CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Menunggu Detik 1430 Hijrah

[Copy link]
 Author| Post time 29-12-2008 03:57 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430. INI BERMAKNA KITA TELAH PUN MEMASUKI TAHUN YANG BEGITU MENDEBARKAN...YANG SUDAH PASTI PENUH DENGAN CABARAN. IA JUGA BERMAKNA KITA TELAH MEMASUKI TAHUN TERAKHIR BAGI "AWAL" KURUN KE-15. KALAU KITA TELUSURI BALIK TAHUN 1429H, KITA AKAN MENDAPATI BAHAWA BANYAK PERISTIWA PENTING TELAH MELANDA SELURUH DUNIA. SAYA PERCAYA SEGALA YANG BERLAKU PADA TAHUN 1429H AKAN BANYAK MEMPENGARUHI PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YANG AKAN BERLAKU DI SELURUH DUNIA SEPANJANG TAHUN 1430H. DI SINI SAYA INGIN MENYOROT BEBERAPA PERISTIWA YANG AMAT PENTING YANG BERLAKU DI AKHIR TAHUN 1429H.

BERMULA DENGAN KRISIS EKONOMI YANG MELANDA SELURUH SISTEM EKONOMI KAPITALIS "RIBA" BARAT YANG TELAH DAN BAKAL MENCETUSKAN KRISIS EKONOMI GLOBAL YANG MANA MENURUT PAKAR AKAN MULA MENJADI PARAH PADA TAHUN 2009. CUMA APA YANG MENGHAIRANKAN PAKAR PADA KALI INI, KRISIS EKONOMI YANG BERLAKU DIIRINGI DENGAN PENURUNAN MENDADAK HARGA BAHAN API, KHUSUSNYA PETROLEUM. DI SINI SAYA CUBA MENCETUSKAN IDEA "KONSPIRASI" PIHAK ZIONIS YANG SENGAJA CUBA MENCETUSKAN SUASANA KRISIS EKONOMI DAN PADA MASA YANG SAMA CUBA MELUMPUHKAN EKONOMI NEGARA-NEGARA ISLAM YANG KEBANYAKKANNYA BERGANTUNG KEPADA HASIL MINYAK. IA SEBENARNYA LEBIH DIKHUSUSKAN KEPADA "NEGARA-NEGARA PAKSI KEJAHATAN" ATAU LEBIH TEPAT IRAN.  PENURUNAN KOS BAHAN API INI SEBENARNYA BANYAK MENGUNTUNGKAN PIHAK ZIONIS...MEREKA AKAN DAPAT MENGGERAKKAN LEBIH BANYAK JENTERA-JENTERA PERANG BAGI MENGHADAPI "PERANG MENENTANG KEGANASAN" ATAU "CRUSADE" (istilah yang digunakan BUSH). JUSTERU SUDAH PASTI KITA AKAN DAPAT MENYAKSIKAN PADA TAHUN 2009/1430 INI LEBIH BANYAK PEPERANGAN YANG AKAN BERLAKU.

SETERUSNYA "TRAGEDI" YANG BERLAKU DI MUMBAI, INDIA JUGA MEMPUNYAI KESAN YANG SANGAT SIGNIFIKAN KEPADA APA YANG BAKAL BERLAKU SEPANJANG TAHUN 2009/1430. MENURUT PAKAR, TRAGEDI MUMBAI ADALAH MERUPAKAN SATU LAGI "FITNAH BESAR" YANG SENGAJA DICIPTAKAN OLEH PIHAK MUSUH ISLAM. IANTA SAMA DENGAN TRAGEDI 9/11 DI WTC, NEW YORK...SEMUANYA BAGI MENGHALALKAN "PERANG MENENTANG KEGANASAN" aka "CRUSADE". KALAU SEBELUM INI MEREKA MENCIPTAKAN "AL-QAEDA" DI ASIA BARAT, DAN "JEMAAH ISLAMIAH" DI ASIA TENGGARA. MAKA KALI INI DI ASIA SELATAN, PUAK ZIONIS TELAH MENCIPTAKAN "MUJAHIDIN DECCAN". KESEMUA INI ADALAH "FITNAH BESAR" YANG TELAH DICIPTAKAN BAGI MENGHALALKAN PERANG TERHADAP UMAT ISLAM. MELALUI TRAGEDI MUMBAI INI, INDIA DAN PAKISTAN DILAGA-LAGAKAN DAN BERDASARKAN PERKEMBANGAN SEMASA, PERISTIWA ITU BAKAL MENCETUSKAN PERANG BARU DAN TERHEBAT DI ANTARA INDIA DAN PAKISTAN. APA YANG LEBIH MENGGERUNKAN IALAH KEDUA-DUA NEGARA INI WALAUPUN "MISKIN", MEREKA MERUPAKAN KUASA NUKLEAR. ANDAI TERCETUS PERANG, SUDAH PASTI PENGGUNAAN NUKLEAR TIDAK AKAN DAPAT DIELAKKAN. DI SINI KALAU KITA HALUSI DAPAT KITA AGAK KENAPA BARAT MENCIPTAKAN TRAGEDI MUMBAI.

AKHIR SEKALI, MENJELANG AKHIR TAHUN 1429H, ISRAEL TELAHPUN MEMULAKAN PERANG DENGAN MELANCARKAN SERANGAN UDARA KE ATAS SEMENANJUNG GAZA ATAS ALASAN BAGI MEMERANGI HAMAS YANG BANYAK MELANCARKAN SERANGAN ROKET KE ATAS ISRAEL. BERDASARKAN PERKEMBANGAN TERBARU, ISRAEL TELAHPUN MENGUMPULKAN TENTERA DARATNYA DI SEMPADANNYA DENGAN GAZA DAN DIJANGKA AKAN MELANCARKAN SERANGAN DARAT PADA SKALA BESAR-BESARAN KE ATAS "PENJARA TERBUKA" SEMENANJUNG GAZA. SERANGAN INI SUDAH PASTI AKAN MENYEBABKAN TINDAKAN BALAS BESAR-BESARAN DARI UMAT ISLAM (bukan negara Islam kecuali IRAN)) DARI SELURUH DUNIA. REAKSI AWAL DARI IRAN, SYRIA (termasuk HEZBULLAH LUBNAN) DAN LIBYA SUDAH DIJANGKA DAN SEMEMANGNYA ITULAH YANG DIMAHUKAN OLEH PARA PERANCANG UTAMA ZIONIS. ANDAI KATA NEGARA IRAN DAN SYRIA (TERMASUK HEZBULLAH) KHUSUSNYA BERTINDAKBALAS DENGAN MEMBANTU HAMAS BAGI MENGHADAPI ISRAEL, MAKA PERANG YANG SEBENAR AKAN BERMULA. ISRAEL DAN AMERIKA SELAMA INI MEMANG SENGAJA CUBA MENCARI ALASAN BAGI MENYERANG NEGARA-NEGARA SEPERTI IRAN DAN SYRIA. ANDAI INI BERLAKU, ISRAEL DAN AMERIKA (BACA ZIONIS) SUDAH PASTI AKAN MENYERANG IRAN DAN SYRIA, MAKA AKAN TERCETUSKAN "IBU KEPADA SEGALA PEPERANGAN". BAYANGKAN JIKA INI BERLAKU...APAKAH KESANNYA KEPADA DUNIA. SERANGAN AMERIKA DAN ISRAEL KE ATAS IRAN DAN SYRIA, DI SAMPING PERANG ANTARA INDIA DAN PAKISTAN SUDAH PASTI AKAN MENARIK PENGLIBATAN DUA LAGI KUASA DUNIA IAITU RUSIA DAN CHINA KERANA KEDUA-DUA NEGARA INI MEMPUNYAI BANYAK KEPENTINGAN KHUSUSNYA DI INDIA DAN IRAN. PENGLIBATAN RUSIA DAN CHINA DALAM PERANG YANG DIPAKSAKAN INI PASTI AKAN MENCETUSKAN PERANG YANG TERBESAR DAN TERHEBAT DALAM SEJARAH MANUSIA IAITU PERANG DUNIA KE-3.

KESEMUA PERISTIWA YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS AMAT SESUAI KITA PAKAT-PAKAT RENUNGKAN DAN FIKIRKAN...DAN SETERUSNYA MEMBUAT PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL BAGI MENGHADAPI TAHUN 2009/1430 YANG SUKAR UNTUK DITENTUKAN...TAHUN YANG PENUH DENGAN CABARAN, KRISIS DAN BENCANA. WALAU BAGAIMAPAUN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HENDAKLAH YAKIN AKAN JANJI-JANJI ALLAH SWT DAN SUDAH PASTI SAATNYA SUDAH HAMPIR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2008 09:12 PM | Show all posts
salam..

1430 sudah mari. apa lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:13 AM | Show all posts
OK I get your point...tapi tolong la jangan guna caps, font besar dengan bold...sakit mata oooooo

But what if nothing significant (as you predict) happens?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:25 PM | Show all posts
up kan sikit thread ni
susah tol nk bg komen kalo x ckp ilmu niey
baik aku jd silent reader as always je
sesekali je bersuara
gerun tul nk bersuara kt board HML ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2009 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 30-12-2008 08:13 AM
OK I get your point...tapi tolong la jangan guna caps, font besar dengan bold...sakit mata oooooo

But what if nothing significant (as you predict) happens?


Saja la guna huruf besar...bold lagiii...biar nampak serius. Ehmmm....apa kata kalu tak jadi "prophecy" ni ??? Saya rasa sebahagian "tanda-tanda"nya dah jelas. Dalam paper hari-hari duduk papar tentang "krisis ekonomi 2009"...perang di sana sini terutamanya di Palestin....ini semua janji-janji yang bakal "tertunai" CASH...cuma lambat atau cepat...itu semua kerja ALLAH SWT. Tugas saya hanya menulis apa yang diberi ILHAM kepada saya. Apapun kita dah beberapa hari masuk dalam tahun 1430H/2009M. Hakikat yang jelas terpampang di depan kita...berbanding tahun-tahun sebelumnya...tahun baru ini dimulakan dengan TRAGEDI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2009 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by ketualanun at 29-12-2008 09:12 PM
salam..

1430 sudah mari. apa lagi...


Apalagi...berusahalah sebaik mungkin...amat malang jika hari ini lebih buruk dari semalam. Ayuh kerja...kerja...kerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2009 04:12 PM | Show all posts
Apa khabar saudaraku sekalian...maaflah sebab sibuk sangat...tak sempat nak UP sikit...Apa perkembangan dunia sekarang ? Saya percaya masing-masing tengah "berdebar-debar". Krisis politik di Malaysia juga macam tak bernoktah...sentiasa ada isu-isu baru...malah bertambah hangat. Dunia juga yang pada mulanya penuh minat menantikan "ANGEL" OBAMA yang kononnya akan menyelamatkan dunia setelah berakhirnya zaman kegelapan semasa kePresidenan  si BUSH the DEVIL...mula membuka mata...terbeliak...lalu berkata lah manusia seluruh dunia..."la...sama saja Obama dengan Bush...Amerika sama saja". Cuma sehari dua ni dunia Islam khususnya dikejutkan dengan "kemarahan" PM Turki Rasyip Tayyib Erdogan di DAVOS terhadap Presiden Perez dari Israel yang sebelum ini merupakan rakan baik gara-gara keceluparan dan kebiadapan kenyataan PEREZ berkenaan isu GAZA. Ini amat mengejutkan dunia barat yang dikuasai Zionis. Mereka tidak menyangka bahawa rakan baik mereka selama ini iaitu Turki boleh berubah 360 darjah. Andainya sikap Turki yang sekarang ini dikuasai Parti AK yang bercirikan Islam terus kekal, sudah pasti hagemoni Yahudi / Barat di Meditrenean dan Asia Barat akan berubah...satu peluang keemasan yang mungkin sangat dinanti-nantikan oleh RUSSIA. Turki walaupun sekutu kuat barat dan NATO telah menunjukkan sikap yang berbeza dan "matang". Sudah pasti NATO dan Amerika akan tersentak...mereka amat bimbang akan kehilangan Turki...Jelas Turki sudah tidak boleh diperkotak-katikkan oleh Barat khususnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Kebangkitan semula Turki sudah pasti amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam ditengah-tengah kelesuan dunia Arab..termasuk OIC (baca... oh i see). Apakah kebangkitan semula Turki ini adalah sebagaimana yang telah dijanjikan...kita sama-sama berdoa semoga ALLAH SWT akan memberikan kemenangan kepada ISLAM   


ps...hari ini dah 1 Februari 2009...5 Safar 1430
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by aku_hanya_aku at 2-12-2008 08:02


sebelum saya memberi sebarang ulasan.. cuma satu soalan saya nak tanya.. apa agama kamu?.. kalau muslim boleh saya jawab dengan Al-Quran dan Hadis.. tapi kalau bukan muslim mungkin ada cara l ...
dia melayu.......  




agamanya umno kot?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2009 06:02 PM | Show all posts
Memang benar rupanya keadaan dah jadi makin kalut...bilakah segala kemelut hari ini akan berakhir dan memberikan fajar baru kepada seluruh umat manusia ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 03:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah, semalam iaitu Isnin 12 Rabiulawal 1430H bersamaan dengan Isnin 9 Mac 2009 kita telah menyambut perayaan 搖langtahun kelahiran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 08:58 PM | Show all posts
Kenapa saya menulis tentang Maulidur Rasul di atas dan apa kaitannya dengan peristiwa "akhir" akhir zaman. Pertamanya saya merasakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini "special" sebab KEBETULAN ianya jatuh pada hari ISNIN iaitu merupakan hari yang sama dengan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah 571M. Istimewanya Isnin ini sehinggakan ianya di sebut oleh Baginda dan kemudiannya di sunatkan berpuasa pada hari itu. Sama ada ia kebetulan atau tidak hanya ALLAH yang tahu tapi memang payah lah nak jumpa.
Keduanya, kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi dengan tanda-tanda yang besar sehinggakan menimbulkan KEGEMPARAN dan KERISAUAN yang bukan sedikit kepada masyarakat dunia khususnya Rom dan Parsi pada masa itu sehinggakan habis segala tukang tilik dipanggil untuk menegenalpasti puncanya.  
Ketiganya kelahiran Baginda juga ditengah-tengah kekalutan dunia yang maha dahsyat antaranya seperti "pertembungan" hebat antara Rom dan Parsi, di samping akibat kejutan serangan tentera bergajah Abrahah ke atas Makkah. Di kalangan puak-puak Arab sendiri perpecahan sedang memuncak sehinggakan seringkali berlaku peperangan yang seringkali juga mengundang campurtangan kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu yang saling merebut pengaruh ke atas Jazirah Arab.
Keempatnya, kelahiran baginda juga ditengah-tengah masyarakat yang sedang dilanda kerosakan akhlak yang sangat kronik. Budaya JAHILIAH bukan sahaja melanda masyarakat Arab di Jazirah Arab, bahkan turut melanda masyarakat yang lebih bertamadun seperti Ro dan Parsi. Misalnya dalam masyarakat Parsi sendiri ketika itu sedang berkembang budaya perkahwinan sesama sedarah sedaging dan juga dengan ibu sendiri. Mereka yang sanggup mengahwini adik perempuan atau ibu sendiri akan dianggap MULIA dan mencapai MAKAM tertinggi.
Jadi apa kaitannya dengan tajuk thread ini...thread ini membincangkan tentang tanda-tanda AKHIR akhir zaman terutamanya tentang tanda-tanda kelahiran MUJADDID AKHIR ZAMAN yang dikenali dengan SYUAIB BIN SALLEH atau PEMUDA BANI TAMIM dan seterusnya menjurus kepada persediaan menyambut kezahiran IMAM AL MAHDI dan turunnya NABI ISA AL MASIH. Dalam perbincangan-perbincangan sebelum ini sudah banyak diperturunkan ayat atau hadis atau kata-kata alim ulama tentang tanda-tanda akhir zaman termasuk tentang tokoh-tokoh tersebut. Andai kita teliti dalam pemerhatian kita terhadap perkembangan sejagat dewasa ini kita akan dapati bahawa sudah banyak benar tanda-tanda tersebut zahir satu persatu. Boleh dikatakan seluruh masyarakat yang "sedar" sedang ternanti-nantikan kezahiran tokoh-tokoh tersebut. Seperti juga kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diiiringi dengan tanda-tanda, begitu juga dengan kehadiran MUJADDID AGUNG ini akan diiringi dengan tanda-tanda. Sesungguhnya Rom dan Parsi MODEN sedang dilanda kerisauan dan kegelisahan yang amat sangat sekarang ini. Mereka ini sekarang seumpama cacing kepanasan semacam FIRAUN yang risau akan kelahiran seorang budak iaitu Nabi Musa AS yang bakal mencabut tahta dari kepalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 11:38 AM | Show all posts
aku ada dengaq tok guru baca kitab.... dia ada cerita mcmana Imam Mahdi muncul...
nnt smpai satu masa di Masjidilharam Mekah ketika khutbah Jumaat... apabila tok katib membaca khutbah smpai satu ayat tu dia tak boleh nak walaupun bnyk kali cuba...pastu digantikan dgn org lain tak boleh jgk...digantikan lagi dgn yg lain pun tak boleh jugak...sehinggalah smpai org yg ketujuh naik utk membaca dan boleh..itulah Imam Mahdi...wallahualam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2009 02:48 PM | Show all posts
Ehemmmm...apa khabar semua. Lama tak kasi UP thread ni. "aiz" pun dah lama menyepi...sibuk lagi ker...dengar khabar demam panas ??? So...apa yang telah berlaku semenjak-dua menjak ini ??? Perang di GAZA sudah reda...tidak merebak sebagaimana yang cuba dirancang oleh Zionis...mujur Iran dan Syria (Hizbollah Lubnan) tidak campur tangan ! Presiden kulit hitam pertama AS OBAMA telah pun mengadakan lawatan pertama ke negara Islam ke TURKI...dalam misinya memujuk TURKI yang baru-baru ini lantang "menyerang' Israel di Davos. Nampaknya sayang benar AS terhadap Turki...kehilangan Turki bakal memberi padah kepada AS/NATO/Zionis di rantau Asia Barat dan Eropah...banyak juga "gula-gula" yang cuba disogokkan kepada Turki pimpinan Perdana Menteri Rasyip Tayyib Erdogan...tidak semudah itu Turki akan tunduk kepada AS ! Apapun dunia beralih kepada Asia Tenggara...terutamanya krisis di Thailand yang tak reda-reda...mungkin ekoran dari "sumpahan" akibat pembunuhan di Masjid Kerisik, Patani beberapa tahun dahulu ! Malaysia juga tidak terkecuali dari menjadi fokus dunia. Peralihan kuasa dari Tun Abdullah kepada PM ke-6 DS Najib nampak dipermukaan aman dan lancar...tak lama selepas pengumuman KABINET RAKYAT...geloranya sudah nampak...sudah ada riak-riak kecil di permukaan...mungkin geloranya akan bertambah. Walaubagaimanapun kebanyakan rakyat saya percaya menaruh HARAPAN kepada anakanda PM ke-2 Almarhun Tun Razak. Keharuman nama Tun Razak telah menutup segala "kelemahan" dan "kekurangan' yang ada...ya...rakyat amat mengharap. Sejauh mana rakyat mampu menaruh harapan dan bersabar, itu saya tidak tahu. Tapi saya percaya, walau sejahat manapun seseorang itu...ruang untuk berubah tetap ada. Cuma sejauh mana DS Najib akan MENELADANI almarhum ayahandanya itu saya tidak tahu. Tapi apabila mendengar nasihat berupa "doa" dari bondanya iaitu Tun Rahah agar DS Najib meneladani Tun Razak...maka hari saya menjadi sayu...DOA IBU AMAT MUDAH DIMAKBULKAN ALLAH SWT...BERUBAH ATAU REBAH !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 10:45 AM | Show all posts

Balas #407 aizverus\ catat

Bercakap pasal sejarah, iaitu cerita tentang benda-benda yang lepas ? Seringkali berlaku perulangan. Orang kata “sejarah berulang”. Dalam konteks sejarah moden Malaysia iaitu selepas 31 Ogos 1957, kita akan dapati banyaknya peristiwa-peristiwa “perulangan” sejarah, cuma dalam konteks yang BARU dengan muka-muka dan latar yang baru.

Saya ambil contoh peristiwa perlantikan DS Mohd Najib Tun Razak sebagai PM dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai TPM ianya sebenarnya mengulangi peristiwa bersejarah yang berlaku lebih kurang 39 tahun yang lampau apabila Tun Abdul Razak Hussein dilantik menjadi PM dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menjadi TPM. Mengapa saya berkata demikian ? Ini kerana kedua-dua PM ini adalah dari Pahang, manakala TPM pula kedua-duanya juga dari Johor. Kebetulan pula usia Tun Razak dan DS Najib ketika menjadi PM lebih muda dari dari timbalan mereka. Tun Razak ketika menjadi PM pada September 1970 berusia 47 tahun, manakala Tun Dr. Ismail pula berusia 54 tahun. DS Najib pula sekarang berusia 56 tahun manakala TS Muhyiddin Yassin berusia 61 tahun.

Kemudian latar kepada perlantikan kedua-dua PM dan TPM ini juga hampir sama iaitu disaat negara terutamanya UMNO menghadapi krisis keyakinan dan konflik dalaman?cuma mungkin skalanya berbeza. Seperti pandangan saya yang lepas, skala “krisis” yang dihadapi oleh DS Najib adalah lebih besar dan kompleks kerana di samping adanya krisis dalaman negara juga pada masa ini sedang menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.

Satu yang tidak dapat kita sembunyikan ialah wujudnya tokoh “antagonis” ( mungkin sesuai bagi sesetengah pihak) yang sama di sebalik perlantikan kedua-dua PM dan TPM ini iaitu MAHATHIR MOHAMAD (Tun Dr.). Mahathirlah yang menjadi punca di sebalik perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman sebagai PM, begitu juga dengan perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai PM tempoh hari. Jadi adakah ini semuanya kebetulan atau sebaliknya....wallahuklam. Tapi andai kata ianya memang “perulangan”?maka sesuatu yang tak sedapnya ialah Tun Razak meninggal dunia semasa memegang jawatan iaitu ketika berusia 53 tahun pada Januari 1976 iaitu selepas 6 tahun menjadi PM dengan meninggalkan jasa yang cemerlang?begitu juga dengan Tun Dr. Ismail, juga meninggal dunia dalam jawatan pada Ogos 1973 ketika berusia 57 tahun. Jadi adakah peristiwa “KEHILANGAN” ini juga bakal berulang? Inilah yang bakal ditunggu-tunggu...WALLAHUAKLAM

[ Last edited by  tongkatali at 16-4-2009 10:48 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:40 AM | Show all posts
mekah membangun nanti ada kuasa yang akan cemburu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 12:22 PM | Show all posts

Balas #409 cikepong08\ catat

Siapa yang cemburu...buat apa ??? Sepatut kekayaan yang dikurniakan tidak dibazirkan. Sebaliknya digunakan untuk kepentingan UMMAH...seluruh dunia. Cuba tanya dan selidiki siapa yang dapat keuntungan di sebalik PROJEK MEGA di Makkah ???

p/s...apa kaitannya dengan thread ni ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 01:46 AM | Show all posts
dajjal...jeng jeng jeng.....macam abrahah menyerang mekah dulu-dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2009 12:50 PM | Show all posts

Balas #411 cikepong08\ catat

Ehemm...Dajjal menyerang Makkah ! Yang tu satu hal....yang lebih pentingnya ialah sebelum tu...di mana PENGUASA MAKKAH sendiri yang akan menyerang dan memerangi AL MAHDI. Sekarang siapa yang menguasai MAKKAH ??? Jadi nilailah sendiri...jangan bangga sangat dengan pembangunan MAKKAH sekarang...lihat siapa sebenarnya penguasanya sekarang !
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 01:48 PM | Show all posts
mmmm amat menarik perbincangan yang ada dalam benang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 12:00 PM | Show all posts
SATU MALAYSIA...menarik untuk jadi WAWASAN...tapi idea ni bukan baru...itulah matlamat gagasan  IKHLAS almarhum TUN RAZAK. Maknanya ia bukan benda baru. Kalau kita kaji balik matlamat dasar pembangunan semasa era Tun Razak maka kita akan "jumpa" bahawa akhirnya beliau ingin mewujudkan Malaysia yang SATU ...dengan MELAYU dan ISLAM menjadi TERASnya. Malaysia tidak boleh jadi "lain"...Malaysia mesti menjadi sebuah negara berbilang kaum yang BERSATU dengan berteraskan MELAYU. Ini bukan bermakna kaum-kaum lain perlu masuk Islam atau "masuk Melayu"....mereka mesti menerima HAKIKAT bahawa Malaysia tidak boleh dilihat dari pandangan yang lain selain dari pandangan Melayu....itulah KEADILANnya..."meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya" ! Oleh itu semasa era Tun Razak kita akan dapati banyak DASAR ke arah SATU MALAYSIA digubal...antara yang paling terkenal DASAR EKONOMI BARU (DEB)....Dasar Bahasa Kebangsaan...Dasar kebudayaan kebangsaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun selepas pemergiannya kita dapati "idea" itu telah banyak dikesampingkan...yang banyak diperkatakan hanya DEB...DEB...DEB ! Jadi apabila PM ke-6 DS NAJIB menyelongkar balik idea SATU MALAYSIA maka ia membangkitkan semula nostalgia saya kepada ayahandanya, TUN ABDUL RAZAK. Cuma kadang-kadang terfikir adakah DS NAJIB faham akan apa yang tersurat dan tersirat dengan falsafah gagasan itu ? Ulasan-ulasan dari "pengulas-pengulas" di media juga nampak "terawang-awangan" tanpa menjejak ke tanah. ASAS utama yang perlu difahami sekarang ialah perlunya KEIKHLASAN semua pihak...adakan pihak yang menwar-warkan idea ini IKHLAS...seikhlas TUN RAZAK ? Keduanya kita kena fahami SEJARAH akar umbi NEGARA BANGSA ini...negara Malaysia ini asalnya dari mana...siapa pemiliknya ? Ketiganya ADIL...adil kepada semua tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan fahaman politik. Andai kata kita dapat memahami "niat" pencetus sebenar idea SATU MALAYSIA, maka segala kemelut yang tak sudah-sudah ini akan terungkai...dan Malaysia yang lebih GAGAH dan TERBILANG akan muncul bagi mengepalai UMMAH AKHIR ZAMAN.

[ Last edited by  tongkatali at 27-4-2009 20:38 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.553543 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list