CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Eddlisa_uyuk

LEGEND OF FANG DE AND MIAO CUI HUA ~ Borak2

[Copy link]
Post time 29-12-2006 01:51 AM | Show all posts
Spoiler..
aargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... ckucin tgk dorang sambut ulang tahun perkahwinan.. romantik siotttttttttttttttttttttt.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 08:19 AM | Show all posts
ckucin...

ko buat sinopsis ikut dlm tv ke atau ikut cd sbb bila baca mcm semuanya yg ko tulis semua tayang kat tv...
x ada yg scene kena potong ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 09:37 AM | Show all posts

Reply #362 isabel's post

sama jer ngan yg donlot tu. .tak ada potong2 punya. kat tv skrg episode 19.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:16 AM | Show all posts
To Emiko

Part MCF kecik hati dan terus keluar rumah tu sedey rasanya.. biler MCF nangis ckucin pun nangis juga.. Suka tgk biler lps MCF baca surat dia tipu FTW untuk kata luahan hati dia tu.. seronoknya...

Sakit perut ckucin gelakkan time FSY nak test FTW.. dia nak tgk kungfu FTW.. macam2 dia buat.. lawak..lawak.. FTW pun lawak juga..


[ Last edited by  ckucin at 29-12-2006 10:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:32 PM | Show all posts

Reply #364 ckucin's post

ye ye je MCF kate dh musnahkan surat tu sebelum bace ek lawak tgk mase FTW dok tergagap2 nk ckp i love you tu kekeke

yep my feveret tu part FSY nk tau ayah dier tau kungfu ke tak smpi siap upah org langgar bapak dier tu :lol
lawak je ngk FTW cm katak penyek kekeke
seb bek FTW bijak..siap berlakon betol2 kene tikam sbb nk suh anak dier janji jadi baik, "tak kire ayah hidup atau mati pasni" ekeke

kak..dah nyampah dah tgk si Yan Fong tu? sy setiap kali scene dier asek forward jek..tak tahan gue :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:48 PM | Show all posts

Reply #365 emiko's post

tu ler lawak giler FTW berlakon.. sakit perut gelak.. even klu ingat balik pun gelak balik...


Betul..betul menyampah tgk anak LSW tu.. berlagak giler.. ikut perangai bapak dia tu ler.. LLF tu kaya pasal apa yek.. dia business apa?? hidup dorang 3 beranak jerk..tp family FTW juga meriah.. happening ajer.. FTW pun kira kaya juga kan.. cuma tak ler sekaya LLF..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2006 12:57 PM | Show all posts

tak sure dier wat ape..tp yg pasti LLF ni kire byk korbankan nyawa org lain utk kesenangan dier..
mak pak 2 beradik pompuan tu kene bunuh ngan org2 LLF ni lah kalau tak silap (sbb utama kenapa FSY berlawan ngan LYF smpi LYF tu jadik cacat dlm ep 35 tu).
sbb tu Nam Jing tanak benarkan Yan Fong tu amek 2 beradik tu wat bini..
lgpun 2 beradik tu pon tak suke si Yan Fong tu.
n ade satu scene tu x igt siapa yg ckp..tp dier sebut
"LLF pindah & beroperasi kt Shantong sbb kalo dier stay dier sekadar dok kt bawah bayang2 FTW aje" (sumthing cmni lah)


psl keluarga Fong tu..bak kate pakcik2 keluarga Fong sebelum tetiba MCF muncul n pura2 tak bace surat tu..
"ckplah sumthing..sunyi ah umah ni" (sbb takde MCF? kekeke)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2006 01:17 PM | Show all posts
ooo...byknya spoilers........

it's OK.........lisa pun suka spoilers...:love:

thanks yg bg tuh....:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 03:22 PM | Show all posts
tempted tul aku nak highlight korang punya spoiler conversation tu, hiii...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 09:03 PM | Show all posts
heheh, spoilers ... :lol

tak pe, tak pe, aku suka ... :bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 09:50 PM | Show all posts
org yg advance biar advance, tp aku nak cerita yg sampai takat hari ni je la ... heheh org tak reti download le katakan :lol

part lawak hari ni - suka betul tengok MCF temberang pompuan2 teraniaya tu yg konon2 nyer dia pun teraniaya dek org lelaki gak .. punye lar, dia tak nak FTW tau dia kat situ, suruh ler pompuan2 tu bagi dia bilik jauh2 ngan FTW & LSW dgn alasan dia langsung tak leh jumpa org lelaki, budak lelaki pun tak leh gak .. sedangkan masa tu dia tgh frust sbb FTW berdua2an ngan LSW dlm bilik :lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 09:53 PM | Show all posts
part masa pakcik2 keluarga Fong bagi baju rahsia ZPT kat MCF pun lawak gak .. selamba jer pakcik2 tu kata ZPT dah mati, tu sbb mrk bagi barang peninggalan ZPT pd MCF :lol

Pas tu, sorang drp pakcik tu menyampuk.. itu pun klu dia dah mati, klu tak habis ler kita ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 09:54 PM | Show all posts

Reply #371 im_comey's post

hehe refresh balik memori ni kak :clap::tq:
coz sy pas burn mmg tak tgk balik dh sbb leceh kekeke

hari ni abes smpi mane kak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at 29-12-2006 09:54 PM
hehe refresh balik memori ni kak :clap::tq:
coz sy pas burn mmg tak tgk balik dh sbb leceh kekeke

hari ni abes smpi mane kak?


hari ni habis sampai tang LLF nak gi rumah yg ramai pompuan2 teraniaya tuh, lps diberitahu oleh tauke perempuan sbb nak cai LSW ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 11:49 PM | Show all posts
Episode hari jumaat 29 December 2006..

LSW meminta agar MCF berpisah dengan FTW. Katanya lagi, MCF tak cintakan FTW dan dorang bukan suami isteri yg sah.[Part ni ckucin blur sket. bukan ker dorang dah kahwin tp kenapa tak sah plaks.] MCF berubah muka then balas balik..habis tu kenapa tipu aku. Ko kata ko tak cintakan dia lagi. Kalau ko ckp aku boleh tarik diri. LSW kata ko dah jalankan upacara menyembah tuhan. MCF balas, walaupun dah buat upacara menyembah tuhan dia masih boleh tarik diri. LSW balas ngan geram, tarik diri??!!...ko boleh tarik diri??!! Sewaktu di kediaman YM, aku sanggup mati kerana dia. aku berharap FTW akan jatuh cinta tp ko muncul diwaktu itu. Ko nampakkan aku bertarung bermati-matian untuk dia!!.. LSW merayu lagi dengan MCF agar berpisah dengan FTW. Dia amat menderita sekali. MCF betul2 susah hati dan tak dapat nak berkata apa2.

[Emiko - scene ini tak ada dlm cd donlot]
Dirumah pelacuran, disebuah bilik, mak FTW digari ke katil. Mak FTW geram dan kata nanti aku akan balas balik. berani betul gari dia. Dlm dia tgh geram tu tiba2 pintu bilik dia dibuka. Kelam kabut dia naik balik atas katil dan pura2 tido, terdengar suara HY panggil mak FTW. Rupanya dia dibawa oleh seorang wanita kat situ. Mak FTW bangun dan cepat2 peluk HY. tanya khabar HY selama diculik. HY kata dia baik. kakak2 kat situ layan dia balik. Then dia kata dia dimarah oleh mak. Mak FTW musykil dan tanya mak yg mana. HY kata mak betul dia.Mak FTW kata ini mesti keje nam jing.
[Flashback] sewaktu mak FTW turun dari kuda dan masuk rumah pelacuran tu. kelihatan berberapa orang duduk dpn meja mahjung antara taukeh perempuan. Ting Wan minta Mak FTW duduk main mahjung. Mak FTW ckp klu nak main mahjung tak payah sampai culik2 HY. Ting Wan ckp takut Mak FTW rindukan HY. Mak FTW tetap tegas agar HY dikembalikan. Dorang pun bertarung. At first memang nampak cam Mak FTW akan menang tp kelicikan taukeh perempuan yg mana telah memasang perangkap terlebih dahulu. jaring telah dijatuhkan keatas mak FTW.
[tamat Flashback]
HY pun duduk dengan mak FTW kata kesian nenek cedera. Mak FTW ckp nenek tak apa, dorang tu yg kena teruk. klu tak disebabkan kecederaan sewaktu mengalahkan YM tentu dia dpt kalahkan dorang.

Manakala di sebuah rumah didiami wanita sahaja.[ini tempat yg akan ditujui oleh LSW dan FTW nanti] Kelihatan Nam Jing berjalan masuk. Dia panggil ketua kat situ. Ketua perempuan kat situ at first marah2 dengan Nam Jing pasal dah lupakan mereka sejak keluar dari situ.. Rupa2 hanya bergurau.. Mereka pun duduk berbincang. Makcik tu kata LSW bodoh menyintai lelaki tak guna tu. Nam Jing kata apa boleh buat. Makcik tu kata klu LSW datang sini dia akan belasah LSW. Nam Jing citer lagi apa yg diarahkan oleh Taukeh Perempuan tu. mak cik tu pun bersetuju.

Next scene kelihatan LLF dan 7 wakil dari setiap kumpulan yg mana ketua mereka dibunuh dek LLF dan FTW di rumah tumpangan tempohari. Mereka kata persoalkan kenapa ketua mereka dibunuh. LLF kata mereka termasuk dlm perangkap dan dlm hal ni LLF kata dalangnya ialah LTT. Ada seorang tanya betul ker wujudnya buku siasatan tu. Long Sei kata sapa pernah buat salah?? Dorang tanya lagi samada Long Sei pernah tgk?? Long Sei balas klu dia pernah tgk tentu dia dah mati dibunuh. LLF menambah lagi buku tu ada pada seseorang. Jika nak buku tu dari tersebar kita kena bayar 100,000 tahil. Oleh itu LLF meminta setiap kumpulan keluarkan sedikit duit. Dorang tak percaya kata2 LLF. LLF menambah lagi yg dia dari keluarga saudagar yg kaya buat apa dia nak duit banyak2 tu. untuk menguatkan hujah LLF menambah jangan lupa LTT masih terlepas. Long Sei menjeling kearah LLF. Then dorang bersetuju. Dorang buat janji ngan LLF klu LTT tak dibunuh dlm 3 bulan dorang akan kerjakan LLF.

Dlm hutan, LSW dan FTW jalan seiring. FTW tanya tak takut ke jalan sini. LSW ckp buat apa nak takut klu berjalan dengan pahlawan. Gembira suka LSW waktu itu. FTW tanya pasal Taukeh perempuan tinggal situ ker.. LSW kata taukeh tak duduk situ lagipun dah lama dia tak jumpa taukeh tu. LSW tambah lagi dirumah itu diduduki oleh wanita2 yg dianiaya oleh lelaki. FTW balas gila. LSW kata jgn ckp camtu. LSW dah nampak rumah tu. dia minta FTW tunggu disitu dulu. FTW setuju. LSW pergi dgn gelak2 kegembiraan. FTW pusing belakang dan kata keluar.. rupa2 ada 2 pakcik fong ikut dia. Dorang pun keluar. FTW tanya ikut dia.. belum dijawab dipintas dek FTW ..bagus..bagus..[berpandang 2 orang pakcik ni] tapi berhati-hati agar jangan dinampak dek sesiapa.

Di kediamaan Fong, MCF mengurung diri dlm bilik. Pakcik2 lain semua pujuk agar keluar. Dorang kata kenapa tak semangat, hari tu janji nak jadi ketua keluarga... Puas pujuk dorang pun kata ada pelanggan dtg hari ni, adakah kita nak batalkan urusniaga.. tiba2 pintu terbuka kelihatan MCF pegang tembikar air. MCF keluar aje nampak kat meja penuh ngan tembikar2 arak yg telah diminum dek MCF. Di ruang tamu MCF termenung sementara Tuan Yong dok membebel cerita kehebatan arak tu. Dah habis bercerita dia tgk MCF termenung, Tuan Yong panggil MCF dan tanya sama ada dia dengar tak apa dia cakap. MCF kata dengar..dengar.. Tuan Yong kata dia dah tak takut ngan MCF kerana dia tahu MCF bukan pembunuh. Tuan Yong tambah lagi..dia nak order 365 arak. MCF tanya tentang order yg dulu tu. tuan yong kata yang ini untuk bini dia. Sedang MCF tulis kat buku order tu 2 pakcik datang sambil borak2. kata mereka bodoh betul
orang yg beli arak masa skrg kerana nanti akan bertukar puan fong. sorang lagi mengiakan iya ler buat rugi jerk. then dorang masuk. datang plaks lagi 2 pakcik yg lain sambil pura2 berbual sapa yek nama bakal puan kita yg baru. sorang tu jawab cik lei. Tuan Yong dengar jadi cuak. Terus dia bangun dan batal order dia hari ni. MCF cuba tahan tp Tuan Yong kata lain kali dia dtg dan kelam kabut dia balik. MCF geram pasal gagal dlm urusan ni. Dia jerit agar2 pakcik2 tu keluar. Dia pun membebel kat pakcik2 tu katanya nak keluarga fong gulung tikar ker.. Sorang pakcik tu kata tak moh. Tp buat masa ni keadaan tak mengizinkan lebih2 lagi FTW keluar menyiasat bersama LSW. Dorang nasihat agar MCF kejar dan jaga FTW tu dari dirampas. Dorang kata dorang hanya nak MCF jadi puan
Fong selama2nya. MCF dlm keadaan susah hati dan sedey kata dia tak tahu nak cari kat mana. Then sorang pakcik ckp dia tahu. yg ckp tu pakcik yg ikut FTW td. Dorang letak satu kotak depan MCF. MCF nak tahu isi kandung dan cuba nak buka tp ditahan dek satu pakcik. Kata dia ini benda berharga kakak ipar (mak FTW). Disebabkan kakak ipar dah mati maka kami serahkan benda ni pada MCF. MCF kata jgn ckp camtu. Then sorang pakcik sambung klu kakak ipar tak mati, teruk ler kami nanti. Dorang nak MCF bersemangat macam mak FTW. MCF tanya lagi apa dlm ni. Dorang ckp pakaian pertarungan mak FTW.. Cehhh..kata MCF. mak FTW dah kasi benda ni kat dia.[ingat tak masa mak FTW bisik2 kat telinga MCF masa dorang minum2 tu.] MCF pun buka kotak tu nampak ler baju dan mask hitam yg dipakai oleh mak FTW dulu. MCF bersemangat biler nampak benda tu.

Next scene FTW berjalan menuju ke rumah yg dikatakan dek LSW. kelihatan LSW dan pompuan2 kat situ berbual dengan mesra. FTW masuk dan ckp LSW, ko bukan nak tunjukkan jalan. Perempuan2 lain lari ketakutan. Puas ketua situ pujuk agar bertenang. Then ketua perempuan berjalan kearah FTW dan menghalau dia. LSW suruh bertenang. Dia kata memang dia nak bertanya pasal mak FTW dan HY tp makan masa. FTW tanya lagi habis tu mana mak FTW dan HY?? LSW pandang ketua tu dan minta maaf. Ketua ckp tak yah ckp. dia sambung lagi betul kata taukeh perempuan, bodoh ajer LSW masih menyintai lelaki yg tak guna ini. Dah lama kenal taukeh perempuan takkan tahu lagi. FTW pandang LSW. LSW tunduk diam. FTW yg berdiri kat situ penat dengar ketua tu membebel. FTW ckp apa yg korang ckp aku tak faham. Aku cuma nak tahu dimana mak dan HY. Ketua tu balas klu aku tak ckp ko nak bunuh aku?? FTW ckp dia tak jamin dia tak akan bunuh ketua tu. Ketua tu ckp lagi klu FTW duduk sini selama 3 hari dia akan lepaskan mak FTW dan HY. Tergelak FTW. FTW ckp sekejap mengugut sekejap memujuk. Klu tak lepaskan aku akan bunuh kamu semua. Ketua dengar dan naik marah. Dalam tgh bergelut2 tu, satu makcik berlari kearah dorang dengan buluh. Makcik tu salah aiming terkena pada perut LSW. LSW cedera.

Dalam bilik LSW dirawat oleh ketua tu sementara FTW diluar sambil dijaga oleh perempuan2 lain agar tak masuk bilik. FTW ckp biar dia masuk, orang tu tak reti merawat. Ketua keluar bilik sambil kata sapa yg tak reti merawat. kami perempuan kat sini semua kami buat. FTW tanya apa yg ko ckp ni..Ketua tu membebel lagi then terus masuk dlm bilik biarkan FTW diluar.

[ Last edited by  ckucin at 30-12-2006 01:32 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 11:50 PM | Show all posts
Di rumah pelacuran, Nam jing masuk. HY tgh duduk ngan mak FTW. Nam Jing suruh HY keluar. tp HY tak moh. mak FTW pujuk agar HY keluar dulu. Nam Jing kata dah 5 tahun dia jadi menantu Fong. Skrg dia diceraikan dan dimalukan kerana dia nak kerjakan perempuan 2 org yg miang tu. Dia panggil FTW lelaki yg tak berhati perut. Disebabkan dia diceraikan, dia terseksa.
Flashback [nam jing cerita]- yg mana lepas Nam Jing diceraikan dia tiada tempat tinggal dan kebulur. Dia kata lagi walaupun gitu dia tak akan mati.. Then dia cuba mencuri pau kat satu kedai yg tengah meniaga tu. Orang2 yg minum kat situ nampak dan nam jing ditangkap. Orang2 tu kata oohh puan fong. Disebabkan hasutan kamu, teruk kami dimarah oleh FTW. Nam Jing pun dibelasah oleh 4 orang lelaki ni. Tiba2 ada satu kaki melayang kena muka 4 orang nie. rupa2nya taukeh perempuan.[tamat flashback]
Nam jing buruk2 FTW. Mak FTW kata Nam Jing yg buat hal. Nam Jing ckp FTW tu anak awak tentu lah akan backing FTW. mak FTW ckp .. sudah ler..tak moh perang mulut lagi. Nam Jing bangun dan berdiri depan mak FTW. Nam Jing kata selama ni walaupun dlm keadaan sedey dan gembira dirumah itu, kita tetap bersopan. hari ni saya nak lepas geram . Nam jing dekatkan muka ngan mak FTW then ckp nenek tua. mak FTW suruh nam jing lepaskan geram dia. nam Jing berdiri semula ckp dia tak nak peduli lelaki yg tak berguna. dia nak buat perkara2 murni. mak FTW tanya apa yg dia nak sebenarnya. Nam jing ada ckp something yg mana ckucin tak ingat.Mak FTW kata FTW tak akan dengar kata2 nam jing tu. nam jing kata kenapa tidak, skrg ni FTW kelam kabut ngan kehilangan mak dan HY. Then nam jing keluar bilik tu.

Sementara di rumah kediaman perempuan2 tu, FTW mundar mandir depan pintu bilik LSW. LSW masih dirawat oleh ketua. LSW dah sedarkan diri dan bertanyakan tentang FTW. Dia merayu agar FTW masuk berjumpa dengan dia. Ketua pun keluar dan suruh FTW masuk. FTW ckp gila dengan nada perlahan but geram. FTW pun masuk dan ckp maaf. maaf kerana LSW cuba bunuh diri kerana dia. FTW tanya lagi kenapa tak putus asa sahaja. LSW ckp dia akan putus asa klu dia mati aje. Then LSW ckp kat FTW tinggal ngan dia selama 3 hari. selama 3 hari dia berharap FTW akan jatuh cinta dengan dia.biarlah dia dikatakan penting diri sendiri. Lepas 3 hari mak FTW dan HY akan dilepaskan. Kenapa 3 hari tanya FTW. LSW ckp pasal dia yg minta 3 hari. LSW sambung lagi..dia ajak FTW pergi satu tempat yg mana mereka berdua akan jatuh cinta. FTW ckp tak reti nak jawab soalan yg merumitkan. skrg fikirkan mak dan HY sahaja.

Diluar nampak kelibat seorang wanita bergerak perlahan2 mendekati pintu bilik LSW dan FTW berada skrg ni. Rupanya si MCF. Dia cuba memasang telinga nak dengar perbualan dlm bilik tu. Time tu plaks FTW ckp sakit ker?? LSW plaks minta FTW agar tunggu dia hingga tido. FTW pun diam tanda setuju. LSW pun tutup mata untuk tido. MCF biler dengar conversation tu sedey pasal FTW tak pernah layan dia sebegitu. Dia pun berjalan keluar dengan perlahan mengingat balik kata2 LSW tentang dia masih cintakan FTW dan sebagainya. Tengah jalan2 tu, 3 orang perempuan termasuk ketua tengah mengendap pelahan2 nak menyerang MCF. MCF pusing belakang. MCF tanya kenapa. Ketua tanya kamu yg dtg sini kenapa. MCF tengah sedey lepaskan geram. disebabkan kamu saya kehilangan anak dan suami..Disebabkan kamu, suami saya dirampas dek perempuan lain dan perempuan tu kawan karib saya. Suami saya tak pernah layan saya sebegitu baik.. MCF pun menangis dan peluk ketua. Ketua kata awak terima tamparan hebat. MCF baru tersedar tujuan sebenar kat situ teruskan lakonan dia. betul..betul kata MCF. ketua ckp tadi kenapa tak masuk. MCF kata dia tak berani pasal dengar sora lelaki. MCF kata dia tak moh jumpa ngan lelaki, dia tahu apa akan jadi klu jumpa lelaki, even budak lelaki pun dia tak nak jumpa. Dia takut. ketua kata tinggal kat situ since hari dah malam. MCF minta bilik jauh dari lelaki. Ketua pun setuju.

Dikediaman LLF, LLF sedang buat kiraan. Lelaki yg ikut kata makwe dia tu letakkan air dan panggil LLF ketua. LLF kata kenapa panggil dia ketua. Lelaki tu kata 7 kumpulan tu ikut ckp ketua. Then LLF pun ckp something berkaitan taukeh perempuan tu. lelaki tu secara tak sedar setuju kata2 LLF..Then LLF pandang dengan geram terus lelaki tu terdiam. LLF kata dari sejak LTT hilang, LLF tak percayakan lelaki ni. LLF tanya lagi sejak bila jadi spy untuk taukeh perempuan. Lelaki tu ckp sejak penubuhan YM lagi. LLF hentak sempua. Lelaki tu melutut dpn meja LLF. LLF kata klu dia bunuh tentu taukeh perempuan marah. Lelaki tu mengiyakan. LLF bangun dan kata dia tak akan bunuh buat masa ini. Lelaki tu ckp dia terperangkap dlm cinta sama seperti LLF dgn LSW. Lelaki tu sambung lagi yg taukeh perempuan pernah selamatkan LSW masa cubaan dia nak bunuh diri. LLF tanya adakah LSW menyertai taukeh perempuan.Lelaki tu tak pasti. Dia sambung lagi kata skrg LSW sedang mencari FTW.

Next scene nampak LLF berjalan menuju tempat taukeh perempuan tgh duduk minum teh sambil berkipas. Dia tanya kemana LSW pergi. Tp Taukeh macam berhelah untuk memberitahu dia. Bertekak LLF dan Taukeh biler taukeh masih tak menjawab soklan LLF. Taukeh ungkit yg dorang ada perjanjian. LLF kata dia tak kisah. dan tuduh taukeh yg lupa janji. dia kata taukeh tak akan dpt duit tu. taukeh bengang giler terus ckp long sei dlm perjalanan dimana FTW dan LSW berada dan tengok ler apa yg akan terjadi disana nanti. LLF pun bergegas pergi. Taukeh yg tgh marah kipas diri dia dengan laju. Nam jing berjalan ke arah taukeh sambil kata lelaki , dorang ingat dorang berkuasa.. then kata taukeh jgn bimbang segala urusan telah dijalankan. Tuan Mui akan dtg ptg nanti.[bersambung]

[ Last edited by  ckucin at 30-12-2006 01:35 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2006 10:47 AM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom:
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
&
SELAMAT TAHUN BARU 2007

TO ALL
MY FRIENDS HERE

:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 05:20 PM | Show all posts
Episode Isnin 1/1/2007

Hari dah siang. Kelihatan LSW masih lagi tido akibat kecederaan dia tu. FTW pun bangun dan keluar. Di luar beberapa wanita berjaga dengan memegang buluh ditangan masing2. Bila FTW nak lalu mereke halang laluan FTW. Mereka tak kasi FTW pergi memana. Mereka akan pukul FTW sekiranya masih berdegil. FTW pun lalu juga. Perempuan2 tu serang FTW. FTW rampas salah satu buluh dan melibas 2 btg buluh untuk menjatuhkan kan keatas perempuan2 tersebut. Lepas kain tu jatuh FTW pun terus pergi mencarik Mak Cik Ma - ketua perempuan disitu.

Di sebuah bilik kelihatan ramai perempuan2 berkumpul di balik langsir yg memisahkan bilik tido dan ruang tamu. Diantaranya makcik ma dan MCF. Makcik ma sedang menceritakan keadaan Makcik chen yg telah teruk didera oleh suaminya. Makcik ma kata keadaan makcik chen dah beransur pulih tp kedatangan seorang lelaki ke sini terus penyakitnya menjadi balik.MCF kata Taukeh Perempuan tak ada kat sini ker?? Dia nak ucapkan terima kasih since dia dah tolong ramai wanita2 kat sini. Makcik Ma kata Taukeh Perempuan tak ada kat sini.

Then terdengar bunyi orang ketuk2 di ruang tamu. Rupanya FTW dah jumpa dorang. MCF dan perempuan2 lain kelam kabut menyorok di balik langsir. Makcik ma keluar berjumpa dengan FTW. FTW kata dia nak berjumpa dengan taukeh perempuan. Makcik ma kata klu taukeh perempuan tak nak jumpa dia camna? FTW kata klu taukeh perempuan tak lepaskan mak dia dan HY, dia akan bakar tempat ni. FTW pun keluar dari sini. Makcik ma membebel kemarahan kat FTW. MCF dengar sahaja dibalik langsir.

FTW berjalan balik ke bilik dimana LSW berada. Kelihatan LSW dah bangun dari tido dan cuba menyandarkan diri pada katil.Nampak FTW masuk, LSW tanya FTW dari mana. FTW kata dia marah tengok perempuan2 kat sini dan mereka itu bodoh kerana membenci lelaki. LSW kata jangan marahkan dia orang. Dia orang tu didera oleh suami atau lelaki. FTW kata Taukeh Perempuan telah membuat mereka membencikan lelaki sesuatu perkara yg membahayakan. LSW pun cuba topik meminta air dari FTW. FTW pun tuang air dan hulurkan dari tempat duduk dia tu. LSW tak sampai dan minta FTW hantarkan padanya. FTW pun bangun dan serahkan cawan air tu. FTW kata masih sakit. LSW kata ya. Ketika ini MCF baru sampai diluar bilik mereka dan cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.LSW bangun perlahan dan duduk sebelah FTW dimeja. LSW kata cuba hiburkan hati dia. FTW kata ok. dia pun letakkan uncang duit kat depan LSW. LSW kata FTW ni tak pandai memujuk hati wanita. LSW pulangkan balik duit tu then kata dia nak tampar FTW sambil tangan dia nak pukul FTW. FTW tahan tangan LSW. LSW kata sebenarnya dia nak pegang FTW. FTW kata ko masih sakit, jgn buat perkara yg bukan2.MCF yg kat luar tu dengar ajer conversation tu. Hati dia bertambah sedey. Dia pun berjalan2 dengan sedey tentang suami dan kawan baik dia tu. Tanpa disedari dia dah kat luar pintu besar apabila dia ditegur oleh 2 wanita yg berjalan masuk. Mereka tanya MCF tak apa2 ker. MCF kata tak apa2..then kelihatan sekumpulan lelaki diketuai oleh Long Sei menuju ke arah mereka. Apa lagi bertaburan perempuan2 disitu lari menyelamatkan diri. Makcik ma didlm musykil kenapa kelam kabut ni. Seorang perempuan jumpa makcik ma dan ckp ada sekumpulan lelaki datang kesini.Perempuan2 lain mencapai apa2 benda yg boleh dijadikan senjata dan berdiri dibelakang makcik ma. Long sei masuk dan berdiri didepan makcik ma. Makcik ma cuba menghalau Long sei. Long sei tak moh pergi kerana dia kata makcik ma menyorok LTT kat situ. Dia akan mengeledahkan tempat ni untuk mencari LTT sampai dpt.

Dari dlm bilik FTW dengar kekalutan dan keluar untuk tengok apa yg telah terjadi. Sampai jer dia nampak makcik ma dan long sei sedang bertekak. FTW tegur Long Sei, apahal sambil disebuah meja. Makcik ma tetap bertegas yg LTT tiada disini hanya perempuan2 aje disini. Then Long Sei kata itu lelaki buat apa disini?? sambil menunjuk kearah FTW. Makcik Ma kata itu lelaki yg dibenci oleh orang. FTW dengar ajer perbualan dorang. Then LLF pun sampai. Long Sei kata buat apa kat sini. LLF kata dia dpt tahu yg Long Sei ke mari. LLF tanya tujuan Long Sei kesini. Long Sei kata dia nampak LTT masuk ke sini dan dia berazam nak menangkap LTT dan bunuh LTT. LLF kata takan nak bunuh LTT pasal LTT tu adik seguru bapak FTW. Long Sei tanya adakah FTW akan campur tangan klu dia bunuh LTT. FTW jawab dia tak akan campur tangan. Selagi mak dan HY tak dilepaskan, dia tak jamin tak akan buat something kat dorang. Long Sei pun pandang LLF sambil ckp nah ko dah dpt pun jawapannya. Long Sei kata dia akan kasi hingga esok dan sekiranya perempuan2 tu tak serahkan LTT dia akan bakar tempat tu.Terdengar suara LSW berjalan kearah mereka. LLF tanya kenapa LSW ada disini?? Then Long Sei kata perempuan ini pernah berlakon sebagai pelacur untuk mengenakan dia. Long Sei cuba nak menangkap LSW.Tp LLF menghalang dengan kata LSW adik seguru Puan Fong. FTW menghalang perbuatan Long Sei. FTW kata pada LLF meminta LLF mengawal keadaan disini. FTW pun berjalan masuk ke bilik sambil diikut oleh LSW. LLF pun jerit agar berhati2.

Diluar kawasan rumah tersebut berdiri barisan lelaki menunggu arahan. Setelah mendapat arahan mereka meletakkan ikatan kayu2 kering disekeliling kawasan tersebut tujuan untuk membakar kawasan disitu. Perempuan2 disitu semua risau. LLF keluar dan bertemu dengan Long Sei. Dia bertanya pasal bagaimana klu buku rahsia tersebar. Long Sei kata dia tak moh biar diri dia diikut sentiasa. Oleh itu dia bernekad akan bunuh terus LTT tu dan musnahkan buku rahsia tersebut.

Diluar bilik LSW dan FTW kelihatan sekumpulan perempuan marah2 FTW dan suruh mereka keluar. MCF jalan mendekati mereka. Dia cuba nak dengar apa yg diperbualkan oleh mereka. Tp dia tak dpt berbuat demikian dengan perempuan2 disitu. Dlm bilik itu FTW mahu mak dan HY dilepaskan. LWS ckp 2 hari lagi mak FTW dan HY akan dilepaskan. FTW ckp LSW diperalatkan untuk mengumpan dia kesini agar FTW tak dpt hidu perkara sebenar

Diluar makcik ma dtg dan menyuruh perempuan2 diluar bilik FTW dan LSW balik ke tempat masing2.Perempuan2 tu dengar kata makcik dan pulang ke tempat masing2. MCF at first cam mengikut kemudian patah balik dan mendekati bilik FTW dan LSW. Dlm bilik, LSW tak percaya dia dipergunakan oleh taukeh perempuan.FTW kata lagi kenapa LTT muncul ketika tu??.LSW terfikir sejenak. FTW pun beri lagi beberapa kejadian yg menimbulkan syak wasangka terhadap niat Taukeh perempuan tu. LSW kata klu ko tahu aku diperalatkan kenapa FTW baik terhadap dia. FTW balas pasal ko adik seguru kepada isteriku. Diluar kelihatan MCF lega dengan jawapan FTW. Dia lega yg suami dia tu tak curang.

Di rumah pelacuran, Nam jing, ting wan dan taukeh perempuan sedang berbincang pasal kejadian dirumah tersebut. Nam Jing minta kebenaran nak pergi ke sana untuk menenang kan perempuan2 disitu. Taukeh perempuan setuju. Taukeh perempuan pun turut memberikan pesanan untuk disampaikan kepada mereka agar jangan gentar. Taukeh perempuan bertanya betul ker Tuan Miu akan dtg ptg nanti. Nam Jing kata iya.

Kelihatan Tuan Miu - ayah kepada MCF sedang berjalan menuju ke rumah tumpangan. Kelihatan pintu rumah tumpangan itu telah disita oleh pihak kerajaan. Tuan Miu musykil dia pun tahan salah seorang pejalan kaki disitu dan bertanyakan sebabnya. Orang tu ckp pasal tempohari ada kejadian pembunuhan berlaku disitu. Tuan Miu pun ucapkan terima kasih. Then kelihatan Ting Wan. Ting Wan menjemput Tuan Miu masuk ikut pintu belakang. Di dalam rumah tumpangan tersebut, kelihatan Taukeh Perempuan. Tuan Miu bertanyakan arak dia yg dia jual tempoh hari. Taukeh Perempuan kata arak yg bagus. Then Tuan Miu kata Taukeh Perempuan berani duduk disini walaupun ada kejadian bunuh. katanya Taukeh Perempuan bukan sebarang perempuan. pastu Tuan Miu minta maaf pasal terlebih ckp. Then Tuan Miu tanya macamana Taukeh perempuan tau yg dia ada peta istana. Taukeh perempuan ckp 10 thn dulu tuan Miu pernah jual peta itu kepada Fong Siu Long iaitu ayah kepada FTW. Taukeh perempuan tanya adakah tuan miu ingat. Tuan Miu tanya dia jual pada Fong Siu Long kerana nak menasihati Maharaja ketika itu dah salah bunuh pengikut yg setia. jadi Tuan miu tanya tujuan taukeh perempuan mahukan peta istana itu. Taukeh perempuan kata dia tak moh ckp. Tuan miu kata klu begitu dia balik dulu ler. Tp ditahan dek Ting Wan. Taukeh perempuan meminta agar mengikut dia ke belakang. Tuan Miu nampak mak FTW digari ke tiang. Tuan miu kata tak sangka Mak FTW pun di tangkap. mak FTW marah pasal dia dpt tau Tuan Miu menjualkan peta istana kepada FSL - suami dia hingga menyebabkan FSL mati dibunuh 10 thn yg dulu. Mak FTW kata Tuan Miu tipu dia. Tuan Miu kata Mak FTW tak pernah bertanya dan dia tak pernah menjawab. Taukeh perempuan tanya adakah tuan miu akan menyerahkan peta tersebut. Then tuan miu kata tidak.. taukeh perempuan kata bukan setakat mak FTW dia dpt malah HY juga ditahan. Tuan Miu terkejut yg HY juga ditangkap. Then Tuan miu dan mak FTW cuba berdalih hingga menyebabkan Taukeh Perempuan naik darah dan mengeluarkan arahan bunuh HY. Tp Tuan Miu dan Mak FTW menahannya.

[ Last edited by  ckucin at 2-1-2007 06:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 06:45 PM | Show all posts
[sambungan]

Tuan Miu bersetuju akan bagi peta itu syarat mak FTW dan HY dilepaskan.  Taukeh perempuan kata baik dia kan lepaskan mak FTW sahaja dan mak FTW pergi jumpa FTW. FTW menyediakan wang then setelah Taukeh Perempuan dpt wang baru HY dilepaskan. Tuan Miu bersetuju.

Di rumah perempuan2 tersebut, kelihatan Long Sei berdiri dipintu utama yg telah dikawal beberapa orang. LLF dtg berjumpa Long Sei. Mereka berbual antara conversation dorang, Long sei LLF pernah ker jumpa dengan Taukeh Perempuan. LLF tak kata tak pernah.

Didlm kawasan rumah perempuan2 pula kelihatan beberapa perempuan menangis mengenang nasib mereka. Nam Jing panggil makcik cheng meminta agar mereka jgn susah hati. Taukeh perempuan akan membantu. Nam Jing pun beredar dari situ. Dibelakang Nam Jing, MCF mengikuti Nam Jing dengan pakaian hitam dan penutup muka. Nam Jing sedar diri dia diikuti orang dan cepat melarikan diri dia bawah sidaian kain2. MCF mencari2 kemana pergi Nam Jing. Tiba2 Nam Jing menyerah MCF. MCF dpt mematah serangan Nam Jing. Nam Jing kata bunuh aje dia. MCF kata aku ler MCF. Nam Jing kata dia tak percaya. MCF pun buka topeng dia. MCF minta agar nam jing lepaskan mak FTW dan HY. nam jing tak mahu lepaskan. Then terdengar suara FTW sebut nama Nam Jing. FTW cuba menangkap Nam Jing tp dibantu oleh MCF sehingga Nam Jing terlepas. Dlm berlawan tu FTW terkejut tgk wanita bertopeng tu tp wanita tu dpt lepaskan diri. FTW tak puas hati kejar wanita bertopeng laks. FTW tak tahu itu MCF. [part ni sweet] FTW dpt kejar MCF, MCF cuba berpatah balik hingga terlanggar para tmpt menjemur barang.  then FTW bertanya sapakan wanita bertopeng dan tujuan dia kesini. MCF ckp dia hantar oleh mak dia juga wanita bertopeng tu. MCF pun sebut panggila gelaran dia.FTW tanya kenapa menghalang dia dari menangkap Nam Jing. MCF kata dia rasa kesian pada Nam Jing. FTW kata tujuan nak tangkap Nam Jing pasal dia nak tahu dimana mak dia dan HY. FTW sedang cuba mendekati MCF untuk menarik topeng tu, terdengar suara LLF memanggil FTW.. MCF cepat2 larikan diri..FTW pun ckp isteriku sungguh comel.. [ahhahahahahahaha. suka tgk scene ini.] LLF pun sampai dan minta FTW ikut dia.

Nam Jing sedang jalan untuk melarikan diri. tiba2 pintu terbuka dan Nam Jing ditarik kedlm. Rupa2nya taukeh perempuan. Taukeh perempuan tanyakan situasi kat situ. Nam Jing pun cerita perempuan2 situ semua dlm ketakutan. nam Jing nak beritahu pada perempuan2 disitu yg taukeh dtg menyelamatkan dorang tp taukeh perempuan tak kasi. Dia nak tgk apa lagi tindakan seterusnya Long Sei dan lain2.

Disebuah bilik lain kelihatan beberapa perempuan, long sei, mak FTW, LSW duduk disitu. LLF dan FTW pun sampai. Mak FTW jumpa FTW dan kata dia tak apa2, cuma HY masih belum dilepaskan. Dicelah perempuan2 tu kelihatan Taukeh perempuan memerhatikan agar mak FTW lakukan sebagaimana diarahkan. FTW kata pada Long Sei agar teruskan. Long Sei bagi signal. Kelihatan beberapa kotak besar dibawa masuk. FTW bukak kotak tu. Dlmnya ada penuh dengan duit. FTW suruh perempuan2 tu sampaikan pesanan pada taukeh perempuan agar lepaskan anak dia dan anak taukeh perempuan. Nam Jing pun berjalan masuk dan kata Taukeh perempuan akan jumpa dorang 4 jam kemudian lepas deliver duit tu. LLF kata biar dia bertanggungjawab. FTW kata dia tak moh LLF bertanggungjawab atau buruk padahnya. Diluar pintu besar ke rumah perempuan2 FTW, LLF, LSW, Long Sei dan mak FTW berjalan. Long Sei nak tangkap LSW. FTW kata LSW mesti dihantar ke rumah LLF dahulu dan akan diadili. LSW nak ckp something tp tak jadi. dia pun mengikut Long Sei. FTW nak LLF memastikan LSW sampai. Mak FTW laks balik ke rumah. Then FTW toleh belakang suruh someone keluar. Then nampak MCF dibalik pintu. MCF kata mak dia suruh ikut dorang. FTW kata tak boleh. Klu begitu kata MCF dia ikut jln sana. Then FTW kata bagi satu tugasa agar sampaikan pesanan pada keluarga Fong utk memastikan keselamatan LSW.

Duit2 tu kemudian dihantar ke rumah tumpangan.  LLF dan FTW memerhatikan dorang menjalankan tugas. LLF dan FTW pun tunggu untuk berjumpa Taukeh perempuan kat situ. Lama juga FTW dan LLF menunggu.. Then muncul assistant Taukeh Perempuan menyamar as Taukeh Perempuan. Dia musykil kenapa Long Sei berubah fikiran.
[Flashback sewaktu kejadian pembunuhan 7 ketua kumpulan] FTW tahu Long Sei adalah spy. pasalnya 7 ketua kumpulan tu merupakan kumpulan yg kaya. FTW kata takan hidup Long Sei mau diugut biler ahli keluarga diculik lagi. FTW kata dia pun ada jumpa satu nota pasal nota YM dahulu.
[end flashback]
FTW beritahu pasal skim kejahatan dorang dari mula terjadi hingga skrg..bagaimana dorang memperalatkan LSW dan cuba mengalihkan fikiran dia ke tempat lain.

[tamat]

[ Last edited by  ckucin at 2-1-2007 07:19 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2007 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by ckucin at 2-1-2007 06:45 PM


Tuan Miu bersetuju akan bagi peta itu syarat mak FTW dan HY dilepaskan.  Taukeh perempuan kata baik dia kan lepaskan mak FTW sahaja dan mak FTW pergi jumpa FTW. FTW menyediakan wang then setela ...


thanks 4 the sinopsis.......:tq:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.069023 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list