|
♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ KAMI HISTERIA (6 Feb) ★
[Copy link]
|
|
seraiwangi posted on 19-8-2013 10:46 AM
Salam 12 Shawal semua!
Maaf banyak2 baru nak ucap selamat aidil fitri kat milanians semua..sibuk le ...
Hahaaha..beraya sakan nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
aFViRGo posted on 19-8-2013 02:32 PM
Seraaiiiiiiii ai mish u tooooo
Hehe..skrg tgh kerje kat tempat yg kite buat ...
Wow...dah keje ye mintak belanja makan kat Embun Urai
|
|
|
|
|
|
|
|
aFViRGo posted on 19-8-2013 02:38 PM
Hahaaha..beraya sakan nampak
Minggu lepas kan cuti skolah....masa tu lah semua ada. Skrg ni semua dah mula skolah blk dan bekerja
Insyallah kita akan habis 2 tahunlagi
|
|
|
|
|
|
|
|
murai.com.my
Format Baru AF2013 Tiada Pengetua, Masih Rahsia Hos Utama!
KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Pengumuman nama pelajar, individu yang bakal dilantik menjadi pengetua serta hos utama konsert adalah menjadi satu perkara yang cukup dinanti-nantikan peminat setia program Akademi Fantasia (AF) setiap kali program realiti hiburan nombor satu ini muncul dengan musim terbarunya.
Fenomena ini tercetus kerana kewujudan pengetua telah disifatkan sebagai penentu hala tuju arah muzik dan identiti juara untuk musim baru AF. Namun, ianya tidak pula terjadi bagi penganjuran Akademi Fantasia 2013 (#AF2013).
Malah, jawatan pengetua telah dimansuhkan mewujudkan jawatan baru iaitu inspirer yang terdiri daripada tiga artis hebat iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin #SitiNurhaliza, Melly Goeslow (#Melly Goeslow) dan Faizal Tahir (#Faizal Tahir).
"Inspirer bukanlah pengetua. Tugas inspirer adalah memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman kepada pelajar-pelajar #AF2013 dalam mempersiapkan diri sebagai bintang pada masa depan.
"Inspirer juga diberi amanah untuk menguatkan jiwa pelajar-pelajar untuk terus cekal bergelar bintang. #FaizalTahir bakal memulakan tugas pada tiga minggu yang pertama dan disusuli oleh #MellyGoeslow pada 3 minggu yang selanjut.
"Selepas #MellyGoeslow, #SitiNurhaliza akan menutup tirai tugas #inspirer dengan menjalankan tugas pada 3 minggu sebelum menjelang konsert final #AF2013," kata Raqim Ahmad selaku pengurus saluran Astro Ria.
Selain memperkenalkan jawatan #Inspirer, #AF2013 yang mendapat tajaan utama dari Samsung turut memperkenalkan tiga program baru iaitu Galaxy AF, AF Buzz dan TGI AF (Terus Gempak...Inilah AF2013) dengan mengekalkan konsert prelude, Diari AF dan Konsert AF.
"Hos untuk konsert bakal kami umumkan pada Sabtu depan. Untuk program Diari AF kami telah melantik Hefny sebagai pengacara. Hanis Zalikha pula akan menjadi pengacara untuk program TGI AF bersama Najip Ali dan seorang lagi pengacara.
"Hanis juga menjadi pengacara untuk program AF Buzz bersama Syafinaz Selamat dan seorang lagi pengacara yang masih lagi dirahsiakan identitinya. Pelajar untuk musim kali ini masih lagi ditempatkan dalam akademi. Namun, mereka masih lagi boleh menghubungi pihak luar menerusi laman sosial seperti twitter dan instagram menerusi program AF Buzz," jelas Raqim.
Last edited by seraiwangi on 22-8-2013 08:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
murai.com.my
AF 2013 Perkenal DCT, FT, Melly Sebagai Inspirer!
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2013: Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato' Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).
Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.
Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.
Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.
"Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.
"Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.
"Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka," ujar Khairul ringkas.
Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF - Terus Gempak....Inilah AF 2013 (#TGIAF).
Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak
Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.
Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.
Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak....Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.
AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.
Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.
Informasi terkini seperti informasi lengkap AF 2013, berita-berita terkini, diari dan aktiviti pelajar, video eksklusif serta rangkaian muat turun menarik boleh didapati melalui laman web rasmi.
Maklumat tentang acara jelajah seperti AF Busking dan AF Jukebox juga boleh didapati di sana. Selain itu, Astro juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan interaktif sepanjang musim ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.af.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Mila Jirin Instagram
Persembahan di Rumah Terbuka UEM Ipoh Town Hall @ 22/08/2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & selamat pagi
Manians |
|
|
|
|
|
|
|
aFViRGo posted on 27-8-2013 01:41 PM
Cik serai ada kat area sini or kat Perak??
Kite pun teringin nak pergi sini..tapi xde sape nak ...
Kesiannyer xde org bawak..jom jom, akak bawak tira & serai pi makan kat restoran embun urai...akak pun dah lama xpi sana..rindu pulak nak makan tomyam kelapa muda dan teringin nak rasa masakan stim ikan siakap asam boi..
|
|
|
|
|
|
|
|
aFViRGo posted on 27-8-2013 01:41 PM
Cik serai ada kat area sini or kat Perak??
Kite pun teringin nak pergi sini..tapi xde sape nak ...
Ikut perancangan - Sabtu nak ke Bkt Mahkota ada majlis doa slamat@open house umah kakak. Ahad ke Melaka teman sepupu register kat UITM. Pas tu xtau kemana plak, kita numpang ikut je
|
|
|
|
|
|
|
|
taurus-71 posted on 28-8-2013 06:54 PM
Kesiannyer xde org bawak..jom jom, akak bawak tira & serai pi makan kat restoran embun urai...akak ...
Ada dah org offer nak bawa ke embun urai...thanks kak tapi kita xberani nak konpem
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 56 tahun
" MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ekspresi panas dalam hujan
Oleh Wahi Aziz
Hujan le­bat turun secara tiba-tiba di Dataran Alamanda Parit Buntar, Perak ketika penyanyi otai, Yantzen mengisi slot terakhir Konsert Jelajah Ekspresi Harian Metro, malam Sabtu lalu langsung tidak menggugat kesetiaan penonton kekal ke hujung acara. Walaupun suasana menjadi kelam-kabut apabila 3,000 penonton berasak-asak mencari tempat berteduh di sekitar dataran, tumpuan mereka pada pentas utama tidak terjejas.
Malah seperkara me­ngagumkan adalah kehebatan bekas vokalis kumpulan rock Rusty Blade dan May itu me­ngendalikan keadaan kucar-kacir dengan tenang dan profesional.
Dalam kekalutan itu, Yantzen masih terpacak di pentas dan menyudahkan lagu Tiada Lagi Aku dengan sebaik mungkin, sebelum konsert menghentikan buat seketika bagi me­ngimbangi semula keadaan.
KEMUNCULAN semula Mila yang lama menyepi mendapat perhatian.
Di sinilah, karisma dan pe­ngalaman Yantzen sebagai penghibur selama lebih dua dekad menjadi senjata utama dalam mengawal ke­adaan.
Kebimbangan pe­nganjur kononnya momentum acara akan merudum kerana perubahan cuaca itu meleset apabila senario sebaliknya pula berlaku.
Ironi­nya, keterujaan sebahagian penonton yang berteduh di bawah bumbung pentas makin memuncak dan suasana kembali rancak. Ia sekali gus menyuntik adrenalin kepada penyanyi berusia 50 tahun itu tampil lebih bertenaga.
Lagu-lagu yang me­nyusul iaitu Meniti Suratan dan Insan bergema di persekitaran dataran kerana sorakan dan nyanyian luar biasa penonton mengatasi hujan yang mencurah.
Dendangan lagu rock kegilaan ramai, Kamelia umpama pilihan tepat Yantzen menutup konsert kerana karya yang pernah dipopularkan kumpulan Sweet Charity itu dinyanyikan beramai-ramai dengan penuh teruja.
Pada konsert yang bermula jam 9 malam dalam ke­adaan cuaca yang baik itu, rata-rata semua penya­nyi terbabit menampilkan persembahan pada tahap terbaik.
Bermula dengan Ezad Lazim (bekas vokalis Exist) yang me­ngikat tumpuan penonton dengan kelunakan suaranya, kemeriahan begitu dirasai ketika Julia, Masih Terserlah Ayumu, Kerana Kamu dan Jesnita berkumandang.
Disusuli kemunculan Mila Jirin yang anggun dengan gaun labuh rona gelap, penonton tambah bersorak apabila juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu menyampaikan lagu baru Malu-Malu, Ku Tahu dan gubahan semula lagu klasik kumpulan Search, Fantasia Bulan Madu.
Kelibat Radhi OAG di pentas dengan aksi spontan dan bertenaga pula tidak perlu dihuraikan lebih lanjut. Memadai disimpulkan pe­nyanyi itu cukup menghiburkan ketika mendendang­kan Selamba, Senyuman Ragamu (yang pernah dirakam bersama kumpulan Gerhana Ska Cinta), Akustatik dan Generasiku.
Tiba giliran Alyah, momentum konsert menuju ke kemuncak. Gaya per­sembahan penyanyi berusia 32 tahun itu mengalunkan lagu-lagu popularnya ia­itu Kau Yang Terindah, Dia (nyanyian asal Datuk Sheila Majid) dan Tak Mungkin Kerana Sayang, sebelum mikrofon bertukar tangan kepada Yantzen.
Biarpun diuji cuaca buruk, Konsert Jelajah Harian Metro pada edisi kali ini tetap berjaya dalam menghibur dan menghargai pembaca, bagai temasya lagu dalam hujan.
Terdahulu, sebelum malam konsert, pada sebelah siangnya pelbagai aktiviti menarik termasuk peraduan mewarna dan melukis pada pasu tanah liat untuk kanak-kanak, pertandingan karaoke, gubahan bu­nga dan mencanting batik untuk wanita dan acara sukaneka bersama artis mendapat sambutan baik warga Parit Buntar dan daerah berdekatan.
Selepas ini, Jejalah Ekspresi dijangka berkunjung ke satu lagi destinasi di bahagian Pantai Timur pada bulan depan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/12
Credits to Harian Metro online
http://www.hmetro.com.my/article ... lamhujan/Article?hm
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Pagi Milanians & Mila
Dah lama xmasuk sini..sunyinya rumah ni tapi xpe..hari ni free, masuk sini jap untuk tempek gambar2 Mila yang berlambak kt instagram. |
|
|
|
|
|
|
|
.I am heading to @restoran_embun_urai .... Ada Photoshoot di restoran .....
Mila...photoshoot ini untuk surat khabar ke atau majalah?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|