|
[Jenayah]
Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM
[Copy link]
|
|
dah ada sesapa yg beratur ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe penhantar surat pun di REMAN.......... tunggang tebalik dah siasatan kerajaan ni
tambah confuse dan curious rakyat marhein..dan jgn lak buat muka kesiandan teraniaya bila SENDIRI yang buat timbulnya fitnah dr semua marhein.
Ini masalah besarnyer...tangkap orang yang tak terbabit dlm main issue 1mdb...hanyadimalaysia jer ni..joke-serata-dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
yer............. dunia tgh tenguk malaysian sarkis........clowns
|
|
|
|
|
|
|
|
kang lepas ni tea lady plak direman |
|
|
|
|
|
|
|
tiap minggu ada tangkapan..........kelakar pulak...........cam suka suki jer tangkap orang...
tak suka jer block...tak suka jer tangkap..........yahoo.malaysia pun now takleh access napa yer..kena mengena ke?
hehe cam takder system now...suka suki mereka mereka nak buat statement.......nak tangkap orang ...nak buat new undang undang..nak berpoya poya..nak abiskan harta lol......
|
|
|
|
|
|
|
|
1MDB: Penghantar surat direman empat hari
27 Julai 2015 1:39 AM
PUTRAJAYA 26 Julai – Seorang penghantar surat sebuah syarikat direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas di rumahnya di Bentong, Pahang pada pukul 6.30 petang semalam oleh pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan individu terbabit mempunyai kaitan dengan individu ketiga yang ditahan reman oleh SPRM pada Jumaat lalu yang merupakan pemilik syarikat perdagangan.
Syarikat itu mempunyai kaitan dengan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah daripada tiga syarikat yang sedang disiasat berhubung kes tersebut selain SRC International Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd.
Perintah reman terhadap penghantar surat itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Sejak Selasa lalu, penghantar surat terbabit termasuk dua pengarah syarikat bergelar Datuk antara lima individu direman untuk membantu siasatan kes 1MDB.
Walau bagaimanapun, dua daripada suspek yang ditahan reman itu dibebaskan dengan jaminan pada Jumaat lalu dan semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.yPO0W6Bq.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Tony Pua perlu tarik diri daripada PAC
MOHD. FIRDAUS ISMAIL | 27 Julai 2015 1:38 AM
0 1 Google +0
BUKIT MERTAJAM 26 Julai - setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab iaitu dengan menarik diri daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas mengaku bertemu pengasas The Sarawak Report beberapa kali.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sekiranya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu masih berada dalam jawatankuasa berkenaan, hasil siasatan akan dipersoalkan dan mungkin berat se-belah.
Katanya, selepas pengakuan Tony Pua bahawa beliau pernah bertemu Clare Rewcastle-Brown di Singapura, Indonesia dan London, rakyat akan mempersoalkan kemampuan beliau untuk berlaku adil dalam panel siasatan berkenaan.
“Pengasas portal berkenaan sedang disiasat pihak berkuasa dan Tony mengaku berjumpanya beberapa kali. Jadi di mana ketelusannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Sebelum ini, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggesa Tony dikecualikan daripada terlibat dalam siasatan PAC terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas terdapat dakwaan beliau pernah bertemu bekas Eksekutif Petrosaudi International Ltd., Xavier Andre Justo di Singapura.
Walau bagaimanapun, Tony menafikan beliau pernah bertemu Justo yang kini ditahan pihak berkuasa Thailand selepas terlibat dalam kegiatan memeras ugut namun mengakui pernah berjumpa Brown.
Mengulas lanjut, Musa berkata, jika benar DAP sebuah parti yang memperjuangkan ketelusan seperti dicanangkan selama ini, pemimpin parti itu perlu menasihatkan Tony supaya menarik diri daripada jawatankuasa PAC.
“Untuk apa beliau berada dalam jawatankuasa berkenaan kerana telah mengaku bertemu dengan seorang pengasas portal berita yang sering mengeluarkan maklumat tidak sahih terhadap kerajaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.tNZ9EIv1.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...peon pun kena tangkap.. |
|
|
|
|
|
|
|
1MDB: Pemilik syarikat perdagangan dibebaskan
27 Julai 2015 11:02 AM
0 0 Google +0
PUTRAJAYA 27 Julai - Pemilik syarikat perdagangan yang ditahan reman selama empat hari sejak Jumaat lalu berhubung siasatan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibebaskan di sini hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki berusia 28 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin.
Individu tersebut merupakan orang ketiga yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 berhubung siasatan 1MDB.- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.MxH0sdBu.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 28 July 2015| Kategori: Adamyan,Utama | 8 Comments »
Video Ke-3 Lester Sahkan Isu 1MDB Satu Konspirasi, Take Note Muhyiddin
Lester-Melanyi-bukit-aman
SEBELUM bermula, biar penulis segarkan ingatan kepada kita semua, siapakah Lester Melanyi ini. Beliau adalah bekas kakitangan Sarawak Report dan bekas pengendali radio Free Sarawak (satu cabang dalam Sarawak Report). Abang Lester ialah seorang bekas Hakim.
Diringkaskan, Lester mendakwa tahu semua tentang apa yang tidak betul di belakang laporan Sarawak Report dan memilih untuk tidak bersetuju dengannya, malah mahu mendedahkan ketidakjujuran ini kepada umum. Tindakan Lester ini adalah wajar, melihat kepada latar belakangnya yang berabangkan seorang Hakim dan sebagainya.
Kredibilitinya juga tidak perlu dipersoalkan kerana tidak ada pihak mencabar statusnya sebagai bekas pengendali Sarawak Report sehingga sekarang.
Tidak hairan kenapa, disebalik begitu banyak ugutan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sejak video pertamanya keluar, Lester tidak gentar malah terus mengeluarkan video-video baru. Tindakan undang-undang yang diugut ke atas Lester, termasuk dari seorang ahli parlimen, (setakat ini) tak satu pun yang sudah berjalan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan tindakan undang-undang ke atas media antarabangsa yang begitu berpengaruh seperti Wall Street Journal (WSJ) pun tidak mengambil masa begini panjang seperti ahli parlimen yang berkenaan untuk menyaman Lester.
Dalam video terbaru yang boleh ditonton disini, Lester mendedahkan bahawa Clare Brown yang menguruskan Sarawak Report ini, mendapat sumbangan dari Bruno Manser Foundation (BMF) sebuah NGO yang mengkhusus kepada isu-isu berkaitan alam sekitar di seluruh dunia.
Ini bukan baru, dalam video yang kedua pun dah disebut. Yang baru ialah, ada besar kemungkinan BMF tidak tahu bahawa wang yang mereka berikan kepada Clare Brown, tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya (isu-isu alam sekitar), tapi nak menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara tidak demokratik, membeli dokumen curi dan mengubah suainya.
Sekalipun kenyataan Lester belum terbukti di Mahkamah, tapi apa beza dengan laporan Sarawak Report dan The Edge, juga belum terbukti di Mahkamah. Hairannya, itu tak menghalang orang dari yang berstatus Timbalan Perdana Menteri sehingga kepada pemandu lori untuk mempercayai semua laporan itu bulat-bulat.
Pengurusan 1MDB hadir bagi penerangan di depan kabinet pun masih tidak percaya lagi, nak percaya The Edge jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah!.............pengantar surat kena tangkap.
Menteri-menteri dibuang dari jawatan kabinet.
Lepas ni, tea lady akan ditahan reman jugak.
Sib baik tukang sapu sampah is a Bangla, so Zahid tak antar dia balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2015 11:23 AM
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 28 July 2015| Kategori: Adamyan,Utama | 8 Comments »
Vi ...
Najib tak maw lantik si LESTER ni ke dalam Kabinetnya ke..............?????
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik dan Penerbit The Edge akan dipanggil semula rekod keterangan
28 Julai 2015 1:15 PM
0 0 Google +0
KUALA LUMPUR 28 Julai - Pemilik Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong dan Penerbit The Edge Media Group, Ho Kay Tat akan dipanggil semula ke Bukit Aman untuk direkod keterangan berhubung pengakuan bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Andre Justo dalam masa terdekat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua individu itu sepatutnya hadir diambil keterangan hari ini namun terpaksa ditangguhkan berikutan ibu kepada Tong Kooi Ong meninggal dunia semalam dan dia perlu menghadiri pengebumian.
Menurut beliau, sehubungan itu, satu tarikh lain akan ditetapkan bagi memanggil kedua-dua individu terbabit.
“Mereka dipanggil semula susulan perjumpaan pihak kami dengan Polis Thailand minggu lalu,” katanya dalam wawancara khas sempena Hari Pahlawan di Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.dgClTXiG.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat PM tidak akan keluarkan kenyataan mendahului pasukan penyiasat - Pegawai Khas PM
28 Julai 2015 12:46 PM
3 2 Google +0
KUALA LUMPUR 28 Julai - Pejabat Perdana Menteri tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mendahului pasukan penyiasat dalam kes berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.
Beliau berkata, Pejabat Perdana Menteri tidak boleh mendahului pasukan siasatan termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pasukan petugas khas dan Jabatan Audit Negara dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan serta bagi mengelakkan sebarang fitnah daripada berleluasa.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sudah memberikan komitmen dan kebebasan untuk pasukan penyiasat menjalankan siasatan dan kita hanya perlu nantikan hasil siasatan daripada sumber yang paling tepat iaitu pasukan penyiasat ini sendiri," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ruang Bicara BernamaTV bertajuk 'Bahana Fitnah' di sini malam tadi.
Beliau berkata pelbagai fitnah dicipta sejak kebelakangan ini dengan tujuan untuk mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat dan rakyat dan fitnah tersebut akhirnya menimbulkan kebencian dan dendam terhadap pemimpin negara.
"Nasihat saya agar rakyat bijak menilai berita dan memastikan berita yang diterima adalah sahih daripada sumber yang berwibawa," katanya. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.qqO6lfIz.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
1MDB: Penghantar surat bebas tahanan reman
29 Julai 2015 11:05 AM
16 5 Google +0
PUTRAJAYA 29 Julai - Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan seorang penghantar surat dibebaskan selepas ditahan reman empat hari sejak Ahad lepas bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahim membenarkan lelaki berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 iaitu RM10,000 daripadanya didepositkan dan baki RM40,000 jaminan secara lisan oleh dua penjamin.
Penghantar surat itu yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun merayu agar jaminan dikurangkan tetapi majistret mengekalkan jaminan itu.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazalie Abdul Khairi.
Penghantar surat itu ditahan di kediaman keluarganya di Bentong, Pahang pada 6 petang Sabtu lepas untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.L5QbLBRc.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Hang ni Yahudi caprut. Musang Berbulu ayam. Geng Penyamun Tarbus!! Hentikanlah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu 1MDB perlu dijelaskan dengan bahasa mudah difahami - Ahmad Zahid
Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 01, 2015 11:36 MYT
Facebook Twitter Email Google
Isu 1MDB perlu dijelaskan dengan bahasa mudah difahami - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: 1MDB dilihat sebagai sebuah entiti yang 'bankable' (diterima oleh bank) kerana ada 'collateral' (cagaran) seperti aset tanah dan saham. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebar ketika ini perlu dijelaskan dengan bahasa mudah.
Dalam satu temuramah dengan Berita Harian, beliau menyifatkan khalayak berada dalam situasi yang sukar kerana pihak yang memberi penjelasan sendiri tidak memahami isu sebenar, dan wujud pula sesetengah pihak yang memanipulasi perkara tersebut.
"Soalnya tidak semua orang faham mengenai isu ini, kita harus menggunakan 'layman language' sebabnya kita terjebak dalam permainan politik pihak pembangkang,"
"Ada orang yang menjelaskan isu ini, sebenarnya dia juga tidak faham, bagaimana dia mahu memberi kefahaman kepada orang lain, sedangkan dia tidak faham?"
"Maka penjelasan harus dilakukan dengan bahasa yang mudah," tegas Ahmad Zahid.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid juga menyifatkan isu 1MDB umpama isu yang datang dan pergi seperti isu Bank Dunia, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum ini.
Beliau menyatakan selaku bekas orang korporat, beliau melihat 1MDB sebagai sebuah entiti yang 'bankable' (diterima oleh bank) kerana ada 'collateral' (cagaran) seperti aset tanah dan saham.
Namun beliau berkata isunya 1MDB adalah sebuah syarikat berbayar dengan hanya RM1 juta tetapi entiti itu membuat pinjaman yang tinggi.
"Masalah 1MDB adalah masalah aliran tunai sekarang. Unjuran pendapatan masa depannya itu ada, jadi apa sebenarnya permasalahan yang timbul?"
"1MDB tidak pakai duit kerajaan dan peruntukan kerajaan, 1MDB menggunakan pinjaman bank, ada perjanjian antara peminjam dan si pemberi pinjaman, jadi dalam perkara ini sudah tentu ada pembayaran semula dan jadual pembayaran yang harus dibuat," kata Ahmad Zahid.
Zahid juga menyatakan keyakinannya isu 1MDB akan berakhir satu hari nanti.
"Saya yakin, jika forensik perakaunan dibuat, ia akan dapat mendedahkan kemampuan mereka membayar semula berdasarkan aset yang ada dalam 1MDB," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi Dogol ... bila nak saman? Telor mana telor? |
|
|
|
|
|
|
|
Isu 1MDB perlu dijelaskan dengan bahasa mudah difahami - Ahmad Zahid
Sekejap fitnah pembangkang... sekejap takde hutang.... sekejap untung.... sekejap aset berbilion.... sekejap duit pegi sana.... sekejap duit pegi sini.... sekejap pinjam 950juta..... sekejap mengaku ada hutang pulak....
Macamana konar Najib tentang wang 'derma' berbeliyun masuk akaun, macam tu jugak laa cerita konar-konar 1MDB.
Maklom laa.... akar umbi kan tongong tongong belake. Apa cakap semua pakat angguk tidak berbelah bahagi giteww.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|