CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shachihata33

All About Neelofa Part 2 : Kembali Ke Lokasi Pilot Cafe

 Close [Copy link]
Post time 29-3-2013 11:47 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 29-3-2013 11:39 PM
ni gambar lama kan?

Yup..tgh lalu lalang kat google.ada blog upload gambar ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 11:51 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 29-3-2013 11:39 PM
Yup. Athirah. amik dr Lockerz dia eh?

gambar ni mmg dah lama kat simpanan iols..tp x tau plak itu adik dia.i thought kwn kolej
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 12:00 AM | Show all posts
Aku speku lopa mmg rabun
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 12:05 AM | Show all posts
inpetz posted on 29-3-2013 12:33 AM
ohhh huhu tak berani nak cakap dgn produser mcm tu, sebab dlm production memang ada gap antara wor ...

ooo, xsangke dlm priduction ade gak gap mcm tu... tak pe aku just cadangkan jek.... well, ko still keje kat situ lg kan??? klu ade drama or telemovie bwah production ko ke bleh x aku nak gandingan lofa n fahrin... lame noks la nak tggu taun dpan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 01:20 AM | Show all posts

Lopa, fafau & didie vs Shae Bobo

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 06:46 AM | Show all posts
she's beautiful
without all the unnecessary makeups and ugly hairdos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2013 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suke tgk lopa lam meletop...cara dia tgk wanita yang jd jempitan mcama dengki dan meluat sgt kat artis tu
...air muka dia jas kelihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 09:05 AM | Show all posts


nak post gamba airplane restaurant  costa rica tp xreti...harap2 jadi hehehe

xsaba nk tgk movie ni...nak tgk cmne dorang nak build pilot cafe...maybe yg ni bleh jd reference
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2013 09:07 AM | Show all posts
yeay jadi!!!

ampun ya kalo da ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
nape bukan wan sharmila ngan fahrin ahmad? :lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 12:01 PM | Show all posts
Kenapa keek neelopa x leh bukak @shachihata33
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 12:26 PM | Show all posts
angsaemas posted on 30-3-2013 12:01 PM
Kenapa keek neelopa x leh bukak @shachihata33

ok dah boleh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 12:39 PM | Show all posts
Nak tgk meletop this week...sesiapa ada link die x??
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 01:47 PM | Show all posts
Borong sakan di Marrakesh

[size=0.9em]Walaupun pernah melancong ke serata dunia, namun pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa) mengakui Maghribi atau Maroc dalam bahasa Sepanyol mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri padanya.
[size=0.9em]Justeru, peluang menjejakkan kaki ke negara itu buat julung kalinya untuk meneroka tiga bandar utama di Maghribi iaitu Marrakesh, Casablanca dan Rabat untuk rakaman program Nona, baru-baru ini tidak dilepaskan selebriti jelita ini.





[size=0.9em]Selain Lofa dan kru Nona, rombongan ini turut disertai seramai 16 orang membabitkan wakil media Malaysia serta stokis dari Vida Beauty Sdn Bhd (selaku penaja) yang diterbangkan ke negara itu pada 22 Februari hingga 1 Mac lalu.

Secara peribadi, Lofa, 24, berkata, antara tiga bandar yang diterokai kru Nona itu, dia lebih mengagumi Casablanca yang nampak lebih moden dengan pengaruh dari Eropah.
[size=0.9em]
“Sebenarnya, saya tidak suka berkunjung ke negara yang mengalami musim sejuk, sejak dulu. Malah, saya juga mengalami selsema sejak hari pertama kami sampai ke negara ini.
[size=0.9em]
Namun, semuanya diharungi demi membuat liputan untuk program Nona. Mujur, saya ada bawa bekalan vitamin C dan baju sejuk untuk menahan kesejukan suhu mencecah 6 hingga 18 darjah celsius ini.

“Saya juga kagum melihat keindahan Masjid Hassan II yang terletak di tepi pantai yang indah dan kebiruan di Casablanca. Masjid Hassan II adalah masjid terbesar di Maghribi dan ketujuh terbesar di dunia,” katanya.

Bagaimanapun, kata Lofa, Marrakesh yang digelar ‘The Pearl of the South’ juga tidak kurang menariknya kerana masih mengekalkan elemen dan ciri tradisionalnya.

“Bagi mereka yang mencintai elemen dan seni bina tradisional, pasti mengagumi Marrakesh kerana semua kediaman dan bangunan di bandar ini memiliki warna yang sama iaitu seakan merah jambu cair,” katanya.

Kunjungan Lofa ke Maghribi pasti tidak lengkap jika tidak membeli belah pelbagai barangan kraf tangan dan cendera hati menarik sebagai kenangan untuk di bawa pulang.

“Lokasi paling menarik untuk membeli-belah dengan harga murah dan berpatutan ialah di bazar Djemma El Fna Square di Marrakesh. Semua barangan yang anda cari ada di sini dari makanan, pakaian dan barangan kraftangan masyarakat tempatan.

“Dataran ini akan bertukar menjadi bazar yang sesak dengan pelbagai gerai makanan, karpet, kasut dan rempah-ratus. Rambang mata dibuatnya,” katanya.
Setiap kali berkunjung ke luar negara, anak jati Kelantan ini pasti membeli alat solek yang menjadi minatnya, sejak dulu.

“Saya memang minat dengan bidang kecantikan terutama alat solek sebelum bergelar artis lagi. Saya juga menyolek wajah sendiri ketika membuat rakaman program Nona di Maghribi.

“Selalunya, saya akan membeli jenama alat solek yang sukar didapati di Malaysia seperti YSL, Tom Ford dan Nars dan ada juga rakan jurusolek artis yang meminta saya membelikan jenama itu untuk kegunaan mereka,” katanya.

Sempat beli minyak Argan

Selain alat solek, Lofa juga meminati barangan perhiasan rumah dan tidak hairanlah pelbagai barangan hiasan di Maghribi ‘diborongnya’ untuk dibawa pulang.

“Secara kebetulan, saya memang minat dengan ‘Moroccan Style’ dan bercadang untuk menghias salah satu sudut dalam rumah dengan ‘konsep Morocco’.

Buat masa ini, saya tinggal serumah dengan kakak dan kami sama-sama menghias kediaman supaya nampak menarik. Justeru, barangan hiasan yang dibeli juga perlu sesuai dengan warna dan konsep rumah.

“Antara perhiasan yang dibeli ialah barangan dari tanah liat dan seramik seperti Tagine (bekas tempat menyimpan makanan tradisi Maghribi) di Rabat.

“Saya juga membeli beberapa helai skaf dan selendang (pashmina) untuk ibu (Noor Kartini Nor Mohamad, 47) dan diri sendiri ketika rakaman Nona di Centre Commersial di Marrakesh,” katanya.

Tidak lengkap kunjungan ke Maghribi, kata Lofa, jika tidak membeli minyak Argan yang juga bahan kecantikan yang menjadi amalan Cleopatra itu.

“Saya difahamkan, minyak argan antara minyak semula jadi termahal di dunia kerana khasiatnya untuk rahsia awet muda. Malah, penduduk Maghribi sudah menggunakan minyak ini sejak 8,000 tahun sebelum Masihi lagi.

“Saya juga membeli beberapa botol untuk mama, kakak sekali gus untuk kegunaan sendiri. Selain untuk kecantikan, minyak Argan juga dihasilkan untuk masakan termasuk untuk ‘dressing’ salad.

“Selain minyak Argan, Maghribi juga terkenal de-ngan buah delima untuk kecantikan sebab itu Vida Beauty memilih untuk menaja program ini kerana produk kecantikan mereka, Pamoga juga berasaskan buah delima.

Pihak kami juga berpeluang melihat ladang tanaman buah delima ketika di sana,” katanya.
Lofa turut membelikan cendera hati untuk Hans Isaac.

“Saya tidak beli barang yang mahal pun untuk Hans sebaliknya cendera hati yang ‘kecil’ saja tanda ingatan. Tidak dilupakan, barangan cendera hati seperti cermin, magnet peti sejuk, pemegang kunci dan kemeja-T untuk teman rapat sebagai kenangan,” katanya.

Sementara itu, jika orang lain berdepan dengan masalah makanan ketika berada di luar negara, Lofa pula boleh menyesuaikan dirinya dengan sajian tradisi masyarakat Maghribi.

“Saya suka makan sebab itu setiap kali ke negara orang, saya pasti mencuba pelbagai sajian tradisi masyarakat tempatan di sana. Antara sajian yang saya suka di Maghribi ialah ayam yang dimasak dalam Tagine dengan lemon dan buah zaitun.

“Selain itu, negara ini terkenal dengan kambing panggang dan antara sajian yang lazat untuk dicuba ialah daging kambing dimasak de-ngan prun dan almond di restoran terkenal di sana, Dar Essalam. Mereka yang tidak makan daging kambing pun boleh makan kerana rasanya yang lazat tanpa ada sebarang bau,” katanya.

Rombongan ke Maghribi turut disertai Pengasas Vida Beauty, Datuk Dr Vida @ Hasmiza Othman, Penerbit Eksekutif, Jabatan Dokumentari dan Majalah, Primeworks Studios, Mazlin Nordin dan Penerbit Jabatan Dokumentari dan Majalah, Primeworks Studios, Khairol Bariah Kamaruddin selaku penerbit Nona.

Tempat menarik lain yang dikunjungi untuk paparan Nona di Maghribi ialah Bahia Palalace, Majorella Gardens, Koutoubia Mosque, Udaya Kasbah dan ladang buah delima. Rakaman Nona di Maghribi ini bakal bersiaran di TV3, 7 April ini.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 02:03 PM | Show all posts
Pramugari skrg dah takde had ketinggian minimum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 02:04 PM | Show all posts
Bakal frust menonggeng lagi laaaa si hansss isaacs....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2013 02:14 PM | Show all posts
kecik82 posted on 30-3-2013 01:47 PM
Borong sakan di Marrakesh

Walaupun pernah melancong ke serata dunia, namun pelakon dan pengacara  ...

uols sajer jer bold part tu kan????? adalaaa yg mkn hati nanti

*bg mrk yg nk tgok lopa & abg pahrin blakon drama mesti frust sbb lopa ckp dorg x akn blakon drama bersama tkut spoil PL dlm IG tadi...hrmmm malas aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 02:19 PM | Show all posts


TADI TGOK twitter dia katenye ade shoot arini mlm??? kate @sherry_zaida 12 april ni???



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 02:26 PM | Show all posts
angsaemas posted on 30-3-2013 02:14 PM
uols sajer jer bold part tu kan????? adalaaa yg mkn hati nanti

*bg mrk yg nk tgok lopa & abg ...

ITS THAT U @angsaemas.. hahaha.. ALA, relax la.. betul jgak ape yg lofa ckap.. tp itu x bermakna dia xnak berlakon ngan abg fahrin lg kan.. cume xnak spoil je watak ameer n sharmila sebab mgkn dia nak kita knal lakonan 1st dorg bersame melalui PC.... bgus jgak lofa ni eak.. wlupun dah 4 hari komen dia ttap balas lagi... APAKAH????

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 02:31 PM | Show all posts
kecik82 posted on 30-3-2013 01:47 PM
Borong sakan di Marrakesh

Walaupun pernah melancong ke serata dunia, namun pelakon dan pengacara  ...

MOTIF KO BOLD STATEMENT TU??????????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.118391 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list