|
DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan
[Copy link]
|
|
Terima kasih atas gambo2 yg marbeles....x jemu tengok, boleh terasa kehebatan walaupun hanya menatap gambo
sultan n sultanah paling hebat abad ini |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara tiba di makam Sultan ke-27, Almarhum Sultan Yusof Sharifuddin Mudzafar Shah (1886-1887) yang terletak di Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar.
Makam Sultan Yusuf adalah makam terakhir yang diziarahi Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak pagi ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
My observation, setiap kali acara lawatan, dr afifi nih mesti ade di samping sultan... |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA KANGSAR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, antara 570 tetamu jemputan khas berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di Istana Iskandariah, malam tadi.
Turut menyerikan majlis santapan diraja itu ialah keberangkatan Raja-Raja Melayu, antaranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Jamalullail. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, antara kenamaan yang turut hadir.
Sebelum santapan diraja bermula, Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak bergambar dengan tetamu kenamaan di Balai Istiadat Kecil istana berkenaan. Majlis Santapan Diraja itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah dan Chakra Khan. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pukul 3 petang ini baginda berdua akan melawat lapan lagi makam Almarhum Sultan-Sultan Perak termasuk makam ayahanda Sultan Nazrin, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam DiRaja Bukit Chandan, Kuala Kangsar -
Makam-makam yang diziarahi adalah:
1. Makam Sultan ke-26, Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II (1874-1876).
2. Makam Sultan ke-28, Almarhum Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916).
3. Makam Sultan ke-29, Almarhum Sultan Sultan Abdul Jalil Karamatullah (1916-1918).
4. Makam Sultan ke-30, Almarhum Sultan Iskandar Shah (1918-1938).
5. Makam Sultan ke-31, Almarhum Sultan Abdul Aziz Almustasin Billah Shah (1938-1948).
6. Makam Sultan ke-32, Almarhum Sultan Yussuff Izuddin Shah (1948-1963).
7. Makam Sultan ke-33, Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Allahi Shah II (1963-1984).
8. Makam Sultan ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1984-2014).
|
|
|
|
|
|
|
|
KDymm Sultan Nazrin dan Dymm Tuanku Zara Salim |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Suasana muram ketika Sultan Nazrin, Tuanku Zara ziarah makam Sultan Azlan
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA dan MOHD. HAZLI HASSAN
KUALA KANGSAR 10 Mei - Suasana muram menyelubungi Permakaman DiRaja Bukit Chandan ketika Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menziarahi makam Almarhum Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Ziarah pertama terhadap makam ayahanda Sultan Nazrin itu dilakukan baginda berdua sejak ditabalkan sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak ke-35.
Turut serta dalam Istiadat Menziarahi Makam itu adalah dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.
Baginda sekeluarga tiba kira-kira pukul 3.05 petang. Istiadat dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Masjid Ubudiah, Mohd. Helmi Ibrahim.
Baginda sekeluarga kemudian menziarahi makam-makam Almarhum Sultan-Sultan Perak yang dimakamkan di Permakaman DiRaja Bukit Chandan dengan diakhiri di makam Almarhun Sultan Azlan.
Baginda sekeluarga turut menziarahi makam adinda Sultan Perak, Raja Ashman Shah.
Sultan Nazrin kelihatan sugul ketika Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti membaca doa di makam Almarhum Sultan Azlan dan Raja Ashman.
Sementara itu pada sebelah pagi, Baginda berdua turut menziarahi dua makam Almarhum Sultan-Sultan Perak yang terletak di Gedong Siam, Sayong dan Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar di Kuala Kangsar
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menziarahi Batu Peringatan Sultan Perak ke-2, Almarhum Sultan Mansur Shah (1549-1577) di Masjid Kota Lama Kanan.
Sultan Mansur dikatakan ghaib semasa menunaikan solat Jumaat pada tahun 1577 di masjid tersebut. - UTUSAN ONLINE - |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya orang berdiri sebelah Tuanku kat singgahsana..
|
|
|
|
|
|
|
|
cute sgt2 anakanda2 sultan perak |
|
|
|
|
|
|
|
cantik anak lelaki dan pompuan dia.pipi mcm sultan nazrin tembam gitu.muka ikut mak |
|
|
|
|
|
|
|
berbaloi lah kawen lambat.
dapat bini bijak pandai dan cantek.
anak pulak sangatlah comel.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|