|
▄ ▌▄ ▌▄ ▌ISTANA GAFIM XXVIII ╩ ◈ ╩ SINGGAHSANA AKIM ▌▄ ▌▄ ▌▄
[Copy link]
|
|
selamat menyambut ramadhan semua..luv u all.. semoga ramadhan ini lebih baik dr tahun lepas..Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
sunday star..
|
|
|
|
|
|
|
|
k laa...iolss hout dluk...slamat brpose uolssss...smga ramadhan kali nih lbh baek dr ramadhan yg lpass...insya-allah....nitezzz.... |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis Ogos 4, 2011
'Konsert Mega Raya 2011' Hari Pertama Aidilfitri
Oleh KEMALIA OTHMAN
Barisan artis yang menjayakan Konsert Mega Raya 2011
PETALING JAYA: Astro bakal menyiarkan konsert Mega Raya 2011 pada 30 Ogos 2011 pukul 6 petang.
Konsert ini menampilkan gabungan artis eksklusif Astro dan beberapa artis ternama lain dengan pelbagai segmen.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, Konsert Mega Raya 2011 ini bakal menampilkan beberapa kelainan berbanding sebelum ini.
"Ini merupakan tahun ketiga kami menerbitkan program Mega Raya 2011 dan ia banyak kelainannya berbanding sebelum ini.
"Antaranya ialah kepelbagaian artis yang terdiri daripada artis baru dan lama serta beberapa segmen baru yang berbentuk permainan," jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman Mega Raya 2011, di sini, Sabtu lalu.
Program selama sejam itu juga akan menampilkan beberapa sketsa bagi memeriahkan lagi program tersebut.
"Dari segi pemilihan lagu, mereka bukan sahaja mendendangkan lagu Hari Raya malah lagu-lagu yang sedang popular masa kini.
"Kami mahu program ini ditonton seisi keluarga pada petang Hari Raya dalam keadaan santai," ujarnya.
Antara artis yang memeriahkan program Mega Raya 2011 ini ialah Aznil Nawawi, Farid Kamil, Akim AF, Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Kamal Adli, Adi Fashla, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Ziana Zain, Elfira Loy, Kila Fairy, Ira, Erul AF9 dan Ana Raffali.
*Raya Pertama kol 6ptg di Astro RIA la kot* So melekat kt TV yew tgk soltan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Hye korangggg .. rindu gyler kt korangggggggggggggggggggggggggg !!! Huwaa ade org tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis Ogos 4, 2011
'Konsert Mega Raya 2011' Hari Pertama Aidilfitri
Oleh KEMALIA OTHMAN
...
sally_8176 Post at 4-8-2011 10:17
bnyk betul rezeki akim ary raya nie hehe..alhadulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iftar Ramadhan bersama dan .
Tarikh : 17. 8 . 2011
Rabu ( Nuzul Quran )
Tem ...
sara1910 Post at 2-8-2011 01:34
skali lagi den x dpt pergi..hihihi..korang nanty pergi...amik vid / pic..klu bole rakam dr mula sampai akhirr... XD |
|
|
|
|
|
|
|
Reply =,= . tak reti guna bende ni ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply =,= . tak reti guna bende ni ~
Elaa Post at 5-8-2011 14:37
motip sgt kau gune name ela..dulu bukan kau fans akim ke? hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 357# AmaniGafimmers
Adehhh .. sukati aku la . janji bahagia dah la . hahahaha ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Gosip cinta bawa rezeki
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
SERASI BERSAMA...Stacy dan Akim dikatakan hangat bercinta.
SERASI BERSAMA...Stacy dan Akim dikatakan hangat bercinta.
RAMAI peminat mengakui mereka sedang bercinta apatah lagi lagu popular yang didendangkan bersama, Jahatnya Cinta, seakan mengiakan juara Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stracie Angie Anam (Stacy), 21, dan tempat ketiga AF7, Afiq Hakim Ahmad, atau Akim, 20, sedang berbunga hatinya.
Dakwaan pasangan ini sedang hangat bercinta sehingga dipercayai peminat menyebabkan rezeki Akim dan Stacy juga semakin murah. Ramai mahu menumpang kehangatan kisah cinta pasangan ini dengan mengambil mereka sebagai jurucakap untuk kempen pengiklanan.
sebelum selepas
AKIM...senang berkawan dengan Stacy.
MANIS...Stacy berbaju kurung sewaktu menjayakan rakaman Konsert Raya 1 Malaysia @ Muzik FM.
Single Jahatnya Cinta juga turut menerima tempiasnya apabila turut menjadi pilihan pendengar dan menjuarai carta lagu popular. Hakikatnya, cerita cinta antara Akim dan Stacy ini hanyalah sekadar gosip. Tiada pengesahan mengatakan bahawa mereka benar-benar mencintai antara satu sama lain.
Ditemui baru-baru ini sewaktu sesi rakaman Konsert Raya 1 Malaysia @ Muzik FM di Restoran Seri Melayu, Jalan Conley, Stacy dan Akim akhirnya mengakui bahawa hubungan akrab mereka selama ini langsung tidak membabitkan soal hati dan perasaan, apatah lagi sehingga bercinta.
Kata Stacy, memang dia menyayangi Akim, tetapi tidak lebih daripada rasa kasih seorang rakan kepada sahabatnya. Malah dia juga tidak mahu peminat kelak mendakwa dia mahupun Akim sengaja membohongi mereka dengan membiarkan orang luar beranggapan mereka benar-benar sedang bercinta.
“Saya tidak ramai rakan lelaki dan antara yang rapat sekarang adalah Akim. Kami memang selalu keluar bersama seperti menonton wayang, tetapi bukan berdua sebaliknya ditemani ahli keluarga lain. Disebabkan itu juga, ramai yang salah sangka dan mengatakan kami bercinta.
“Apabila ramai yang menganggap kami benar-benar sedang bercinta, saya bimbang hendak menafikan perkara itu. Saya takut peminat akan kata saya artis ‘poyo’ kerana cuba menafikan gosip cinta bersama Akim.
“Apatah lagi waktu sama banyak aktiviti membabitkan saya dan Akim sedang dijalankan waktu itu termasuk mempromosikan kempen iklan aiskrim dan lagu Jahatnya Cinta,” katanya.
Kata Stacy lagi, kerana kekangan masa, tuntutan kerja dan kehendak keluarga menyebabkan gadis berasal dari Penampang, Sabah ini tidak mahu memikirkan soal cinta. Walaupun dalam hatinya kuat mahu merasai perasaan indah itu seperti apa yang sedang dirasai rakan sebayanya.
“Saya hanya kawan dengan Akim dan tidak lebih daripada itu. Saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenainya kerana bimbang akan menimbulkan isu kurang enak pada masa akan datang,” katanya lagi yang kini sedang popular dengan single terbaru berentak balada, Kisah Dongeng.
Kata Stacy lagi, antara sebab mengapa dia enggan bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Akim kerana harus patuh dengan permintaan keluarganya.
“Keluarga saya berpegang kuat kepada pegangan agama kami (Kristian) dan saya harus menghormati mereka. Bercerita mengenai hubungan saya dan Akim seperti kami benar-benar serius bercinta adalah tidak bagus. Saya perlu menjaga nama baik keluarga. Pada waktu sama, saya masih muda, baru berusia 21 tahun dan tidak berhak untuk membantah cakap keluarga.
“Kecuali sekiranya saya sudah cukup matang. Mengambil contoh sekiranya saya sudah berusia 25 tahun dan sudah boleh berdikari sepenuhnya, barulah saya boleh menyatakan kepada keluarga mengenai keputusan yang mahu saya ambil. Itupun saya harus memastikan keputusan itu dapat diterima keluarga dengan tangan terbuka,” katanya.
Sementara itu Akim ditemui selepas itu mengakui antara dia dan Stacy hanya sekadar rakan malah keluarga kedua-dua pihak sudah tahu yang mereka berkawan rapat.
“Bagaimanapun, hubungan saya dan Stacy tidaklah sampai serius dan bercinta. Lagipun kami masih muda. Saya baru mencecah 20 tahun dan Stacy masuk 21 tahun.
Kalau boleh, biarlah kami memikirkan soal kerjaya terlebih dulu. Pastikan kedudukan dalam karier mantap dan kemudian barulah fikir soal cinta, jodoh dan kahwin,” katanya.
Jelas Akim lagi, segalanya bermula daripada gosip yang tersebar dan dari situ ada pihak menunjukkan minat terhadap gosip cinta terbabit dan menawarkan mereka untuk menjadi duta.
“Saya melihat semua ini dari sudut positif. Ia adalah rezeki. Bagaimanapun, untuk berfikir jauh mengenainya sehingga membabitkan soal kahwin dan berumahtangga rasanya tidaklah. Macam Stacy, dia ada tanggung jawabnya kepada keluarga.
“Begitu juga dengan saya, kalau hendak kahwin pun saya harus bersiap sedia dari sudut mental. Selain itu dari sudut kewangan juga perlu kukuh agar tidak menimbulkan masalah pada masa mendatang,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai keserasian yang wujud antara dia dan Stacy, jelas Akim dia tidak mempunyai ramai kenalan perempuan dan Stacy pula antara yang paling rapat dengannya.
“Saya senang berkawan dengan Stacy sebab dia sangat ‘sempoi’. Kami juga satu kepala. Lebih daripada itu kami saling mendorong antara satu sama lain untuk berjaya dalam kerjaya seni ini,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
PROFIL AKIM:
NAMA SEBENAR: Afiq Hakim Bin Ahmad
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1991
UMUR: 20 tahun
ASAL: Johor Bahru, Johor
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi dan Pelakon
DRAMA: Kau dan Aku, Inilah Cinta,
SINGLE: Janji, Jahatnya Cinta, Ceria, Kau dan Aku, Inilah Cinta dan Bengang
PROFIL STACY:
NAMA SEBENAR: Stracie Angie Anam
PANGGILAN: Stacy
TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
UMUR: 21 tahun
ASAL: Penampang, Sabah
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi
ALBUM: Aku Stacy
DUTA: Intimate serta juru cakap bagi produk Teh Boh dan Canon
{:2_76:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|