|
cikzue replied at 3-11-2018 01:45 PM
Rasa nak share pengalaman sorg brader ni join SAR hassan
Kalau tak keberatan, cerita la.. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa pernah naik nuang? nuang tu banyak gak citer..tapi mek tak pernah kena sebab sekali je hiking kat nuang tu..tapi kawan mek cerita dekat pondok pondok jalan balak tu ada pondok yang scary..ada 6 pondok semuanya..kawan mek cerita masa kami hiking (masa tu kami 3 orang, 2P 1L) kami naik dah lewat dalam kul 8am macam tu..masa turun kat jalan balak dalam kul 6 petang lebih kurang..kawan mek yang perempuan tu jalan sorang sorang kat depan jauh dah tinggal mek..masa dia jalan tu dia rasa ada orang ikut dia dari belakang..bila toleh takde pulak..and ada sorang lagi membe lelaki kami terjumpa masa ontrek, dia cakap masa turun tu dia nampak sipi sipi orang follow dia dari dalam semak samun..dia benti benda tu pun benti..dia jalan benda tu follow jalan..tapi alhamdulillah mek tak kena apa apa or mungkin mek tak perasan yang mek kena kacau sebab penat membebel and bad mood masa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuang mmg terkenal dgn langsuir 😁, pernah camping dekat kem lolo nama kemsite tu. . Mcm mcm terjadi 😁
|
|
|
|
|
|
|
|
orang cakap kem lolo tu kat atas batu selalu ada cik ponti menepek kat situ..cerita la sis, seronok baca..naik sampai peak tak sis? jumpa anjing hitam n tupai tak? huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Hasan Ayat, Sahabat Pergunungan & Yong Yap...
14 - 16 February 2009
9 tahun peristiwa Hasan hilang di Gunung Yong Yap berlalu. Kepada pendaki pendaki yg terlibat dalam misi pencarian, yg membantu dibelakang tadbir, yg baru berjinak dalam dunia gunung, semuanya ada menyumbang dalam misi pencarian. Sama ada positif atau negatif, yang baik di jadikan tauladan dan pengajaran, manakala yg buruk dan keji itu kita lupakan.
Apa pun penceritaan ini, kepada yg membaca mengikut saluran kematangan tersendiri hendaklah faham di atas budi bicara sendiri. Ini kerana ketaksuban dan ketakburan yang melampaui batas akan memberi kesan buruk jika tersalah tafsir. Kita perlu sensitif dan peka dan di sulam emosi, pada masa yg sama ia perlu berpada pada supaya rasional dapat mengawal diri dan semoga diri ini menyerah dan berserah serta bertawaqal kpd Allah. Dan Allah sahaja yg maha mengetahui segala rahsia di sebalik rahsia kejadiannya.
Saya tidak mengenali Hasan, cukup lah sy hanya mengetahui terlalu sedikit latar belakang nya. Berumur lebih kurang 25 tahun, bekerja di RHB dan berpengalaman dalam dunia gunung lebih kurang 5 tahun serta bujang. Pandai bersyair dan dalam dunia kerohanian tauhid nya.
Projek Yong Yap memang telah di rancang oleh kumpulan ini yang rata rata nya cukup berpengalaman.
LINE UP PENDAKI (Ihsan Info dari En. Gate)
1. ARRY - GOGO (Organizer) 2. SHAM CASTELLO (JURUMALIM) 3. Hensem 4. Abg. Ajib 5. Stoned 6. Sue 7. Mia 8. Apek Pinky 9. Alex 10. Ujang 11. Topeq 12. Sham Pitam 13. Fadzli Bin Bakri a.k.a Colgate 14. Hasan Ayat
Denai Yong Yap terdapat 2 saluran, antaranya dari Kuala Mu, Sg. Siput atau dari Sungai Rengil Pos Brooke Lojing. Bagi xpdc ini, mereka telah mengambil jalan Kampung Sg. Rengil.
KRONOLOGI PENDAKIAN
14hb February mereka memasuki dari Kpg OA dan terus ke Kem Agas. Bermalam di kem agas dan akan membuat pendakian day pack ke puncak Yong Yap dan akan kembali ke kem agas utk bermalam kesekalian kalinya. Bukan perancangan asal. Begitu lah apa yg telah ditakdirkan.
15hb February (Ahad) summit attack. Mengikut penceritaan seingat sy, kesemua mereka sampai di puncak pada jam 1000 ke 1100 hrs. Setelah selesai bergambar pada detik 1205 ke 1230 hrs, kesemua pendaki mula turun dr puncak. Maklumat dari Hensem, Asan Ayat merupakan pendaki ke 4 dalam line up menurun dari puncak Yong Yap ke Simpang Bubu. Denai ini sememangnya memuatkan seorang pendaki utk berjalan. Ketika Hensem di belakang Asan Ayat lebih kurang perantaraan 1215 ke 1220, Hensem memohon utk berjalan dahulu oleh kerana Asan mengalami masalah lutut. Maka Hensem adalah saksi terakhir melihat Asan Ayat. Dan ini menjadikan Asan orang ke 5 dr line up. Ketika ini Hensem menjelaskan, dia dapat mendengar orang di hadapan sedang bersembang sambil hiking. Maknanya jarak antara pendaki tidak jauh. Sekiranya ada jeritan pertolongan, pasti boleh di dengari.
Sy mengenali Hensem tidak lebih hanya terserempak dan bersapa lebih kurang di Nuang. Hensem juga antara pendaki yg banyak menyumbang dgn projek konservasif gunung. Mungkin masyarakat gunung yg regular dan hardcore terlalu sedikit, mudah utk dikenali ketika itu. Sy tidak mempertikaikan kebolehan Hensem dr segi pengalaman dan pengetahuan beliau dalam etika, disiplin dan adat istiadat gunung. Kerana setiap pendaki lama mempunyai aura yg tersendiri. Penceritaan panjang lebar berkenaan Hensem adalah utk meyakinkan pembaca bahawa Hensem memang bersapa Asan Ayat ketika memotong dan sahih itulah perselisihan bahu yg terakhir.
Maka sudah menjadi kelaziman utk pulang ke kem site Agas adalah objektif seterusnya dan secepat mungkin. Ini kerana kesemua pendaki hanya berbekal kan makanan yg terhad. Kebiasaan dari segi S.O.P memang setiap check point, ada kawasan regrouping dan membuat pengiraan kekuatan anggota utk tujuan keselamatan. Dari Yong yap ke simpang bubu dan ke Balak Pecah semua ini jalan yang tiada simpang atau boleh meragu kan pendaki. Jika ada keraguan sekalipun, mereka ini adalah pendaki yg berpengalaman dan semestinya akan menunggu rakan jika jiwa kacau dalam mencari arah jalan yg benar. Tetapi simpang ke Gng Bubu, inilah satu satunya simpang, ia telah pun di tutup dan di silang dgn kayu yg cukup kukuh. Kebarangkalian utk tersasar adalah amat jauh sekali. Dari segi hukum akal yg logik, itulah jawapan yg tiada keraguan. MUNGKIN!!!???
Mengikut penceritaan, pendaki yg terawal tiba di kem agas adalah pada sekitar jam 1600 dan yang terakhir pada jam 1700 ke 1800. Ini bermakna, keadaan masih cerah. Apabila pengiraan anggota di buat. Maka baru lah tersedar yg mana seorang pendaki belum sampai dan pendaki itu adalah Asan Ayat.
Back track, misi mencari pun bermula dengan keraguan, cemas, serta percaturan yg bercelaru. Kebarangkalian dan kemungkinan yg terlalu luas utk di fikirkan. Percanggahan pendapat, gangguan emosi, cadangan yg mustahil, apa sahaja anda fikirkan, disini titik mula siapakah anda yg dinama kan PENDAKI. Menerima dgn hati terbuka atau jiwa kacau sekacaunya. GUSAR SEGUSARNYA.
Sham Castello, nama yg cukup gah, ramai sahabat dan musuh. Berkecimpung didalam dunia Jurumalim gunung sudah 15 tahun ketika itu. Tidak perlu dipertikai kemahiran didalam hutan dan gunung. Dia membuat keputusan bersama utk keluar dr kawasan yong yap. Ini bagi mengurangkan risiko sedia ada. Kes Asan adalah keutamaan, manakala membawa pendaki yg lain ke kawasan selamat juga tak kurang pentingnya. Setiap tambahan masa dan hari akan mengurangkan bekalan ration. Sudah tentu akan menambah risiko.
Nanti sambung lagi, panjang bebenor 😅😅 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah jumpa lagi, tp kawan camping situ masuk ptg mlm dah call suruh jenput sbb langsung takleh tidur kena kacau 🤣🤣, dah 4kali naik lalu ikut pangsun, sekali naik ikut janda baik 😁
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....
16hb February 2009 (Isnin)
Setelah mengambil kata hati ke hati dari setiap sahabat, memahami setiap faktor yang perlu di ambil kira, kesemua nya telah keluar dari kawasan Yong Yap dan pulang ke Kpg. Raja. Maka episod yang lebih mencabar bermula. Sham Castello sebagai jurumalim telah merekodkan laporan di Balai Polis Kpg. Raja. Asan Ayat sesat di kawasan pergunungan yong yap dan di sokong oleh saksi saksi sahabat gunung. Malangnya polisi, birokrasi dan prosedur tidak menepati kehendak badan operasi unit polis. Untuk menyokong siasatan kes, ia perlu dilaporkan di balai polis Lojing. Proses ini tidak terhenti di sini, unit semboyan Lojing perlu melaporkan kepada IPD Gua Musang dan seterusnya ke Bukit Aman, dan kembali ke Balai yang mengambil laporan pertama tadi.
Anggota Polis telah menjelaskan kepada Sham Castello, orang sesat dan hilang hanya boleh di jalan kan operasi mencari dan menyelamat setelah di rekodkan 48jam selepas tarikh laporan di buat. Walau di jelaskan bahawa keadaan di kawasan yg disyaki hilang itu adalah kawasan sejuk, bekalan makanan yang kurang dan banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan keselamatan Asan terjejas, prosedur tetap prosedur.
Ini adalah pengajaran kepada kami sebagai pendaki tegar. Adakala patah hati utk berkerjasama dengan pihak pihak berkenaan kerana kesulitan yang tidak perlu sama sekali di jadi kan isu. Apabila ada cadangan utk mencari dan menyelamat menggunakan initiatif sediri, pihak polis tidak membenarkan siasatan di ganggu.
MISI OPERASI SAR
Maka underground mission bermula. Oleh kerana perhubungan terhad, kerana zaman ini bukan zaman wassap serta facebook, kebanyakan dan rata rata pendaki hanya mengenali melalui laman GunungOnline Multiply, berkongsi ego dan sombong, ilmu, prinsip dan falsafah tetapi "writing communication" sesungguhnya terbatas. Kebanyakannya semua itu kontra dari apa yg dikenali didalam GO. Itulah keindahan perhubungan serta silatulrahim yg terbatas. Semboyan di panjangkan sehingga ke warga gunung SOS. Memohon jasa baik pihak SOS utk melaku kan pemintasan (intercept) di kawasan kuala Mu ke gng Yong Yap. Seingat saya, mereka masuk pada hari khamis (19hb Feb) dan terus ke puncak yong yap. Adakah kesan Asan di jumpai??
Mengikut kata group SOS, memang menjadi kekeliruan dalam mengesahkan kesan tapak kasut Asan. Dalam pengalaman mereka, jika di katakan Asan berkeliaran mencari arah keluar, pasti ketika mereka memanggil ada balasasn sahutan. Segala arah dan denai ke puncak bubu juga mereka cari. Ini kerana adik idan mengesahkan kayu halangan jatuh seperti di langgar. Menariknya apabila kayu ini di sekat kembali, fenomena yang sama akan berulang. Maka antara misi menyelamat kumpulan pertama RQ1 di permainkan secara sedar atau tidak memberi tekanan yang baru. Melalui pengalaman pendaki, segala kayu halangan tidak akan sesekali jatuh atau di usik, sama ada binatang langgar atau angin kuat. Melainkan di timpa pohon kayu mati.
Selepas 48 jam, Sham Castello bersama Jenal Othman memberi taklimat kepada pihak polis di balai Lojing. Percaturan dari segi komunikasi maupun logistik di uruskan oleh Jenal, manakala Operasi Medan di ambil oleh Sham Castello. Dan seterusnya Jenal menghubungi Rembau bagi mengumpul anggota pendaki yang berpengalaman dalam operasi SAR Asan Ayat.
Ketika suasana kecoh di Multiply GO, dalam membalas pantun bagi menjayakan operasi sulit ini, ramai antara pendaki yang mengganggu gugat dalam berkongsi teori, kepakaran atau apa sahaja yang sebenarnya menyulitkan lagi keadaan. Keyboard warrior dalam mana mana komuniti IT sudah menjadi kelaziman. Di tambahkan pula kejadian Umai di Tahan menjadi rujukan, maka timbul pelbagai andaian. Ini juga salah satu faktor yang boleh buat jiwa goyang. Jika ada keraguan, jangan sama sekali volunteer sebab ia akan menyusahkan pihak pengurusan.
RQ6 dan RQ8 kumpulan awal yang dapat di kumpulkan pada hari khamis (26hb Feb). Mali Selama, Mat Jan, Am Kedah, Am OBS, Sid, Manggoo, Adik Idan, Boi Naz, Ari Krishna, Arman, Botak Jumbo, Kambing Gurun a.k.a Mimi, Nazryst, dan 3 pendaki yang setiap kumpulan di anggotai 8 pendaki. Ketika ini, kumpulan yang berada didalam ialah Ujang, Bingai, mizi belantik, Rioq a.k.a Mohd Hasrol Kamis dan Salan sudah berada di dalam. Adakah kami mengenali sesama kami, jawapan nya kami hanya mengenali di laman GO sahaja. Dari hasil nukilan rasa dan pandangan ilmu pergunungan, itu sahaja menjadi sandaran, kepercayaan dan keyakinan kami. Percayalah semua pendaki nama diatas adalah musibah seterusnya.
Jam 0000 Khamis sy mengambil mimi a.k.a kambing gurun di Petronas Taman Melati. Sy memang tak kenal mimi, ini semua di urus oleh Rembau. Maka kami membelah PLUS dan berhenti makan di Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan memikirkan misi SAR yg tak tahu hujung pangkal. Sampai di kampung raja, kami berhenti utk solat subuh. Masjid lama yg mengimbau kenangan Transpek, bergelindangan. Imam dan makmum seorang ditambah kami jadi berempat. Di sapa oleh imam barangkali inilah jemaah subuh yg ramai. Kami hanya menyatakan yg kami berhajat mencari rakan pendaki yg hilang di Lojing. Imam menyetujui kerana 2 ke 3 hari helikopter polis berlegar dikawasan tersebut.
Sampainya kami di Balai Lojing, suasana sejuk, sunyi sebening pagi. Ari krishna memperkenal kan diri dan sy adalah nazryst dan juga mimi. Terus terpacul dr mulut macha, ini nazryst natural geography. Begitulah hebat pengaruh GO multiply. Walau terhad dan terbatas komunikasi kami, ia lebih bagus dr zaman wassap. Di bawah kemah kelihatan Mazli Rozali a.k.a mali, mat jan dan am kedah, semua muka toya mat amin melayan keletihan perjalanan dari Utara. Kelibat botak jumbo dan arman pula muncul menjadi suasana kecoh sebentar.
Di unit komunikasi jam 0730 siaran klasik nasional mula berdendang. Dalam beberapa hari sebelum, sham, jenal n pedaki lain bertungkus lumus menambah baik komunikasi. 2 repeater telah di pasang, satu diPuncak Bubu di jaga oleh Mizi Belantik dan di Kem Agas a.k.a Agash station. Kesemua sistem ini adalah ihsan dari komuniti pendaki.
Berbalik kpd taklimat yg diberi oleh Sham dan Jenal kpd anggota keselamatan, misi SAR Asan, anggota PPH IPD Gua Musang telah dikerah utk membantu balai Lojing. Di sekitar parameter yong yap, bubu, agas dan tok nenek, kesemua badan penyelamat spt Bomba dan pertahanan awam turut memberi bantuan. Tetapi peralatan menyelamat mereka terhad. Anggota PPH hanya dibekalkan satu GPS locater dan satu radio. Manakala unit beruniform lain terpaksa berkongsi. Dalam hal ini, sy tidak berniat memburukkan pihak anggota keselamatan, tetapi bersimpati dgn kedaifan serta kekurangan mereka.
Komunikasi radio diawal pagi dengan laporan terkini serta perkembangan Golf Romeo, boleh didengari dan melihat Jenal dan Mie sibuk menanda lokasi bagi memberi grid parameter pencarian di luaskan tersangat lah mencabar. Apatah lagi Bubu Station terputus bekalan air dan terutama rokok yang menjadi peneman sunyi dan menahan sejuk. Bayangkan anda di Bubu bertemankan angin dan kabus selama 5 hari. Menunggu dengan pasrah dan redha atas kefakiran. Jelas di pinggirkan dari kejauhan.
Jenal memaklumkan RQ6 & RQ8 akan dibawa masuk dgn helikopter. 4wd pada masa itu berada diluar kawasan. RQ6 diketuai oleh En Idan manakala RQ8 Mali. Maka Golf Romeo a.k.a Grid References di beri dan peta topo terhad ditanda. Sememangnya, peta dan GPS kedua dua nya diguna pakai. Sama ada konvesional atau moden tidak sikit pun di kastakan. Setiap dr group RQ mempunyai 4 GPS dan 4 Radio. Catuan Ration diagih, ihsan PDRM.
Semasa kesibukan kami membuat persediaan, ketika inilah ibu dan ayah Asan menegur antara kami. Kami sangat faham harapan makcik dan pakcik. Hanya ucapan kesabaran yg mampu kami ucap dan doakan lah kami dipermudahkan segala urusan. Pencarian itu faktor di hari pertama dan kedua, tetapi tugas kali ini lebih kpd menyelamat.
Oleh kerana perkenalan yg singkat antara kami, maka tiada sedikit pun persoalan tentang kelengkapan kami. RQ8, setiap pendaki membawa fly besar dan ground, hammock, stove, gas, survival kit, first aid, parang dan ration yg terhad. Di sini ada baik dan buruknya. Yang baik, jika berpecah masih boleh survive, buruknya ialah bebanan yg tidak perlu. Berbalik kpd salah catuan ration maka dihari akhir RQ8 kehabisan lauk tapi berlebihan beras, manakala RQ6 kehabisan beras dan lauk pula berlebihan. Ini terjadi kerana pengagihan kekuatan anggota dan logistik yg salah. Ini lah musibah apabila semua dah pro. Apa yg lebih membimbangkan, mereka sudah sinonim dgn air teh potong kaki. RQ6 n RQ8 kehabisan gula di hari akhir ekstradisi.
Rahsia latar belakang pendaki, menjadi faktor kenapa pendaki multiply GO unik. Rata rata pendaki ini mempunyai extra skill sendiri. Mali mahir dlm tukangan rumah, overhaul engine, dan perkara McGyver, botak jumbo pula mahir dlm menjahit kasut itu belum skill pendaki yg lain. Apa yg penting RQ8 di lengkapi manual power bank serta alat pengukur jarak laser. Kata mali, kalau Asan jumpa, kita akan buat heli pad.
Rejimen Sayap Berdarah, itulah call sign RQ6 & RQ8 dari Botak Jumbo a.k.a Idham Hatta. Setelah order deploy by chopper, pre flight check by air crew pun bermula. 0800 hrs, Air Quarter Master Sjn Udara PDRM jumpa sedikit kerosakan diatas Main Rotor Power Trans Lube Line. Salah seorang pendaki mengambil tanggungjawab utk membaiki kerosakan chopper dan meringankan beban Unit Udara PDRM. ASP 'u' Samad chopper captain on duty terus bersuara, "Jasa mu dikenang jua". Refueling Jet A checked, dan pre flight check set. Jam 1000 first team "Airborne". Perjalanan 2 jam jadi 15 minit.
Troop move last flight abis jam 1330 hrs. RQ6 n RQ8 LP dan RV (Rendevous Point) di Sg. Y. Last confirmation cross check golf romeo. Kami berjumpa RQ5 berkongsi coverage dibuat iaitu dari Ujang, Bingai n ida belacan. Titik perpisahan RQ6 ke denai tok nenek dan RQ8 ke denai Agas jam locked jam 1500 hrs. Lingkungan pencarian di sepanjang sungai perantaraan tok nenek dan yong yap.
Misi Objektif mencari Asan di celah banir pokok, sungai dan sekitar area perantaraan agas dan kem lengkuas. Meninggalkan ration makanan serta plastik sampah. Setiap kawasan yg menjadi kemungkinan Asan akan berada disitulah bekalan ini ditinggalkan dgn penuh harapan. "Plastik Sampah Hitam size XL" di bekalkan kepada Asan dengan bertujuan utk di jadikan Wind Breaker dan Fly. Di era ini, sudah menjadi satu persafahaman bahawa Plastik Sampah menyumbang kepada kepelbagaian kegunaan.
RQ8 lapor stand down jam 1830 hrs, share GR "kem vanilla". Oleh kerana kesemua pendaki memang mahir dlm semua hal, jam 2000 hrs kami siap makan dan berehat sambil bercerita apa dah berlaku sepanjang operasi SAR. Ini utk membolehkan perancangan serta strategik baru dibuat.
To be continueeeee. |
|
|
|
|
|
|
|
pergh 4 kali naik, otai nuang ni..mek naik sekali je pastu taknak dah..haha membe ada cakap nuang ramai orang buang something tapi entahla kesahihan dia tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by QueenIsolde at 5-11-2018 03:18 PM
cikzue replied at 5-11-2018 12:14 PM
Sambungan....
16hb February 2009 (Isnin)
Sis, yg ni la sy baca tu and ada komen2 kt bwh dr kenalan(not sure) dia ckp, HA yg xnak balik ke dunia realiti. And mcm2 lgi andaian dan cerita yg timbul dsbalik kehilangan dia. Tp cerita ni mmg sedih nak2 msa ustaz bwk mak ayah dia ke tmpat dia hilang utk tuntut kmbali anaknya bdasarkn cerita/info yg sy bacalah. Wallahua'lam.
Dunia ni mmg tbukti pkongsian antara manusia n makhluk allah yg lain.p/s: bg yg menidakkn perkara ghaib. |
|
|
|
|
|
|
|
Best kena tunggu lagi nak baca kisah pendaki yg hilang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
best dan seram baca pengalaman masing2.. bertambah best klu disertakan gmbr sekali.. yg x pernah hiking ni blh la dpt gambarkan keadaan hutan /gunung .. |
|
|
|
|
|
|
|
cikzue replied at 5-11-2018 12:05 PM
Hasan Ayat, Sahabat Pergunungan & Yong Yap...
14 - 16 February 2009
9 tahun peristiwa Hasan hilang ...
Penah hike dgn sham castello , otai la tp tak berapa minat sgt style dia |
|
|
|
|
|
|
|
meklalala replied at 4-11-2018 03:36 PM
siapa pernah naik nuang? nuang tu banyak gak citer..tapi mek tak pernah kena sebab sekali je hiking ...
Nuang mmg fav , kalau major trip mmg akan mengadap nuang berkali2 cr stamina salu p wkdays hmm lg la sunyi haha kdg2 ajak along nuang naik skali , bdesup kena tinggal , ni dah lama tutup sejak kes jatuh aritu tak pegi2 dah nak setahun xjejak |
|
|
|
|
|
|
|
tak kerja ke sis weekdays? eh nuang tutup ya sekarang?
|
|
|
|
|
|
|
|
anarina replied at 7-11-2018 01:57 PM
Penah hike dgn sham castello , otai la tp tak berapa minat sgt style dia
Mizi belantik pun biasa jgk ikt dia , ni sume otai2 tp bila tanya tak penah nak cite sgt , acah2 jela |
|
|
|
|
|
|
|
meklalala replied at 7-11-2018 02:04 PM
tak kerja ke sis weekdays? eh nuang tutup ya sekarang?
Ada 1 hari wkdays boleh amik cuti + weekends. So malas nak sesak2 kat peak haha. Aah nuang via pangsun tutup lagi sejak kes mati jatuh , diorg pun takde buat correction n takde bukak jalan baru ke peak dr pengasih , so permit keluar utk janda baik je . Ni pun tah blh lg ke dh musim hujan ni , rasa selangor/pahang dh issue penutupan sempena tengkujuh.
Along nuang pun salu pesan area2 pengasih tu pun xyah lama2 , jalan je terus cuma situ lawa gak sbb ada mossy2 skit kan
Pacat , ada something kt punca air bwh tu
Lolo mmg ada
Jalan balak ms sblm simen dlu sama la kes mcm ada org follow belakang atau sama2 jalan dlm semak tp sebenarnya takde |
|
|
|
|
|
|
|
huhu tapi best hiking nuang tu walaupun trek macam hamjadah and scary..cuma ada certain trek very bahaya tepi tepi yang nak sampai peak tu memang gaung ooi..ramai yg nak g kk training nuang...along nuang tu yang mana erk? tak kenal tapi ada sorang membe hiking orang panggil dia along dia gogo jugak haha..sekarang musim hujan tak payah la cari penyakit pergi sana via mana mana pun..trek licin..tapi kalau g gbh seronok hujan hujan ni boleh gelonsor dalam lumpur kat trek balak
|
|
|
|
|
|
|
|
QueenIsolde replied at 5-11-2018 03:15 PM
Sis, yg ni la sy baca tu and ada komen2 kt bwh dr kenalan(not sure) dia ckp, HA yg xnak balik ke ...
Sis baca dkt mna?nak link boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by QueenIsolde at 8-11-2018 09:58 PM
intanumbrella replied at 8-11-2018 02:53 PM
Sis baca dkt mna?nak link boleh?
Sis taip je misi SAR gunung yong yap/hassan ayat kt fb..ada byk post about it..yg sy bca tu post dri bro jenal dan komen2 kt bwh |
|
|
|
|
|
|
|
aLONG .. ni dh mcm penjaga gunung nuang tu... kami yang dah lama naik nuang ni mesti kenal sangat dgn along.. along baik sangat. last year naik tak jumpe along pun...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|