CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WinXP

ECZEMA & PSORIASIS

[Copy link]
sherie This user has been deleted
Post time 17-8-2007 08:40 AM | Show all posts

Reply #326 adly26's post

brminat ngn herb cream?email [email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 10:31 AM | Show all posts
kalau bab2 ni...cuba sapu/ makan
NIGELLA
dari DCL  atau
minyak kelapa dara
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:10 PM | Show all posts

Reply #357 sherie's post

ubat apa plak yang nak di promote kan ni... boleh tak terus tulis kat sini... senang ramai ramai baca....kalau ok ..ramai ramai pakat beli......
Reply

Use magic Report

sherie This user has been deleted
Post time 18-8-2007 04:56 PM | Show all posts

Reply #359 gdb's post

kan i dh ckp..krim herba..campuran akar2 kayu..nak tlg kawan2 sbb dh 10 thn i cari baru jumpa ubt cam ni..x tau nk ckp brapa ribu duit i dh abis pasal ubt psoraisis ni..inilah pertama kali i jmpa yg paling berkesan..boleh lah u try..u xkan menyesal..
Reply

Use magic Report

sherie This user has been deleted
Post time 23-8-2007 02:07 PM | Show all posts

Reply #241 honeybee1802's post

dh jumpa ubt psoraisis?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 09:39 AM | Show all posts
Psoriasis bukan penghalang untuk bermasyarakat


Perbuatan berjabat tangan dengan orang lain juga boleh menimbulkan masalah besar kepada mereka yang menghadapi masalah psoriasis. Namun, interaksi dan jalinan hubungan dengan orang lain amat penting bagi menikmati kehidupan yang sihat dan normal.

Presiden Dermatologi Malaysia, Dr. Allan Yee, sebelum kita meneliti interaksi kita dengan dunia luar, kita harus terlebih dahulu menerokai jiwa dan perasaan kita sendiri. Dalam mana-mana perhubungan kita perlu terlebih dahulu menerima diri kita sendiri sebelum kita dapat diterima sepenuhnya oleh orang lain.

Mereka yang menghidapi psoriasis, terutama jika ia bermula di peringkat usia muda, lebih cenderung untuk mendapatkan imej yang negatif. Kita perlu memprogram semula sikap negatif itu dan mengesahkan nilai intrinsik diri kita sendiri. Ini tidak terlalu sukar di dalam budaya yang bersifat penyayang.

Oleh itu kita harus berasa girang. Untuk mengungkapkan semula kata-kata Rick Warren, penulis buku yang laris, Purpose-Driven Life sekiranya kehidupan itu satu ujian (dan jika psoriasis merupakan ujian bagi kita), justeru kita tidak harus gagal dalam ujian ini."

Sudah tentu banyak penghidap psoriasis telah melepasi ujian mereka dengan jayanya, kebanyakan mereka merupakan ketua dalam industri masing-masing dan pemimpin dalam masyarakat.

Interaksi profesional

Sokongan psoriasis bermula dengan doktor anda. Berbincang dengan doktor mengenai simptom dan perkembangan anda. Melalui perkongsian maklumat dengan doktor, anda akan dapat berusaha ke arah mencapai matlamat rawatan dan kualiti kehidupan bersama psoriasis yang lebih baik.

Bagi mereka yang berkunjung ke Jabatan Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur, terdapat satu perkhidmatan kaunseling sokongan bagi pesakit baru yang menghidapi psoriasis.

Interaksi dengan keluarga

Keluarga dan rakan-rakan anda juga merupakan sumber sokongan yang penting. Mereka adalah orang yang mengetahui mengenai diri sebagai seorang individu dan menerima anda seadanya.

Pastikan anda berkongsi pemahaman anda mengenai psoriasis dengan mereka agar mereka dapat membantu menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa.

Bawa mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat kumpulan sokongan atau ke tempat mencari ketenangan. Pengetahuan mengenai psoriasis memberi kuasa kepada semua yang berkaitan untuk membantu menanganinya dengan lebih baik.

Bagi keluarga kanak-kanak yang menghidapi psoriasis, amat penting untuk membantu mereka menangani kesukaran dalam perhubungan di sekolah, dengan pembuli, aktiviti sekolah dan guru.

Perlu ada perimbangan perlindungan yang sihat daripada peristiwa-peristiwa negatif tanpa mengeluarkan kanak-kanak itu daripada dunia berinteraksi yang amat diperlukan dengan rakan dan taulan.

Kasih sayang amat perlu untuk menghalang imej negatif daripada berputik. Walaupun penyakit itu belum ada penawarnya, rawatan kini lebih baik dan semakin selamat, dan adalah penting untuk memindahkan keyakinan dan harapan itu kepada kanak-kanak terbabit.

Interaksi dengan kenalan dan rakan sekerja

Apabila anda menerima diri anda seadanya, anda boleh hidup dengan tenang walaupun menghidapi psoriasis. Lagipun, ia bukan perkara besar dan tidak akan mengurangkan nilai diri. Apabila mereka tahu bahawa psoriasis tidak berjangkit dan anda amat selesa dengan diri anda, perhubungan normal akan menyusul.

Interaksi dengan penghidap psoriasis yang lain

Banyak manfaat diperoleh apabila menjadi sebahagian daripada kumpulan sokongan tempatan seperti Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. (PASFT).

Persatuan ini mewujudkan sebuah komuniti di mana mereka yang menghidapi psoriasis (atau artritis psoriasis), keluarga mereka dan sukarelawan boleh berkongsi pengalaman dengan kelompok manusia yang memahami.

Layari www.guidetopsychology.com/ pmr.htm untuk mendapatkan contoh bagaimana untuk melakukan PMR bagi psoriasis atau bagi mana-mana masalah lain yang berkaitan dengan tekanan.

PASFT juga merupakan anggota gabungan Yayasan Psoriasis Kebangsaan (NPF) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, salah satu kumpulan sumber psoriasis yang terbesar di dunia. PASFT menghantar buletin dengan artikel-artikel NPF kepada kira-kira 1,600 ahli PASFT di seluruh Malaysia.

Interaksi dengan komuniti dalam talian

Dalam era teknologi hari ini, anda boleh bertemu mereka yang sealiran secara dalam talian atau online di forum-forum internet tanpa perlu bergerak dari kerusi anda. Bagaimanapun, kami tidak dapat memberi jaminan berhubung ketepatan maklumat yang diperoleh di forum-forum Internet dan seseorang harus berwaspada dengan agenda komersial di belakang sesetengah daripada forum atau ruang sembang itu.

Anda perlu lebih berwaspada terhadap sebarang janji mengenai 'ubat ajaib'. Psoriasis mempunyai satu asas genetik, oleh itu tidak ada cara untuk mengubati psoriasis memandangkan para saintis belum lagi menemui satu cara selamat untuk mengubah gen kita.

Kami ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berhasrat mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis melalui Internet agar mengakses laman web tempatan kami, atau pautan yang disyorkan di bawah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.

Sekiranya anda telah meraih manfaat daripada menjadi sebahagian kumpulan sokongan itu, mempunyai sesiapa di dalam keluarga anda yang menghidapi psoriasis dan ingin membantu orang lain, kenapa tidak menyertai PASFT dan berkongsi pengalaman anda dengan orang lain.

Atau jika anda menetap di luar Lembah Klang, kenapa tidak memulakan satu kumpulan sokongan di tempat anda menetap. Sila beritahu kami bagaimana kami dapat membantu anda untuk memulakannya.

Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT) boleh dihubungi melalui telefon (03-8948- 4335), e-mel:psoriasisassn@hotmail. com) dan surat ke alamat (1, Jalan 14/2C, Taman Serdang Utama, Sri Kembangan, 43300 Selangor).

Mereka boleh ditemui di Internet sebagai satu pautan dalam laman web Persatuan Dermatologi Malaysia www.dermatology. org.my atau pertanyaan kepada [email protected].

Artikel ini adalah sebagai panduan untuk membantu anda memahami dengan lebih baik mengenai psoriasis dan artritis psoriasis. Sila rujuk pengamal perubatan yang berkelayakan sebelum bertindak terhadap mana-mana maklumat yang terkandung di atas. KULIT adalah sebuah program kemasyarakatan yang ditaja oleh Wyeth Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2007 01:21 AM | Show all posts

Psoriasis --

Persatuan Dermatologi Malaysia president Dr ALLAN K.C. YEE highlights an important message: There is no cure yet for psoriasis, but its symptoms can be effectively treated and managed. Be open-minded and work with your doctor.


Psoriasis before and after treatment with an injectable biologic agent.
Psoriasis can be treated in many ways.



Plaque psoriasis.


Guttate psoriasis.



THE object of treatment is to reduce the extent and severity of psoriasis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 10:30 PM | Show all posts

Reply #363 dexa's post

yaa rabbi dahsyatnye.

ku baru kene mende ni.ade resdung nye keturunan pastu adik pernah kene eczema ni.

kalo pakai losyen ok je kan?losyen pape je atau losyen yg takde perfume?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2007 10:58 PM | Show all posts
tryla Gamat HEalin..katanya bagus..try n tawakal lah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 01:08 AM | Show all posts
huhu..
skrg tgh cube homeopati..
doktor tu ader ckp, maybe eczema tu akan bertambah b4 dia ilang..
ni dh bertambah2..
gatal giler...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:37 AM | Show all posts
I ada eczema...
baru je tau coz selama ni mmg mudah alergi pd kulit but recently kena gigit pacat, then terus naik eczema satu badan, hospitalized for few days....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 07:14 AM | Show all posts
Penjagaan kulit ekzema


ELAKKAN pemakaian tekstil sintetik dan bulu yang boleh menyebabkan iritasi kulit.


EKZEMA merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.


Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

揟rend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 06:13 PM | Show all posts
anak aku pernah kena ekzema ni

kesian tenguk dia

tambah2 time dia kena tu seminggu nak hari raya

masa hari raya dia berkurung je

at last gi farmasi beli satu mandian...tak ingat apa nama mandian tu

pelan2 dia beransur hilang...

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 05:37 PM | Show all posts
ade sesapa yg tau tak mana nak survey pasal Transfer Factor ni..ingat nak tgk info pasal produk ni dulu baru nak suh hubby try pakai...sian tgk die
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 09:42 AM | Show all posts
ada apa apa ubat baru yang berkesan untuk psioriasis
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 05:50 PM | Show all posts
so far ubat yang paling berkesan untuk psoriasis.ubat yang sheriz suggest tu..ubat herba tapi tak macam herba pun sebab dia macam cream biasa dan wangi lagi..even proscure pun tak tanding ubat nie..cuma la nie saya stop dulu sebab pregnant takut effect baby plak since tak tau exact ingredient dia...tapi tak salah kalau nak cuba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 03:08 PM | Show all posts
my mum ada penyakit gatal2 satu badan, kulit dia akan tumbuh biji2 mcm ruam n bila dia garu akan jadi keras. seluruh badan dia macam tu. kalau mcm tu kire echzema ker psoriasis atau tak berkaitan coz biala saya baca tanda2 psoriasis, mak tak la sampai mcm tu. cuma badan dia gatal mcm miang gitu.

boleh ker kalau dia nak sapu creame psocure tu or cream herba yg u all cakap tu, kesian saya tgk dia, dah bertahun mcm ni.

lepas tu gatal dia makin teruk bila berpeluh or dia pakai baju ketat sikit (pakai bra ker or panties)

help me please
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 08:33 PM | Show all posts
kalau utk ekzema biase, bulat sesuai guna krim Elomet... Boleh beli kat farmasi..

Kalau tak pun, boleh gak cube Minyak Kelapa Dara BioAsli tu..
Bagus gak produk tu..

Sape nak boleh pm bulat yer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 09:13 PM | Show all posts
aku le ni dok makan kapsul minyak kelapa dara dah dekat sebulan setengah.... so far dah hilang kemerahan kat muka aku........ so le ni aku teruskan je la makan kapsul tu.... aku dah try byk ubat, ada yg sapu, makan, minum and etc... buat masa le ni... ni yg menampakkan perubahan yg ketara....  nanti dalam masa sebulan lagi aku update korang... hopefully bakteria ni terus larik ...... dah bosan aku.... so korang cuba le.... kat pasaran le ni byk kan ... tapi kalau nak yg sama brand dgn aku ni , korang leh pm aku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 09:44 AM | Show all posts
kat pasaran la ni...memg bnyk sgt2 bnda2 yg didakwa boleh mengubati pnyakit ni...
aku nih pon dh lma kna....start aku blaja umo aku 19 kot smpai la ni.....dh kawen umo pon dh dkat 30..huhuhu..lama kn....
slma hmpir 10 taun ni...mcm2 ubat aku cuba....pil,injection, cream.....sume dh cuba....tp bnda ni x kn ilang trussss.....kalo cuaca panas..then berpeluh...bdn pon naik gatal2....mcm ruam kn....
aku pon dh g pakar kulit kt K.L tp mcm tuh gak...kna sapu ubat memanjang....kna rajin sapu baru ilang tp nti kang muncul balik.....hmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.103849 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list