|
Habiburrahman El-Shirazy (merged with bloop)
[Copy link]
|
|
Reply #342 evita_ina's post
cari kat youtiub...
dah ada dah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #343 nenektua's post
from www.diori.multiply.com
AAC Youtube vs AAC Bioskop
Oalaaah..Indonesia lagi demam film Ayat-Ayat Cinta. Film religi inibener2 sedang laris manis dimana2, antreannya puanjaaaang,semua studio full booked. Cuman yang bikin gw sedih adalah maraknyaperedaran filem AAC bajakan yang beredar di internet. Kalo bagus siyokey, ini mah busuk (ga jelek2 amat siy, tapi tetep aja ga puasliatnya), versi bajakannya adalah AAC yang belum selesai diedit,musiknya masih ala kadarnya, dialognya belum didubbing, tatasuaranyamasih jelek, pokoknya bener2 mentah dan kasar.
Berikut beberapa kekurangan AAC versi youtube dibanding AAC versi bioskop
1. Tata suara dan musik di versi youtube belum selesai diedit.Hampir seluruhnya berbeda dengan versi bioskop. Kalo versi youtubesemuanya menggunakan piano dan diputar berulang2 disemuaadegan,sedangkan di versi bioskop lebih bervariasi namun sebagian besarmenggunakan scoring lagu rossa (ayat2 cinta) dan sherina (takdircinta). Bahkan di versi youtube masih banyak adegan2 yang belum diisimusiknya, alias masih kosong.
2. Banyak dialog yang belum selesai didubbing.Contohnyata adalah adegan ketika di kereta, saat fahri menegur orangArab yangmemarahi Aisha. Disitu suara Fedi Nuril terdengar serak (fedi sedangsakit), sedangkan di versi bioskop suara fedi nuril terdengar lantangdan jelas tanpa serak.
3. Beberapa dialog bahasa Indonesia belum didubbing ke bahasa arab.Contohpaling jelas adalah adegan ketika Aisha bertanya ke paman Ekbal apakahdia mengenal fahri, kemudian paman Ekbal balik bertanya ke Aisha 慹mangada apa? |
|
|
|
|
|
|
|
oot
after filem Ayat-Ayat Cinta, indonesia is waiting for filem LASKAR PELANGI (pengarah Mira Lesmana, filem Gie), based on novel Laskar Pelangi by Andrea Hirata
Sinopsis :
Sebuah kisah keajaiban masa kecil 11 anggota Laskar Pelangi yang luarbiasa dan menghiburkan. Pengembaraan anak-anak Melayu Belitong yangmenyentuh dan sukar dilupakan. Kecintaan terhadap pendidikan,keunggulan nilai persahabatan dalam menempuh kesukaran hidup dankemurnian prinsip menghiasi perjalanan Laskar Pelangi. Novel inidipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhoodmemories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintukeajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #347 sixret's post
buku sambungan laskar pelangi pun dah ada.. aku nak cari buku laskar pelangi tak jumpe pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #348 limau_nipis's post
pustaka mukmin ada rasanya
cuba check |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #348 limau_nipis's post
kat markas pun dah ade gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #351 cik_kaer's post
cik kaer, knapa tak taip sama tajuk besar kat setiap puisi tu...?
pastu awat tak nyatakan puisi tu monolog dari sapa2...?
sorry ya cik kaer banyak songeh plak sy ..... oklah yg ni pun dah kira cukup bagus.....tenkiu....:pompom:
nanti klau ada lg jgn lupa uptade tau....sy minta izin utk copy ya...
[ Last edited by pinKy180 at 18-3-2008 02:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dasiza at 7-3-2008 11:14 PM
saya sekarang nie tengah meroyan nak cari novel KETIKA CINTA BERTASBIH 2....sesiapa boleh tlg saya,...ini dsbbkan faktor geografi membuat saya tak dapat membeli nye di KL...saya sekarang nie stay ...
siannya dasiza. sha pun belum beli ketika cinta bertasbih 2. ingat nk beli, tp ada kwn nk hadiahkn utk
besday hujung bulan nnt. hehe..jimat duit.
dasiza mmg nk sgt novel ni ya. alangkah bertuah kalau sha dpt bantu.
kalau nk sha beli, mmg rumah sha dekat je dgn MPH alamanda. 15mnt dh sampai.
abg ckp, courier rm 15. tp sha boleh bagi free je utk courier.
amacam??....demi menolong dasiza nih |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!March 14, 2008
Bagi yang mengikuti tulisan di laman web ini pasti sudah mengetahui mengenai kekecewaan saya tidak dapat menonton Ayat-ayat Cinta The Movie dalam artikel yang lalu.
Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menonton filem tersebut. Bagaimana? Rahsia! Ayat-ayat Cinta The Movie, sebuah filem garapan Hanung Bramantyo berdasarkan novel fenomena Indonesia Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Secara dasarnya bagi orang yang menonton filem ini selepas membaca novelnya pasti merasa kehilangan. Mengapa? Roh asal cerita daripada novel seakan-akan hilang di dalam filemnya.
Saya bukanlah seorang pengkritik ataupun penggiat dunia perfileman yang mampu memberikan kritikan kepada mutu pembuatan filem. Saya memberikan pandangan daripada perspektif orang buku yang menilai filem daripada kaca mata pembaca novel asalnya.
Karisma Watak Utama Hilang
Novel Ayat-ayat Cinta menonjolkan satu watak yang cukup dominan sepanjang penataannya iaitu Fahri. Wataknya di dalam novel digambarkan sebagai seorang lelaki Muslim baik, warak, tenang yang cukup karismatik dan menjaga nilai-nilai Islamnya. Fahri di kaca mata pembaca sebagai suatu role model lelaki Muslim hebat yang patut ada dalam diri lelaki-lelaki Islam yang lain. Para sahabat dan individu sekelilingnya amat menghormatinya dan menjadikan ia sebagai pakar rujuk hidup mereka. Ini menyebabkan dalam diam ramai wanita di sekeliling menjadikannya sebagai lelaki idaman.
Kekuatan watak ini dijelaskan dengan beberapa babak dalam novel yang menceritakan beliau seorang pemuda berwawasan dengan perancangan hidup sistematik. Perancangan 10 tahun hidupnya digagaskan bagi memastikan hidupnya berada pada landasan yang baik. Perjuangannya menyelamatkan pandangan orang terhadap Islam dengan membantu orang Amerika dalam bas amat membuka minda. Beliau menyelamatkan noura daripada seksaan Bahadur. Kemudian kesabarannya menghadapi cabaran penjara kerana fitnah menunjukkan kekuatan pada dirinya.
Namun begitu dalam filem, watak Fahri hilang karisma. Ia kelihatan sebagai watak lelaki mentah yang lemah. Tidak kelihatan ketenangan dan kekuatan pada watak tersebut. Sikapnya pada awal cerita bagaimana ia stress kerana fail proposal tesisnya diserang virus menunjukkan ia tidak kuat menghadapi cabaran. Kemudian muncul pula watak Maria sebagai pembantu dan pendukung Fahri dalam keadaan tersebut. Ini mengurangkan hormat saya kepada watak asalnya.
Kemudian bagaimana ia tidak menjaga tata pemuda Muslim bersama wanita bukan muhrim amat jelas dalam babak-babak seterusnya. Babak pergolakan rumah tangga beliau bersama Aisha dan babak dalam penjara yang menyesakkan, memberikan gambaran Fahri ini tidak kuat dan tabah menghadapi segala cabaran. Walaupun ia masih digambarkan sebagai seorang yang menjaga tata cara Syarak seperti masih bersolat dan tidak menyentuh wanita bukan muhrim. Ia masih tidak membuatkan watak itu sebagai dominan.
Aisha Yang Tabah
Ia berbeza dengan watak Aisha yang digambarkan sebagai wanita tabah. Pengembangan watak tersebut daripada novel asal menjadikan Aisha adalah watak yang lebih dominan. Usaha menyelamatkan suaminya daripada penjara, menghadapi konflik jiwa apabila mengetahui suaminya ramai peminat dan ingin berkahwin dengannya amat berkesan. Saya kagum dengan Aisha dalam filem ini.
Maria Yang Tidak Tertonjol
Dalam novel asal watak Maria ditonjolkan sebagai wanita Kristian koptik mencari makna hidup. Islam dilihat cantik cuma maSih takut untuk didekati. Pengkajian mendalam mengenai Islam menjadikan ia sudah melangkah satu kaki kepada hidayah Allah. Surah Maryam dijadikan hafalan hidupnya. Pencariannya berakhir dengan hidayah Allah yang agak tragis dan menginsafkan.
Maria dalam filem ternampak mabuk. Mengapa saya mengatakan ia mabuk? Watak itu tidak tentu halanya. Sekejap mahu mencari makna, sekejap terperangkap dengan perasaan. Watak ini lebih ditonjolkan sebagai watak wanita penagih cinta tidak kesampaian. Babak-babak mabuk cintanya amat tertonjol hinggakan orang tidak terlihat pencarian hidayah Ilahi padanya. Ini agak mengecewakan.
Nurul Wanita Karismatik Yang Hilang Hala Tuju
Watak Nurul ketua Muslimat Indonesia Al-Azhar, anak Pak Kiyai Pesantren hilang hala hidup dalam filem. Watak karismatik dalam novelnya seakan-akan hilang terus. Beliau yang pada watak asalnya tabah dan tenang, menjadi gila dan hilang dalam filem. Ini bagi saya satu perkara yang menyedihkan.
Watak Antagonis Noura Berjaya
Dalam semua watak bagi saya watak Noura yang agak berjaya dan tidak lari daripada asalnya. Ia seorang yang malang kerana diseksa oleh Bahadur, diperkosa dan kemudian diselamatkan oleh Fahri dan Maria. Bertemu dengan keluarga asal dan menjadi pemfitnah utama kepada Fahri. Ini amat terkesan.
Banyak Babak Penting Hilang
Saya yang membaca berkali-kali novel Ayat-ayat Cinta amat kecewa apabila banyak babak penting dalam novel tidak dimasukkan ataupun diubah di dalam filem. Babak-babak ini yang menjadikan novelnya amat mengagumkan dan menghibakan. Antaranya :
- Babak Fahri berdebar ketika bertemu dengan bakal isteri tidak ditata dengan baik.
- Babak ia membuka perancangan 10 tahun kepada Aisha dihilangkan.
- Babak ia hiba dengan kekayaan Aisha tiada.
- Babak beliau bertemu Abdullah Mas抲d.
- Babak ia membeli Jip Cherokee hilang dengan wujud kereta mercedez hebat Aisha.
- Keindahan malam pertama Aisha dan Fahri tidak digambarkan (bukan babak seks tetapi babak romantis pasangan isteri belum pernah bertemu dan bertemu kali pertama).
- Babak bapa saudara Nurul bertemu Fahri menerangkan rasa hati Nurul kepada Fahri pada ketika sebelum majlis perkahwinan dilewatkan dan ditata mual dengan menyuruh Fahri berpoligami.
- Babak Fahri bersama pada banduan tidak diwujudkan, hanya sekadar berkawan dengan seorang banduan gila yang akhirnya menyedarkan Fahri.
- Babak Maria mendapat hidayah yang sepatutnya ditonjolkan juga tiada.
Babak Baru Kurang Islami
Babak-babak baru yang agak mengelirukan dengan konflik pasangan berpoligami amat meng択opyor択an. Babak Maria yang bebas keluar masuk rumah Fahri juga menghilangkan rencah Islamnya. Ditambahkan lagi dengan Maria makan setalam bersama rakan serumah Fahri. Babak beliau berjalan berdua pulang dari universiti.
Barulah saya tahu mengapa Kang Abik amat tidak berpuas hati dengan filem ini.
Filem Berjaya Yang Hilang Rohnya
Secara keseluruhannya saya melihat filem ini sebagai sebuah filem yang berjaya yang hilang roh asal. Usaha Hanung Bramantyo mempersembahkan sebuah filem Islami boleh diucapkan tahniah. Sepatutnya lebih ramai penggiat filem Malaysia mencontohi usaha ini. Filem ini boleh ditingkatkan lagi dengan penelitian daripada aspek Islamnya.
Bagi yang ingin menontonnya, saya tetap galakkan kerana ia sebuah filem adaptasi novel yang menarik. Walau bagaimanapun apa yang boleh saya katakan, novelnya lebih menarik daripada filem. Bacalah novel untuk inspirasi, tontonlah filem untuk rasakan. Selamat menonton dan selamat membaca.
Hasil Tulisan :
Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
[email protected]
http://www.akademipenulis.com/ayat-ayat-cinta-the-movie-saya-sudah-tonton.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru habis baca PPC....
novel ni pun hebat tp tak boleh tandingi AAC dan KCB 1.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|