CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: oddxx

FAN CLUB SHAHZ JASZLE & FAEZAH ELAI (SJFE)

[Copy link]
Post time 15-6-2011 01:08 AM | Show all posts
Faezah Elai jadi Tun Fatimah


Faezah Elai telah di pilih oleh Zalo Sulan untuk memegang watak Tun Fatimah dalam filem terbarunya yang mengisahkan tentang pahlawan melayu melaka. Dengar cerita filem ni sedang rancak di shooting.



Bakat lakonannya mula terserlah menerus drama bersiri seperti La Dolce Amira, Enigma, Sutera Maya, Pemanduku Jutawan, Cinta Sempurna dan Hartamas. Faezah boleh dilabelkan antara pelapis dunia lakonan yang semakin mendapat tempat dalam industri seni tanah air.
Bercerita lanjut mengenai watak itu, Faezah memberitahu dia berfikir banyak kali untuk menerima watak berkenaan kerana mengetahui bakal berdepan cabaran dan tanggungjawab besar menjayakan drama berkenaan.
“Saya terpaksa belajar teknik bersilat kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui cara bersilat. Aksi pergaduhan dalam beberapa babak sehingga mengakibatkan badan bercalar dan bengkak sememang satu ujian besar dalam membawakan watak ini.
“Saya akui watak ini cukup berat memandangkan sebelum ini saya tidak pernah melakonkan watak epik yang dikenali ramai. Apatah lagi terpaksa menguasai dialog dalam sebutan bahasa baku dengan betul. Penggambaran untuk drama ini juga membabitkan masa yang panjang.
“Memang saya banyak berfikir sama ada mahu menerima tawaran menjayakan watak ini atau tidak. Pada saya tidak salah untuk menyahut peluang yang diberikan. Kalau tidak cuba saya sendiri tidak tahu kemampuan saya,” katanya.
Drama lapan episod bercorak epik itu diarahkan pengarah berkaliber, Zaili Sulan. Selain Faezah drama yang bakal ditayangkan pada September ini menampilkan Mubarak Majid, Rashid Jaafar, Rashidah Jaafar, Roslan Hussien, Namron dan Tania Zara.



nie altikel lama..saje nak tempel semula..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 01:12 AM | Show all posts
posrer dendam kesumat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 01:16 AM | Show all posts


nana narita...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 01:26 AM | Show all posts
http://www.ustream.tv/recorded/10855121 skodeng2 aku jumpa vc live streming fe dan watie untuk drama miah oh miah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 01:36 AM | Show all posts
cinta sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 01:40 AM | Show all posts
hot tak..hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2011 01:58 AM | Show all posts
Reply 264# surfinv

surfinv..salam klau awk nak pic2 koleksi faezah elai..boleh pegi ke blog nie..ada beberapa pic fe dlm nie..sya tak boleh nk isi kt sini pasal blog nie block dia punya pic..so awk boleh tgk terus kt blog nie..

http://mediamalaya.com/gambar-faezah-elai-sebagai-seorang-model/

http://mediamalaya.com/gambar-koleksi-faezah-elai/
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:13 AM | Show all posts

Sinopsis Filem TANDA Putera Negara


TANDA Putera Negara mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang memegang jawatan terpenting negara.
Mereka bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan negara sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri.
Mencorakkan ‘warna’ kehidupan’ rakyat terutama di pinggir bandar dan desa, golongan muda di institusi pengajian tinggi turut menjadi perhatian.
Bagi mereka, nasionalisme bukan sekadar cogankata yang dilaungkan tetapi wajib dipenuhi dengan tindakan.
Justeru mereka berpegang teguh kepada janji ‘mendahulukan negara dalam apa jua keadaan’.
Tindakan pantas mereka berjaya memulihkan negara daripada kesan konflik perkauman 13 Mei 1969 dan membawa kepada keharmonian dan kestabilan negara.
Filem ini arahan pengarah berpengalaman, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau Shumi dan merupakan filem usahasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)..


nie antara sinopsip filem terbaru faezah elai..so sekarang nie faezah elai tengah sibuk untuk shooting filem nie..



Tun Razak film in the works
[size=0.7em]EENA HOUZYAMA


Thursday, May 12th, 2011 11:04:00


PETALING JAYA: Award-winning director Datin Paduka Shuhaimi Baba will have her hands full working on a film about the nation's second prime minister.

Yet to be titled, it will focus on the friendship between Tun Abdul Razak Hussein and his friend and deputy Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Actors cast for the lead roles are Rushdi Ramli as Razak and Zizan Nin as Dr Ismail. As for the leading ladies, actress Faezah Elai will play the role of Razak's wife, Tun Rahah Mohammad Noah, and Dr Ismail's wife, Norashikin Mohd Seth, will be played by newcomer Linda Hashim.

The film will be co-produced by Shuhaimi and Kavitha Sidhu (Pesona Pictures Sdn Bhd) in partnership with Malaysia National Film Development (Finas).

Aimed for screening next year, the film will begin shooting later this month.

The story will not only delve into the bond between the two leaders but also follow their journey in bringing order to the nation after the May 13 riots.

Dr Ismail was later known as “the man who saved Malaysia” based on his critical response in handling the racial riots.


jadi faezah dlm filem nie memegang watak sebagai  toh puan tun rahah mohammad





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 08:01 AM | Show all posts
puhhh..memang mas peminat fanatik fe le..bravo mas...hebatt..terbaikk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 09:20 AM | Show all posts
Reply 328# masdiana-ana

cayalah mas.... bravo2.. i likeeeeee.....
xde aa link utk sedut cite 'tun fatimah' ngan 'dendam kesumat' tu....  uhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 01:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by oddxx at 15-6-2011 14:00




Mak Nani Arah Sakura Untuk Raya Ketiga

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR , 14 JUN 2011: Sisa kesakitan tatkala negara dijajah bukanlah mudah untuk dihilangkan dari ingatan dan kenangan. Keperitan yang dirasai mungkin tak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat.

Namun, segalanya mungkin akan berubah apabila keturunan si penjajah sanggup turun padang memohon kemaafan. Itu antara babak yang akan dipaparkan dalam drama Sakura arahan seniwati Datuk Rosnani Jamil.

Jelas Rosnani Jamil atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sakura memaparkan mesej berguna antaranya kemaafan serta penyesalan akibat perbuatan lalu.

"Drama ini mengangkat kisah zaman penjajahan dahulu. Kesakitan keperitan zaman penjajahan serta penyesalan akibat perbuatan tersebut. Drama ini menonjolkan cucu penjajah Jepun, Sakura yang sanggup datang ke sini untuk mencari antara mangsa-mangsa keganasan datuknya bagi memohon maaf.

"Tiba di sini dia bertemu Aliff yang mahu membantunya dan secara tak sengaja akhirnya mereka dapat tahu rupanya keluarga Aliff adalah antara mangsa datuk Sakura. Di sinilah berlaku pelbagai konflik yang akan mencetuskan permainan emosi antara mereka," katanya bercerita tentang drama terbitan produksinya sendiri, Manja Citra Sdn. Bhd kepada portal murai.com.my.

Menampilkan Shahz Jaszle, Megan Tan, Diendra Junaidi serta ramai lagi dalam drama Sakura, jelas Mak Nani, drama tersebut akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri yang ketiga di saluran TV3.

Selaku salah seorang pelakon utamanya, Shahz Jaszle berkata, drama Sakura memberinya peluang untuk bekerjasama bersama pengarah senior seperti Mak Nani.

"Peluang bekerja dengan Mak Nani satu pengalaman yang baik kerana saya dapat menimba ilmu daripada seorang pengarah dan pelakon senior sepertinya. Malah, saya berterima kasih kerana dia juga sudi memberi tunjuk ajar untuk saya menjadi lebih baik daripada sebelum ini," katanya yang membawakan watak Aliff.

Bagi pendatang baru, Megan Tan pula, membawakan watak Sakura, cucu penjajah yang mahu memohon maaf kepada mangsa-mangsa keganasan datuknya, agak mencabar keupayaannya.

"Saya masih lagi baru dalam bidang lakonan dan apabila ditawarkan watak ini satu rezeki buat saya. Setelah membaca skripnya saya akui memang berat tapi saya yakin boleh menjiwai karektor tersebut," katanya.

Mengambil lokasi sekitar Melaka, Port Dickson serta Perak , Sakura bakal menjalani penggambaran bermula hari ini, 15 Jun ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 01:58 PM | Show all posts


Aktor Shahz Jaszle Dah Temui Pengganti Maria Farida?

Teks Oleh: zyzamani

Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2011: Mahu melupakan sisa kenangan serta kisah percintaanya bersama aktres jelita, Maria Farida, pelakon yang baru saja meningkat popular, Shahz Jaszle bagaimanapun mengakui hatinya kini telah pun diisi oleh seorang pelakon wanita lain.

Enggan mendedahkan nama pelakon wanita tersebut, Shahz Jaszle turut memaklumkan bahawa dia sudah menjalinkan hubungan dengan wanita itu selama 4 bulan dan setakat ini, hubungan mereka berjalan dengan baik.

Namun dia agak khuatir untuk mendedahkan nama cinta hati barunya itu kerana mereka baru saja menempuh fasa permulaan dalam perhubungan. Oleh itu, dia bimbang kalau-kalau, hanya dia seorang saja yang bertepuk sebelah tangan.

"Dah 4 bulan saya berkawan dengan pelakon wanita ini dan kami agak selesa bersama. Cuma, saya tak berani nak beritahu namanya kepada umum kerana secara rasminya kami masih lagi belum benar-benar bercinta.

"Masih di fasa mengenali dan berkawan namun saya tahu dia juga mempunyai perasaan sama seperti saya," katanya kepada portal murai.com.my membuka bicara cinta barunya itu.

Mengakui wanita tersebut menjadi tiang kekuatan pada dirinya tatkala susah dan senangtatkala semasa dia melalui sisi-sisi kehidupan yang penuh kontroversi sedikit masa lalu, Shahz Jaszle bersyukur kepada Ilahi apabila ditemukan dengannya.

"Dia sama usia dengan saya dan saya suka dia kerana dia merupakan seorang yang kuat dan sentiasa menyokong saya semasa susah dulu. Dia senang untuk dibawa berbincang dan saya amat selesa sewaktu dengannya," jelasnya lagi.

Tidak pernah serik bercinta sesama artis namun kata lelaki berusia 23 tahun ini, dia sedikit pun tidak berasa gentar setelah melalui pengalaman yang cukup buruk pada waktu yang lalu tetapi mengakui perkara tersebut mengajarnya menjadi lebih matang.

"Saya beruntung kerana melalui semua itu kerana daripada pengalaman lalu, ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan dewasa. Satu pengajaran yang amat berguna buat diri saya untuk jadi lebih baik daripada sebelum ini. Ada hikmahlah semua ini berlaku," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sikapnya yang dikatakan cukup gemar mengalami penyakit 'cinta lokasi' dengan pantas lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini menafikannya.

"Itu kenyataan orang yang dah tak bersama saya lagi. Saya jenis tak bergaul di lokasi dan saya tak faham kenapa keluar cerita yang sebegitu. Tapi tak kisahlah apa juga orang bercerita kerana rezeki saya semakin bertambah dan bakat saya juga sudah diterima ramai," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:32 PM | Show all posts
Ok, baju SJ mengingatkan ending Asmara 2 yg sedih itu....
Btw nk komen ttg artikel kedua ni, I risau lah SJ ni. Mcm cpt sgt mengaku yg die ada feeling for sumone, yg org sblh sana masih syp. Mamat ni mmg x leh sunyi. Takut nnt blum jadi apa2, dh kuar gossip lain psl aweks pergi kejar VVIP plak... Sayu lg hati die karang. He maybe shld learn frm yusry kru. Jumpa n jwb press bile dh konfem. So wartawan pun x main kejar2. Ke diorang takut org mengata yg tomahan MF tu betul, yg die dh main kayu 3 blakang MF?....mmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:05 PM | Show all posts
join...
comel lor diorang nie....
ulang balik criter asmara tue dekat tivi...
hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 05:12 PM | Show all posts
Ok, baju SJ mengingatkan ending Asmara 2 yg sedih itu....
Btw nk komen ttg artikel kedua ni, I risa ...
liltash85 Post at 15-6-2011 16:32



    yup tash ..pesen tak boleh hidup takder awek dia ni ...sentiasa nak ada teman senang orang nak amik kesempatan ..lagi lagi dia sanggup buat apa saja untuk kekasih hatinya itu ...

hai ..tak cukup matang lagi dia ni tash ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:35 PM | Show all posts
Reply 335# oddxx

ye, masih belum matang. itu yg sebenarnya....harap2 pasni matanglah sikit....manja sgt pun ye, suke di 'take care'. yg best pompuan2 tu lah...dpt attention free from mamat hot... .tu sbb in long term, susah pompuan nk lekat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 08:42 PM | Show all posts
sebaya..n x sebaya..adakah k..mmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 09:41 PM | Show all posts
betul ke suara SJ yg azan tu????
klu betul, boleh thn suara azan die...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 09:48 PM | Show all posts
Reply  oddxx

ye, masih belum matang. itu yg sebenarnya....harap2 pasni matanglah sikit....manja  ...
liltash85 Post at 15-6-2011 17:35
tash......esje cepat sgt jatuh kasih kt pompuan........dia ni manja sgt.....bila tk dak GF susah le nk bermanje2....tu sbb le cepat2 cari pengganti....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 10:00 PM | Show all posts
iye..suara dia..kat tdei tu kann..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047042 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list