CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: highlander07

Iblis dan godaan

[Copy link]
Post time 19-3-2008 12:27 AM | Show all posts
Salam sejahtera.....mungkin saya org baru untuk berbual disini....tapi tak baru dalam mengikuti perbualan, perbincangan, perselisihan faham dan yang berkaitan dengannya terutama penerangan sensasi dan kontroversi yang datangnya dari tuan highlander.


Walaupun tertinggal bas agak jauh tapi saya harap boleh 搄ump
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 02:14 AM | Show all posts
salam, senang hati saya, cik highlander dah menjawab....utk bagi semua forumer...syukur ...
sampai jupa lagi, wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 12:25 PM | Show all posts
FIQ kata 3 malam tanpa bintang. boleh jadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 04:52 PM | Show all posts
salam, slamat menyambut harijadinya...
ehm, rasa2 nak luahkan sesuatu; kenapa mahdi disempurnakan satu malam?kenapa dia baru tersedar?
tersedar di sini bukannya dia tak tahu, ini bukan cerita ilmu, bukan cerita akal, bukan cerita tarikat pondok kitab wali atau sufi;
dia tersedar apabila dalamannya terus terpantul kuar yg diluar masuk ke dalam, cth;mcm ni; penah tgk benda yg kembang kerana terlalu panas dan tiada tempat utk haba keluar? ehm, lebih kurang gitulah...
ataupun gini; sapa penah tgk cerita hero matrix belakon? "constantine"; tgk tak di awal cara mamat tu guna cermin utk tarik setan dlm badan manusia yg kena rasuk tu?yg lepas tu terhempas kat teksi...
ehm; tapi yg jadi kat mahdi ni bukan setan yg ditarik kuar...tetapi jeng jeng jeng nantilah sambung...nak rilek dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 06:56 PM | Show all posts
saspen..saspen....(cepat sikit sambung:@ )
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 09:22 PM | Show all posts
salam semua...tapi saya fikir2 balik, nanti ada plak pertanyaan; ya saya memang bukan almahdi tapi cemana saya tahu apa yg berlaku pada mahdi?
cuma ini saya cuma katakan; saya tak pernah tahu cara bagaimana nak menembak; tetapi bila pistol sudah di tangan; akal memetik ilmu lalu diproses faham tindakan sampai ke jari utk memetik; sangka saya saya tahu memetik pistol; tetapi ROPA ROPANYA SODAH TERTOLIS BAHAWA BAGAIMANA CARA AKAN SAYA PERGUNAKAN PISTOL ITU; tetapi nabi Isa esok bunuh dajjal paklai pedang nabi Muhammad; selamat hari jadi padamu dan semoga engkau wahai nabi kekasih gelapku sentiasa dlm kemenangan; saya pon cuma serpihan dari tuhan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2008 01:11 AM | Show all posts

Reply #348 mast3rshad0w's post

OOooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by mast3rshad0w at 20-3-2008 04:52 PM
salam, slamat menyambut harijadinya...
ehm, rasa2 nak luahkan sesuatu; kenapa mahdi disempurnakan satu malam?kenapa dia baru tersedar?
tersedar di sini bukannya dia tak tahu, ini bukan cerita i ...

sambunglah............ tak sabar nak tahu nihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2008 12:49 PM | Show all posts
salam pd semua...d hari jumaat yg mulia...
ehm, perihal mahdi....nak tahu apa rasa mahdi time dia dah transform ke bentuk yg sempurna?;saya akan bawa dari satu sudut dimensi tapi penuh realiti dan hakikat;

saya bawakan kpd keadaan di mana kita dlm keadaan bermimpi; kita semua pernah bermimpi dan merasai alam perasaan mimpi;

sewaktu kita mimpi;cth suasana berjalan sorang2 dan tiba2 terjupa seserg; di dalam mimpi itu kita tak dapat mengawal cara kita utk menyusun dialog atau nak tegur ke tdak org itu;segala dlm mimpi itu semua hanya berjalan mengikut perancanganNya[maksudnya akal memproses perjalanan ingatannya kembali mengikut tahap program yg telah disusun dilokasi ingatan]

jadi waktu kita sedang berjalan di dalam mimpi;katalah berlajan di sebuah taman sambil menikmati keindahannya;perasan tak kita di dlm mimpi itu cuma bagaikan seseorg yg wujud tak wujud?kita cuma boleh melihat dan merasai segalanya tetapi tiada sebarang tindakan bebas yg dpt kita lakukan dgn kehendak akal dan tubuh kita?cuma kalau kita mimpi di kejar anjing kita cuma otomatik berlari dan tangan mencapai tempat yg tinggi utk selamatkan diri dr digigit anjing; cuma perasaan penat waktu berlari boleh terbawa hingga kita tersedar dr lena;

di dlm mimpi kita ibarat duduk disebelah badan seseorg yg kita tak kenal dan kita tak dapat mengawalnya;cuma di dlm mimpi itu kita dibawa sekali dan kita mengutip pengalaman rasa; bagaikan kita didukung atau dicempung seseorg...segalanya di kiri kanan atas bawah depan belakang kita dapat melihat; tetapi dari segi tindakan kawalan tubuh badan di luar kekuasaan kita;

so kiranya sapa2 bole renungi hakikat rasa dan kesedaran; saya akan sambung lagi..salam selamat semua, wassalammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 02:14 PM | Show all posts
page mendap ke... alamak:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 03:40 PM | Show all posts
salam forumer....
jadi di mana kita ya?
ehm, penah tak bagi sapa2 yg merenung cermin lama lama, kemudian ada perasaan diri itu seolah makin berkembang berkembang makin besar besar besar?
itulah aura nur Muhammad yg tersinar sedikit demi sedikit;tapi ia takkan terzahir sblm tiba masa kesempurnaannya
bagai mana perasaan almahdi?

saya bawakan satu contoh apabila kita tidur lena di alam mimpi
dlm satu suasana mimpi; kita berjalan keseorangan di satu taman bunga; sambil mata kita memandang sekeliling seadanya; berjalan jalan sorang sorang sambil memandang kiri kanan;apabila kita sedar[bangun dr tido]cuba fikir semula;semasa suasana di alam mimpi; kita bagaikan menumpang badan seseorg;kehadiran kewujudan dan merasai dgn mata telinga; tetapi suasana alam mimpi kita tak dapat kawal;kaki tangan takdapat kawal;semua berjalan otomatik;inilah program yg diletak dlm otak;ingatan yg telah diproses; kita tak dpt emngawal suasana dan keadaan;mahupun ketika berlari atau melakukan sesuatu;tetapi dlm mimpi itu kita dpt melihat dan merasai; sehinggakan kalau dikejar anjing;kepenatan itu terbawa bila kita sedar dr tidur;badan juga bole berpeluh;tetapi keadaan anggota tubuh badan kita takdpt kawal semasa mimpi;cuma bagaikan kita menemani seseorg; kita dapat lihat cahaya, warna, bentuk, bau dan rasa;

jadi apabila tiba masa seseorg itu esok;hampir lebihkurang begitulah suasananya; kita hadir;kita perasan kewujudan kita;tetapi kita tak dapat mengawal[menguasai]tubuh badan;kita cuma menumpang utk menyaksikan segalanya,melihat segalanya,merasai segalanya;tetapi tenaga dalaman sudah mengambil alih sepenuh penuhnya;

sampai di sini dulu;saya akan sambung lagi kiranya diberi masa....
wassalammmm; hint[cuba tengok filem "THE FOUNTAIN" lakonan hugh jackman dgn rachel wiesz;ada intipati penting kat ctu...okey
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:40 PM | Show all posts

....

..lambat....:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 09:39 PM | Show all posts
page mendap
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 11:59 PM | Show all posts
aiseh,,sori la ntah cemana bole terduble, minta maaplah ye tuan umah, tak sengaja, kenapa ada masalah begini yer?apapon salam semua, wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:32 PM | Show all posts
salam semua; ah satu pertanyaaan yg menarik dari sdr aiz...
dlm Islam tiada 'reincarnation' itu hakikat; tetapi bagi agama lain spt kristian, budhha, hindu mereka ada 'reincarnation'

jadi setiap ilmu ada benar dan batil, begitu juga siang malam, pagi petang baik buruk syurga neraka pahala dosa;apakah pula lawan kpd reincarnation dlm Islam utk membawa hakikat dan menguatkan kebenaran Islam? raj'ah atau raj'ie [rujuk semula]

sebenarnya inilah topik yg paling besar; tak pernah putus dari zaman tabiut tabi'en kepada tabie'in hingga kpd zaman kewalian; apabila dibuka perbincangan ilmu raj'ie ini; maka terungkaplah segala bentuk sejarah ilmu yg panjang2 dan perbahasan ygg tidak putus2 dari mulut2 para ilmuwan, hujjatul Islam dan ramai lagi spt Ibnu Kathir, Imam al-Ghazali;ibnu Taimiah dsbnya;

kita rujuk quran dan hadislah; ingat kisah nabi Uzair?satu satunya nabi yg menghafal kitab taurat di zaman itu; setelah nabi Musa wafat bersama kaumnya di padang pasir dilanda ribut taufan; nabi Uzair kisahnya beliau dimatikan tuhan selama 100 tahun;ketika beliau dlm perjalanan beliau berehat disebuah kebun dan ketika itu beliau tertanya dlm hati bagaimana tuhan menghidupkan suatu kwsn tanah kering kpd subur dan penuh sumber air dan kebun buahan; beliau kemudian tertidur terus sehingga keldainya tinggal tulang2;tetapi bekalan beliau [buah dan air] tidak terusik;kemudian beliau dihidupkan kembali oleh tuhan; dia melihat dan diterangkan dgn jelas oleh tuhan; sehingga beliau menemui kembali anak perempuannya yg telah sgt tua dan diraikan kembali oleh org2 kampung setelah beliau membuktikan beliau nabi Uzair dgn membaca penuh isi kitab Taurat;

selain kisah nabi Uzair; nabi Musa pernah menghidupkan org yg mati dgn memerintahkan org2 mencari seekor lembu; kisah Ashhabul kahfi [penghuni gua] dlm surah AlKahfi; dimatikan dan dihidupkan selepas 300 tahun; kisah Nabi Isa menghidupkan mayat seorg firaun di zaman sblm nabi Musa; dan banyak kisah2 yg tercatat dlm quran demi hanya utk mengisahkan bukti2 org2 yg pernah hidup pd ketika ketika zaman kemudian dimatikan dan dihidupkan kembali olehNya; tidakkah kita terdetik mengapa begitu banyak bukti tuhan kisahkan perisitwa mati hidup kembali?yg pertama secara pandangan kasar-pembuktian kuasa-ini yg umum ramai ketahui;tetapi disebalik kisah mati hidup semula yg sentiasa berulang ulang mengikut urutan nabi nabi yg diutus; kenapa?kerana ia berkaitan dgn peristiwa akhir zaman yg melbatkan fitnah yg amat besar hebat iaitu fitnah dajjal; yg melibatkan perjuangan kembali keturunan Rasulullah sendiri iaitu-alMahdi....

tetapi hendak dikatakan reincarnation tidak begitu; ia adalah raj'ie;lebih halus dan tetumpu pd kerohanian yg dikenali oleh ahli2 ilmu kerohanian [tarikat,pondok,kitab, sufi] sbg 'nurMuhammad';jadi kebangkitan inilah yg disusun cerita oleh Tuhan sblm terjadinya peristiwa Kiamat [langit digulung dan bumi dilipat]

...yg lain2...sdr Aiz rasanya sudah nampak....jumpa lagi nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:44 AM | Show all posts
bersembahyanglah dan bersabarlah dlm mengerjakan sembahyang ..............

...............itu kerja kita........belajar hakikat taat tanpa kompromi....

itu boleh diajar beramai2.....

namun pembelajaran ilmu hakikat kehidupan  mcm nie biar sorang2 ngan Tuhan....

kalau tidak nanti ada yg belajar syariat......ada pulak yg terus lompat ilmu tarekat ni terus........

dan ada yg pikir dan keliru, mana nak pilih? nak ilmu syariat dulu ka nak lompat terus, mana tau ada peluang terus jumpa Tuhan............

bolehkah, sedangkan diri masih banyak terperangkap dgn dunia....?

salahkan pendapat saya ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 10:43 AM | Show all posts

Reply #361 aizverus's post

ye..itulah hikmahnya kita mengkaji dan kerana itu kita disuruh "baca" segala2 yg dijadikan Allah bukanlah sia2 jika kita tau hargainya..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 08:45 AM | Show all posts

Reply #363 aizverus's post

ye..kat mana letaknya ye?..sebab tu kena Iqra..tadi ada terbaca pasal azazil ni..dari kitab imam ghazali la jugak..pedihnya siksaannya...dia sendiri tau ..tapi masalah utama dia ujub dan sombong..dosa itulah yang Allah tak ampunkan..

Di neraka nanti digantungkan rantai laknat dilehernya..setiap seribu atau seratus ribu tahun kot,dia dikeluarkan dari neraka dan dia dberi peluang untuk bertaubat dengan bertemu dan sujud pada Nabi Adam,tapi dia tetap angkuh dan tidak mahu..rantai yg digantung itu cuba diangkat oleh semua malaikat dan walaupun jumlah mereka digandakan masih tak mampu diangkat..bayangkan..seksaan yang maha dahsyat itu pun tak mampu nak hilangkan perasaan ujub di hatinya..

Allah mengampunkan dosa Nabi Adam kerana ia disebabkan syahwat tetapi dosa kesombongan Iblis tidak diampunkan Allah..agaknya apa disebalik kegelapan itu ye..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 18-3-2008 01:42 AM
mahdi itu semua knowledge dah d'install' pd dirinya..cuma proses 'tersedar' itu ambil masa 1 malam shj (terbuka hijab umpama malam dibuka tirai oleh siang)

Salam,

Teori yg menarik....

Walhal Rasullulah sendiri melalui pelbagai peringkat spt mukjizat ketika kecil, dada dibelah, peristiwa di Gua Hira', dan seluruh Al-Quran itu diturunkan secara berperingkat.

Adakah maksud disempurnakan itu full installation  atau pun final patching?

Kita renung ayat dibawah :-

[5.3]
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by mast3rshad0w at 21-3-2008 12:49 PM
salam pd semua...d hari jumaat yg mulia...
ehm, perihal mahdi....nak tahu apa rasa mahdi time dia dah transform ke bentuk yg sempurna?;saya akan bawa dari satu sudut dimensi tapi penuh realiti d ...


Saya pun percaya pada teori ini.

Teruskan sdr mast3rshadow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.213736 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list