CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

DUNIA BARU THE MOVIE

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2008 01:26 PM | Show all posts

Reply #251 Eddlisa_uyuk's post

waduh2 full house abih la tu.. book sampai minggu depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2008 01:56 PM | Show all posts

Reply #89 Santeira's post

santeira, depa tamau tepek akunyer rebiu kot??? so aku tepek sendri.. agaknyer bias ker tak?.. tak? ya? tak? ya?

DBTM ialah road movie! Ia adalah rentetan kisah sekumpulan remaja dalam putaran masa beberapa hari sahaja. Jalan kisahnya mudah dan seronok. Sejujurnya saya tidak pernah menonton mana-mana episod siritv Dunia Baru.. huhu! Jadi bagi seorang penonton yang 'blur' asal-usul setiap watak dalam DBTM, saya agak terkejar-kejar untuk 'mengenali' setiap nama, rupa dan perwatakan di awal kisah. Mungkin itu 'kekurangan' saya TETAPI ia juga menampakkan sedikit 'kelemahan' introduksi sesebuah skrip filem dimana sekurang-kurangnya dalam durasi 10 minit yang pertama, nama mereka perlu dipanggil atau diperkenalkan dalam mana-mana babak secara bersahaja atau apa-apalah cara sekalipun. Seharusnya apabila sesebuah filem diadaptasi dari sebuah karya lain, tidak kisahlah dari cerpen, buku, teater atau siritv, ia seharusnya dianggap sebagai karya yang baru dan anggaplah bahawa penonton semuanya menonton untuk 'kali pertama'. Kalau hendak memanjangkan atau menyambung sahaja dari kisah asalnya, lebih baik buat sahaja satu episod khas 1.5 jam tayangan di televisyen! Ops!.. wahai Wan Hasliza the scriptwriter, betul tak?

Maka saya meneruskan tontonan filem ini dengan info-info yang perlu dicerap dengan segera. Maklumlah ini filem ensemble cast, ramai giler watak yang hendak ke depan untuk mendapat limelight dalam kisah filem ini! Semuanya seperti berkata "tengok aku! dengar aku! kalau aku tak ada filem ini akan flop!".. Jadi dalam perebutan siapa yang lebih menonjol dalam filem ini, saya menyukai 1 watak yang wow! iaitu Suzanna (lakonan Almy Nadia) - oh! that 'bitch' character memang menjadi!.. Adakah saya bias? huhu!.. Oklah! yang lain-lain pun sudah cuba sedaya-upaya bergigih-gigih untuk berlakon sungguh-sungguh!.. lalala..

Sinematografi filem ini wajar juga dipuji terutamanya babak-babak akhir di persktaran sawah padi di utara Semenanjung Malaysia. Cuma.. shot-shot jauh yang diambil di persktaran kolej di awal-awal filem menjengkelkan pemandangan kerana pokok-pokoknya baru ditnam dan macam kolej kat padang pasir! Kalaulah UPM, kan lagi cantik?.. Perasan tak, untuk sebuah road movie sebegini, tukang jaga kostum/wardrobe lah yang paling gumbira-ria! Kenapa?.. Sebab pelakon-pelakonnya hanya memakai baju yang sama di sepanjang filem! Yang pening kepala ialah siapa yang tukang jaga konti!..

Pada pendapat saya, filem ini bukanlah rujukan filmmaking yang sangat hebat kerana ia tergolong dalam penambahan satu lagi filem komersi-al yang sah-sah memanipulasikan pasaran siritv yang sedia-ada popular di kalangan remaja. Target penontonnya sangat jelas dan waktu yang sama memancing penonton baru seperti saya yang curious tentang isi dan soalan kenapa ia sangat popular di tv? Formulanya mudah, tuliskan sahaja sebuah skrip filem mengikut acuan asalnya dengan menambahkan sedikit konflik yang cliche 'mari selamatkan kawan ki-ta yang diculik TETAPI jangan libatkan polis DAN sebenarnya ki-ta tak tahu arah ke mana nak dituju TETAPI ki-ta naik ajer kereta reramai menuju Thailand DAN pastinya perjalanan ki-ta akan mengujakan' serta sumbatkan watak-watak cameo dari pelakon-pelakon senior yang kelakar.. lalu berduyun-duyunlah peminat setia siritv-nya masuk ke panggung! Ringkasnya, filem ini wajar dikaji dari segi kepandaian pembikinan dan pemasaran sebuah filem komersi-al Melayu. Tahniah kepada Yeop Hitler kerana baru menjawat title pengarah filem Malaysia!

NOTA: sound system/speaker semasa pratonton DBTM pd selasa 5/2/08 lalu di GSC, 1-Utama sgt mengecewakan kerana terasa menonton pirated dvd ajer!!!

http://ajamihashim.blogspot.com/

[ Last edited by  ajami at 9-2-2008 02:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 02:24 PM | Show all posts

Reply #91 ajami's post

Haha. That was sarcastic. But sarcasm fly through most people's heads so the Grand Brilliance team might consider your awesome review as a compliment to their movie still.

Anyway I haven't read refreshing review like that in a while. Good job, bro!

[ Last edited by  Santeira at 9-2-2008 02:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 02:33 PM | Show all posts
yg aku perasan kalau mmg ikut siri Dunia Baru kat tv, akan suka DBTM. yang tak tengok cite ni kat TV (cam Ajami) tak berapa nak suka. bukan sume, tapi kebanyakan.

p/s: "kagum" aku ajami, ko tak pernah tengok Dunia Baru.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 02:54 PM | Show all posts

Reply #93 puteri33cahaya's post

dik, buletin tb3 pun kdg2 aku miss!.. ouch!

but i like Kerana Cintaku, Saerah.. and Sindarela.. and weekly cerekarama!:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 02:55 PM | Show all posts

Reply #92 Santeira's post

pasnih sure aku kena 'ban' dr pratonton any GB films!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2008 03:14 PM | Show all posts

Reply #95 ajami's post

'   '  '
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 03:36 PM | Show all posts
Dah tengok cite nie hari Khamis arituh. Aku boleh bagi 4 star out of 5. Lawak mmg lawak esp watak Tajol masa kat banglo lama. Alih2 ada lak seekers kat situ. Tapi for those yg tak pernah ikuti Dunia Baru kat tv3, susah sikit laa nak paham.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2008 05:00 PM | Show all posts
hmmm..
1 jek aku leh ckp kat citer ney..
enjoy...
leh lyn ar...

tp road film utk msia aku rse senario lag still no1 lew..no 2 giler2 pngntin remajer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 05:08 PM | Show all posts
ha apa? elyana sebagai malaysia sweethat
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 06:53 PM | Show all posts
weh..apsal elyana xleh jadik msian sweethat ke? aku tgk dia actg hoccay lar..compare to singing.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #1 makhluk's post

aku da tgk citer nih masa hari kedua ditayangkan..
hari pertama nak tgk sumer slot full house..
hari jumaat tuh kol 10 aku da terpacak kat mid valley beli tiket..itu pon dpt tempat yg kat depan2..
letak kat hall yg kecik lak tuh.. x best tol.. masa tengok cj7 ari khamis tuh sket nyer besar hall..
overall..citer nih sgt la best dan sgt la memuaskan hati..
setiap babak rasa mcm sgt perlu.. dan x meleret2 yg keterlaluan..
kalau utk rilex kan minda..citer nih sgt best..
mmg x henti2 nak gelak..
watak suzana paling best..aku suker org mcm dier..
aku x suker org mcm elyana.. tp dedua watak ada pro n kontra..
erika ngan adif ngan yusof pon best..
daripada 5 aku bagi 4 bintang..heheheh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 07:38 PM | Show all posts
Originally posted by artgeex at 8-2-2008 02:38 PM
cita Love Is Cinta lebih best katanya dari Dunia Baru ni


love is cinta lebih sampah rasanyer banding dunia baru nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 7-2-2008 01:19 AM
aku rasa pelem stephen chow dapat kalahkan pilem nih sebab aku nak gi tengok esok cj7



aku dah balance kan kutipan sbb aku tgk cj7 skali..dunia baru 2 kali..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:05 PM | Show all posts
okay ape citer ni,bila kuar panggung tak rasa menyesal langsung..very entertaining..lepas tgk DBTM,tgk lak CJ7..Dua2 pilem best sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:09 PM | Show all posts

Reply #253 MOONkerBULAN's post

baru je tgk tadi..enjoy citer ni,tak nyesal laa labur RM10 semata2 nk tgk opie..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2008 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by azharfcsit at 8-2-2008 11:43 PM

..aku dpt tgk cite ni semalam tp show nye kul 2.10pg...
aku mmg agak hangin gak la dgn distributor yg nk kaut keuntungan..
dh termaktub dlm FINAS yg cerita tempatan ni ada syrat wajib tayang dimana selama 2 minggu cerita tempatan akan ditayangkan di hall(dewan panggung) yg paling besar...sekali lg ditegaskan HALL PALING BESAR SELAMA 2 MINGGU..tp apa yg terjadi di GSC 1U hall 2 dan 3 i.e hall paling besar ditayangkan plak CJ7..lepas tu dunia baru hanya dpt hall 6 dimana kung fu dunk plak dpt hall 9(hall kedua terbesar selepas 2 dan 3)..apakah nasib filem tempatan di bumi sendiri...begitu juga di MValley yg aku dpt tau diorang letak dunia baru hanyalah di hall biasa bukan THX(atau hall paling besar.


yeup..aku pon sakit ati..patut la 6 hb tuh full house..hall kecik yg tayang citer dunia baru..
aku dpt tgk pon ari jumaat tuh pon jadi antara yg 1st beratur nak beli tiket kat mid valley..
masa ari khamis tgk cj 7 kat hall yg sebesar2 tidak.. kesian filem melayu di anak tiri kan..

tp tentang citer tuh.. aku rasa best sgt2..
aku rasa org yg x minat tuh sbb x follow citer nih dari awal..
jadi x tau ujung pangkal citer..sudah nyer melabelkan citer nih sbg citer bodoh..
or mungkin diorang rasa citer nih melayu nih sux sgt kot..padahal citer2 omputih tuh x la bagus mana pon..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:47 PM | Show all posts
aku dah tgk movie ni masa first day show kat panggung. tp tu pun dpt mlm coz yg tgh ngan ptg dah sold out...:@ :@

honestly, aku rasa citer ni mmg sempoi and enjoyable. part2 yg lawak, masa kat umah banglo lama-dorang terserempak ngan team seekers..hahahahaha..kenchana siap nyanyi2 tuk cover takut....   

and lagi satu masa bangla kat pam minyak tu..sepoloh, dua poloh, penuh,,,,,hahahaha....and satu lagi aku suka part khadijah tan bagi ceramah...hahahahah psiko siut...kebarakathan

i think this movie is better dr pilem remaja razak mohiden (especially citer yg buat kat upm tu, nak termuntah aku!!!!, buat malu Universiti aku jer) dan much better dr citer Love is Cinta (citer ni aku sampai pening lalat)...

tp aku pun setuju gak, for those yg tak follow drama DBTM ni mmg quite lost especially pasal hubungan erika-adif-opie

so for me, kalo nak lepas tension, go and enjoy the movie. credits also shud be given to all the cast in this film, sbb bagi aku dorang semua berlakon dgn selamaba and sempoi....takde ar yg mcm patung and stiff mcm tiang lampu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by ohnokamu at 9-2-2008 08:47 PM
aku dah tgk movie ni masa first day show kat panggung. tp tu pun dpt mlm coz yg tgh ngan ptg dah sold out...:@ :@

honestly, aku rasa citer ni mmg sempoi and enjoyable. part2 yg lawak, masa ka ...

waaa ni yg rasa nak pg tengok niii
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 09:00 PM | Show all posts
drama nya aku x suka..nikan pulak piLm nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.342754 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list