tr3e at 14-9-2006 03:02 PM
yup...congrats dewa19..tak sangka ramai lg penyokong they all..
heran ekk ngape peterpan tak tercalon.
ade la tr3e..
peterpan tcalon gak
heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
bila yer konsert search dgn slank tu... harap2 aman... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer_snow at 14-9-2006 08:23 PM
ade la tr3e..
peterpan tcalon gak
heheheh
Peterpan tercalon..nasib baik Ariel tak gi anugerah Era malam tu...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QueenLove at 14-9-2006 09:36 PM
bila yer konsert search dgn slank tu... harap2 aman...
rasanya search nak buat konsert anniversary 25 thn ujung thn nih. nak gak pegi tgk search.
aku pon harap2 aman. kena geng2 slankers turun..ishhh mmg ganaz2 dorg tu... |
|
|
|
|
|
|
|
la..ye ke peterpan tercalon? tak pasan lak aku...
hehehe nmpk sgt x undi..
ermmm ngape peterpan leh kalah ni? (kurang satu undi dari aku tak jejas kot..)
tapi ok gak dewa menang. terbukak sikit minda band2 n artis2 mesia yg balik2 nak kutuk artis indon.
masih la isu tu lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tr3e at 15-9-2006 10:03 AM
la..ye ke peterpan tercalon? tak pasan lak aku...
hehehe nmpk sgt x undi..
ermmm ngape peterpan leh kalah ni? (kurang satu undi dari aku tak jejas kot..)
tapi ok gak dewa menang. terbukak siki ...
aha..dahlah si Neves PU tu tak abis dok suh support local music.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul..dah tu masa dia tu perform pun semput. ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ala derang tu tifui jer... sebenarnya minat gk dgn band2 indon...
[ Last edited by QueenLove at 17-9-2006 11:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Fantasia Bulan Madu temukan Search-Slank
FANTASIA Bulan Madu adalah satu antara dua buah lagu yang akan menemukan kumpulan rock legenda negara, Search dan Slank, di atas satu pentas sempena S2 Celebration Concert Search XXV Anniversary featuring Slank pada 10 dan 16 November depan.
Konsert yang diadakan sempena ulang tahun ke-25 penubuhan Search anjuran Tiga Event Sdn. Bhd. (TESB) itu bukan sahaja akan membuktikan keunggulan Search malah akan menampilkan kehebatan mereka di samping Slank yang lahir di atas populariti Search.
Amy yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian bersama (MOU) dengan TESB di Sri Pentas, Petaling Jaya baru-baru ini berkata:
揝elain lagu Fantasia Bulan Madu, kami juga akan berduet dengan Slank melalui sebuah lagi lagu popular kami. Setakat ini kami belum memutuskan apakah lagu itu.
揃agaimanapun, Fantasia Bulan Madu menjadi pilihan Search kerana ia bukan sahaja diminati tetapi menjadi titik tolak kepada Slank yang menjadikan Search sebagai ikon mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QueenLove at 17-9-2006 11:05 PM
ala derang tu tifui jer... sebenarnya minat gk dgn band2 indon...
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QueenLove at 14-9-2006 09:36 PM
bila yer konsert search dgn slank tu... harap2 aman...
yup2
harap2 aman..
ramai slankers turun tu...
tp kalu anggota Rela tu semua buat kerja, bkn tgk konsert free jer..
mmg leh aman nye
hahahah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer_snow at 18-9-2006 09:09 AM
yup2
harap2 aman..
ramai slankers turun tu...
tp kalu anggota Rela tu semua buat kerja, bkn tgk konsert free jer..
mmg leh aman nye
hahahah..
best gk kalu, gabungkan seacrh-wings-slank-/rif pun best gak.... tp sbb konsert search 25 thn, tk dpt la... hehehhe |
|
|
|
|
|
|
| |
|