|
Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022
26 June 2022
Mulai 1 September 2022, pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.
“Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari dari tempoh permohonan.
“Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan. |
|