CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22198|Reply: 451

[Tempatan] Kes Pukul Di Masjid Johor : Polis Minta Suspek Serah Diri

[Copy link]
Post time 6-5-2017 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 8-5-2017 09:11 PM


ini berita dari sumber yang sahih. bernama. di buka berpandukan undang2 bod isu semasa. isu semasa sesuai di bod isu semasa.


Pukul jurutera lepas solat Jumaat, polis minta suspek serah diri



Polis menyeru orang ramai supaya tidak menularkan insiden itu dan meminta suspek terlibat menyerah diri untuk membantu siasatan. ― Foto ihsan Facebook/Aidil Firdaus

JOHOR BARU, 5 Mei ― Seorang lelaki dibelasah orang ramai akibat tindakannya membunyikan hon kereta ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat dalam kejadian berhampiran Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, di sini hari ini.

Kejadian itu dirakam orang ramai dan dua video kejadian itu menjadi tular di laman sosial Facebook, Youtube dan aplikasi WhatsApps.

Berdasarkan rakaman video itu, pemandu kereta berkenaan dilihat dikejar orang ramai sebelum cuba mengundurkan keretanya dan hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain.

Selain itu, seorang lelaki turut kelihatan memukul lelaki berkenaan menggunakan kon.

Seorang saksi kejadian, Muhammad Akmal Bakar, 18, berkata dia mendengar bunyi hon kenderaan ketika memasuki rakaat kedua solat.

“Bunyi itu amat kuat dalam tempoh dua hingga tiga minit dan mengganggu sembahyang,” katanya yang pertama kali menunaikan solat Jumaat di surau tersebut.

Pelajar tingkatan enam itu berkata, sejurus keluar dari masjid, dia melihat beberapa individu menghentak kereta berkenaan dengan tangan selain turut mengejar kenderaan tersebut.

“Kereta itu bergerak ke depan dan mengundur dua kali dengan laju. Ada individu turut menghentak kereta menggunakan topi keledar,” katanya yang melihat ada jemaah yang cuba meredakan keadaan.


Wakil surau yang enggan dikenali berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya surau tersebut mendapat kelulusan melaksanakan solat Jumaat sejak beberapa tahun lepas dan kejadian seumpama itu baru pertama kali berlaku.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan suspek merupakan sekumpulan lelaki.

Beliau menerusi kenyataan berkata pemandu kereta itu iaitu seorang jurutera lelaki berumur 28 tahun membuat laporan kejadian di Balai Polis Setia Indah, di sini dan dia mengalami luka di kepala serta badan akibat kejadian terbabit.

“Punca kejadian adalah ekoran daripada kesesakan jalan raya dan halangan di hadapan surau yang telah menyukarkan pergerakan pengadu (pemandu kereta) yang sedang melalui jalan tersebut.

“Pengadu telah membunyikan hon yang menimbulkan kemarahan beberapa orang yang bersolat Jumaat dan beberapa individu telah bertindak memukul kereta dan pengadu,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, perjumpaan kemudian diadakan antara pengadu dan ahli jawatankuasa surau terbabit dan kedua-dua pihak bersetuju menyerahkan kes berkenaan kepada polis.

Polis sehubungan itu menyeru orang ramai supaya tidak menularkan insiden itu dan meminta suspek terlibat menyerah diri untuk membantu siasatan, katanya. ― Bernama





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu dah ramai ramai geram camne
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2017 12:09 AM | Show all posts

ini berita semasa dari berita harian online.




Polis Siasat Insiden Pukul Kerana Bunyikan Hon Ketika Solat Jumaat di Johor

Johor - Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan lelaki yang memukul seorang pemandu lelaki yang didakwa membunyikan hon ketika jemaah sedang solat Jumaat dalam kejadian di sini.

BH Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari pengadu yang berusia 28 tahun dan bertugas sebagai jurutera.

Difahamkan, jurutera berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Selain itu, polis turut menerima laporan dari pihak Ahli Jawatankuasa Surau Austin Perdana.

Sehubungan itu beliau meminta masyarakat memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci kes itu dan meminta semua pihak tidak mengambil tindakan sendiri, selain tidak memperbesarkan isu sehingga boleh menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyerahkan kes ini kepada pihak polis dan berpuas hati dengan tindakan yang diambil, selain berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Setakat ini, pengadu memberi jaminan tidak akan melibatkan anasir gengsterisme dalam isu ini dan menafikan sudah menjadikan isu ini viral di FB (Facebook)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Kata Kamarul lagi, berdasarkan laporan, lelaki itu memaklumkan bahawa ketika dia berada di hadapan surau itu, dia mendapati sebuah kereta menghalang laluannya menyebabkannya membunyikan hon dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu.

Katanya, seorang lelaki keluar dari surau itu dan mengalihkan kenderaan dan pengadu membunyikan hon semula sebelum tiba-tiba sekumpulan lelaki datang dan terus memukulnya dengan tangan dan topi keledar sehingga menyebabkan keretanya turut mengalami kerosakan.

Sebelum ini, video kejadian yang memaparkan orang ramai mengerumun kereta terbabit menjadi viral di media sosial.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebai Cone tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
cara pukul org mcm tu mmg x berhikmah lgsg..mereput la ko dlm lokap x payah nk meratip ini ujian Allah bagai.sendirik yg cari bala kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:13 AM | Show all posts
Mohon tangkap lobai terroris yg dah ilang separuh iman tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2017 12:14 AM | Show all posts
tripleid replied at 6-5-2017 12:12 AM
cara pukul org mcm tu mmg x berhikmah lgsg..mereput la ko dlm lokap x payah nk meratip ini ujian All ...

menabrak orang dgn sengaja juga kagak hikmah. mereput dalam lokap juga ya.


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:19 AM | Show all posts
ustazindo replied at 6-5-2017 12:14 AM
menabrak orang dgn sengaja juga kagak hikmah. mereput dalam lokap juga ya.

Menabrak orang utk lari dari lobai kon terroris
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2017 12:20 AM | Show all posts
Terroris sgttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ustazindo replied at 6-5-2017 12:14 AM
menabrak orang dgn sengaja juga kagak hikmah. mereput dalam lokap juga ya.

lobai teroris fefelling konfom masuk syurga kot tibai org mcm tu.mpertahankan agama kononya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:21 AM | Show all posts
Agama keamane katanya, baru lepas semaye tonggang terbalikkk tu aura terroris meluap2 dlm badan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:21 AM | Show all posts
Religion of peace katanya kahkahkahhhhh what a farkinggg jokke
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:26 AM | Show all posts
Nanti ada yg kata agama tak salah yg salah pengikuttttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:27 AM | Show all posts
Baru kena hon sikit dah ilang sabar....sahabat nabi dulu lg teruk kena takde plak bertindak ganas cam umat Islam skg...bila org bukan Islam cop umat Islam ni ganas terroris tau plak sentap..tapi tak nak cermin tindak tanduk sendiri...ko tu Islam dia tu kapir yg ko bertindak lg teruk dr kapir nape?..dah takde iman?..bila pukul kapir maruah Islam dpt ditegakkan?...selagi wujud manusia gini selagi tu laa Islam takkan dihormati dan terus dihina..yg kapir tu pun x leh sabar sikit kot...tolak ansur laa skit org tgh solat jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:28 AM | Show all posts
Aura pak Arab suda merasuki lobai  Malaya!

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 6-5-2017 12:21 AM
Religion of peace katanya kahkahkahhhhh what a farkinggg jokke

Agama dengan peribadi org x sama. X perlulah nak sarcasm. Mmg pakcik tu pukul guna kon , tapi x perlulah babitkn agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2017 12:30 AM | Show all posts
Klu dah ikut ajaran pak ereb haruslah aura pak ereb meneballlll dlm badann
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:32 AM | Show all posts
Kaper Malaya mesti takuttt lps ni klu ummah suci sembahyang walau block jalan bagaiiii.....nak hon pun mesti takut2 kena belasah dgn ummah terroris

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:34 AM | Show all posts
Hehehe kan dah kata kohkohkohhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
"Hoi jgn biadap dan gangster dgn hon kamu tu" "Jom ramai2 hentam dia sama-sama supaya dia tak biadap dan gangster lagi"

Irony
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.069711 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list