|
Reply #332 nazurah's post
aku pula suka flashback dalam tanah andriyana tu yang paling aku suka
tapi part lain macam biasa je
sebab tu aku nak tolak kat orang lain, sebab aku rasa ceritanya macam stereotype
semuanya anak orang kaya
lepas tu heroin dia pun cantik banget
padahal realiti dalam malaysia ni, tak ramai perempuan secantik wardina etc...ataupun aku sorang je huduh kut...
lepas tu tukar setting kat negara org putih. mungkin agaknya aku ni selalu bayangkan kita ni tak ada lah affordable sangat nak ke negara eropah - org banyak duiit je yang mampu buat macam tu
aku rasa aku lebih suka SUUN, sebab SUUN lebih dekat dengan hati 0 mcm muzammil, nuha, aku boleh bayangkan dia orang macam jiran sebelah rumah aku
nuha pun digambarkan macam kawan aku..biasa2, tapi hitam cantik manis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #341 mardhiah12's post
mar.... dia cantik sbb kacuk banyak sangat tu... jawa+bugis+siam+brits+belanda... hehehe
OFF TOPIC..
aku plak tak suka happy ending coz hakikat hidup yang macam ko cakap tu, tak semuanya cantik....ramai yang tak berapa cantik, sama macam kehidupan... tak semua berakhir dengan kebahagiaan...
look at positive side, kekecewaan itu sebenarnya banyak memberi pengajaran, pengetahuan dan pengalaman kepada mereka yang pernah melaluinya lalu menjadikan dia seorang yang teguh dan kuat... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #339 ReDroSe!'s post
nanti kita bertemu di booth JS ek ....
[ Last edited by qimi08 at 14-3-2008 10:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #342 nazurah's post
nazurah, betul cakap ko. bila duk baca happy ending, kengkadang nak juga menangis ending dia, hehehehe...
tapi kekadang aku nak juga happy ending sebabnya aku suka berangan kut |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #342 nazurah's post
Ya saya pun macam naz gak.... sbb tu saya suka petikan ni yang diambil dari Novel Salina Ibrahim atas nama kasih page 274..
(Hidup manusia di alam realiti tak seperti dalam novel atau filem
Sampai muka surat terakhir atau penghujung cerita kita tahu kesudahan "happy ending" atau "sad ending".
Tapi di alam realiti, selepas muka surat terakhir atau hujung cerita itu masih ada kehidupan lagi.
Kehidupan di dunia akan selesai selepas kita mati... Itu pun belum selesai sebenarnya.
Hidup di akhirat entah bagaimana pula...) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
qimi... sangat setuju pada apa yang dicatat oleh Salina Ibrahim.
mar... semua orang suka berangan tapi...jangan jadi mat jenin sudahlah yek ;) aku pun suka berangan tapi adalah kurang sihat tak baik untuk badan kalo kita kerap sangat berimaginasi ni...
p/s : semalam dengar John Norafizan berhujah mempertahankan bahasa melayu, aku fikir aku nak mula menulis dalam bahasa melayu yang betul dalam bod ini terutamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ohh...server masih demam... |
|
|
|
|
|
|
|
review NTS.. dah berzaman baru nak baca
Novel ini saya kira wajib baca untuk kita mengenal erti cinta, yang berlandaskan agama dan bersempadankan adat. Dinobatkan novel terbaik CESB 2006 (dan berasal dari e-novel), kisah yang mudah, tetapi dilatarkan dengan kerjaya kedoktoran menjadikan novel ini agak berat.
Syarifah Nuur Khalida, watak utama novel Nyanyian Tanjung Sepi merupakan seorang pelajar perubatan tahun kedua di USM. Beliau telah menarik hati seorang doktor bernama Aqmar Aziz ketika Khalida menjaga sepupunya di hospital.
Bahagian pertama menfokuskan kepada Khalida yang belajar di USM, dan kehidupannya sebagai seorang pelajar, sebelum 'dipaksa rela' berkahwin dengan Doktor Aqmar Aziz (dan terpaksa melupakan seseorang yang pernah diminatinya secara sembunyi). Jarak usia 11 tahun antara Khalida dan Aqmar tidak menghalang pernikahan mereka, dek kerana perjanjian keluarga yang mengikat mereka semasa kecil. Khalida harus pasrah kerana menghormati kehendak arwah ayahandanya, sama seperti ketika dia pasrah meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, atas wasiat ayahnya jua.
Doktor Aqmar Aziz, watak yang sangat penyabar, dan lebih mengutamakan Yang Khalik daripada segala-galanya. Maka seharusnya perkahwinan ini menggembirakan beliau, kerana Khalida merupakan pilihan hatinya, tambahan pula direstui sebagai pilihan keluarga.
Bahagian kedua pula menfokus selepas Khalida tamat belajar. Imbasan-imbasan kisah bagaimana beliau jatuh hati terhadap suaminya sendiri, atau kisah dia menangis di malam pertama (agak menggelikan hati) menyebabkan kita sebagai pembaca memahami mengapa Khalida mencintai Aqmar.
Lalu kebahagiaan ini diserikan dengan cahaya mata mereka, Nuur Hannah, yang mereka tunggu-tunggu selepas 3 tahun bernikah. Tetapi, akan terjadi sesuatu terhadap Nuur Hannah, yang menggoncang keyakinan Khalida. Aqmar masih lagi bersabar dengan dugaan dari Yang Esa itu.
Kisahnya pantas, dan tidak menfokus kepada perasaan kecewa yang Khalida atau Aqmar alami. Malahan, jodoh mereka tidak pun panjang dek kerana terjadi suatu konflik. Walau bagaimanapun, sehingga ke hujung kisah Khalida-Aqmar, kita masih dapat merasakan ketulusan hati Aqmar. Mereka bercerai secara baik, dengan Khalida masih mencintai bekas suaminya sedalam mungkin.
Lalu kisah ini mempunyai kesudahan yang indah bagi Khalida dan Aqmar sendiri. Khalida bernikah dengan Doktor Zainur Arief, cinta pertamanya yang disimpan di dalam hati, dan Aqmar berjaya mendidik Tunku Dara Aida menjadi muslimah sejati.
Penghujung kisah, mata saya masih basah menghayati keagungan cinta Aqmar terhadap Yang Esa (Khalida sendiri berkata: "Dia hanya mencintai Islam, dan kita bukanlah apa-apa bagi dirinya"). |
|
|
|
|
|
|
|
Best la latest Noorsuraya - Panggil aku Dahlia |
|
|
|
|
|
|
|
hi semua ...
aku dah baca - Panggil Aku Dahlia - (PAD)novel terbaru kak noor suraya ... memula ceritanya agak bosan jugak ... umpama enjin kereta yg perlu dipanaskan setiap pagi sebelum bergerak begitulah permulaan cerita PAD ni. lama-lama baru terasa teruja sikit nak membacanya ... aku suka nama watak-watak dalam PAD ni, klasik + moden, tak keterlaluan (puteri dahlia, wadi hanan, megat qais, munawarah, megat abdul rahman, tasneem, farhan ...)
tapi ada yg aku perasaan watak utama puteri dahlia kalau bermonolog lebih kurang sama dengan syarifah nuur khalida ... stylenya sama ... itu yang kekadang biler aku baca jer watak dahlia nih aku terus teringat pada khalida ... nakal dalam diam ... sama style masa khalida tak suka dengan doktor aqmar aziz, macam jugak stylenya dengan dahlia biler tak suka dengan wadi hanan ...
walau apa pun aku tetap suka novel PAD kurang sikit dari Nyanyian Tanjung Sepi (The best) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #352 mijot's post
sama la dengan nenek.
suka kat alang dan nuha
novel panggil aku dahlia ni mcm kurang kick sket tapi still nenek suka |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pon dah bace PAD..Saya pon lebey suka SUUN..tapi PAD pon best..begitu setianya Wadi tunggu Dahlia...sampai Dahlia kawen umur 38... |
|
|
|
|
|
|
|
atashi mo! me too...aku lagi suka SUUN.. teringin gak nk baca buku2 len Kak Su. Aku suka sangat 'ketidaksempurnaan' Alang & Nuha.. saling melengkapi gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
nez baru selesai baca Biru Cinta Ungu .... awat sad ending |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #356 hanezz's post
Biru Cinta Ungu ni la buku pertama dr Noor Suraya yang aku baca..
mungkin xkena dengan taste aku, maka aku terus sceptical dgn karya2 beliau yang lain..
then aku beli PAD..punya la berkurun, tapi lom kesampaian nak menghabiskannya..baru baca 2-3 bab, da rasa nak baca buku lain..hadoi la..teruk betul aku ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tulip.purple at 16-3-2009 17:04
Biru Cinta Ungu ni la buku pertama dr Noor Suraya yang aku baca..
mungkin xkena dengan taste aku, maka aku terus sceptical dgn karya2 beliau yang lain..
then aku beli PAD..punya la berkurun, ...
lepas baca Biru Ungu Cinta ... baru tertarik nk baca cite2 noor suraya yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #358 hanezz's post
kekeke itu namanya manusia ni berbeza2..
citarasa kita semua berbeza..
ada org kata, hat ni best baca berulang2 pd kita, boring yg amat..
kdg2 bila ita suka buku tu, org lain kata, ntahapapa..
mcm antara saya, adik dan kakak sndr..
semua berbeza..
saya more to lite reader..layan yg romantik2..
adik pulak, suka karya yg bahasa sastera..
kakak pulak, suka yg mcm Bourne series tu..
so koleksi kami, mmg pelbagai la.. |
|
|
|
|
|
|
|
SURAT UNGU UNTUK NUHA mmg best sgt suka tulisan kak suraya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|