rmai kata iron man utama filem ni, aku tgok kali kedua, bg aku semua ada peranan masing2
-iron man berkorban tu pasal captain america kata pada dia pentingkan diri sendiri
aku pn setuju gak...
aku x rsa ironman banyak peranan dlm movie nie...
rsanya semuanya seimbang...
boleh tengk black widow tu fight ngan hulk...
& aku rasa hawkeye, black widow tu...cuma power dr segi skill je...
yg lain2 tu mmg la superpower kecuali iron man bergantung pd baju besi
nak tanya, apasal diorang berpeluk?
hatilukapedih Post at 6-6-2012 09:50
black widow and captain america ni dulu penah berlakon sama2...jadi hero n heroin lg dlm filem nanny diaries. dah kenal lama kot tu yg elok je berpeluk tu
black widow and captain america ni dulu penah berlakon sama2...jadi hero n heroin lg dlm f ...
annehuda Post at 6-6-2012 12:58
owh ye ke... tapi diorang memang sepadan kan? muka diorang lebih kurang sama, warna kulit pun sama
betul ke sebenarnya CA ni kahwin dgn BW dalam Avengers?
habis tu gambar ni?
hatilukapedih Post at 6-6-2012 13:54
fan arts je kot..sbb setau aku la...black widow ni mmg ade banyak join team2 lain...penah kawen gak ngan karakter marvel tp ngan kapten amerika tak penah plak aku rasa...
PENGARAH yang penulis komik, Joss Whedon pernah menyifatkan The Avengers adalah filem adiwira fiksyen yang ‘merapu’, tetapi masih ada tarikan khususnya menerusi elemen kekuatan fizikal dalam karakternya.
Baginya, setiap watak adiwira dalam filem itu tidak ada kena-mengena antara satu sama lain, tetapi boleh disatukan. Walaupun setiap watak diwujudkan melalui zaman berbeza, dipopularkan melalui komik penceritaan Marvel Comics sejak 1939, ternyata ia mendapat sambutan apabila diketengahkan ke pawagam.
Apapun, sejarah komik itu mencipta pencapaian terbaru apabila The Avengers kini berada dalam kedudukan membanggakan dalam lipatan sejarah perfileman Hollywood.
Minggu lalu, kerja keras dan idea yang ‘tidak masuk akal’ diketengahkan yang Joss itu memberi hasil apabila The Avengers kini berada dalam kedudukan baik dalam carta sejarah kutipan filem.
Filem itu kini berada di tempat ketiga dalam senarai kutipan tertinggi filem sepanjang zaman di belakang Avatar dan Titanic.
The Avengers terbitan Marvel Studios edaran Disney, mengatasi Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 untuk berada dalam senarai filem ketiga tertinggi dalam kutipan terhebat sejarah sepanjang zaman iaitu AS$1.33 billion (RM4.25 bilion).
Filem terbaru Harry Potter ditayangkan pada Julai tahun lalu, meraih AS$1.33 billion (RM4.24 bilion).
The Avengers versi 2012 menelan kos pembikinan AS$220 juta (RM703 juta).
Daripada segi rekod kutipan, Avatar masih berada dalam kelas tersendiri dan tetap unggul pada kedudukan pertama dengan AS$2.8 billion (RM8.93 bilion) sementara Titanic masih selamat di tangga kedua dengan AS$1.8 billion (RM5.7 bilion). Di belakang The Avengers pula filem Dark Knight yang mencatat AS$533 juta (RM1.701 bilion).
Pada peringkat antarabangsa, The Avengers kini meraih AS$793.2 juta (RM2.53 bilion) tetapi angka itu masih boleh diperbaiki.
The Avengers mula dibuat tayangan perdana pada 11 April lalu di El Capitan Theatre, Hollywood, California, Amerika Syarikat. Filem itu mendapat reaksi positif daripada kebanyakan pengkritik filem di Barat.
Bukan itu saja, The Avengers turut muncul sebagai filem mencatat keuntungan tertinggi pada tayangan hujung minggu di Amerika Utara, termasuk Kanada.
The Avengers menampilkan gabungan lakonan pelakon Amerika, Australia dan England termasuk Robert Downer Jr sebagai Tony Stark/Iron Man, Chris Evans Steve Rogers/Captain America, Mark Ruffalo sebagai Dr Bruce Banner Hulk, Chris Hemsworth (Thor), Jeremy Renner (Clint Barton / Hawkeye), Scarlett Johansson (Natasha Romanoff / Black Widow), Tom Hiddleston (Loki).
Kata Joss, jika dilihat kepada penjelmaan semula The Avengers, ia merujuk kepada The Ultimates yang mengumpulkan semua adiwira terhebat.
“Ia memang filem yang ‘tidak masuk akal’. Dalam cerita ini, ada dewa ribut, gergasi hijau yang bengis, Captain America 1940-an dan Tony Stark, seorang playboy dan orang besi terbang. Mereka semua tidak ada kaitan satu sama lain,” katanya.
The Avengers masih memerlukan RM1.2 bilion untuk mengatasi aura lakonan mantap Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.
aku terbaca mana ntah, dia break down masa berapa lama setiap hero on screen.. sebenarnya Captain America paling banyak masa on screen.. yelah, asyik nak kacau Tony ja