smlm sape yg nak resepi puding ni... ni pon amek kt gugel, resepi sendiri lupa lg nk bawak...hehe.. tp lebih kurang sama jela caranya...
@intan_smsb
@Fantagiro79
Puding Kastard Lapis Tropica Fruit Cocktail Untuk lapisan kastard
180 gm tepung kastard
200 gm gula
250 ml susu cair
1000 ml air
sedikit garam
Caranya:
Campurkan semua bahan di atas dan masakkan atas api yang perlahan.Kacau adunan ini sehingga masak dan berkilat pastu masukkan dalam bekas/acuan.
Untuk lapisan agar2 koktel
Agar2
1 tin koktel buah2an tropika
Gula secukup rasa
Pewarna merah
2 helai daun pandan
Air secukupnya (ikut sukatan agar2)
Caranya:
1. Masak agar2 sehingga semuanya hancur dan masukkan daun pandan (masukkan ckit air koktel)
2. Masukkan gula dan pewarna merah.Masak sehingga gula hancur.
3. Sejat buah koktel dan tuangkan buah tersebut atas kastard tadi.
4. Sambil ditapis,tuang agar2 yang telah siap dimasak tadi atas kastard dan koktel.
|