CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

THE PRINCESS (LEARD KATTIYA) [SESI SEMBANG2]

 Close [Copy link]
levenjel This user has been deleted
Post time 21-9-2004 04:27 PM | Show all posts
tp rase kesian gak kat sitdiprawat tu... dia pun cinta sungguh2 kat dala. kalu tak tak de la die tinggal nyenyawa ikan je skang ni... dah la die mmg sakit, tambah lak memendam rase sedih dlm hati....

kira2nye... 2-2 insan yg sesgt cinta, kasih & syg dala akan tinggalkan die buat selama2nye.... kejamnye dunia.........:geram:

rasenye kalu dia tak mati pun bagus gak. biar dia ngan dala happily married. tak la nnt dala tinggal sorg2 memandangkan anothai nnt will be executed...(aaargh!!! tidak! tidak!) hmmm.. tp kalu sitdiprawat tak mati agaknye die refuse pulak kawin ngan dala yek? cam tu pun bagus gak... blh la nnt dgn kuasa yg ada pd die, die approve hubungan anothai+dala!!! (hahahah.. pandai2 pulak nak buat jln cite sendiri...) tp nnt kurang best cite ni....:kant: bila cite ni jd lebih sedih, maka lebih best utk ditonton.....(ikut my point of view la...) :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2004 05:04 PM | Show all posts
ehhhhhhhhhhh

sedih ma.. kejam betul penulis cerita ni.. kita yang tak dapat tengok pun sakit hati bila baca review korang ni.. kalau tengok apa lagi..

sedih betul

Setiap hari tengok jam walaupun tak dapat tengok cerita ni.

harap2 korang yang baik hati ni boleh bagi summary for toda's episode please
Reply

Use magic Report

sofia This user has been deleted
Post time 21-9-2004 05:59 PM | Show all posts
semalam dala dah kahwin dgn prince tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2004 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by sofia at 21-9-2004 17:59:
semalam dala dah kahwin dgn prince tu ker?


uiks...baru bertunang dek noin...belum kawin lagi..
tak sempat nak kawin rasanya...
putera mahkota dah gering...gara2 tgk dala ngan anothai berpeluikan...:love:
tapi putera pendam dlm hati sorang2..sedih plak aku tgk part nie,...beria benar dia cintakan si dala...(kalo tak tau jln citer LK ni...rasanya boleh sedih jugak part putera mahkota menunjukkan rasa cinta dia kat dala ni...)..mungkin esok atau lusa sampai la ajal putera ni...nafas pun dah semakin lemah....:cry::cry:

rasa cam nak lantik anothai je jadi putera mahkota...takleh ke putera mahkota bagi wasiat cam tu sblm nak kojol???:lol
Reply

Use magic Report

sofia This user has been deleted
Post time 21-9-2004 06:20 PM | Show all posts
kesiannya kat putera tu. patutnya dia bagi jer dala kawin dgn anothai. kesian anothai kena pukul dgn musuh dia. habis calar2 badan dia. ingatkan dah nak ko. nasib baik still alive.
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 21-9-2004 06:22 PM | Show all posts
bosan la cite ari ni..hahahah nak summary ke..bosan tau hahah tak de scene bes pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
sofia This user has been deleted
Post time 21-9-2004 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by fauralyn at 21-9-2004 06:22 PM:
bosan la cite ari ni..hahahah nak summary ke..bosan tau hahah tak de scene bes pun



betul  ker boring, boleh jugak kalau nak buat summary sbb hari ni tak sempat nak tengok.
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 21-9-2004 07:52 PM | Show all posts
hye all ..tade summary untuk episode 17 ker? tak dpt tgk la semalam
anyway ni summary for today's episode

episode 18.

(di kamar puteri dala)

sedang dala tidur dengan lenanya,dala dikejutkan oleh dayang nya kerana putera mahkota sakit tenat.dala dgn muka cuaknye turun ke bawah menuju ke bilik putera mahkota.sesampai di bawah anothai berkata kepada dala bahawa putera mahkota demam.anothai membuat anggapan bahawa mungkin putera mahkota terlalu runsing kerana byk kerja yang perlu di bereskan.

(di bilik putera mahkota)

ibu dan ayah putera mahkota risau ttg keadaan anaknya.apabila dala masuk melawat putera mahkota,ibu putera berkata bahawa putera mahkota sering memanggil nama dala ketika demam .
beberapa ketika kemudian tabib datang untuk merawat putera mahkota.dala meminta izin untuk keluar dari bilik.
di luar bilik anothai bertemu dala dan mengatakan kerisauan nya ttg sakit tenat yang di hadapi oleh putera mahkota , kerana mesyuarat penting yang menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin kepada tiga bawah negeri kecil yang berada di situ akan di adakan tidak lama lagi.
seketika kemudian , dayang memanggil dala kerana putera mahkota ingin bercakap dengannya seorang.
dala masuk semula ke dalam bilik putera mahkota, di mana putera mahkota sedang menunggu nya.dala duduk di sebelah katill putera mahkota.putera mahkota bertanya adakah dala benar2 ingin berkahwin dengannya, kerana selama ini dia merasakan bahawa diri nya sahaja yang membuat pilihan, dan tidak mengambil berat ttg pilihan dala.dan dala hanya bersetuju dan berkata sudah tentu dia akan berkahwin dengan putera mahkota (kene paham waktu ni dala kesian kan putera mahkota sebab keadaannya yang sakit tenat)

(di istana kemmarat)

putera chaiyan memarahi salah seorang tentera kuat nya kerana tidak berjaya membunuh anothai.dia hampir membunuh tentera nya itu , tetapi terbantut apabila tenteranya memberitahu bahawa putera mahkota yasorthon sedang sakit tenat,dan sekiranya putera mahkota meninggal dunia maka puteri khea khai akan menaiki takhtanya.putera chaiyan tersenyum apabila mendengar khabar berita itu dan mengarahkan supaya mencari orang untuk memberitahu dengan detail apa yang telah terjadi kepada putera mahkota.

(di bilik putera khea khai)

puteri khea khai mendapat surat dari bondanya yang mengatakan bahawa putera mahkota jatuh sakit.pada mula nya khea khai agak risau kemudian setelah berpk lagi..wajahnya berubah berseri2 kerana sekiranya putera mahkota mangkat dia akan menaiki takhta sebagai pemerintah di yasorthon.

(di luar bilik putera mahkota)

ibu khea khai sedang menuju ke bilik putera mahkota apabila ibu dala dan dala hendak keluar dari bilik putera mahkota.ibu khea khai menegur ibu dala,ibu dala berkata bahawa keadaan putera mahkota tenat dan sedang berehat.lalu ibu khea khai tidak jadi masuk ke dalam , hanya menyampaikan salam kepada putera mahkota.( :dia: cam muka pura pura baik  ).dan berlalu pergi.

setelah ibu khea khai berlalu pergi , ibu dala memarahi dala kerana tidak merapatkan diri lagi kepada putera mahkota.ibu dala risau sekiranya khea khai dapat menaiki takhta selepas ketiadaan putera mahkota.dala hanya menyuruh ibunya menerima kenyataan, tetapi ibunya masih lagi risau kan ttg takhta yang bakal di warisi oleh khea khai.

(pada mesyuarat antara pembesar yasorthon)

mesyuarat di adakan untuk menentukan siapa yang patut pergi menghadiri mesyuarat di antara negeri yang di adakan nanti untuk menggantikan putera mahkota yang sedang sakit.anothai di cadangkan untuk pergi ke mesyuarat itu,dan dia sangat tidak mahu..tetapi pembesar percaya akan kebolehannya untuk menghandle masalah itu.
anothai menyuarakan cadangan supaya yasorthon memakai cara psikologi untuk mendapatkan sokongan dari negeri2 kecil yang menjadi perebutan antara kemmarat dan yasorthon.
cadangan nya ialah tidak menekankan bahawa yasorthon ingin menguasai negeri2 kecil itu..dan biar di nampak seolah2 kemmarat yang mahu menakluki negeri2 kecil itu. ( bijak nyaa :cak: )

(di bilik putera mahkota)

keadaan putera mahkota semakin tenat..dan sering memanggil nama dala.dala pergi ke arah putera mahkota dan duduk di sebelah katil nya.putera mahkota mengatakan beliau seperti ingin mati sudah.dala menangis kerana takut akan keadaan putera mahkota.
permintaan putera mahkota ketika itu adalah untuk berjumpa dengan anothai .seorang pengutus di hantar ke tempat meeting anothai yang sedang berlansung di kemmarat untuk menyatakan hasrat putera mahkota itu.

(di mesyuarat di kemmarat)

mesyuarat di adakan di antara kemmarat , yasorthon dan negeri2 kecil untuk menentukan siapa yang sepatutnya menjadi tuan rumah kepada mesyuarat antara negeri yang di adakan nanti.
anothai memulakan strategi nya berkata2 dan memberi persepsi kepada org org lain bahawa seolah2 kemmarat ingin memerintah mereka (supaya yasorthon mendapat sokongan dari semua org :tq
keputusan pada akhirnya mereka semua bersetuju untuk mengadakan mesyuarat antara negeri yang akan di adakan itu di yasorthon (yeay :ah

(setelah habis mesyuarat)

setelah mesyuarat habis, anothai menuju keluar dan pengutus dari yasorthon datang berjumpa dengannya untuk menyatakan hasrat putera mahkota sedang sakit tenat dan ingin bertemu dengannya.anothai cuak ke bebeh dan menuju dengan laju nya ke yasorthon tanpa menyedari bahawa putera chaiyan mendengar perbualan mereka di belakang pintu.

setelah sampai di yasorthon anothai bertemu dala , dan dala mengatakan sakit putera mahkota semakin kronik dan berkemungkinan besar tidak dpt di selamatkan.anothai menjadi risau kerana sebelum ini sakit putera mahkota tidak la seteruk yang di sangka kan.anothai menuju ke bilik putera mahkota...

bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


skuter_buruk This user has been deleted
Post time 21-9-2004 08:44 PM | Show all posts
fauralyyn,

thankyu...banyak2..

tadi I tertidur tak dapat negok.

memang rase dah malas nak tengok dah sbb sad ending..

taknak nengok tik nangis..

sob...sob...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2004 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by cozack at 20-9-2004 10:09 AM:
opocot.. dan semua:

pasal VCD tuh, aku tak leh janji dapat penuhi semua permintaan.. bukan apa .. aku dah serik ohh.. tapi pada sesiapa yang pernah oder ngn aku.. cam OPOCOT, SHANEGURL dan sorg  ...

cozack...braper jumlah cd citer nih?

kalau ko bermurah hati passing kat aku..bleh aku tlg burnkan kat member2 lain...amacam??
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 22-9-2004 12:25 AM | Show all posts
hee ...bagus bagus..burn untuk saya sekali ...mmg kat pasaran tak de jual ke yang ade subtitle nye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 09:10 AM | Show all posts

Episode 17

Putra sidtiprawat menghantar dala ke bilik. Putra tu ty sama ada Dala ade rahsia ke sbb Dala nmpk xgembira, tp Dala dgn cool nyer kata xde rahsia dan masuk ke bilik.

Khea Khai pulak dh mcm org giler sbb x dilayan si putra Chaiyan. Putra Chaiyan nih tiap2 mlm ader jer keje die. Konon tu la alasannya xdpt balik temankan si Khea Khai.

Pd masa yg sama, Chaiyan tgh rancang ngan pmbelot 1(si Thor dlm fox n..) utk bunuh Anothai si ensem Bengang gile die dgn Anothai. Chaiyan rancang nk bunuh Anothai dgn mengumpan Anothai ke kem Kemmarat. Lps tu, Chaiyan balik nk tido. Sampai kt bilik, terus kene marah dgn Khea Khai. Apalagi, gaduh besar ar. Last nyer Khea Khai kene penampar. kwang3
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 11:02 AM | Show all posts
best tul gaya penceritaan ko azwa85... ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 01:11 PM | Show all posts
azwa85 and Fauralyn..terima kasih banyak2

kesian putera raja tu.. tak lama matilah tu sebab asyik kena heart attack sebab dala & anothai..

keciannya anothai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 01:50 PM | Show all posts
aduuuiiiii..

banyak nyer request.. penin... penin...

nanti lah.. nak pikir dulu.. tak nak pisang buah dua kali..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 02:05 PM | Show all posts

Hope to see more Dala and Anothai in today episode

Cozack, jangan lupa I utk vcd citer ni, ek :pray::pray::pray:.   Fikirlah arrangement paling sesuwei camne supaya pisang tak berbuah dua kali..... :ah: Guarantee ramai yang tak kisah punye.  

Kengkawan yang lain, kalu ada plan bagus untuk Cozack, bolehlah dibentangkan di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fauralyn This user has been deleted
Post time 22-9-2004 02:17 PM | Show all posts
yer cozack...buat plan supaya jgn pisang berbuah dua kali.....dan org org lain tu pun jangan la niat jahat plak...sesiapa ade plan yang bernas ke...sesila la memberi


~ari ni bley tgk lagi :x~
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 24/07/2004 13:11:
azwa85 and Fauralyn..terima kasih banyak2

kesian putera raja tu.. tak lama matilah tu sebab asyik kena heart attack sebab dala & anothai..

keciannya anothai..



tq 4 the summary...

kesian pula kat putera raja tu.... dia mati kena heart attack kat taman tu gak ke...??:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by EzQ_naY at 22-9-2004 11:02 AM:
best tul gaya penceritaan ko azwa85... ekeke


heh..heh... :gila:

u r welcome sume... :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 03:07 PM | Show all posts
:cry::cry::cry::cry:

simpati lak kat putera mahkota....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.120248 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list