MRR2 berhantu??
cite ni berlaku lebih kurang sebulan yg lepas,aku trauma kejap nak cerita pasal hantu ni.terjadi selepas aku update cite hantu kat sini.tp adakah MRR2 pun ada kisah pelik,misteri?
Jam menunjukkan jam 11,langit kelihatan mendung.aku memandu kereta untuk pulang ke rumah setelah melawat sepupu isteri aku yg selamat melahirkan anak.
Kereta aku terus menyusur melalui MRR2,sampai sahaja susur keluar ke Taman Melawati,aku perasan ada pasangan suami isteri mungkin beserta anak.Hati aku berbicara sendiri "Gila apa malam2,hujan rintik.tunggu ape??mana public transport.nak berenti x nak??ahh dah jauh,jalan je la".
Sebaik sahaja kereta aku melepasi Zoo Negara,aku terhidu bau busuk.aku x fikir apa-apa lagi,aku kejutan isteri aku yg mana sedang tidur nyenyak."Syg,baby pupu ke??".bagi aku pupu buang air besar.isteri aku periksa,"tak de pun,ke u yg kentut tuduh baby".Aku rasa sangsi,aku hanya mampu tersenyum walhal dalam masa yg sama aku masih bau busuk.
Aku suruh isteri aku tidur balik.Aku masih lagi bau busuk,aku buka tingkap,masih sama."tak boleh jadi ni,kau nak tumpang,tumpang aje la.jgn nak mengacau".ckp dalam hati.tak lama dari tu,seat kereta aku,aku rasa di tolak2,macam ada org tolak pasa seat kereta,rasa kaki,tangan seakan mengurut badan aku."Memang x boleh blah la kalau macam ni".
Aku pasang CD,aku cuba bertenang.aku layan lagu Gingerbread.aku layan nyanyi masih sama.bau busuk,seat rasa ditendang2,makin lama makin terasa.aku cuba kedepankan badan aku,masih terasa,gegar seat kena tolak.Seat kereta aku bucket seat,tapi terasa."mmg x nak mengalah benda ni,x pe.ko kena igt ko kacau aku,dalam dunia ni Allah maha besar,maha berkuasa".Aku terus membaca Ayat Kursi dalam hati.aku baca ayat Kursi sebanyak 3x.Selepas itu baru hilang bau dan "urutan mesra".
Alahamdullillah aku selamat sampai rumah.Aku pun cerita pada kawan baik aku si F.Ada cerita apa2 pasal MRR2??ada.
tempat pasangan yg aku jumpa sama macam F jumpa.tapi dia x dapat rasa "urutan manja".
F cerita time dia kena,dia sedang bergaduh dengan tunang dia,dia ternampak pasangan tersebut.dia juga mengalami bau busuk.tapi gangguan yg dia kena lebih dasyat,wanita tu duduk dia peha.F bagitaw dia x boleh nak drive.muka dia mmg teruk,bagai muka org dilenyek lori.
Selamat aku x nampak muka dia.dah la yg rasa gangguan hari tu aku sorg je.Siapa2 yg pernah mengalami keadaan macam ni?tolong share.TQ
|