CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gunner

Tekanan Darah Tinggi...Macam mana nak turunkan?

[Copy link]
Post time 7-1-2010 10:07 AM | Show all posts
360# rollasZek

yeapp.. excercise paling penting.. ubat,supplement tuh kebanyakan utk mencairkan darah ajer, tp salur darah ttp clog.. nk kasi clear  salur darah ni laa kene excercise...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2010 11:07 AM | Show all posts
time saya jogging ari cuti samada sabtu atau ahad... tp biasa jogging ari ahad la time pagi... ari lain keja xsempat mau jogging... keadaan stress mmg menyumbang tekanan darah la sbb time aku stress n check bp 154/90...

tp mlm td lepas balik keja, aku check 144/93.... tp yg bawah still tinggi... nek sedara aku sblm ni tekanan dia 200/100, fuhhhh tinggi tp lepas minum susu alpha lipid tekanan dia dh ok plak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 01:14 PM | Show all posts
saya baru makan buah pisang kaki ni..sedap gak.  sebiji rm1.50.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 02:13 PM | Show all posts
time saya jogging ari cuti samada sabtu atau ahad... tp biasa jogging ari ahad la time pagi... ari lain keja xsempat mau jogging... keadaan stress mmg menyumbang tekanan darah la sbb time aku stress n ...
Apok Post at 7-1-2010 11:07


huhuhu....susu alpha lipid....
1 tin kecik harga rm180.....gilerr......
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 05:21 PM | Show all posts
yup mmg mahal ... rasanya nanti nk try lah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 10:50 AM | Show all posts
setau miss..minum jek juz belimbing..start fruit tu...klau nak cepat lagi turun amik belimbing buluh...elok mkn yg masam2 klau org ada hipertension nie...

<<miss pon ada ngak aura2 nak jadik darah tinggi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2010 12:15 PM | Show all posts
nak tanya la belimbing besi ngan belimbing buluh apa beza dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 01:53 PM | Show all posts
belimbing bulan bukuh yg kecik2 tu...biasa org buat sambal belacan.  Belimbing besi yg besar2 tu...saya mmg suka makan belimbing..hehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 02:20 PM | Show all posts
Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
                                        Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan
kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara
terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis yang
nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh).
Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis
atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran
bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang
manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.
Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda
buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah
tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah
bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus , sangat bersari
dan rasanya manis segar.

Kebiasaanya , buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya
diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar
serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran
hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah
belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber
nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk
pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain
bermanfaat dalam :

-menurunkan tekanan darah
-anti kanser
-melancarkan pencernaan
-menurunkan kolestrol
-membersihkan usus.

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat
besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang
berfungsi mencegah penyebaran sel kanser.
Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi-sumber Mingguan Wanita
April04

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan
pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai
pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat
kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah
belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada
dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh
meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya
buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut
halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap
pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing
dua hari sekali.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang
itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan
sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir
atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan
pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk
mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh
masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana
pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah
dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula,
pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering
dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu
juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun
belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya
diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala.
Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar
dan ringworm
(kurap)
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 02:21 PM | Show all posts
Belimbing buluh rawat darah tinggi

Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak terperanjat. BOleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba.
Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu benar-benat memerlukan perubatan moden.

Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah jauh dan untuk kesana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara.

Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran.
Aantaranya ialah belimbing buluh. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil.
Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad memperkenalkan tanaman herba tesebut.

Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman dihalaman rumah.

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebgai pokok teduhan dihalaman rumah.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas,” katanya.
Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbii ini.

“Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang,” kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.
Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.

Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 07:41 PM | Show all posts
356# ciksenyum itu whitecoat hpt namanya ... perasaan takut sebab nak masuk bilik doctor.. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by Apok at 10-1-2010 10:43

nak tanya la.... nanti aku kena check kidney....


dlm surat tu tulis kena check BUSE dan CREATININE.... mcmana diorg check benda ni nanti ek? melalui darah ke?

lg satu, sape dah penah cuba GARAM BOOSTER? ok x untuk HPT ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 01:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Apok at 10-1-2010 10:43

nak tanya la.... nanti aku kena check kidney....


dlm surat tu tulis kena check BUSE dan CREATININE.... mcmana diorg check benda ni nanti ek? melalui d ...
Apok Post at 10-1-2010 09:58


yup amik darah.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by Apok at 10-1-2010 10:43

nak tanya la.... nanti aku kena check kidney....


dlm surat tu tulis kena check BUSE dan CREATININE.... mcmana diorg check benda ni nanti ek? melalui d ...
Apok Post at 10-1-2010 09:58


kenape yer kena cek kidney...ape symptom yang menyebkan kau kena check kidney?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:46 PM | Show all posts
kenape yer kena cek kidney...ape symptom yang menyebkan kau kena check kidney?
mizsela Post at 10-1-2010 14:01


mmg org muda diorg syak kidney problem kalau kena HPT usia muda.... sbb doktor pon tgh wat diagnosis lg... moga kidney ku selamat dari sebarang kerosakan... ameen ya Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 09:46 PM | Show all posts
mmg org muda diorg syak kidney problem kalau kena HPT usia muda.... sbb doktor pon tgh wat diagnosis lg... moga kidney ku selamat dari sebarang kerosakan... ameen ya Allah....
Apok Post at 10-1-2010 14:46


semoga xde pape yer..amin
me skang control bp and cholestrol...harap2 nk benti makan ubat cholestrol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 08:09 AM | Show all posts
harap2 begitulah.... 20hb ni kena la amik cuti nk check darah utk HUPE n CERTININE....

skrg ni tgh amalkan minum garam booster tiap pagi sblm mkn, ubat doktor stop dulu nk tgk camne....sape dgr radio melaka mesti ada dgr pasal benda ni dr puan shida...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 11:06 AM | Show all posts
harap2 begitulah.... 20hb ni kena la amik cuti nk check darah utk HUPE n CERTININE....

skrg ni tgh amalkan minum garam booster tiap pagi sblm mkn, ubat doktor stop dulu nk tgk camne....sape dgr rad ...
Apok Post at 11-1-2010 08:09


bro.. apa tu garam booster?apsal nama mcm nk meningkatkan kandungan garam jer, x burukkan bp ke? heheh aku xpnah dgr la garam booster.. rilex bro.. insya'Allah xder apa2.. harap2 cara idup bro yg kurang excercise and slalu stres punca young hpt ni dan bukan dr kidney problem.. aku pun tgh berdebar ni tggu 21/2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:57 PM | Show all posts
garam booster ni garam yg dibuang sodium dan ditambah dgn potassium... cuba try cari info pasal potassium ni punca menurunkan tekanan darah... potassium ni byk dlm buah2 dan sayur2....

bro 21/2 ada wat ape?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 04:33 PM | Show all posts
garam booster ni garam yg dibuang sodium dan ditambah dgn potassium... cuba try cari info pasal potassium ni punca menurunkan tekanan darah... potassium ni byk dlm buah2 dan sayur2....

bro 21/2 ada ...
Apok Post at 11-1-2010 15:57


aku 21/2 ni second TCA utk wat  ultrasound.. hehehe garam booster tu kita amik camne? melalui masakan ke? mana nk beli? aku dah tukar beras yang disarankan oleh forumer, klu dulu beras siam, skang dah tukar beras herba poni taj mahal.. mcm nama dia mmg mahal pun.. heheheh tp terasa lah perubahan, rasa cepat kenyang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.412960 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list