|
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t1.0-9/10371689_795112057166724_5986565779307846377_n.jpg)
Cerita makcik yang dipatuk ular kapak, kini di wad, amat menyedih dan menginsafkan ku. Insiden berlaku jam 4 pagi.
"Makcik bangun buat apa makcik?"
"Buat cucuq untuk jual cari rezeki"
Setiap pagi dengan modal RM5 ke RM10 sahaja, beliau dapat buat cucur badak 20 biji, tepung bungkus 20 dan pulut udang 20 untuk menyara diri dan anak OKU yang tinggal bersamanya.
"Berapa untung yang makcik dapat?"
"Sekitar RM5 saja"
"Harta?"
"Hanya ada sawah setengah relung, bagi pada anak-anak untuk diusahakan. Pakcik dak tak ada"
Dua lagi anak makcik ini kais pagi makan pagi pun kadang-kadang tak cukup. Kutip besi buruk jual. Seorang lagi surirumah kepada penjual nasi lemak.
Allah, usia makcik ini 70 tahun.
Bangun jam 4 pagi mencari rezeki.
Allah, wajah ahli syurga kah ini?
Mukanya amat tenang dan redha dengan kehidupan.
Bantuan JKM hanya dapat setahun dan dihentikan beberapa bulan yang lalu.
Jauh benar bandingannya dgn kehidupanku. RM5 pd ku seolah-olah 50 sen di abad ini, namun seperti RM500 kepada makcik ini...Allah. [end]
Kepada yang ingin membantu, RM5 pun tak apa, ini adalah nombor akaun makcik tersebut yang masih terlantar di hospital di utara sehingga 21 Mei 2014.
Che Dun bt Yatim CIMB 02100003919208.
Jom share, derma dan ceriakan beliau. InsyaAllah, besar ganjarannya.
|
|