CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2012 11:19 AM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2012 11:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 18-7-2012 08:37

Episode 18

Sejak dari tadi lagi Fifi terasa ada sepasang mata yang memerhatikannya. Bermula dari lobi Hilton Kuala Lumpur dan sekarang di Zeta Bar. Suasana yang bercahaya kelam menambahkan perasaan tak selesa Fifi yang terasa di ekori. Beberapa kali Fifi melihat keadaan sekeliling, tetapi dia tidak dapat mencari punca mengapa dia merasa begitu.

“Babe…kenapa ni?” Nina bertanya.

“Ermm…nothing” Fifi tidak mahu mengaku. Mungkin hanya perasaannya sahaja.

“Ehem…may I have your attention please?” Bergema suara di atas pentas utama. Semua mata memandang ke arah pentas utama, bersebelahan dengan ‘island bar’. Zack, penyanyi utama kugiran yang membuat persembahan pada malam ini sedang memerhatikan wajah-wajah pengunjung satu demi satu.

“Today is a very special day to our friend, who is celebrating her 19th birthday. To Nina Yasmine, this song is for you, my dear. May all you wishes come true. And… you look sooo cute with that new haircut” Habis sahaja Zack memberikan ucapan,  Lagu “Happy Birthday’ di nyanyikan untuk Nina.

Setelah habis nyanyian, Zack dan ahli kumpulannya mendapatkan Nina dan rakan-rakannya yang lain. Zack dan kumpulannya memang di jemput untuk membuat persembahan ‘live band’ setiap malam minggu di Zeta Bar. Mereka semua belajar di kolej yang sama. Mereka berbual, minum dan bersuka-ria, sempena menyambut hari lahir Nina yang ke sembilan belas.

“Okay guys, times up” Farel, pemain gitar utama mengingatkan. Ini bermakna kumpulan mereka akan kembali bermain muzik untuk para pengunjung tempat ini yang datang dengan tujuan untuk berhibur.

“Fifi, seriously, kau kenapa ni? Dari tadi macam ada yang tak kena?” Nina bertanya lagi.

“Aku rasa, macam ada orang perhatikan kitalah” Suara Fifi kedengaran bimbang.

“Mana? Siapa?” Maya pula bertanya. Tiba-tiba dia juga turut berasa seram. Fifi hanya mengangkat bahu.

“Korang ni, perasaan aje kot?” Nina memberikan pendapat.

“Sudahlah. Tak payah fikir pasal tulah. Rosak mood aku nanti…” Nina menyambung kata. Tidak mahu sambutan hari lahirnya di rosakkan oleh rakan-rakannya yang bimbang tak bertempat. Mereka kembali berhibur dan berdansa mengikut rentak lagu.

“We have a song request…”Sekali lagi Zack menjadi tumpuan.

“And this song is dedicated to the girl with the yellow dress…and that is you Fifi”

“Me?” Fifi meletakkan tangan ke dada. Zack hanya tersenyum kepadanya sambil mengangguk. Terdengar tepukan dari para pengunjung.



“Wow…kau ada secret admirer” Maya berkata dalam nada teruja. Fifi juga tersenyum. Dalam fikirannya, puas dia berfikir siapakah yang menujukan lagu itu kepadanya. Dalam masa yang sama, timbul perasaan bangga kerana menjadi perhatian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 11:59 AM | Show all posts
“Hi” Fifi berpaling ke arah kanan. Seorang lelaki tersenyum. Fifi membalas senyuman.

“Hi”

“Nama I Shah” Tangan di hulurkan. Fifi menyambut.

“Nama you Fifi kan?”

“Ya. Mana you tahu?”

“Kawan you, Zack yang beritahu”

“Oh..okay”

“You suka lagu ni?”

“Suka”

“I yang tujukan lagu tu untuk you”

“Really? Why?”

“Because you look so beautiful”

“So sweet…. Thanks” Mereka saling berbalas senyuman.

Sejak dari perkenalan itu, Fifi dan Shah semakin rapat lalu membuahkan rasa cinta. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang Fifi rasakan. Dia tidak pernah mempunyai teman lelaki sebelum ini. Bukan tiada mana-mana lelaki yang datang menagih cintanya, tetapi Fifi yang sengaja berjual mahal. Dia rasa lebih seronok untuk tidak terikat dengan teman lelaki. Bebas untuknya keluar dengan sesiapa sahaja yang dia suka, tiada komitmen. Tetapi, apabila dengan Shah, ego Fifi jatuh. Shah memang pandai bermain kata. Ayat-ayat indahnya pasti membuatkan gadis mentah sepertinya terbuai hingga ke langit ke tujuh.

Tetapi sedikitpun Fifi tidak menjangka, perkenalannya dengan Shah adalah permulaan titik hitam hidupnya kini. Entah bagaimana, dia tewas dengan pujuk rayu Shah. Janji manis Shah di telan bulat-bulat. Mahkotanya diambil Shah kononnya demi cinta dan perbuatan itu berulang-ulang sehingga akhirnya dia mengandung. Dan sekarang, Shah meninggalkannya dengan kata-kata hina.

Damn you Shah!

Fifi memejamkan mata.  Sekali lagi, air matanya turun membasahi pipi. Namun, menangis air mata darah sekalipun dia tidak dapat mengubah apa-apa lagi sekarang. Beban itu terpaksa di pikul walaupun tanpa rela.

“Sofea Raihana…” Lembut suara yang memanggil. Entah bila lelaki itu muncul, Fifi pun tidak tahu. Tiba-tiba saja sudah berada di sebelah.

“Ada apa?” Fifi menjawab. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan esakan. Air mata yang mengalir segera di sapu dengan tapak tangan.

“Nah…”

“Apa ni?”

“Susu. Awakkan mengandung, kenalah minum susu”

“Kalau taknak minum boleh?”

“Tak…”

Fifi memuncungkan bibir. Namun cawan yang di hulurkan Fandi di sambut juga lalu di hirup seteguk. Fandi sudahpun mengambil tempat di sebelahnya.

“Saya tengok awak ni asyik menangis aje. Awak tak penat ke?”

“Awak sibuk kenapa? Saya yang nangis, bukan awak yang nangis” Fifi menjawab.

“Tak elok menangis selalu. Lama-lama nanti awak jadi Kassim Selamat” Fifi menoleh ke arah Fandi yang tersengih, menggelengkan kepala lalu bangun dari kerusi hendak meninggalkan Fandi. Tetapi dengan pantas, Fandi menggengam jari Fifi. Erat.
Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 12:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 01:04 PM | Show all posts
Nickii...sambung la lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 01:10 PM | Show all posts
Reply 344# freddianza

Sat no...

Cheq baru lepas makan... Hang dah makan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 01:11 PM | Show all posts
lagi dan lagi dear !!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2012 01:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 17-7-2012 22:26

“Apa ni? Lepaslah…” Fifi merengus.

“Awak..duduklah dulu. Setiap kali awak nampak saya, mesti awak lari. Muka saya ni hodoh sangat ke, awak?”  Fandi menahan. Tangan Fifi masih dalam genggamannya.

“Duduklah dulu…kita borak-borak nak?” Fandi mengajak lagi.

“Borak? Saya tak kenal awak pun..nak borak apanya?”

“Duduklah. Awak masuk bilik pun bukan buat apa kan?” Fifi menarik nafas sambil mengerutkan dahi. Muka Fandi di pandang lama.

"Saya nak tidur"

“Please….” Fandi merapatkan kedua-dua tapak tangannya.

“Oh well…what the heck…” Fifi duduk kembali. Fandi tersenyum.

“Awak nak borak apa?”

“Sebelum borak, apa kata kita berkenalan secara rasmi dulu” Fandi berkata lagi. Kening Fifi kembali berkerut.

“Nama saya Fandi. Nama penuh Muhammad Affandi Bin Omar” Tangan di hulurkan. Fifi teragak-agak melihat Fandi.

“Nama saya Fifi. Nama penuh, Sofea Raihana Binti Yusuf” Fifi mengikut saja rentak Fandi. Salam Fandi di sambut.  

“Umur saya 26 tahun. Awak?”

“19”

“Ada hobi?”

“What?”

“Hobi…kata nak berkenalan. Saya nak lah tahu hobi awak apa…awak suka warna apa…”

“Itu pun nak tahu ke?” Fandi senyum.

“Saja…” Fifi tertawa kecil.

“Comellah awak bila ketawa. Kalau awak selalu ceria macam ni kan bagus?” Fifi tunduk, hanya memandang ke bawah. Sesekali meneguk susu di dalam cawan. Tidak berkata apa-apa.

“Jangan bersedih. Kerana kesedihan itu laksana badai yang mengalirkan bah. Ibarat cuaca di langit bertukar kelam. Ibarat bunga-bunga mekar di taman hilang serinya. Jangan habiskan masa berlalu dengan kesedihan. Jangan sia-siakan waktu yang masih tersisa kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berputus asa”

Fifi mengangkat muka ke arah Fandi. Kata-kata Fandi bagai air mengalir ke dalam hatinya. Wajah Fandi di tatap, lama. Perlahan-lahan, Fandi mengukir senyuman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 01:20 PM | Show all posts
sian adik fandi nih.....kisahnya dulu terjebak ngan shark sbb jantan tu tlg dia drp ah long kah..... ...
rafflesia76 Post at 17-7-2012 10:49


Takde calon lain ke nak jadi Shark? Sol Usop macam....pendek kecik je nak jadi gangster....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 01:44 PM | Show all posts
nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 01:48 PM | Show all posts
erkkkkkkk..tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 02:31 PM | Show all posts
miyauuuuuu nak lagikkk ikan kembung rebussssss miyauuuuuuuuuu awwww...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 03:05 PM | Show all posts
Reply  ladyFinger12

Belum setahun ler....

Baru sebulan lebih kahwin
Nicki_Meow Post at 17-7-2012 10:14



hikhik... sorry nicki! Terkompius dgn cerita yg lagi satu tu. Adehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 03:18 PM | Show all posts
maraton ni...
tahniah tt.. best..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 03:32 PM | Show all posts
sat lagi die buat la... nick themeow dtg mengiau2 tatkala dua insan itu sedang 'berkenalan'...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 03:41 PM | Show all posts
Reply 354# cmf_conan


    hahahaha.lepas tu mesti fifi jeless.hihii
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 03:49 PM | Show all posts
Reply  cmf_conan


    hahahaha.lepas tu mesti fifi jeless.hihii
freddianza Post at 17-7-2012 15:41


Apa barang jeles dgn kucing!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 04:13 PM | Show all posts
Reply 356# ladyFinger12


    Sebab kucing ini meleser lain macam..tapi tak pe mesti fifi ada cara nak goda fandi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 06:41 PM | Show all posts
mlm ni smbg lg nicki...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 09:42 AM | Show all posts
setia menunggu sambungan........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 12:51 PM | Show all posts
Episode 19

Cahaya terang yang masuk ke biliknya membuatkan dia terjaga. Fifi membuka mata, terkebil-kebil sendiri. Hari ini, dia terasa badannya ringan. Bagai beban yang di tanggung berkurangan. Fifi bangun dari katilnya sambil melihat jam. Sudah pukul 7:30 pagi.

“Awak kena ingat Allah selalu. Solat jangan lupa. Macam mana Allah nak tolong awak kalau awak selalu lupa pada Dia?” Nasihat Fandi terngiang-ngiang di telinga.

“Sorrylah awak, dah terlambat bangun. Nak buat macam mana…” Fifi berkata sendiri. Dia menyingkap selimut lalu berdiri.

“Eh...” Fifi segera memegang perut. Dia terasa geli dari dalam secara tiba-tiba.

“Baby bergerak…” Fifi merasa teruja.

“Geraklah lagi…” Tangannya menekan-nekan lembut perutnya sendiri.

“Tak ada dah…” Dia sedikit kecewa. Tualanya di capai untuk mandi.

***************************************************************

Setelah siap berpakaian, Fifi membuka pintu biliknya. Dia pasti, pada waktu-waktu begini hanya Mak Ton sahaja berada di rumah. Papa pasti sudah ke pejabat. Mama pun sudah ke kedai bunga. Dan Fandi, Fandi juga mesti telah berada di tempat kerjanya.

“Meow…”

“Nicki” Fifí bagai teruja melihat kucing kesayangannya. Nicki di angkat lalu di cium. Fifi terasa bersalah. Kucingnya seperti telah di abaikan.

“Eeee..busyuk. Berapa lama tak mandi ni?”

“Meow…” Nicki hanya mengiau manja. Seolah-olah gembira tuannya sudah kembali memberi perhatian.

Secara spontan, Fifi memandang ke arah pintu bilik Fandi yang tertutup.

“Awak anggap aje saya ni macam kawan awak. Tak pun, macam abang awak…”

Boleh ke anggap husband sendiri macam abang? Fifi termangu-mangu sendiri.  

“Fifi…” Fifi terkejut. Nicki terlepas dari tangannya.

“Mama…”

“Kenapa tercegat aje kat situ?”

“Nothing ma...Nicki ni ha...” Tanpa sebab yang kukuh, Nicki di jadikan punca.

“Mama tak pergi kedai bunga ke?” Fifi pula bertanya.

“Tak lah. Mama pening kepala. Malas pulak nak keluar” Datin Haryati menjawab. Dia masih merenung Fifi. Wajah anak perempuannya itu agak lain hari ini. Kelihatan lebih ceria.

“Fifi dah makan?”

“Belum ma. Lapar…” Fifi merengek.

“Jom, kita turun makan” Datin Haryati mengajak.

“Okay..” Fifi tersenyum. Lengan mamanya di raih. Datin Haryati tersenyum lagi. Timbul rasa lega apabila melihat senyuman Fifi hari ini.

*************************************************************
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.184520 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list