|
Reply 294# Hang
yg blh transfer pahala utk org hidup tu jenis yg mcm mana? bc Lah btl2
contoh yg diberi ibadah qurban! pandai2 elaborate amalan lain yg wajib buat sendiri?
dlm Adik beradik sy 7 org, biasa ada salah sorang yg terlbh duit buat kurban utk Kami semua . |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalahnya bertawassul dikubur keramat pulau besar melaka? bukahkah mrk itu para wali yg ...
tobby Post at 16-5-2010 04:44
Semuanya bergantung pada niat orang yang melakukannya selagi ia berdiri di atas landasan akidah, syariat dan akhlak agama Islam. Sama jugak dengan persoalan hang, bergantung pada niat hang, nak tau kebenaran atau nak persendakan kebenaran..dan Allah dah sediakan ganjaran untuk hang...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)
Tanda-tanda suatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat Aqidah, Syariat dan Akhlak ;
(1) Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi memaksa diri seseorang itu beramal dengan segala yang baik (Wajib,Sunat & Harus) dan meninggalkan segala yang jahat (Haram & Makruh).
(2) Patuh Pada Perjanjian ;
(a) Patuh kepada janji yang sama dengan Hukum Syarak, samada yang Wajib, Sunat, Haram, Makruh atau Harus bagi mendapatkan sesuatu yang menyalahi kebiasaan.
(b) Patuh kepada perjanjian yang Harus dalam Syarak bagi mendapatkan sesuatu yang menyalahi kebiasaan yang dinamakan pantang larang.
(c) Patuh dalam perjanjian yang Haram dalam Hukum Syarak.
(3) Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.
(4) Mengiktikad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang dihajati (berada dalam Syak, Zon dan Waham di dalam Akidah).
(5) Amalan yang tidak diketahui asal-usulnya. Paling kurang amalannya hendaklah sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai akan kebenaran ilmu dan amalnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Si Mati: Satu Studi Perbandingan
Oleh: Zain Y.S (al-ahkam.net)
Note: Versi ini telah disemak, dikoreksi dan dilakukan penambahan oleh Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman. Tulisan yang berwarna merah adalah koreksi atau pembetulan dari beliau. Dan teks petikan Majmuk Fatwa Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah juga penambahan dari beliau. Terimakasih dan penghargaan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk tujuan ini.
Pendahuluan:
1. Dapat kita lihat bahawa melalui penjelasan di bawah ini nanti, secara ringkasnya, semua ulama dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati (si mati). Cuma terdapat beberapa perbedaaan kecil yg berlaku. Umpamanya, Malik dan al-Syafi'i mengatakan bahawa ibadah badaniyah seperti sembahyang dan puasa tidak sampai. Namun, di kalangan Syafi'iyah mutaakhir mengatakan amalan berkenaan sampai.
2. Untuk perhatian pembaca, perbahasan berkaitan tajuk ini hanya di sekitar samada sampai atau tidak pahala amalan orang hidup untuk si mati. Artikel ini samasekali tidak membahaskan kaifiat atau tatacara atau bagaimana cara untuk menyampaikan pahala itu kepada si mati. Contohnya, artikel ini tidak membahas boleh atau tidak amalan tahlilan, upacara mengirim arwah, yasinan dan sebagainya yang diamalkan oleh masyarakat kita.
3. Ini bermakna, sampai atau tidaknya amalan orang kepada si mati adalah satu perkara dan manakala tata cara untuk menyampaikannya seperti yasinan, tahlilan dan sebagainya adalah satu hal yang lain pula.
4. Bila seseorang itu berpegang dengan pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati, tidak bermakna beliau membolehkan amalan seperti upacara kirim arwah, yasinan dan tahlilan.
5. Boleh atau tidaknya amalan berkenaan memerlukan satu perbahasan lain yang panjang lebar.
Berikut ini adalah petikan yang kami ringkaskan dari kitab Syarah Aqidah al-Thahawiyah:
(1) Apakah sampai amalan org hidup kepada si mati?
Seluruh ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati dapat manfaat dari usaha orang hidup melalui dua perkara:
1. Sebab2 yg dilakukan oleh si mati ketika hidupnya.
2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka kepada si mati, sedekah dan haji. Cuma, haji mereka memperselisihkannya, apakah sampai manfaatnya kepada si mati ataupun tidak?
Dalam hal ini, Muhamad bin al-Hasan menolak sampainya manfaat dari haji. Beliau mengatakan: "Hanyasanya, sampai kepada si mati pahala sedekah. Manakala pahala haji adalah kepada orang yang mengerjakannya.”
Manakala para ulama lain pada umumnya mengatakan bahawa pahala haji dapat kepada mereka yg dihajikan. Dan, inilah pendapat yg sahih.
(2) Bagaimana dengan ibadah badaniyah? Apakah sampai?
Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir, terdapat beberapa pendapat:
Golongan 1: Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama salaf mengatakan bahawa ia sampai kepada si mati.
Golongan 2: Pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik mengatakan tidak sampai kepada si mati.
Golongan 3: Ahli bid'ah dari kalangan ahli kalam mengatakan tidak satu apapun yg dapat sampai kepada si mati, samada doa kaum muslimin atau selainnya. Pendapat mereka ini dapat ditolak dengan al-Quran dan al-Hadis.
(3) Dalil
Dalil di sekitar golongan yang mengatakan bahawa si mati memperoleh manfaat dari amalan orang hidup:
a. Mendapat manfaat tanpa sebab2 yg dibuat olehnya semasa hidup:
1. Firman Allah Taala: (Al-Hasyr: 10)
"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".
Dalam ayat ini menunjukkan si mati memperoleh manfaat dari istighfar orang hidup.
2. Terdapat nash-nash yg telah diijmak-kan oleh muslimin bahawa si mati memperoleh manfaat dari doa kaum muslimin di dalam sembahyang jenazah. Begitu juga doa selepas si mati di tanam. Antaranya ialah hadis Abu Daud dari hadis Usman bin Affan r.a., katanya adalah Nabi s.a.w. apabila selesai menanam mayat, baginda s.a.w. berdiri di situ dan bersabda: "Pohonlah keampunan untuk saudaramu. Kamu pohonlah ketetapan kepadanya. Maka sesunggunhya dia sekarang sedang disoal."
Ini termasuklah doa ketika menziarahi kubur sebagaimana yg termaktub di dalam sahih muslim samada dari hari Buraidah bin al-Husaib ataupun dari hadis Aisyah r.a.
b. Dalil yg mengatakan bahawa pahala bersedekah sampai kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain (Bukahri & Muslim). Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah kematian ibunya ketika ketiadaannya, lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketika aku tiada, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Bukhari)
c. Mengenai sampainya pahala berpuasa kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mati dan masih ada puasa yg belum dikerjakan, maka hendaklah ia dipuasakan (dibayar) oleh walinya."
Namun dalam hal ini, Abu Hanifah mengatakan puasa berkenaan hendaklah digantikan/diqadho' dengan memberi makan kepada fakir miskin bukan dengan berpuasa.
d. Dalil sampainya pahala haji, terdapat di dalam sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.: Bahawa seorang perempuan Juhainah telah menemui Nabi s.a.w., katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah bernazar utk menunaikan haji, tetapi tidak dapat menunaikannya hinggalah dia mati. Apakah aku perlu menunaikan haji utknya?" Nabi s.a.w bersabda: "Kerjakanlah haji untuknya, apakah engkau tidak melihat jika ibumu mempunyai hutang? Bukankah engakau yg perlu membayarnya? Bayarlah hutang Allah, maka hutang Allah itu lebih berhak ditunaikan." (Lihat: Syarah Aqidah al-Thahawiyah, hal. 449-455 dan Ar-Ruh, karangan Ibn Al-Qayyim ms: 190 masalah: 16)
Inilah pandangan Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah, lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313. (Lihat teks fatwanya di akhir artikel ini)
p/s: sorry tak keluar dakwat merahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg saya faham dari semua ni si anak/waris yang kena lakukan utk si mati...nak buat business tu....walllahualam.
kalau buat tahlil pun anak2 ikut serta malah mengetuai majlis tahlil lebih afdal dari mengupah orang lain utk buat tahlil |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Tidak Sampai?
Alasan pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik yang mengatakan tidak sampai ibadah badaniyah kepada si mati ialah:
1. Dapat lihat bahawa semasa hidup amalan-amalan berkenaan tidak boleh digantikan dan dikerjakan oleh orang lain. Dan, siapa yang mengerjakannya,maka dialah yang akan memperolehi pahalanya. Pahala dari amalan berkenaan tidak dapat bermanfaat kepada orang lain.
2. Hadis mauquf dengan sanad sahih dari Ibnu Abbas, katanya: "Tidak boleh bersembahyang seseorang untuk seorang yang lain, tidak boleh berpuasa untuk seorang yang lain....." (HR Al-Nasa'i)
Petikan Dari Raddul Muhtar: Sampai Atau Tidak
Menurut yg tercatat di dalam kitab Raddul Muhtar oleh Ibnu Abidiin:
Di dalamnya menyebutkan bahawa seseorang itu boleh menyedekahkan pahala amalannya kepada org lain spt sembahyang, puasa, sedekah dan lainnya.
Menurutnya lagi, inilah pegangan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cuma Malik dan yg masyhur dari al-Syafi’i berpendapat bahawa ibadah badaniyah tidak sampai pahalanya kepada si mati, seperti sembahyang dan bacaan al-Quran.
Walaupun begitu, ulama-ulama mutaakhirin dari mazhab syafi’I (Syafi’iyah) mengatakan bahawa pahala ibadah badaniyah sampai kepada si mati dengan beberapa perincian.
Golongan muktazilah pula menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam semua keadaan, baik ibadah badaniyah atau lainnya. Ia bermaksud tidak sampai pahala dari amalan orang hidup kepada si mati. (Raddul Muhtar versi Internet, lihat di:
http://feqh.al-islam.com/Feqh/) |
|
|
|
|
|
|
|
elbagai Masalah Sekitar Manfaat Amalan Hidup Untuk Si Mati
Berikut ini adalah petikan dari al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh yg saya ringkaskan. Dan pengarang kitab ini Dr. Wahbah al-Zuhaili telah memetik dari pelbagai kitab mazhab seperti al-Durr al-Mukhtar, Fathul Qadir, Syarah al-Risalah, Syarah al-Kabir, Mughni al-Muhtaj, al-Mughni, Kasyaaf al-Qina'dan al-Muhazab:
Para fuqahak telah bersepakat (ijmak) mengatakan bahawa orang mati memperoleh manfaat dari doa, istighfar orang hidup, sedekahnya dan ibadah badaniyah maliyah seperti haji. Dalilnya adalah firman Allah (Al-Hasyr: 10) dan (Al-Mukmin: 55)
Juga hadis Rasulullah s.a.w.:
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ibuku telah mati, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Abu Daud, dari Sa'd bin Ubadah)
Juga Hadis ini:
Seorang perempuan telah bertanya Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah Taala telah memfardukan haji ketika ayahku telah tua, dia tidak mampu untuk menghadapi perjalanan. Apakah aku boleh mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Jika ayahmu berhutang, apakah engkau boleh menjelaskannya bagi pihaknya?" Perempuan itu menjawab:
"Ya." Baginda bersabda: "Maka hutang terhadap Allah lebih berhak dijelaskan." (HR Ahmad & al-Nasa'i dari Abdullah bin al-Zubair).
Hadis ini juga:
Rasulullah s.a.w. telah berkat kepada orang yang bertanya:
"Sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada puasa selama sebulan, apakah aku boleh berpuasa untuknya?" Baginda menjawab: "Ya".
Ibnu Qudamah berkata, semua hadis-hadis di atas itu bertaraf sahih. Ia menjadi dalil bahawa si mati mendapat manfaat terhadap semua bentuk ketaatan dari orang hidup.
Sementara itu, di kalangan para ulama berselisih pendapat mengenai apakah ibadah badaniyah sampai ataupun tidak kepada orang lain? Ibadah badaniyah ialah seperti sembahyang, puasa dan bacaan al-Quran.
Dalam masalah ini, mereka terbahagi kepada dua golongan:
Golongan 1: Hanafiah, Hanabilah, mutaakhir dari Syafi'iyah dan Malikiyah. Pahala bacaan sampai kepada si mati jika dibaca di hadapannya, atau doa untuk si mati selepas bacaan itu, sekalipun tidak di hadapannya. Kerana tempat bacaan diturunkan rahmat dan berkat, dan doa selepasnya adalah sebagai harapan agar diterima bacaan itu.
Golongan 2: Mutaqadim (terdahulu) dari kalangan Maliki dan Syafi'iyah (pendapat masyhur), tidak sampai pahala. Namun golongan mutaakhir dari dua mazhab ini mengatakan pahala berkenaan sampai.
Menurut ulama Hanafi: Yang terpilih ialah tidak makruh memperdudukkan (ijlas) pembaca-pembaca supaya membaca di atas kubur. Di dalam bab haji mereka mengatakan bahawa seseorang itu boleh menjadikan pahala amalannya untuk orang lain, samada sembahyang, puasa, sedekah atau lain-lainnya. dan, perbuatan itu tidak mengurangkan sedikitpun pahalanya.
Menurut ulama hanbali (Hanabilah): Tidak menjadi kesalahan membaca al-Quran di atas kubur bersandarkan kepada hadis:
"Sesiapa yang masuk ke kawasan kuburan, lalu membaca Yasin, maka Allah meringankan mereka (ahli kubur) pada hari itu, dan bagi pembaca pahala sebanyak kebaikan orang di situ."
Juga hadis: "Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya dan membaca di rumahnya atau di kuburnya nescaya diampun dosanya."
Kedua-dua hadis di atas dikatakan sebagai dho'if oleh al-Sayuthi di dalam Jami'-nya.
Ulama maliki (Malikiah) pula mengatakan: Dimakruhkan membaca al-Quran ke atas mayat selepas kematiannya dan di atas kuburnya. Kerana ia bukanlah dari amalan ulama salaf. Namun begitu ulama mutaakhir telah berpendapat, tidak mengapa membaca al-Quran, zikir dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat, dan ia akan mendapat pahala itu insyaallah.
Ulama Syafi'i mutaakhir berpendapat sebagaimana tiga mazhab lainnya, bahawa pahala bacaan sampai kepada si mati. Al-Subki berhujah, berdasarkan kepada hadis bahawa sebahagian dari ayat al-Quran apabila dibaca dengan tujuan memberi manfaat dengannya kepada si mati dan untuk meringankan bebanannya, maka ia memberi manfaat. Kerana berdasarkan hadis juga, telah sabit bahawa al-Fatihah itu apabila dibaca dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang yang terkena patukan ular berbisa, maka ia memberi manfaat.
Oleh itu, apabila ia bermanfaat kepada orang hidup dengan adanya niat dan tujuan, maka sudah tentu lebih utama lagi memberi manfaat kepada orang mati dengan bacaannya. (Lihat, al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol. 2, hal. 550-552) |
|
|
|
|
|
|
|
Penutup:
Dapat disimpulkan bahawa:
1. Menurut jumhur ulama salaf, mutaakhir Syafi'i dan Maliki, pahala amalan orang hidup itu sampai kepada si mati, samada ia ibadah badaniyah ataupun bukan, seperti doa, istighfar, sedekah dan sebagainya.
2. Mutaqaddimin Syafi'iyah dan Malikiah mengatakan pahala dari ibadah badaniyah tidak sampai kepada si mati.
3. Hasan Bandung dan yang sealiran dengannya mengatakan bahawa yang sampai kepada si mati hanyalah doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang boleh mendoakannya. Beliau menolak hadis-hadis sahih yang menunjukkan sampai pahala puasa dan haji kerana dianggapnya bertentangan dengan nash al-Quran.
4. Sebahagian ahli kalam mengatakan bahawa tidak ada satupun yang dapat sampai kepada si mati, samada doa, istighfar atau lainnya.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati
Oleh
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya..adakah pahala tersebut sampai kepada si mati ?
Jawapan :
Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-
1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.
2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.
3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.
Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-
a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-
1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.
2- Doa & istighfar.
3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)
Antara dalil utama mereka adalah :-
a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )
b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )
c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)
d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain) |
|
|
|
|
|
|
|
Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :
* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).
* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).
Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-
1) Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir.
2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.
b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah' semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -
* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.
Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-
1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))
Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )
2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))
Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )
3) Hadith Nabi SAW
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له
Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"
Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101) |
|
|
|
|
|
|
|
Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.
Imam ahmad mengatakan :
" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "
Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)
Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : " sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh samapi kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)
Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.
Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.
Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)
Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Pahala Bacaan Yang Dihadiahkan Kepada Simati
Saturday, 17 April 2010 13:22 | Written by Ustaz Nik Nizamudin | PDF Print E-mail
Berlaku perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang adakah sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran atau zikir kepadanya ataupun tidak. Di dalam mazhab syafie terdapat dua pendapat mengenainya:-
Pendapat yang pertama adalah pendapat sebahagian pengikut Imam Syafie yang mengatakan sampai pahala bacaan kepada orang yang telah mati. Pendapat yang kedua pula ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim (kitab zakat, bab sampai pahala sedekah kepada simati): “ Pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafie bahawa pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada orang telah meninggal.”
Pendapat yang pertama adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie manakala pendapat yang kedua adalah pendapat yang lemah sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Bujairimi di dalam Hasyiah Fathul Wahhab (kitab wasiat, فصل في أحكام معنوية للموصى به… , jilid 3, m/s 286).
Faktor yang menyebabkan pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafie tersebut adalah lemah dan tidak kuat ialah bahawa ijmak para ulama yang menyatakan pahala sedekah dan doa kepada simati itu sampai kepadanya. Ini kerana makna mendapat manfaat simati dengan sedekah dan doa daripada orang yang hidup adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Ramli di dalam kitab Nihayah (kitab wasiat, jilid 6, m/s 92) :
“ Makna simati mendapat manfaat dengan sedekah ialah diletakkan kedudukan simati pada tempat orang bersedekah (yakni seolah-olah dia bersedekah)…Imam Syafie berkata: “ Keluasan rahmat Allah Taala ialah bahawa Dia memberi pahala kepada orang yang bersedekah juga.”….Makna simati mendapat manfaat dengan doa serta mendapat pahalanya ialah sampai perkara yang didoakan untuknya, apabila diperkenankan doa itu. Diperkenankan doa tersebut adalah semata-mata kurniaan Allah Taala….”
Imam Nawawi menerangkan di dalam kitab Raudah (kitab jenazah, jilid 2, m/s 58): “…..Maka berdoa selepas saja membaca Al-Quran adalah terlebih hampir diperkenankan dan doa itu memberi manfaat kepada simati (secara ijmak ulama).”
Ibnu Hajar Al-Haitami menjelaskan di dalam Fatwa Kubranya (bab wasiat, jilid 4, m/s 20): “ Adapun berdoa untuk disampaikan seumpama pahala kepada orang lain (simati) maka tiada mengapa kerana ianya terdiri daripada perbuatan berdoa bagi saudara muslim tanpa kehadirannya (tanpa pengetahuannya). Banyak hadis-hadis yang menunjukkan di atas dimakbulkan doa ini (doa bagi saudara muslim tanpa pengetahuannya) dan selainnya. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat larangan padanya maka tiada ada satupun alasan untuk menegahannya.”
Lantaran itu, pendapat yang mengatakan secara umum bahawa tiada sampai pahala bacaan kepada simati dikira sebagai lemah. Ini jelas, apabila disedekahkan pahala bacaan atau berdoa supaya disampaikan pahala itu kepadanya nescaya dia memperolehi pahala tersebut kerana sampainya pahala sedekah dan doa untuk simati adalah merupakan ijmak di kalangan ulama.
Oleh kerana inilah, kebanyakan ulama mazhab syafie telah mentakwil serta menerangkan maksud sebenar pendapat yang kedua yang dinukilkan oleh Imam Nawawi itu, di mana mereka menjelaskan bahawa tidak sampainya pahala bacaan Al-Quran, apabila dibacakan bukan di hadapan mayat atau sipembaca tidak meniatkan pahala bacaannya kepada simati serta tidak mendoakan supaya pahala itu disampaikan kepadanya (lihat Tuhfah-kitab wasiat, jilid 7, m/s 87, Nihayah-kitab wasiat, jilid 6, m/s 93 dan lain-lain).
Pendapat pertama yang menyatakan bahawa sampai hadiah pahala bacaan kepada orang yang telah meninggal dunia terbahagi kepada dua pendapat pula:-
1) Ibnu Hajar Al-Haitami berpendapat (menyamai dengan pendapat Syeikh Zakaria Al-Ansori di dalam Fathul Wahhab) bahawa tidak memadai dengan niat semata-mata bahkan mestilah disertai dengan berdoa menyampaikan pahala bacaan kepada orang yang mati. Beliau menjelaskan masalah niat tanpa berdoa, dengan katanya: “ Mendapat pahala manfaat (keberkatan dan rahmat yang hasil daripada bacaan), tidak pahala bacaan (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).
Ali Syabramalisi menyatakan pendapat ini adalah pendapat yang lemah sebagaimana difahami daripada perkataan Syeikh Ahmad Bin Qasim (lihat Hasyiah Ali Syabramalisi bagi Nihayah, kitab Wasiat, jilid 6, m/s 93, Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim bagi Tuhfah jilid 7, m/s 87).
2) Pendapat Syeikh Ramli yang menyatakan bahawa memadai hanya dengan niat disampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang telah meninggal dunia. Pendapat ini bertepatan dengan pendapat mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).
Kesimpulan yang dijelaskan oleh Syeikh Ramli tentang sampai pahala bacaan Al-Quran kepada simati itu jika terdapat salah satu keadaan berikut:-
1) Niat menyampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang yang telah mati (di hadapan jenazah ataupun tidak).
2) Berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepada orang yang telah mati.
3) Membaca Al-Quran di kubur.
(Lihat Hasyiah Ibnu Qasim bagi Nihayah, kitab wasiat, jilid 7, m/s 87)
*Adapun disisi Ibnu Hajar Al-Haitami, tiada memadai hanya dengan niat untuk disampaikan pahala bacaan kepada jenazah yang ada di hadapan, bahkan mesti berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepadanya. Beliau bersandarkan dengan pendapat yang dipilih oleh Imam Nawawi di dalam kitab Azkarnya. Tambahan lagi, beliau bersandarkan dengan perkataan Imam Syafie, dengan katanya: “ Sesungguhnya nas Imam Syafie dan sekalian pengikutnya mengenai sunat membaca Al-Quran yang mudah (ayat atau surah yang pendek) di sisi simati serta berdoa selepas bacaan itu, bermaksud bahawasa ketika itu terlebih diharap ianya diperkenankan dan simati mendapat berkat bacaan itu sepertimana orang hidup yang hadir….” (Rujuk Tuhfah serta Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim, kitab wasiat, jilid 7, m/s 88).
Penutup
Setakat ini yang dapat kami terangkan kepada masyarakat terhadap masalah yang diperbahaskan. Kami hidangkan kupasan tersebut yang dicedok daripada gedung-gedung keilmuan yang terkandung di dalam kitab-kitab para ulama muktabar mazhab syafie. Semenjak dari zaman sahabat lagi, seterusnya ke zaman tabien, tabiu-tabien hingga ke hari ini, umat islam berpegang teguh dengan para imam mujtahid serta huraian para ulama yang mengikutinya. Lihat saja, bahawa imam-imam yang empat (Imam Hanafi, Malik, Syafie dan Hambal) adalah termasuk di dalam golongan salafussolihin. Kewajipan mengikuti imam mujtahid merupakan ijmak di kalangan para ulama melainkan pengingkaran daripada mereka yang menyimpang daripada manhaj salaf iaitu manhaj Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hanya kepadaNya sahaja yang dapat memberi taufik-hidayat terhadap golongan yang sesat, disesatkan dan menyesatkan agar kembali kepada jalan yang lurus. Wala haula wala quwwata illa biLLah.
WaLLahu ‘Aklam….
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم باحسان أي بايمان أو بتقوى الى يوم الدين والحمد لله رب العالمين
Disusun oleh:
NIK MOHD NAZIMUDDIN BIN NIK IBRAHIM
PONDOK PASIR TUMBOH KOTA BHARU
KELANTAN SERAMBI MEKAH
5hb Jun 2008M Bersamaan 1hb Jumadas-Saniah 1429
Last Updated (Saturday, 17 April 2010 23:25) |
|
|
|
|
|
|
|
Bab ini termasuk khilafiah yg besar dan didebat dan dibahas hingga kini dan masih belum ada titik pertemuannya, akhirnya fuqaha' berpecah kepada dua pendapat besar: tidak sampai pahala bacaan AQ kepada si mati dan satu lagi sampai pahalanya.
Fatwa Prof Mutawalli Sya'rawi (Anta Tasal wa Islam Yujib):
"Jumhur fuqaha' berpendapat tidak sampai pahala membaca alQur'an jika dihadiahkan kepada orang lain kecuali bacaan anaknya kepada kedua ibubapanya."
Dalil: a. an Najm:41 (maksud)," bahawa seseorang tiada memperoleh selain apa yang ia usahakan." anak yang soleh ialah termasuk hasil usaha orang tuanya jua. b. 35: Faathir: 18 (dan orang yg berdosa tidak akan memikul dosa orang lain)
c. 41: Fusysyilat: 46 (dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung yg dapat menolong mereka selain Allah)
Dalil Hadis: "apabila anak Adam mati, putuslah amal perbuatannya kecuali: sedeqah jariah, ilmu yang terus dimanfa'atkan serta anak yang mendo'akannya."
Bagaimana cara terbaik berbakti kepada kedua orangtua?
Menurut hadis dalam al Musnad Imam Hanbali:
1.memohon keampuan untuknya
2. melaksanakan amanah dan wasiatnya
3. hormat kepada sahabat tolannya
4. selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya.
Menurut kitab Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah:
Cara berbakti kepada kedua ibubapa:
1. menunaikan haji untuknya (jika belum haji)
2. berpuasa untuknya
3. solat sunat untuknya
4. sedeqah atas namanya
5. membaca alqur'an untuknya.
Rumusan:
1. Empat madzhab besar feqah:
Syafi'iy: ada dua pendapat besar: pendapat terdahulu dan yg lebih masyhur berpendapat tidak sampai; pendapat terkemudian-sampai pahalanya (ia adalah lebih popular di Nusantara)
Malik: tidak sampai pahala bacaan tsb, bahkan makruh hukumnya kerana tidak dilakukan oleh ahlil Medinah.
Hanbali: sampai pahala bacaannya
Hanafi: harus hukum membaca AQ dan mengirim pahala kepada si mati.
Para fuqaha' terkemudian dan pentahqeeq (pengkaji) juga berselisih:
Kumpulan yg berpendapat sampai: Imam dan Syaikhul islam Ibn Taymiyah alHarani, Imam Ibn Qayyim alJauziah (murid Imam Ibn Taymiyah alHarani), Imam Ibn Qudamah alMaqdisi, dan Fatwa Lembaga Jami'ah Fatwa alAzhar (pengerusi Syaikh Atiyah Saqr (Ahsanul Kalam)
Kumpulan yg menegahnya dan tidak sampai pahala bacaan kpd si mati: Prof alImam Mutawali Sya'rawi (kecuali bacaan anak si mati atas alasan anak adalah termasuk usaha si mati); Ulama' Salafiah Saudi Arabia (Ben Baz, Salih alUthaimin, Albani, dll) dan di Nusantara, Prof Teuku Hasbi Siddiqui dalam al_Islam. Ulama' asSalafiah antara yg paling keras mencelanya. thtl
Kembali kepada persoalan asal: apabila kita melakukan pembacaan alQur'an dan dihadiahkan pahalanya kepada dua orang tua atau arwah si muslim, apakah baki pahala yang tinggal untuk si pembaca?
Jawab: Konsep ajr (pahala) dalam Islam dan keikhlasan seseorang melakukan adalah rahsia Allah yang akan dibuka di Akhirat kelak. Tidak siapa yang dapat mengetahui hakikat pahala ini hatta Malaikat sekalipun. Misalnya pahala membaca alQur'an ialah bukan satu kalimah, tapi huruf demi huruf. Kemudian anda akan diberi pahala kerana berbakti kepada kedua ibubapa;
pendeknya sifat Allah sebagai arRahman (Maha pemurah) dan alGhaniy (Maha Kaya) sudah cukup melegakan sesiapa saja yang berurusan dengan Allah bahawa Dia menjanjikan ganjaran yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana pakar
matematik kerana terlalu luas, besar dan tidak terhitung hebatnya.
Puncak ibadah ialah melakukan keta'atn dan kebaktian serta meninggalkan segala larangannya dan mengikhlaskan diri kepada Allah SWT.
Rumusan:
Maka apabila kita membaca alQur'an, kita sudah diberi pahala membaca alQur'an; jika kita meniatkan pahala bacaan itu untuk arwah kedua ibubapa kita dan semua penghuni kubur kampung kita, maka pembahagian itu adalah dalam ilmu Allah yang diluar batas keilmuan manusia atau Malaikat. Pernah seorang menderma satu dirham kepada RasuluLlah saw, maka RasuluLlah saw
bersabda sumbangan satu dirham si fulan itu lebih besar dari 100,000 dirham orang kaya sebab satu dirham derma simiskin itulah harta yang ada padanya sedangkan 100,000 dirham dari si kaya mungkin hanya sebahagian daripada hartanya yang banyak. Maka konsep pahala dan keikhlasan seseorang menjadikan pahala itu berbedza saiznya. |
|
|
|
|
|
|
|
semelih kambing kat kubur keramat bagaimana pula? patut dibiarkan amalan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
semelih kambing kat kubur keramat bagaimana pula? patut dibiarkan amalan ni?
tobby Post at 17-5-2010 10:29
syirik... |
|
|
|
|
|
|
|
pelik tul nk sembelih binatang kat kubur, ni baru bidaah |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh byknyer info dari pn sunsuria yg sy dpt... tqvm!!! |
|
|
|
|
|
|
|
pelik tul nk sembelih binatang kat kubur, ni baru bidaah
sunsuria3 Post at 17-5-2010 12:59
why not? mrk kata mrk bukannya sembah kubur. mrk cuma berpegang kpd dalil bhw pahala sembelihan utk org alim yg dah mati akan sampai kpd Allah. dan kunjungan mrk ke kubur keramat ialah krn adanya dalil membolehkan tawassul dgn org mati. sama dgn org Kristian yg menafikan mrk sembah patung2 Saint, sebaliknya mrk hanya bertawassul dgn Saint mrk krn berdoa sendiri payah nak makbul. By right, org islam hari ini pun berkepercayaan yg sama iaitu doa yg lebih cepat sampai ialah dgn bertawassul sbb org islam byk dosa. Bila kita byk dosa jln yg terbaik ialah bertawassul. So kepercayaan mrk ialah lebih afdal berkunjung ke kubur keramat (wali) utk klu ada hajat. |
|
|
|
|
|
|
|
semelih kambing kat kubur keramat bagaimana pula?
patut dibiarkan amalan ni?
Barangsiapa yg bersyafaat akan syafaat yg baik adalah bagi nya nasib daripada nya.
dan barangsiapa yg bersyafaat akan syafaat yg buruk adalah bagi nya beban daripada nya.
dan adalah ALLAH itu berkuasa atas segala sesuatu.
An-Nisa': 85.
WALLAHU 'ALAM. |
|
|
|
|
|
|
|
kurang mahir bab tawassul setahu saya kita boleh bertawassul kpd nabi saw sahaja, kerana kita mengharapkan syafaat dari nya kelak...orang alim ulama tu blh bg syafaat ke?
kena doa hari2...minta dikurniakan ilmu yang bermanfaat..insyallah allah beri kpd yang rajin meminta..apalagi minta benda yang baik2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|