CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] Tragedi MH17 V6 : Preliminary Report

[Copy link]
Post time 14-9-2014 12:00 PM | Show all posts
alyafea posted on 14-9-2014 07:32 AM
smlm tgk berita beberapa jenazah rakyat malaysia dh dikenalpasti ... moga ank2 arwah ariza tambi pn  ...


just want to ask anybody here, how about keluarga shaliza zaini dewa tu ya, yg sepupu penyanyi datuk hattan tu, shaliza ni married to a dutch, and reside in melbourne, jenazah shaliza dah dikenalpasti dan kebumi di malaysia ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2014 12:38 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 14-9-2014 10:20 AM
Sebab captain xsedar yg ac dlm keadaan noseup. Kalau mechanically linked mcm boeing punya yoke tu, ...

Rasanya tak macam tu kot.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 14-9-2014 12:38 PM
Rasanya tak macam tu kot.

Depa sedar last minute
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 01:10 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 14-9-2014 10:20 AM
Sebab captain xsedar yg ac dlm keadaan noseup. Kalau mechanically linked mcm boeing punya yoke tu, ...


yup aku tgk documentary psl air france 447 ni kt youtube.

it started when the capt pegi nap and left 2 co-pilots to take over. one of these co-pilot was lack of flight experience, the one yg kt right seat.
since joystick terletak far left and far right so these co-pilots cannot ceck what each other were doing. ms dorang encounter problem, dorang x kejutkan capt. bila masalah dh jadi kritikal baru capt terbangun. ms tu co-pilot yg kt right seat pulled back the joystick which put the plane to nose up position sedangkan they need to put the plane nose down. disebabkan joystick tu kt sblh kanan and terlindung dgn badan co-pilot tu, so captain pon tak snmpk yg dia silap pull back the joystick.
Last edited by bayieng on 14-9-2014 01:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bayieng posted on 14-9-2014 01:10 PM
yup aku tgk documentary psl air france 447 ni kt youtube.

it started when the capt pegi nap a ...

Kapten sedar last minute but it was too late.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 01:26 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 14-9-2014 01:20 PM
Kapten sedar last minute but it was too late.

yup mcm dlm transcript voice recorder air france ni...capt sedar bila co-pilot tu bgtau yg dia dok climbing entire time, kenapa plane tu msh nose down.

http://www.popularmechanics.com/ ... -france-447-6611877
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2014 03:58 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 14-9-2014 06:20 AM
Sebab captain xsedar yg ac dlm keadaan noseup. Kalau mechanically linked mcm boeing punya yoke tu, ...

hahahaha... owh macam tu yea.

ok, boeing pun fly by wire juga, bukan mechanical link, walaupun dia guna yoke, the function is the same as the joystick.
Mechanical link antara left and right yoke,yes so that the other side always copy the other.
Airbus punya flying philosophy lain, one side in use, the other side locked so that tak bergerak, unless yang locked tu di gerakkan dengan sedikit extra force, jadi unlock.. and in this case, ada warning aural and lampu 'Dual Input".
Airbus pilot memang tak tengok joystick position masa flying ,not suppose to,so kena tengok attitude plane as shown in the Primary Flight Display kat depan pilot tu. Kalau yang flying tu pull back, sud see the nose in up position, like wise kalau di push down or bank left n rite..memang no way boleh tengok atau nampak what the other pilot doing dengan joystick dia yang dalam genggaman tu.. at certain phase of flight, joy stick position will be indicated by symbol + yang bergerak mengikut input dari pilot flying on the display panel for the other crew to monitor.

so the other pilot, bila dengar warning "STALL,STALL" sepatutnya dia tengok nose attitude and suruh the pilot flying tu to lower the nose by pushing the stick forward or dia take over.They did that action lambat , plane tu dah rendah sangat untuk ruang altitude yang cukup untuk recover.
Last edited by kelana36 on 14-9-2014 12:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 05:07 PM | Show all posts
oni313 posted on 14-9-2014 12:00 PM
just want to ask anybody here, how about keluarga shaliza zaini dewa tu ya, yg sepupu penyanyi d ...

Beb, iols dah pernah tepek pasal shaliza dewa dlm benang sebelum ni.
Dia bukan sepupu hattan ya, yg sepupu hattan tu crew Dora Shahila.
Shaliza sekeluarga akan dikebumi kan di Melbourne sbb dia mmg dok sana, pr sana.
Tapi iols x sure dia dah dikenal pasti atau belum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2014 05:49 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 14-9-2014 05:07 PM
Beb, iols dah pernah tepek pasal shaliza dewa dlm benang sebelum ni.
Dia bukan sepupu hattan ya,  ...


owh ic., thanks for the correction.....my mistake, i thought shaliza yg cousin hattan, rupanya dora shahila sepupu hattan...sorry again...



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 05:52 PM | Show all posts
oni313 posted on 14-9-2014 05:49 PM
owh ic., thanks for the correction.....my mistake, i thought shaliza yg cousin hattan, rupanya d ...

No problem, iols pun kdg2 confused gak kdg2 suratkhabar ni tulis gini, yg sana tulis lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 06:01 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 14-9-2014 05:52 PM
No problem, iols pun kdg2 confused gak kdg2 suratkhabar ni tulis gini, yg sana tulis lain.


sometime, media cakap lain, kat luar cakap lain, tu yg iolss confius tu kdg2... luckily la uolls betulkan tadi, hu hu...

anyway, we all semua berdoa agar mangsa2 yg lain dapat dikenalpasti secepat mungkin, kesian kat arwah shaikh noor dan anak2 arwah ariza , harap dipercepatkan proses membawa pulang jenazah..



iolls harap pihak gomen dapat heret org yg b/jawab ke muka pengadilan, org yg responsible for this tragedy shud be rot in hell coz killing those innocent people dalam flight 17 ni...



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 06:10 PM | Show all posts
Kerajaan komited bawa pulang serpihan bangkai MH17



Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
PULAU PINANG 14 Sept. - Kerajaan komited membawa balik serpihan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di selatan Ukraine pada 17 Julai lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, usaha itu bagi membolehkan siasatan penuh berhubung tragedi tersebut dijalankan seterusnya membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Selain usaha mencari mayat, kita juga memberi tumpuan kepada usaha membawa balik serpihan bangkai pesawat supaya kita boleh mendapatkan hasil siasatan terperinci," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA negeri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 06:12 PM | Show all posts
Nenek tiri Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan masih belum dijumpai



PADANG TERAP 13 Sept. - Jenazah nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merupakan antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang masih belum dapat dikenal pasti.

Hishammuddin berkata, beberapa jenazah mangsa nahas tersebut berada di Amsterdam, Belanda yang masih belum dikenal pasti dan mungkin ada di antara jenazah itu adalah jenazah nenek tiri beliau, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, 83.

''Nenek tiri saya belum lagi dijumpai tetapi ada lagi jenazah yang masih belum dikenal pasti. Jadi ada harapan, mungkin antara jasad yang ada adalah dia,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Padang Terap di Dewan Kolej Mara di sini hari ini.

Yang turut hadir pada persidangan tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Menurut Hishamuddin, kemungkinan besar dalam tempoh terdekat beberapa mangsa nahas MH17 itu yang sedang melalui proses pengecaman akan dikenal pasti dan akan dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, beliau juga menggesa ahli-ahli UMNO meletakkan keyakinan dan kesetiaan kepada kepimpinan parti yang terbukti berjaya mempertahankan kedaulatan negara ketika berdepan dengan pelbagai ujian besar.

Menurut beliau, ahli-ahli UMNO boleh menilai prestasi dan keupayaan pemimpin UMNO yang ditunjangi oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadapi dua tragedi yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 dan MH17.

''MH370 dan MH17 adalah dua ujian yang telah dihadapi oleh kerajaan serta parti, saya kira tragedi ini tidak banyak negara yang dapat menitinya,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 06:14 PM | Show all posts
ARKIB : 13/09/2014
MH17 dedah persoalan standard keselamatan



KUALA LUMPUR 12 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah mendedahkan satu kebenaran yang meresahkan iaitu tidak ada standard yang jelas dalam menentukan keselamatan sesuatu laluan penerbangan.

Perdana Menteri berkata, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengeluarkan nasihat mengenai kawasan-kawasan yang perlu dielak tetapi tidak mengisytihar laluan berkenaan sebagai tidak selamat.

Beliau berkata, syarikat penerbangan mengguna pakai pendekatan berbeza untuk zon konflik dan penumpang dibiarkan tertanya-tanya pihak mana yang memastikan keselamatan di ruang udara.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam Financial Times, beliau berkata, dalam beberapa minggu selepas nahas MH17, ia menjadi jelas bahawa syarikat-syarikat penerbangan mempunyai pendekatan jauh berbeza di kawasan zon konflik.

Menjelaskan pandangannya, Najib berkata: "Syarikat Lufthansa dari Jerman melintasi ruang udara Ukraine tetapi mengelak bahagian utara Iraq dan Israel.

"Qantas dari Australia melintasi ruang udara Iraq tetapi elak Ukraine dan Israel. British Airways pula melintasi ruang udara Israel tetapi mengelak Ukraine dan Iraq."

Beliau berkata, perbezaan laluan yang digunakan pesawat berlaku kerana syarikat penerbangan tidak berkongsi penilaian risiko dan ini perlu diubah.

Dalam artikel bertajuk Our skies will not be safe until nations share their knowledge (Ruang udara tidak akan selamat sehingga negara-negara berkongsi pengetahuan masing-masing), Perdana Menteri berkata, selepas nahas MH17, komuniti antarabangsa perlu meletakkan keselamatan bersama di atas kepentingan negara. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 06:23 PM | Show all posts
MH17: Beberapa Lagi Mayat Rakyat Malaysia Dikenal Pasti
Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 8:37 PM


KUALA NERANG: Beberapa lagi mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas proses pengecaman dilakukan di Amsterdam, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata selepas disahkan pihak berkuasa di Netherlands, jenazah rakyat Malaysia berkenaan akan dibawa pulang ke tanah air.

"Jenazah mereka akan dikembalikan (ke Malaysia dalam tempoh yang akan ditetapkan). Di Amsterdam, ada beberapa lagi jenazah belum disahkan selepas melalu proses pengecaman untuk dikenal pasti.

"Dalam berapa hari akan datang, ada lagi nama-nama yang akan disahkan oleh Belanda....(termasuk) warga Malaysia yang akan dikembalikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Terap di Kolej Mara Kuala Nerang di sini, Sabtu.

Menurutnya masih ada mayat rakyat Malaysia berada di timur Ukraine dan kerajaan sedang berusaha mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah negara itu untuk membolehkan pasukan penyiasat Malaysia masuk semula ke lokasi kejadian nahas.

Hishammuddin berkata untuk itu, beliau sendiri akan ke lokasi kejadian dalam tempoh tertentu selepas rundingan dengan kerajaan Ukraine dan puak pemisah dilakukan, yang akan turut disertai pihak berkuasa Australia dan Belanda.

"Kita hanya mahu keadilan dan ketelusan dalam soal siasatan dan mahu orang kesayangan kita (mangsa) dapat dikembalikan ke tanah air," katanya.

Beliau berkata jenazah mangsa yang berada di Amsterdam adalah jenazah yang disenaraikan sebelum ini dan tiada jenazah yang baru diambil dari lokasi nahas.

"Nak masuk ke sana (lokasi nahas) rumit. Kita tak boleh masuk sendiri dan ia melibatkan pihak Belanda dan Australia. Kita mesti runding dengan pihak-pihak yang mengusai kawasan berkenaan. Ada yang di bawah penguasaan puak pemisah dan ada di bawah penguasaan Ukraine," katanya.

Beliau menegaskan kerajaan tetap mengutamakan keselamatan pasukan keselamatan Malaysia yang perlu ke lokasi nahas MH17.

Hishammuddin berkata mayat Puan Sri Siti Amirah Kusuma, nenek tiri beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga antara mangsa MH17 yang masih belum dikenal pasti.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, pesawat itu juga membawa penumpang pesawat warga Belanda, Australia, indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Semalam, Hishammuddin tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan kerja ke Ukraine, Rusia dan Belanda bagi meneruskan misi siasatan di lokasi nahas MH17.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 08:36 PM | Show all posts
Menjelaskan pandangannya, Najib berkata: "Syarikat Lufthansa dari Jerman melintasi ruang udara Ukraine tetapi mengelak bahagian utara Iraq dan Israel.

"Qantas dari Australia melintasi ruang udara Iraq tetapi elak Ukraine dan Israel. British Airways pula melintasi ruang udara Israel tetapi mengelak Ukraine dan Iraq."

Beliau berkata, perbezaan laluan yang digunakan pesawat berlaku kerana syarikat penerbangan tidak berkongsi penilaian risiko dan ini perlu diubah.


Nak kongsi tu boleh najib oi... tapi kena tau jugak who you are to them, who are our enemies and friends.. sebab tu lain negara lain perception..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2014 09:03 PM | Show all posts
kelana36 posted on 14-9-2014 08:36 PM
Nak kongsi tu boleh najib oi... tapi kena tau jugak who you are to them, who are our enemies and ...

mungkin kita patut join puting?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 09:15 PM | Show all posts
razhar posted on 14-9-2014 09:03 PM
mungkin kita patut join puting?

Satu pair puting hisap tak habis........semakin membuat buak lagi ada......

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 09:21 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 14-9-2014 08:51 AM
Tp salah satu factor air france 447 jatuh ialah sebab design stick tu

dey kici..sebab utama----frozen pitot tube yang bagi false reading kat komputer utama...@kelana36
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 09:24 PM | Show all posts
crankshaft posted on 14-9-2014 09:15 PM
Satu pair puting hisap tak habis........semakin membuat buak lagi ada......

oh gosssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.125043 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list