|
[Jenayah]
3 Beradik Mati Dibunuh (Arwah Dtg Dlm Mimpi Suruh Cari Pembunuh Nama Ehsan)-pg31
[Copy link]
|
|
Katanya, antara suspek ialah boyfriend kakak umur 14 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah...takziah buat keluarga mangsa..bukan mudah nak hadapi satu kehilangan apalagi 3 kehilangan
besar betul dugaan Allah pd mereka.Insya Allah kalau mrk tabah dan sabar, besar ganjarannya.sekurang2nya dah ada anak menanti mrk di syurga...
pengajaran buat aku juga spy lebih mengawal ketat anak dara aku sorang tu.mencabar betul mendidik anak zaman sekarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
chaintea posted on 2-12-2013 10:00 AM
baca The Star pagi td..
depa kuar time mak ayah xde kt rumah, g rumah sedara kot ada kenduri...de ... Sabtu petang..jumpa si kakak tertiarap kt bendang..
Ahad petang..jumpa 2 lagi anaknya dalam parit.. ada kemungkinan tak yang adik2 nya dibunuh pas mayat kakak dijumpai??
penjenayah panik terus nak hapuskan bukti??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada hikmah disebalik kejadian.
Sedekah Alfatihah pada ketiga2 arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tempat lah mereka dia kalangan orang2 yang beriman.Amin |
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 2-12-2013 12:10 PM
apsal??
ko duduk dalam lokap ker??
Bukanlah dlm lokap apple..
Maksud aku, kalau polis dpt tangkap, jika dibenarkan oleh pihak polis, biar polis carik satu bilik kosong yg gelap (cam bilik soal-siasat) dan biar aku belasah pembunuh ni cukup-cukup..
Kenapa bilik kosong lagi gelap?
Kerana ujian penamat aku adalah bertempur dan bertarung dlm gelap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mls nk komen...masyarakat skrg...urban |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 2-12-2013 12:18 PM
Bukanlah dlm lokap apple..
Maksud aku, kalau polis dpt tangkap, jika dibenarkan oleh pihak polis, ...
owh...
|
|
|
|
|
|
|
|
ELEMEN MERAGUKAN BERHUBUNG KES 3 BERADIK DIBUNUH
Takziah saya hulurkan kepada Rusdi Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40 tahun, ibu bapa keluarga 3 beradik maut berasal dari Kampung Gelam, Kedah, Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3 tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, mayat Noor Syafikah ditemui orang awam pada jam 3.45 petang Sabtu lalu di bendang Alor Senibong, Langgar. Manakala mayat 2 adiknya ditemui pada jam 4 petang semalam, terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.
Lokasi mayat Syafikah dan dua adiknya ditemui, berjarak kira-kira 3.5 kilometer. Menurut polis, tali air di dua lokasi mayat mereka dijumpai tidak bersambung justeru tiada kemungkinan Izzati dan Puteri Nurul dihanyutkan dari lokasi tubuh Syafikah ditemui.
Mereka dilaporkan hilang setelah keluar pada petang Jumaat menaiki motosikal untuk ke rumah majikan Syafikah di Kampung Gelam, 15 minit dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar untuk mengambil gaji bulannya bekerja sebagai pencuci botol. Motosikal ditunggang tiga beradik itu di temui di hentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Gelam, berkunci, 1 kilometer dari rumah. Kenderaan itu dipercayai kehabisan minyak sebelum ditinggalkan. Bapa saudara mangsa memaklumkan, anak lelakinya terlihat semua mangsa di kedai kopi di Kampung Gelam pada kira-kira jam 9 malam.
Laporan polis dibuat oleh ibu mereka pada awal pagi Sabtu di Balai Polis Langgar.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim mengesahkan, Syafikah tidak dirogol biarpun mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan bendang. Hasil bedah siasat di hospital mendapati, mangsa meninggal dunia akibat lemas tanpa kecederaan kecuali kesan cakar di belakang Syafikah. Namun pihak polis mengesyakki wujud elemen meragukan dan setakat ini menganggap, mangsa bukan mati akibat lemas biasa.
Keputusan punca kematian 2 adiknya bakal diketahui selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Meneliti gambar MyKad di atas, Syafikah diliihat berbintikan Abdullah manakala 2 arwah adiknya dibintikan Rusdi.
Jenazah Syafikah disemadikan di Tanah Perkuburan Alor Semela, jam 5 petang semalam.
Saya percayai kini polis berusaha gigih untuk merungkai pelbagai persoalan berhubung kes ini. Tiga beradik itu dikatakan menuju ke rumah majikan Syafikah tetapi mengapakah motosikal mereka ditemui 1 kilometer dari rumah? Tidak di rumah majikan seperti diberitakan. Andai motosikal ditunggang kehabisan minyak di tengah jalan, siapakah menumpangkan mereka ke Kampung Gelam kerana kelibat mereka di lihat di kedai kopi kampung terbabit pada malam 3 beradik itu dilaporkan hilang? Polis menyifatkan Syafikah mati akibat lemas tetapi bukan lemas biasa? Apakah fakta terselindung di sebalik kenyataan itu? Dua mayat adik Syafikah ditemui terapung di tali air, sedangkan mayatnya ditemui tertiarap di darat, mengapakah mereka terpisah? Bilakah waktu mereka dibunuh?
Siapakah pula penjenayah terlalu kejam sanggup mencabut nyawa anak kecil berusia 3 tahun? Apakah faktor mendorong perbuatan tidak berperikemanusiaan itu?
SUMBER- BELOG Mzidul
http://www.mazidulakmal.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang mmg x selamat nak biar anak jalan2 tanpa pengawasan.
walaupun kt kampung.jenayah kat mane2.jadikan sbg pengajaran.
malang x berbau..x diduga.
mcm kes aruah adik dirang..kejamnyer..
takziah wat keluarga..
Alfatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
xdielzx posted on 2-12-2013 11:59 AM
Penat2 parents beranak and jaga berbelas tahun free2 je kena bunuh... bukan sorg .. tiga2 sekali...
...
100% agreed...
|
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 posted on 2-12-2013 09:46 AM
aku rasa lah...mengikut teori penyiasatan aku..........kemungkinan kakak 14 tahun ni nak dirogol, th ...
Gaya detektif conan plak ek.?? Hahahaha...
Mommy plak rs gini...
Dorg naik moto..lalu kat situ...
Penjenayah terajang moto dorg..2 beradik tu jatuh..tp kakaknya tak...
Dorg amik kakaknya...ingat nak rogol..
Tapi xsangka dia da mati lemas dulu...
Tu plak teori penyiasatan mommy..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 2-12-2013 12:23 PM
ELEMEN MERAGUKAN BERHUBUNG KES 3 BERADIK DIBUNUH
Takziah saya hulurkan kepada Rusdi Rani, 38 dan Si ...
Anak sulung tu mungkin dari perkahwinan pertama kot, nampak alamat Trengganu, sedihnya. Tergamaknya membunuh 3 beradik sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
ni ibarat jatuh ditimpa tangga
so kepada para ibu bapa sekalian...
tolong jaga anak masing masing, jangan dok bagi keluar sendiri terutama waktu malam
kat Malaysia ni banyak yang gila
termasuk menteri..gila import pendatang mai buat jenayah |
|
|
|
|
|
|
|
Teori mommy..ada 2..yg pertama mmg org tu niat nak bunuh..nak rogol..mcm yg mommy tulis kat atas...
Teori ke 2
kes ni kes kemalangan...
Maybe ada org telanggar atau betembung dgn dia...so dorg 3 beradik ni jatuh dlm terusan..sbb jalan kt kedah mmg byk lalu terusan..
Dia sempat tarik naik si kakak je...
Ingat nak bawa gi hospital..tapi si kakak mati ditengah pjalanan...
Sebab takut..dia campak ja mayat tu kat sawah tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...binatang betul org yg bunuh budak budak itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
DI sibu sarawak pun ada kes pembunuh juga...budak perempuan 12 tahun mati di rogol dan di bunuh dengar nya sampai 10 orang merogol budak perempuan umur 12 tahun
harap di sarawak pun dapat di jejak pembunuh tu....
kesian lar anak anak kecil jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-12-2013 11:51 AM
http://www.mazidulakmal.com/
mazidul siap ulas anak sulung binti abdullah..
Tolonglah mazidul.
Ini bukan masa yg sesuailah nak bring up this isu...
Kot iye pon xyahlah tunjuk ic budak tu..
Dia da arwah pon..jglah skit aib org mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa,
mcm ada orang yang kejar anak2 ni..
sedihkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku takleh nak imagine camne perasaan parents mangsa skrg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|