CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eRiKa

hina sangat ke jadi perempuan geMuk?

 Close [Copy link]
Post time 23-9-2006 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by dealova04 at 19-9-2006 03:47 PM


sian erika...sabar je lah...just ingat ..semua tu ada hikmah...gemuk tp sihat
kan ke o.k..dr erika kurus tp berpenyakit...x guna gak..jgn pedulikan ckp
org..coz bkn diorg yg bg erika mkn mi ...


Hhhmmm...W nak bg pdpt W pulak,...yea la...erika...lagi senang tuk jadi org yg bagi nasihat drp org yg menerima nasihat,..same la mcm pepatah yg bbunyi "..lebih baik jadi org yg memberi dari org yg menerima"

..Tapi tiap kali W dengar ppatah ni W slalu terpk...Kalu W ade pilihan baik jadi org memberi tu!..kan ke hidup die lebih bahagia..drp org yg menerima tu yg dbebani mcm2 kkurangan/masalah...

W pun ade mcm2 masalah skarang..W pun pernah jugak terpk..nape la hidup W cm ni cm tu..Walaupun masalah kite bbeza tapi rasenye org yg mcm kite jer yg tahu wat its like to be...U..btul tak?...

1) Mungkin antara pkara yg Erika bleh buat skarang ialah utk menyayangi diri sendiri...especially dlm situasi Erika..Gunakan ape yg Erika ade dgn perkara2 yg bleh mmbawa manfaat pd diri Erika or family Erika..

2) Cuber buat Big Plans utk menguruskan badan..maybe u bleh beli buku ke..mcm mana nak turunkan berat badan dgn cara yg sihat..or carik kat internet

3) Buat list utk nak kata ape yg patut pd mereka2 ni yg mulutnye Celupar!!...Kalu die org buat u mcm tu..U patut buat benda yg same!!...Guna kan kata2 yg bleh menyakitkan hati die org balik mcm..[target pd kLEMAHAan die org pulak]

"..Alaa u ingat muke u yg mcm b..tot kuali tu lawa sangat ke..?"..pastu ketawa besar..AHAHAHAHAHAHks..Hah!!..biar padan muke die...

ehehehks...jahat la pulak W hari ni...tapi org cm ni memang patut diajar!!...Play fire with fire..Baru die akan sedar yg pbuatan die tu JAHAT!!..tapi kalu die tu anak dekan ke ape...ah..memang patut diam jer kot..tapi bleh carik strategi lain rasenye...

W luah kan prasaan..sebab at times kite kena guna KETEGASAN & KEBIJAKSANAAN  kalu tak nak org lain mperkotak katik kan kite...btul tak??...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 11:30 PM | Show all posts
INFO SHARING DARIPADA RESEARCH PAPER SARJANA KAK ANIZ DI UPM...

OBESITI & SELF ESTEEM

Obesiti atau lebih dikenali sebagai kegemukan merupakan suatu perkara yang amat menggusarkan di kalangan individu lebih-lebih lagi di kalangan wanita. Bagi sebahagian individu,keinginan untuk tampil sempurna dan menawan  seringkali diertikan dengan memiliki tubuh yang langsing dan proposional. Maka tidak hairanlah golongan ini sanggup berbelanja dan melakukan pelbagai usaha  untuk mendapatkan berat idaman, ini termasuklah mengikuti program pelangsingan yang ditawarkan di pasaran, mengambil produk-produk tertentu yang berasaskan herba atau rempah-ratus, ubat-ubatan, pemakanan tambahan, suntikan, melakukan riadah dan sebagainya lagi semata-mata untuk mendapat berat badan serta kontur tubuh idaman.
       
Dan kelangsungan dari masalah obesiti ini  jika dibiarkan berterusan mampu menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan osteoarthritis. Malah lebih hebat dari itu jika tidak ditangani secara bijaksana  boleh membawa kepada gangguan emosi seperti perasaan kurang yakin pada diri, rendah diri, menyendiri, sedih, malu dan sebagainya yang membatas pergaulan dan hubungan sosial individu. (Zainun Mu?adin, 2002) Dan keadaan  ini secara tidak langsung mampu mempengaruhi perkembangan sahsiah juga peribadi individu terlibat atau lebih tepat lagi konsep kendiri  individu.

Kathie Hanlon (1997) melaporkan masalah berat badan turut mempengaruhi emosi dan konsep kendiri individu malah boleh menyebabkan tekanan bagi individu terlibat. Kelangsungan dari itu, cadangan penyelidikan ini antara lain adalah bertujuan mengkaji hubungan konsep kendiri dan masalah berat badan di kalangan warga obesiti.

[ Last edited by  Aniz at 23-9-2006 11:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:32 PM | Show all posts
Mengikut Campbell & Overdahl (1987) dalam kajiannya turut melaporkan wanita obesiti menunjukkan tahap konsep kendiri yang rendah dan mempunyai persepsi negatif terhadap imej tubuh mereka. Ini kerana persepsi untuk kelihatan cantik dan menawan seringkali dikaitkan dengan berat tubuh yang ideal serta proposional. Keadaan ini seringkali dihadapi oleh golongan obesiti yang telah berusaha berhempas pulas untuk menurunkan berat badan tetapi seringkali tidak berjaya. Kegagalan mencapai berat idaman serta dan gangguan persepsi terhadap imej tubuh ini akan membawa kepada ?eruntuhan nilai? tentang konsep kendiri. (Wooley & Wooley, 1984)
       

Rita Freeman (2000) menyatakan para psychologist dan kaunselor turut bersetuju tentang kepentingan imej tubuh dan hubungkaitnya dengan konsep kendiri. Secara tidak langsung sememangnya imej tubuh tadi mempengaruhi sikap, emosi, fizikal dan pemikiran individu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:37 PM | Show all posts
Kesejahteran dari sudut psikologikal, emosi, fizikal dan pemikiran amat penting bagi menjamin kesinambungan generasi yang berdaya saing dan maju dalam konteks pembangunan negara. Seiring dengan arus kemodenan, persekitaran serta pola pemakanan masyarakat kini turut menyumbang kepada peningkatan masalah berat badan ataupun obesity di kalangan masyarakat Malaysia. Kemelut obesiti ini jika tidak ditangani secara bijaksana akan memberi impak jangka masa panjang yang negatif kepada negara. Kemelut obesiti ini bukan sahaja menyumbang kepada meningkatnya penyakit-penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, kanser, jantung , osteoarthritis dan sebagainya tapi juga boleh mengakibatkan kerencatan perkembangan dari sudut emosi dan psikologi masyarakat yang sihat dan dinamik.
       
Obesiti sering dikaitkan dengan ketidakterimaan masyarakat mahupun hubungan sosial seperti sukar mendapat kedudukan yang tinggi dalam perjawatan, diterima rakan-rakan juga sukar mendapat jodoh. (Canning & Mayer, 1979). ?u]Prejudis, diskriminasi, kebencian, stigmazasi dan penolakan ini bukan saja amat menyedihkan malah amat menyakit juga memilukan buat gologan obesiti?/b]. Keadaan ini memberi impak yang serius terhadap fizikal juga kesihatan mental dan emosi : impak ini adalah benar dan tidak seharusnya diperkecilkan? (Bovey, 1994)
       
Buat rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan KHIDMAT KONSULTASI MAHUPUN KAUNSELING PENGURUSAN BERAT BADAN...jangan segan silu boleh hubungi kak aniz di 012-3915362 dengan membuat TEMUJANJI DI PUSAT KAUNSELING NEGERI SELANGOR, KOMPLEKS PKNS ~ KHIDMAT KOMUNITI INI ADALAH PERCUMA...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:41 PM | Show all posts
Wanita dan penampilan?anita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan?.apatah lagi menjelang aidil fitri yang bakal menjelang tiba?olek sangat sempena Ramadhan yang mulia disamping mengutip pahala berpuasa mari kita LIPAT GANDAKAN lagi pahala itu? ?emelihara & memulihara tubuh yang diamanahkan Allah ini? untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Mudah-mudahan lebih lancar lagi perjalanan darah, oksigen dan segala operasi bersangkutan dalam tubuh kita?ita nyahkan toksin, cairkan lemak?ingkirkan segala kotoran dan mendap-mendapan yang menyesakkan lalu lintas serta kedarak yang tidak diperlukan. Moga-moga seiringan dengan ibadah puasa ini lebih mudah lagi kita mengharungi CABARAN MEREALISASIKAN BERAT IDAMAN?eri ruang..beri peluang!!! YAKIN..FOKUS?UAT SEMANGAT?UJUR?STIQAMAH, INSYAALLAH PASTI BERTEMU DENGAN KEJAYAAN YG DIIMPIKAN?.

Lagipun cukup-cukup?dah-udahlaa tu menternak lemak, ye tak??? Bukan sekadar SEKSI?api SEKSA mata sendiri dan mata cik abg roomate memandang?aa!!! Sebelum cik abang complain atau cari yang lain?.JAGALAA PENAMPILAN DIRI, BIAR SEJUK HATI DIA MEMANDANG?FTER ALL, IANYA JUGA UNTUK ?EPUASAN? DAN JUGA KESIHATAN DIRI KITA., TAK GITU KEKAWAN??? Tak lupa buat abang-abang roomate @ suami yang budiman dan baik hati?.janganlah pula pandai komplen sahaja?ekali-sekala berikanlah sokongan & resolusi yang sewajarnya?aling idak pun mungkin RM nya?lmaklumlaa bak kata kak peah? ?ang nak pakainya awak juga?betul tak? Hee..Jangan ada yang marah yer ini realitinya, tak gitu? Sama-sama kita ingat-memperingati?

Haa?erat badan dan proposional tubuh idaman menuju impian tapi kalau aura tak cun?ak stabil dan harmoni pun masalah juga?antik, comel?upawan tapi serba tak kena tak molek jugakan?esona diri tenggelam kerana aura diri yang kelam, kusam, busuk & tidak harmoni. Kalau nak tahu sebab itulaa juga adakalanya kita bertemu dengan dengan orang cantik mahupun handsome bak model atau celebrity ternama tapi kat hati ini ?uranglaa berkenannya? tak tahu apa tapi seolah?iada daya penarik?aa kalau nak tahu itulah sebahagian rahsia aura. Adakalanya pula kita bertemu dengan insan yang biasa-biasanya?antik sangat pun tidak handsome sangat pun tidak tapi kita selesa?.senang dan seronok berdampingan mahupun berkawan dengannya, wajah yang redup, tenang dan sejuk mata memandang. Inilah sbeahgian ciri insan yang hebat auranya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:44 PM | Show all posts
Buat yang berminat JANGAN BERLENGAH LAGI...hubungi akak...insyaAllah akak sedia membantu...

FYI, akak tidak berkesempatan memasuki cari during ofis hour ...tiada akses internet di ofis...so if you need my help & consultation...dialu-alukan nak masuk sesi kaunseling pun boleh...maklum sahaja adakalanya GARA-GARA BERAT BADAN YANG NAIK BAGI DIPAM-PAM ala-ala ada yeast dlm badan bukan sahaja tension...dah cuba macam-macam tapi tiada juga hasil yang diharapkan menjelma...DAhlaa tu...kena perli...GEMUK...beruang terlepas, badan berendam, dugong terlepas...dan macam-macam lagi cukup menghiris rasa...betul tak???Jangan mengalah..ada caranya!!! PERCAYALAAA...BERI RUANG...BERI PELUANG!!!

REMEMBER ALLAH SENDIRI TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA SEKIRANYA KITA SENDIRI TIADA INISIATIF UTK MENGUBAHNYA...
:love:

Namun perlu juga diingat...kita perlu REALISTIK, SABAR, TEKUN, ISTIQAMAH...JANGAN MENGALAH...janganlah pula LEMAK YANG DITERNAK 10 TAHUN U EXPECT PERGI DALAM MASA SEMINGGU...be realistik....apatah lagi jenis tubuh yang gemuk angin & daging...sabar!!! Ibaratnya permulaan 2 minggu itu baru lemak-lemaktu hendak dihuru-harakan..dihancurkan...masuk minggu berikutnya...bulan berikutnya....disokong pula dengan pelan pemakanan, displin diri...bersenam, hot wrap..InsyaAllah senangjek sebenarnya nak kurus...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2006 11:46 PM | Show all posts
Akak tengah buat praktikum MASTER kat Talian Sahabat, Pusat Kaunseling Negeri Selangor...

Buat kawan-kawan yg stress, mahupun buntu...rasa mcm motivation down jek...mehlaa singgah Talian Sahbat..maklumat lanjut boleh lawati portal www.nurqudrah.com dan klik kat KHIDMAT NQ...

Emm..bukan apa kekawan perlu tahu gak...KALAU NAK SLIM KITA ENJOY OR ELSE BADAN JADI ASIDIC dan IANYA AKAN MENGANGGU METABOLISME TUBUH...maka lambat penurunan akan berlaku sebab itulah ada segelintir di kalangan rakan-rakan kita lagik STRESS LAGIK NAIK BADAN BAGAI DI PAM-PAM..salah-satu cara terbaik bila agak-agak mcm STRESStu...minum air kosong banyak-banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:50 PM | Show all posts
Rakan-rakan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di portal NQ...

www.nurqudrah.com:nyorok:...Jangan malu-malu mahupun segan-segan meh sama-sama kita kongsi ilmu...boleh chat dgn seefu-seefu yg dah kurus juga di NQ spashly nurkasih...she manage to lost 16kg if I not mistaken LESS THEN 2 MONTH...

[ Last edited by  Aniz at 23-9-2006 11:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2006 05:59 PM | Show all posts
Memang memberi nasihat lebih senang dari orang yang menerima nasihat. Pelan2 kuruskan badan. Akak dah berjaya walaupun masih banyak perlu diturunkan tapi sekurang2nya kita tak melihat setiap minggu atau bulan jarum penimabang makin naik dan naik.Akak beri semaNGAT kepada seispa yang nak kurus dan kepada diri akak sendiri. Semuanya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan selera makan dan kalau guna alat bantuan, pengorbanan wang ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 11:14 PM | Show all posts
Untuk MEREALISASIKAN IMPIAN DAN MENCAPAI CITA-CITA dlm hidup ini kita memerlukan KEIKHLASAN & PENGORBANAN...kita perlu jujur dengan diri kita sekiranya hanya lintasan di minda atau hati sahaja INGIN KURUS TETAPI TIDAK DISERTAKAN dengan PRAKTIKAL dan TINDAKAN tidak kemana jua...KITA PERLU BERANI UNTUK MELAKUKAN KOREKSI & MEMPERBAIKI KELEMAHAN YANG ADA..."Allah sendiri tidak akan mengubah nasib kita sekiranya kita tiada inisaitif utk mengubahnya"...

Setiap individu sebenarnya mempunyai  POTENSI DIRI & KEKUATAN DALAMAN YG MAMPU DIBANGUNKAN..."Beri ruang...beri peluang...JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH SEBLM BERJUANG!!!"...Dan perlu diingat elakkan STRESS, bila U stress badan akan jadik asidic dan menganggu metabolisme tubuh...bukan itu shj jika tidak dibendung ianya turut mengesani IMUNISASI tubuh...

Tak dinafikan komitmen terhadap keluarga, kerjaya, rumahtangga dan persekitaran adakalanya kita yg bernama manusia kemungkinan terjebak dgn KONFLIK & DILEMA diri...apapun jadikanlah itu semua sbg...satu "CABARAN" bagi sebuah kejayaan yg bakal anda lewati...banyakkan muhasabah diri,jujur..dan berani melakukan koreksi diri...

RAHSIA KEJAYAAN YG SEBENAR DLM HIDUP INI ANTARANYA ADALAH KITA MENGENAL DIRI KITA...KITA KENAL ALLAH DAN KITA KENAL DUNIA & AKHIRAT...

Sudi-sudi lawati portal "REVOLUSI KESEJAHTERAAN INSAN...bersama ~ www.nurqudrah.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 06:26 AM | Show all posts
Promosi, promosi juga... tapi mohon jangan keterlaluan sehingga overshadow this thread :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 12:46 PM | Show all posts
hina ker?
xder lahh..asalkan tuan punyer badan pandai menjaga adab sopan n peribadi..
klu hina in my opinion nih...org yg xtau nak bezakan mana dosa ngan pahala...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 05:53 PM | Show all posts
mana ade hina..
la ni memacam ade ler..
yg gemok leh kurus yg kurus leh gemok
n yg hitam leh putih ...
so y not usaha kan kan kan ...

tapi kalau da bini tu kan hak milik kekal laki ler...
kalau laki kate ok ok ler... tapi x semsti nye nak bio jer...
makcik aku tu siap makan roti sekeping jer... semata2 nak kurus...

x caye tanya mata bulat....:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:45 PM | Show all posts
yg aku perasan org gemoks ni memang slalu lambat tawen kannnn..sian aku...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by namakurahsia at 9-10-2006 02:45 PM
yg aku perasan org gemoks ni memang slalu lambat tawen kannnn..sian aku...

xjuger...anak sedara kita, mmg gemuk dr kecik lagi...umo tak smpai 25 dh kawen. tpi asben dia pn besar gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:22 PM | Show all posts
kamar22,

Ye ker...ishhh best la..kita ingat takde org lelaki minat kat kita coz gemoksss.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by eRiKa at 4-8-2004 02:12 PM
hai kwn2 semua...saja nak tanya pendapat korang semua..kenapa org selalu memandang hina pada perempuan yg gemuk...?kenapa org suka menyindir bentuk fizikal org gemuk...?masyarakat treat org gemuk n ...



bab2 ni mmg sensitip....i penah gemok di satu mase dahuku....mmg ar mcm2 kene ejek...gelaran plg best --> cik jah @ gajah....saba je la....nk wat caner...x kan nak jahit mulut seko2 org yg ejek kt tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by namakurahsia at 9-10-2006 04:22 PM
kamar22,

Ye ker...ishhh best la..kita ingat takde org lelaki minat kat kita coz gemoksss.



ish...sape kate org gemok xde org nk....ex saye dulu nak je kat saye walopon dulu saye gemok....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 05:52 AM | Show all posts
Originally posted by namakurahsia at 9-10-2006 02:45 PM
yg aku perasan org gemoks ni memang slalu lambat tawen kannnn..sian aku...


sapa kata... syanie pun jodohnya datang awal taw...

orang kurus pun ramai juga yg lambat kawin...

prang lelaki ni taste lain-lain...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:18 PM | Show all posts
pompuan gemuk tak hina kecuali jika:

1) di hina oleh org lain

2) menghinakan diri sendiri - pakai baju sendat2 tak sedar badan tu gemuk!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.740080 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list