Aku: Kenapa Abg Faiz tak kena kacau eh?
Abg Faiz: Sebab hantu tu, hantu gay! Dia berkenan kat Abg Jep ko je. Dia nak tidur dengan Abg Jep, tapi atas katil mana muat. Penuh katil Abg Jep ko sorang je tidur.
Tersembur air oren aku dengar Abg Faiz cakap gitu.
Abg Jep: B*b*lah!
Aku: Tak logik langsung Abg Faiz ni!
Kak Lis: Hang sembang muhung la Paiz!
Abg Faiz: Laa... aku cakap tak nak percaya pulak. Betul la hantu tu hantu gay. Mula-mula, dia letak dalam bath tub. Ko ingat sikit, hantu setan ni kan suka duduk dalam bilik. Lepas tu kat hujung katil, senang nak golek-golek hindustan. Atas sofa, senang dia nak duduk renung muka ko tengah tidur.
Abg Jep dah mencarut-carut dah dengar Abg Faiz cakap macam tu. Aku dan yg lain-lain dah tergelak-gelak. Ada ke patut hantu gay yg dikata Abg Faiz. Memang tak tercapai akal aku dengan penjelasan Abg Faiz ni.
Suzie: Macam mana Abg Faiz tau ni?
Abg Faiz: Masuk bilik je aku nampak dah.
Abg Jep: Apsal tak cakap awal?
Abg Faiz: Aku tak naklah kau takut pulak karang. Aku ingat dia tak buat kacau la.
Mencarut lagi Abg Jep. Cair taik telinga aku dok dengar Abg Jep mencarut di pagi hari. Hampir pukul 8, kami bergerak ke dewan untuk aktiviti hari pertama. Sepanjang hari sibuk dengan program. Pukul 6 petang baru naik bilik. Itu pun nanti lepas makan malam ada program lagi. Masa aku dan Suzie sampai di bilik, pintu bilik kami terbuka luas. Aku dan Suzie panik. Nak kata housekeeping, takkan housekeeping datang dah lewat petang pulak? Takut pencuri je. Aku dan Suzie berdiri lama di luar, jauh sikit dari bilik nak tengok siapa yg masuk bilik kami.
Agak lamalah kami berdiri di luar tu, adalah dalam 20 minit. Tapi tengok takde orang pun yg keluar dari bilik. Aku dah pikir nak turun ke lobi je, laporkan kat front desk pasal pintu bilik kitorang terbukak. Lepas tu aku teringat yg bilik Abg Jep dan Abg Faiz sama level dengan bilik kitorang. Aku pun terus call Abg Faiz. Tak sampai 2 minit, Abg Faiz dan Abg Jep sampai kat aku.
Abg Faiz: Korang ni tak masuk bilik lagi ke?
Aku: Nak masuk camne. Kalau ada pencuri ke perogol ke pembunuh ke? Haaa...
Abg Faiz gelak je dengar aku cakap camtu. Dan takde angin, takde ribut, pintu bilik kami tertutup dengan kuat macam ditolak dari dalam. Terkejut kami berempat. Abg Faiz minta kunci bilik dan terus buka pintu bilik. Sebelum masuk, aku nampak Abg Faiz ada baca sesuatu. Selang seminit, aku dengar Abg Faiz bercakap.
Abg Faiz: Dia tak kacau kamu, kamu janganlah kacau adik-adik aku. Ingat, kamu tu siapa, kami ni siapa.
Lebih kurang macam tu la ayat Abg Faiz. Lepas tu Abg Faiz azan dalam bilik 3 kali.
Abg Faiz: Dah, clear. Pi masuk bilik.
Teragak-agak aku dengan Suzie nak masuk bilik. Tapi kami masuk jugak. Takde apa-apa yg pelik dalam bilik. Barang-barang kami sikit pun tak berusik. Aku ucapkan terima kasih pada Abg Faiz dan Abg Jep. Mereka pun berlalu pergi.
Suzie: Bapak ah seram hotel ni. Nama je 5 star, tapi macam apa je.
Aku: Jangan cakap camtu, Suzie...
Tak habis aku bercakap lagi, TV on dengan sendirinya. Ha ha ha ha. Natangnye. Dalam hal ni, aku salahkan Si Suzie. Mulut tak reti jaga. Tapi takpe, setakat main bukak tutup TV, biarkan dia. Jangan menampakkan diri dia pada kami, sudah. Aku dan Suzie terus buat macam biasa. Mandi, solat, dan bersiap-siap nak pergi dinner pulak. TV kami biarkan je terbukak walaupun nak keluar bilik. Malas aku nak cerita apa-apa pada orang. Aku biarkan Suzie je bercerita. Bagi aku, apa pun dalam bilik tu, so far agak harmless. 'Dia' suka tengok TV kot. Kalau kena angkat pindah-pindah tempat macam Abg Jep, memang alamatnya aku minta balik KL terus.
Malam terakhir tu, aku dan Suzie takde diganggu lagi. Kalau ada pun, mungkin kami tak perasan sebab tidur lena akibat kepenatan. Esok paginya, aku tanya Abg Jep samada dia ada diganggu tak. Abg Faiz belum apa-apa lagi dah gelak dulu dah.
Abg Jep: Semalam pesen lain pulak.
Aku: Pesen lain camne?
Abg Jep: Aku tengah tidur, ada orang dok hoi-hoi kat aku.
Suzie: Amboi, main hoi-hoi la pulak.
Abg Jep: Aku ni penat, ngantok. Aku ingatkan Si Faiz ni nak main-main ke apa. Tapi aku perasan, yg dok hoi tu suara perempuan.
Kak Intan: Hoh! Ada perempuan pulak masuk bilik korang?
Abg Jep: Sabarla, bagi aku habis cerita. Bila dah dok hoi aku tiga empat kali, aku pun bangunla duduk. Aku nampakla macam ada orang berdiri kat hujung katil tu. Bila aku perati betul-betul, ko tau apa aku nampak?
Aku: Apa? Apa?
Abg Jep: Macam sorang aci India pakai baju ala-ala cleaner dok sengih-sengih kat aku. Aku dah macam apa pundek cleaner mai bilik malam-malam orang nak lena ni? Aku pun sound la sekali. Aku cakap kat dia, oi gila ke kacau orang tidur malam-malam ni? Dia macam marah kat aku, terus mata dia jadi merah.
Dah terlopong kami satu meja ni dengar cerita Abg Jep. Abg Faiz je dok sengih tak habis-habis.
Abg Jep: Bila aku marah tu, Faiz pun tersedar la. Faiz nampak apa yg aku nampak, dia baling bantal je. Terus hilang aci tu. Hamjadah betui. Aku ingatkan orang betul. Selamba je dok hoi aku.
Aduila. Kami gelak lagi. Selalu kalau orang kena gangguan ni, cerita dia mesti seram atau menakutkan. Kena kat Abg Jep, insiden tu jadi kelakar. Entah mana datang aci cleaner tu, dok mengusik Abg Jep. Mujurlah, kami pun nak check out dah dari hotel tu. Hotel 5 star pun, kalau dah begini gangguan dia, tak sior rasa nak duduk dah. Seram segala bulu kat badan aku.