|
Suami pun kena pandai main peranan.
Dah tau isteri penat bekerja.. balik keje kena jaga anak lagi, pepandai la uruskan yang lain. Contohnya basuh pinggan, basuh kain, buat susu anak, masakan dinner (simple2 pun takpe). Bekerjasama lah baru tak rasa beban.
Kalau setakat mengangkang di depan TV dan mengharapkan isteri settlekan semua.. mau pecah kepala jadi nye. Saya yakin golongan suami2 di kala zaman ini jauh lagi hebat dari zaman komunis dulu. All rounded. Pakaikan lampin anak dan dodoi anak dah boleh buat kan... maka bekerjasama lah, nescaya kita tak perlukan pembantu2 nih. Perhubungan keluarga pun bertambah erat.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe...baru tau langit tinggi rendah ade anak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa the ideal solution ialah buat nursery dkt office-office.
mcm dkt menara TM tue, ada nurs ...
tina^^ Post at 16-3-2012 17:28
Kebetulan bgn TM diBangsa tu TM yg punya...kwsn pun banyak...sebab tu ada nursery utk staff2nya...dan kebetulan plak parking kereta pun tak perlu bayar..sebab bila nak bawa anak, kena pakai kereta...kalau lambat datang saja pi parking bayar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut kementerian sumber manusia...syarat2 baru yg dikenakan ini tidak ada didalam persefahaman yg dicapai pada Dis 2011 antara kerajaan Malaysia dan Indonesia..malahan syarat2 ini tidak ada didalam MOU dan kemungkinan hanya dibuat oleh jawatan kuasa dan belum dibawa ke jawatan kuasa pusat bersama..oleh itu..sebarang syarat2 yg baru mestilah dipersetujui dan ditandatangani dulu baru boleh dilaksanakan. |
|
|
|
|
|
|
|
700 tu tak termasuk tempat tinggal dan mkn minum blh tak?
Kalau masuk potong gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua kena potong apa lagik yang tinggal ? |
|
|
|
|
|
|
|
Minda Pengarang: Gaji amah RM700 buat satu kerja tidak munasabah
2012/03/17
SEPERTI dijangka kenyataan Kerajaan Indonesia bahawa pembantu rumah Indonesia yang dihantar ke Malaysia akan hanya melakukan satu kerja khusus dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan ternyata mendapat bantahan rakyat di negara ini. Malah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam turut menafikan bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju dengan keputusan berkenaan.
Jika itu keadaannya, agak menghairankan kenapa Kerajaan Indonesia mengeluarkan kenyataan sedemikian? Kenyataan itu seolah-olah menampakkan kita lebih memerlukan khidmat pembantu rumah rakyat Indonesia sehingga menyebabkan mereka sanggup meletakkan kadar gaji tidak munasabah dan keterlaluan, sedangkan hakikatnya merekalah yang amat memerlukan pekerjaan untuk mencari rezeki di sini, sehingga ramai yang sanggup memasuki ke negara ini secara tidak sah.
Dalam keadaan sedemikian, apa rasionalnya mereka membuat tuntutan yang tidak munasabah itu? Apakah logik pihak majikan di Malaysia membayar gaji minimum setinggi RM700 kepada pembantu rumah yang semata-mata melakukan satu kerja seperti memasak, mengemas rumah atau mengasuh bayi saja? Pembantu rumah Indonesia yang masuk ke sini bukannya sebagai pekerja profesional, walau apa juga kursus yang diikuti mereka. Pembantu rumah tetap pembantu rumah dan tugas mereka melakukan kerja rumah seperti diarahkan majikan, asalkan ia tidak menyalahi prinsip kemanusiaan atau undang-undang.
Sebagai pihak yang memerlukan pekerjaan, mereka tidak sepatutnya membuat tuntutan yang keterlaluan. Keputusan yang pastinya tidak dapat diterima rakyat Malaysia itu, seolah-olah Kerajaan Indonesia mahu membiarkan isu ini berlarutan kerana mereka tentu mengetahui keputusan itu tidak mungkin dipersetujui.
Harus diakui bahawa lebih sejuta warga Indonesia mencari rezeki di negara ini dan hubungan rakyat kedua negara juga bagaikan saudara. Ada sesetengahnya menjadi kaya raya sehingga boleh bermastautin di negara ini, malah ada yang mampu membina perniagaan besar di negara ini. Isu pembantu rumah antara negara berjiran ini tidak sepatutnya berlarutan sehingga mengeruhkan hubungan kedua negara, sebaliknya ditangani dengan semangat persaudaraan memandangkan rakyat kedua negara saling memerlukan.
Memang tidak dinafikan pernah berlaku beberapa kes penderaan sehingga menyebabkan Kerajaan Indonesia membekukan sementara penghantaran pembantu rumah pada 26 Jun 2009. Tetapi kes seumpama itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah dianggap kes terpencil, berbanding banyak lagi kes jenayah membabitkan rakyat asing termasuk dari Indonesia di beberapa negara lain.
Kita harap kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Ryana Usman kelmarin tidak menyulitkan lagi isu pembantu rumah ini. Rundingan harus diteruskan dalam semangat persaudaraan yang akrab supaya keputusan adil dan saksama dicapai demi kebaikan rakyat kedua-dua negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaji semula keputusan gaji minimum amah Indonesia - MBM
17/03/2012
2:25am
KUALA LUMPUR 17 Mac — Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan agar menilai kembali keputusan berkenaan amah dari Indonesia hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan.
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata ketetapan tersebut akan menimbulkan kesukaran dan membebankan pihak majikan di negara ini.
"MBM melihat hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia seperti berat sebelah dan banyak menguntungkan amah, sebaliknya membebankan pihak majikan.
"Dalam tempoh jangka panjang, MBM berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk beralih kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia kepada negara-negara lain yang bersesuaian dan tidak mengenakan syarat ketat. — BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau macam tu la.. Scope kerja : house cleaning akan merangkumi cat rumah, betulkan atap, betulkan singki selain dari mengemop lantai saja
Ngada ngada betul la! Keja sikit, tengok sinitron jek, masak pun style jawa jek. Kalau pandai serba serbi lain la!
Jumpa bangla, indon lain nak lari rumah!
Next time tempat tinggal, air, api, sabun, pad segala tuan ghumah kena charge maid ni! |
|
|
|
|
|
|
|
GOBLOK...punya permintaan
NEVER NEVER NEVER.....
Jangan Jangan Jangan.....
kita ambil AMAH2 dari indo lagi...................PLES
sy dah 3 tahun urus sendiri...wlapn PENAT, tapi x risau2 lagi pasal AMAH bangsat nih...
cukup la, dgn pembantu kedai dr INDON yg transfer duit kita ke INDON berbilion....cukupla... |
|
|
|
|
|
|
|
x boleh tahan dgn maid indon ini..
semua maid indon yg saya dapat..memilih makanan..
saya x makan ayam
saya x makan telur
saya hanya makan ikan, sotong, udang...
then, anak kita, dia bagi nasi goreng telur dgn kicap aje hari2.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo gaji amah pun dah rm700, baik hantar nursery jer. Atau bagi makcik2 sedara kita jaga dgn gaji 700 tu. Lagi berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
KL tak setuju
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
[email protected]
2012/03/17
PERATURAN baru dikenakan tidak adil terhadap majikan.
Foto
BAYARAN gaji RM700 tidak setimpal jika sekadar membuat satu kerja sahaja.
Amah buat satu kerja gaji RM700 tiada dalam perjanjian
IPOH: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam menafikan Malaysia bersetuju supaya pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar ke negara ini hanya perlu melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Beliau berkata, perkara itu tiada dalam rangka perjanjian persefahaman (MoU) kedua-dua negara, sebaliknya pembantu rumah diperlukan melakukan tugasan am atau tugas khusus seperti menjaga bayi atau orang tua berdasarkan keperluan majikan.
“Sebenarnya apa yang kita sudah putuskan dalam MoU kekal. Memang mereka mendapat latihan tetapi keseluruhannya mereka boleh buat semua kerja tetapi ada pembantu rumah yang mungkin ada pengkhususan tugas yang memerlukan mereka menjalani latihan pengkhususan berkenaan.
“Contohnya, mungkin ada ibu muda baru bersalin mahu seorang berpengalaman dalam bidang itu. Jadi, Indonesia maklumkan mereka akan menyediakan pembantu rumah dengan pengkhususan mengikut keperluan itu.
“Jadi, ini tidak bererti pembantu rumah yang biasanya melakukan kerja keseluruhan atau am tidak ada. Kita telah pastikan dan telah minta mereka diberikan latihan secara meluas dalam semua bidang supaya boleh melakukan banyak kerja,” katanya selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan dan kelulusan sijil kewarganegaraan kepada 212 penerima, sempena Program My Daftar peringkat negeri Perak, di sini semalam.
Dr Subramaniam mengulas laporan yang memetik Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke Malaysia akan melakukan satu tugas khusus saja sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700.
Dr Reyna dipetik sebagai berkata ia antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di republik itu, kelmarin.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata: “Kenyataan itu tidak mengikut MoU dan kita memang setuju bahawa latihan dijalankan dan mereka ada buat latihan bidang pengkhususan bagi (majikan) yang mahu pengkhususan. Mereka yang mahu pembantu rumah am, akan dapat pembantu rumah am.”
Beliau berkata, pihaknya akan menjelaskan perkara itu dan menegaskan apa yang JTF persetujui mesti dilaksanakan dan pihak Indonesia bersetuju latihan pengkhususan seperti menjaga bayi atau orang tua diberikan berdasarkan keperluan.
“Sebenarnya hari ini (semalam) Ketua Pengarah (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed) berada di Jakarta dan mereka bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah ini dan selepas itu pihak Indonesia kena datang (ke Malaysia) dan kita akan selesaikan di sini. Saya juga sudah minta pihak Indonesia supaya jangan setiap orang keluarkan kenyataan masing-masing.
“Dua minggu lalu, ada Kaunselor Menteri (Penerangan, Sosial dan Hubungan Budaya Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja) keluarkan kenyataan satu kes penderaan membabitkan VVIP tetapi apabila kita periksa, tiada kebenaran tetapi sudah membuat kenyataan. Hari ini ada pula kenyataan lain,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua kena potong apa lagik yang tinggal ?
sangam Post at 17-3-2012 02:55
Memang la tak ada apa yang tinggal! Sebab tu la kena tau bersyukur. Kala nak ikut kan kos Makan, milo pekat, tambah lagi makan jajan, bilik sesorang ngan perabot, sabun mandi, berus gigi, pad wanita, deodorant, bil air, api dan lain lain, ya sabun mandi sebiji seminggu harap maklum. Tambah lagi caj astro petang peang tengok sambil terkankang. Kalau campur tu semua mmg dah lebih dari rm700 kot. Sekarang saya ambik pinoy maid je, fully trained, biodata pun ori, senang sekali suruh je terus paham, hati pun tak sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
x boleh tahan dgn maid indon ini..
semua maid indon yg saya dapat..memilih makanan..
saya x ma ...
cmf_kinna Post at 17-3-2012 09:30
Maid ndon itu bukan manusia Kah sehingga mereka tidak layak ntuk pilih makanan? Kalau kamu rasa mereka manusia seperti kamu, tengok lah sekeliling kamu adakan mereka semua makan segala jenis makanan tanpa ada preference masing masing?
Tolong jadi orang Islam yg sejati dan jangan anggap maid itu binatang atau robot sehinggakan tak layak memilih makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la tak ada apa yang tinggal! Sebab tu la kena tau bersyukur. Kala nak ikut kan kos Makan, ...
hafisha Post at 17-3-2012 09:54
Then kenapa nak meroyan sini jikalau kamu mampu ambil maid pinoy? Ambil lah beberapa orang ikut kemampuan kamu tak perlu nak butthurt tentang perkara yang kamu tidak ingin ambil pun. Kenapa perlu ada sifat bangkai khinzir sebegitu? Kata moslems tonggang tonggek shalat hadap Kaabah tapi hati tetap bangkai khinzir. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo gaji amah pun dah rm700, baik hantar nursery jer. Atau bagi makcik2 sedara kita jaga dgn gaji 7 ...
darkness Post at 17-3-2012 09:32
Kalau rasa tak berbaloi. Hantar la nurseri, tiada siapa paksa kamu ambil maid indon bayar rm700 sebulan. Atau kamu butthurt sebab tak mampu namun insist nak jadi maharani kat rumah ada maid sebegitu? |
|
|
|
|
|
|
|
woooo....gaji maid dkt indon RM180 ajek???
hopefully my maid sentiasa bersyukur la dgn aper ...
tina^^ Post at 16-3-2012 15:30
Pegi lah menetap di indo supaya boleh bayar maid rm180. Tiada siapa yang akan halang kamu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|