Stacy @ Uniqlo Launching, KLCC
Pada 5hb May lepas, Stacy telah dijemput untuk menghadiri Uniqlo Launching di KLCC. Ini adalah outlet kedua Uniqlo di Malaysia selepas yang pertama di buka di Fahrenheit. Pada hari tersebut, Stacy telah diberi penghormatan untuk memperagakan pakaian daripada Uniqlo. Antara artis terlibat adalah Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, Ella, Alex Yoong, Noh Hujan dan ramai lg.
WALAUPUN penyanyi muda Stracie Angie Anam atau Stacy pernah memberitahu bahawa dia tidak kisah untuk berkongsi cerita peribadi dengan peminat, jauh di lubuk hatinya tetap terpalit juga perasaan rimas dan letih apabila gosip hubungannya dengan penyanyi Akim terus diperkatakan.
Apabila juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini sengaja diusik persoalan yang sama, pantas Stacy membalas: “Kenapalah orang tidak berhenti-henti bertanyakan cerita ini. Adakah cerita begini memang menjadi kesukaan peminat kita?
“Bukanlah saya keberatan untuk berkongsi cerita tetapi kenapa perlu gosip begini terus diperkatakan? Kadang-kala saya pun letih juga ditanya benda yang sama berulang-kali.”
Bercerita lanjut, Stacy yang mengakui berkawan rapat dengan Akim berkata, sekalipun mereka intim hari ini itu tidak bermakna mereka bercinta.
Malah, kenyataan itu berulang kali ditegaskan oleh penyanyi lagu Jahat ini dalam temu ramah bersama OopStarz!, baru-baru ini.
“Memang kami rapat dan selalu keluar bersama tetapi tidak hanya berdua. Selalunya kami akan keluar beramai-ramai dengan ahli keluarga atau rakan-rakan rapat.
“Pada waktu ini, apa yang boleh saya jelaskan kami tidak bercinta tetapi esok lusa itu kita tidak tahu,” tuturnya.
Rezeki kerana cinta
Menariknya, bukan semua cerita gosip cinta yang menyerang golongan artis memberikan impak buruk dan negatif.
Buktinya, dalam kes Stacy dan Akim, gosip yang mendakwa kononnya mereka bercinta itu telah membuka rezeki buat mereka.
“Kami pun tidak sangka daripada gosip itu, kami dipilih untuk menjadi wajah kempen ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’ pula.
“Kiranya, kami menjadi orang perantaraan daripada individu A kepada individu B. Pasangan yang tidak yakin atau segan untuk meluahkan perasaan mereka boleh menggunakan kami untuk melafazkan cinta,” kata Stacy.
Jika Akim seronok melayari tahun kedua sebagai duta produk aiskrim kesukaan ramai itu, Stacy pula cukup teruja apabila dilantik sebagai wajah Wall’s Cornetto buat julung kalinya
Tahun bahagia
Sebelum menyimpulkan perbualan, Stacy sempat berkongsi kebahagiaan yang dirasainya pada tahun ini.
Jelas anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, dia merasakan bahawa tahun 2011 begitu memberangsangkan dalam kerjaya seninya.
“Saya bersyukur sangat tahun ini sangat menggembirakan saya. Kerjaya berjalan dengan lancar, undangan nyanyian juga berterusan dan saya juga akan muncul dengan album kedua tidak lama lagi.
“Album itu dijangka keluar pada Jun depan. Saya harap album itu dapat dipasarkan secepat mungkin bagi memungkinkan ia dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun ini.
“Apa-apa pun, semuanya masih berada dalam peringkat produksi lagi. Harap-harap, dapatlah album itu menemui peminat secepat mungkin,” akhiri penyanyi yang bakal muncul dengan lagu Kisah Dongeng, tidak lama lagi.
assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!
gjown91 Post at 9-5-2011 10:14
gjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj...missssssssssssssssssssssssss uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...mau nanges ni baru ada gj kat tread ni terharuuuuuuuuuuuuu,,pes plak tu