|
Kisah geng paranormal:
Aku dapat cerita ni dari salah seorg daripada ahli group seekers ni,sebenarnya bukan group seekers sangat pun,dorg ni di tugaskan berjaga malam,berkawal kat flat aku ni.
Maklumlah sekrg ni,kerap sgt ada org wat aduan yg ada je kes kecurian.sport rim kereta,motor hilang,selipar jepun hilang la.So,team ni pun baru ditubuhkan,yg jadi ahli ni pun kebanyakan technician,alasan dorg nak jadi sukarelawan ni pun sebab ada elaun tuk dorg.kerja siang technician,mlm jaga..heheheh,siang boleh tido katanya.
Kawan aku ni,nama Leman (bukan nama sebenar juga pencerita)."Mat,ada 1 malam aku jaga flat ni.macam2 aku aku jumpa mat,ada yg tingi,ada yg putih,ada yg awek"."mmg flat ni banyak yg jadi penjaga,penunggu,biasalah tu,nak bertegur sapa,Mak aku dulu time dia berniaga kat depan ni,pagi2 sebelum subuh mesti dia nampak".Balasku.
"tapi mat ni lagi teruk mat,ada salah seorg kawan kita ni berani,nak cari,nak beli no ekor la,nak kawin la,cakap besar".tambahnya lagi."Ni sejak 2 hari ni,aku tgk dia lain macam la mat".Aku pun malas nak amik port sangat.Aku suh dia bercerita apa yg dorg wat mlm tu.
Leman pun cerita.Sebelum berjaga,dorg mesti berkumpul kat kedai mamak,tempat kitorg melepak selalu.Ada la seorg jiran aku ni,mulutnya cabut.Biarlah aku namakan dia dengan Kasim (bukan nama sebenar).Kasim ni mmg cakap besar selalu,sebab dia pun baru pindah.katanya "betul ke flat kita ada hantu,klu ada,yg perempuan aku nak paku,sebelum tu minta no dulu,hahahaha".Leman ckp,kasim ni ketawa punya la kuat.Dengan bongkaknya,dia ajak kawan2 pergi cari.Mula2 dorg menolak,mana yg dah tinggal kat flat aku ni,disebabkan memikirkan keselamatan Kasim ni,dorg ikut la juga.
Mula2 yg dorg pergi,tokong kecil berhampiran flat aku.Kat situ mmg ada yg penah kena,salah satu kawan aku pun kena,sebab selambe mak dia kecing kat blakang tokong tu.Di situ Kasim bau wangi."Dia ada ni.Dia ada ni".Kasim bau busuk,mmg x tahan.tapi dia diam je.kawan2 yg lain dah x tahan bau busuk,hanya Kasim je yg bau wangi.Ada yg x nak ikut cari.Leman suruh dorg pergi tempat lain,biar dia dengan Kasim je tinggal.
Ada seorg kawan aku ni kesiankan Leman,dia temankan leman melayan Kasim."Kecik,klu ko x berani,balik je la.dorg semua tu penakut,org ckp bau wangi,dia ckp bau busuk.ni mesti awek ni.Mana ko,aku nak ngurat ni".lebih kurang cmtu la ayat kasim.
Lebih kurang 20 minit dorg tunggu kat situ,tiada apa yg terjadi."Kan aku dah ckp,mana ada,hantulah,pontianak la,x de apa pun.yg wangi ni bau perfurm aku la.ni ha".Leman cakap dia siap tunjuk perfurm Polo dia.Kecik penah kena juga kat flat,tapi x teruk la."wey kasim,klu ko berani.pukul 2 sampai kul 4 ni,ko ikut aku.Aku tnjuk ko tempat keras,sini boleh la ko blagak.sini x penah org jumpa,aku tunjuk ko".Marah betul kecik.Leman cite,Lepas tu dorg ronda macam biasa.
Tepat jam pukul 2,kecik dah mula menguap,"wey,aku balik dulu la.Ngantuk,esok nak keje".Kasim terus menyampuk."wey mat,ko ckp nak tunjuk kat aku,ko takut ke??"gelak Kasim,dah la klu dia gelak mmg x igt dunia.Leman ckp kat kecik,suh tunjukkan kawasan tu.Mula2 dorg pergi dekat blok aku tinggal."Shhh..ko nampak tu".kecik tunjuk kat Kasim.Leman nampak,leman tunjuk kat kasim.Kasim ckp tu budak kecik baru balik melepak."wey,budak kecik mane nak melepak malam kasim ooiii".Marah kecik."jom kejar".sambung kecik.
Masa dorg kejar tu,Leman ckp atas kepala dia,ada terasa kain putih,bau kemenyan.dia toleh,nampak kakak terbang.aku pun xtau,pontianak ke apa.Leman x bagitau dorg."Hah,tu dia,wey budak tunggu,aku nak no la".kasim bersuara.Leman ckp budak tu terus pergi ke tempat belakang.Biasanya kat situ,ada ampai baju."Hilang plak".Keluh Kasim."ko nak sangatkan,atas tu".Kecik berani tunjuk,tapi leman ckp dia ckp ada sikit takut.Leman ckp kat aku dia pun takut."Ha,kakak,aku nak nombor boleh,klu ko x nak bagi pun,esok kita dating tempat ni,aku nak paku kepala ko".Kasim macam kena rasuk,selamba je ckp,macam tiada apa yg dia nampak.Biasanya org x pernah tgk,skali tgk,mesti takut.dia x,lain macam.
X cukup dengan tu,Kasim ajak cari lagi."aku balik dulu la Kasim,Man.Aku takut la".
"Hahaha,penakut".Kasim mengejek kecik."ko balik la,aku x kisah".Kasim kemain belagak Leman cite kat aku."Aku pun nak balik la".Leman pula berkata."la,ko kenapa?,sapa nak teman aku.kecik ni penakut,x kan aku sorg2.jadi apa2 kat aku,sape nak tanggung".keluh Kasim."Ko cuba tgk apa yg ko pegang tu"."Ampai baju org la,eh jap.Apesal berbulu ni?".Kasim pen toleh tgk apa yg dia sedang pegang.Terus dia lari.
"Hantu..Hantu".
Lepas dari tu,Kasim demam.Leman cakap,maghrib je dia meracau.Nanti aku sambung lagi.
Aku pun x taw dia dah elok ke x.Aku tetiba seram balik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|