|
Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat
[Copy link]
|
|
ade dah yang rajin gali gambar scha kena peluk dengan siapa entah ... peluk bahu pun .... siap kata imej gadis baik scha dah berakhir ... macam2 je dunia seni ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #341 OhTidak!'s post
gambo tu dorang sebat kat fb kawan dia yg belah kanan tuu.. yg kononnya pondan.. hehehe tp sbenonye pompuan ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
btw tu bukan ex bf dia.. muka exbf dia lain.. aku dh tgk dah gambonye.. lg hensem dr dlm gambo tuh ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #343 OhTidak!'s post
kann? aku pun dh tgk.. exbf dia tu lg ensem tahap gaban dr yg gambo tuh.. aku rasa mamat tu bf kawan dia yg sblah tu.. aku br tgk balik gambo yg ada syed tuh.. ada gambo dorang ramai2.. hehe a'ah kwn dia tu pompuan.. aku pnah tgk gambo kwn diatu kt fb scha.. dorang siap komen2 lg.. tp aku lupa sapa tah namanya ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Enggan dikaitkan dengan Fahrin
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0105/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
Scha MAHU DIKENALI KERANA BAKAT BUKAN KISAH PERIBADI
--------------------------------------------------------------------------------
APABILA aktor tampan Fahrin Ahmad dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan aktres muda berbakat besar, Scha, ia sekali gus mencetus perbualan ramai.
Ini kerana, episod panjang kisah cinta Fahrin dengan bekas teman tapi mesranya sebelum ini, Linda Onn sudah berakhir.
Justeru, cinta baru Fahrin ingin diketahui ramai. Apakah wanita baru yang didampinginya kali ini sehebat Linda? Atau mungkin lebih tinggi daripada Linda?
Yang pasti nama Scha tercatat sebagai kekasih baru Fahrin dalam direktori hiburan tanah air.
Identiti wanita yang memiliki nama unik ini sudah diketahui ramai. Dia adalah pelakon yang sedang merangkak membina populariti.
Lakonan terbarunya ialah dalam filem Histeria sementara drama bersiri lakonannya pula ialah Awan Dania yang ditayangkan di saluran Astro Ria.
Persoalannya sekarang, benarkah Scha buah hati baru Fahrin?
Scha saya temui dalam satu pertemuan yang diatur dengannya baru-baru ini.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir hadir dalam gaya yang cukup sederhana.
Bagai sudah meneka apa yang mahu disoal, Scha terbuka dan cukup diplomasi menjawab setiap pertanyaan Hits.
Perbualan tempoh hari dimulakan Scha dengan meluahkan kegusaran yang bersarang di hatinya mengenai kecenderungan orang ramai bercakap perihal peribadinya berbanding kerjayanya.
"Saya takut disalah anggap sebagai artis yang gemarkan publisiti murah. Secara jujur, saya tidak minat kisah peribadi saya diperdagangkan," Scha meluah rasa kesal yang sarat ditanggung.
Pada masa yang sama, apa yang turut membuatkan pelakon berusia 25 tahun itu keliru ialah dia dan Fahrin bukanlah pasangan kekasih seperti yang digembar-gemburkan.
Dengan lapang dada dan hati yang terbuka, Scha menjelaskan, dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.
Bahkan ujar Scha lagi, ketika ini juga perasaan kasih dan sayang masih belum terbit di hatinya.
Sebaliknya, keinginan Scha buat masa sekarang ialah mahu menjalin hubungan sebagai rakan yang baik dengan Fahrin.
Menurut Scha, andai benar dia dan Fahrin sedang berkasih, perkara itu tidak langsung membebankan fikirannya.
Namun kekesalan yang menghantui fikiran bekas pramugari ini ialah cerita-cerita yang diperkatakan bukanlah kisah benar.
"Saya memang tak bercinta dengan dia (Fahrin), kalau saya bercinta tak mengapa. Saya tak mahu orang kenal saya Scha-Fahrin, sebaliknya biarlah orang kenal saya, Scha Awan Dania.
"Saya lebih selesa begitu kerana saya mahu membina nama saya sendiri," katanya memohon pengertian semua pihak.
Disebabkan tekanan itu juga, Scha memohon pertimbangan masyarakat agar jangan mudah mendakwa dia cuba meraih publisiti murahan dengan membenarkan gosip berkenaan berleluasa.
"Saya tak pernah rancang untuk jadi macam ini. Saya baru berkawan dengan Fahrin dua tiga bulan lepas macam mana nak bercinta," katanya penuh tanda tanya.
Sebagai wajah baru dalam industri hiburan tanah air, pelakon yang dilahirkan pada 30 Mei 1983 ini turut menyatakan rasa hairan kenapa perkenalannya dengan Fahrin menjadi tumpuan berbanding hubungan baiknya dengan pelakon lelaki lain.
"Saya juga berkawan baik dengan pelakon lelaki lain tapi tak pula kecoh. Tapi apabila dengan Fahrin ini tiba-tiba jadi perhatian, mungkin sebab dia baru saja putus cinta.
"Di sini juga saya ingin jelaskan, yang saya mengenali dan berkawan dengan Fahrin selepas dia putus cinta bukan semasa dia bercinta. Saya tak mahu orang menyalahkan saya pula nanti," katanya lagi.
Jika ada yang pernah membaca perjalanan seni Scha, dia merupakan finalis Dewi Remaja 2006 dan perjalanan seninya bermula sekadar suka-suka.
Daripada suka-suka bertukar menjadi minat dan seterusnya kini dia selesa untuk mengekalkan bidang ini sebagai sumber kewangannya.
Menyingkap kisah lalu, dalam nada ceria cerita Scha, dia mula belajar memegang duit sendiri selepas memilih menjadi pramugari.
Selama setahun membina pengalaman di situ, Scha kemudiannya memilih untuk berhenti dan aktif sebagai peragawati sehinggalah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan memenangi pertandingan itu.
Bertitik tolak dari situ, Scha mula menerima pelbagai lamaran berlakon antaranya drama Bella yang disiarkan di TV3 diikuti dengan drama Awan Dania serta filem Antoo Fighter dan Histeria. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry kalau article atas dah ade yang paste ... aku suka tenggok gambar dia tu yang teruja nak paste article sekali ... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #345 OhTidak!'s post
thanks.. lupa nak tepek semalam.. betul jgk kata scha.. media terlampau expose hal dia ngn fahrin.. lama2 nnt org mesti bosan.. baik cite pasal karier dia je kan.. tanak la over expose kisah peribadi mcm mawi n kikin tuh.. org jd benci n meluat ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
scha n fahrin ada on air tadi 12.30 pm kat WHI.. interbiu psl dorang.. topik 'Gelora Cinta' ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #348 avrilizana's post
a'ah sempat tengok kat hujung2 tadi ... apa hal lak diaorang kena panggi tu ... muka scha nampak letih lah ... her eyebag getting obvious .... tak cukup tido nampaknye ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #349 OhTidak!'s post
kesian dia kan.. bz bebeno gamaknye.. bz keje lagik, dok layan gosip2 nih lagik. huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
pkul 3 ptg karang Scha live dlm Sehati Sejiwa RTM1.
tetamu mawi & ikin.
jgn lupa tgk!! first time scha buat live hosting kat tv ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #352 avrilizana's post
betul ke ni... wa aku kena pulang rumah n set my recorder ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #353 OhTidak!'s post
yup.. ko record ke? nnt boleh la upload kat youtube.. aku keje la tak dpt tgk ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #353 OhTidak!'s post
camne ko record tak ptg td? aku tak dpt nak intai2 kejap pun ptg td.. takleh nk tinggalkan tmpt. ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Scha selesa dengan Fahrin
![](http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/Bacaria/imgcontent/2440/ent1.jpg)
“Apa yang boleh saya cakap, kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan sepanjang perhubungan ini berlangsung, kami tak punya apa-apa masalah.”
Dilabel perasan bagus, besar kepala
Scha mohon maaf!
SEGALANYA bermula apabila dia dinobatkan sebagai Dewi Remaja sesi 2006/07 anjuran majalah Remaja, terbitan Kumpulan Karangkraf.
Dari situ kerjaya seninya mula menyinar dan gadis manis yang diberi nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau lebih popular sebagai Scha, mengatur langkah sebagai anak seni. Punya pakej untuk menceburi bidang glamor, perjalanan seni Scha dilihat terlalu pantas dan mudah.
Walaupun baru ‘setahun jagung’ berada dalam bidang ini, dia berjaya menarik perhatian penerbit serta pengarah drama dan filem terkenal untuk bekerjasama dengannya. Namun langit tidak selalunya cerah. Seperti para selebriti lain, Scha turut tidak terlepas dihimpit dengan pelbagai gosip.
Terbaru dia dilabel perasan bagus dan besar kepala apabila tiba lewat di satu sesi fotografi yang diaturkan untuknya. Scha ketika dihubungi baru-baru ini terkejut apabila diberitahu tentang perkara tersebut. Katanya dia tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa dan segala yang berlaku adalah tidak disengajakan.
Bagaimanapun dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sikapnya yang dianggap sebagai ‘menyusahkan’ itu. “Rasanya semasa insiden tersebut berlaku saya sudah pun memohon maaf dan kelewatan saya bukannya disengajakan. Ketika itu saya terikat dengan dua sesi fotografi untuk mempromosikan filem Histeria pada hari dan masa yang sama.
“Sepatutnya pihak yang mengatur sesi fotografi tersebut tahu tentang perkara itu dan kelewatan saya tidak akan menjadi masalah kepada sesiapa. Selain saya, rasanya terdapat beberapa pelakon lain yang turut tiba lewat kerana kami menjalankan sesi fotografi yang sama di Bangi. “Walaupun saya terlambat, tapi saya tiba dengan wajah yang telah siap bersolek dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk bersiap.
“Tapi tak apalah, kalau ada pihak yang rasa tersinggung kerana kelewatan itu dan mula melabel saya sebagai artis yang ‘perasan bagus’ atau sebagainya, saya memohon ampun dan maaf,” katanya yang sentiasa mengambil berat akan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya. Tambahnya di dalam dunia seni, perkara seumpama itu sudah menjadi lumrah dan dia perlu membiasakannya.
Namun sebagai artis baru, dia sedar masih banyak yang perlu dipelajari serta diperbaiki agar masalah yang sama tidak akan berulang pada masa yang akan datang. “Saya ambil segala kritikan yang dilemparkan kepada saya secara positif. Bila orang beri kritikan, itu bermakna mereka masih sayang dan mengambil berat tentang kerjaya seni saya. Saya tak ambil hati pun dan saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang,” katanya yang ternyata kesal dengan perkara tersebut.
Article taken from :- Bacaria @ Karangkraf.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi pelakon muda, Scha Al-Yahya, ketika ditemui berkata peluang mengacarakan rancangan itu merupakan satu penghormatan baginya memandangkan ia adalah pengalaman pertama beliau bergelar pengacara.
"Tentunya saya berasa teruja kerana ini adalah kali pertama saya menjadi pengacara dan berasa gementar pada mulanya kerana ia dibuat secara langsung," katanya yang turut mengharap penonton dapat menerima dan menyokongnya dalam bidang pengacaraan ini.
Menekankan tema cinta, rancangan yang berbentuk bual bicara santai ini bersiaran sebanyak 13 siri untuk musim pertama dan akan menampilkan beberapa pasangan selebriti undangan seperti Nora dan Johan Nawawi serta Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Excerpt from full article taken from :- MStar.com.my
Tapi takde gambar Scha. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #359 OhTidak!'s post
yeke.. pg td ada ulangan kul 10pg.. tak dpt tgk gak. adeh la.. nape tak buat ulangan malam ke.. awal pagi ke.. dpt le aku tgk. huhuhuhu. pasal bg music tu paham2 la rtm kan ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|