CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zargoza

[Penulis] SITI ROSMIZAH: Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009

[Copy link]
Post time 3-12-2009 09:26 AM | Show all posts
Bagi aku la... buku AIT tu kan buku awal tahun lepas? ( awal 2008 kot) Buku2 thn ni aku tengok ok semuanya takdela byk salah ejaan dan kosa kata. Itu dah menunjukkan kesilapan penerbit telah diperbaik ...
ntahapaapa Post at 3-12-2009 08:37


Setuju dengan statement ko, ntahapaapa...hehehe...jangankan kerana satu kesilapan kita nak menghukum keseluruhan novel drpd penerbitan tu..sian...dorang pun nak carik makan jugak...pada aku la kan, mmg btol kata ntahapaapa. kalau x puas hati ker knp nk tegur SR & BP tu kat thread ni. kan senang hantar surat ker, x pun jmpa terus dgn editor penerbitan tu..kan bagus...(kita kan satu malaysia, seagama, sebangsa dll)

pernah skali tu, aku hantar maklum balas kat website dorang. dorang reply jer. masa tu aku ada masalah sket dgn buku dorang. dorang ok jer... aku pun xde la nk tulis yg buruk2 ttg buku tu kat thread ni...tp spt yg ntahapaapa kata, dorang mmg dah improve. banyak gak buku2 dorang yg best. aku dah baca street vendetta-mazni [email=aznita@anita]aznita@anita[/email] aruszi & akhir sebuah cinta-siti nur dhuha (dua2 novel tu aku baca sampai 2 kali). aku sendiri x percaya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 03:54 PM | Show all posts
Hemmmm......... betul gak kata 2 kawan di atas. sri pun heran, sejak dulu ada je masalah kat treand kak siti ni. pelik... pelik.
tapi sri nak tau gak, tanggungjawab edito ngan penebit ke untuk betulkan kesalahan cam kat buku kak Siti tu? sri ada baca dalam buku  kak Ramlah, tajuknya sara kirana, kata dalam buku tu, nak hantar novel mesti yang bersih, cantik and kemas. bukan keja penebit nak betulkan kesalahan penulis. tapi cik cintalara tu pulak kata, terserah edito untuk jaga kredibiliti penulis. cam mana tu kengkawan? cintalara ke betul or sara kirana yang salah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 06:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by misznina_frenzy at 4-12-2009 17:42

hai sri...nina ada gak terbaca buku ttg penerbitan buku. selalunya,keje editor mmg utk betulkan kesalahan dan menjaga kredibiliti penulis.tapi, seboleh-bolehnya, manuskrip yang diberikan oleh penulis perlulahkemas dan bersih. kalau x, dah tentulah editor susah nak baca. nina adasorang kawan yg pernah terbitkn buku, dorang kata lain penerbitan laincara pengendalian manuskripnya.

mmg x dinafikan penerbit kenabetulkan kesalahan yg dibuat penulis. tp perlu diingat, manuskrip ygdorang terima kdg2 ada yg x bagus utk diterbitkan. byk sgt typo katmanuskrip asal. melalui sedikit pembacaan mengenai bidang ni, nina tauyg editor xkn terima sesebuah manuskrip tu jika kesalahannya melebihi40%. ditambahkan pula cerita tu mmg x best atau stereotaip...tp adasesetengah editor yg boleh tolerate (info ni dr member merangkap yngpernah jadi penulis).

lazimnya yg kiter dok bace2 slama ni,ayat power jiwang+bunga2 cinta, tp sebaliknya x spt yg kita fikirkan.misalnya, member aku ni dah tulis manuskrip dia dr thn akhir 90-an. tpapa yang dia tulis lgsg x seiringan dgn zaman sekarang. nina ada bacasket manuskrip dia sikit sblm dia hantar ke penerbitan tu. tpmalangnya, kawan nina@penulis kata dia terpaksa ubah 80% sbb takutceritanya tak laku sbb dah out-dated. dari situ, dia slalu berhubungdengan editor dlm menyiapkan bukunya itu. tulah, nampak jer mudah. cubekalau semua buku macam tu, tak ke pening kepala editor tu. nasib baikmember tu jenis sporting yg boleh makan nasihat. nina rasa kalau diakeras kepala smpi skrg bukunye x diterbitkan.

p/s: kepada member aku tu, sori la kalau tercerita pasal kau...u know who u are!
p/s lagi: aku pun nak jadi penulis gak...tp biler ek???
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 07:42 PM | Show all posts
Lama tak masuk, panas lagi thread ni..tapi malas la nak sentuh fasal isu panas-panas tu..saya cuma nak komen tugas editing tu memang tugas editor. tanggungjawab editor nak betulkan mana yan tak cantik atau tambah-tambah sikit mana yang terkureng. tapi kalau semua nak main tolong tambah payah pulak..nanti tak ori lak buku penulis tu. sebab tu penulis la kena hantar manuskrip yang cantik dan kemas supaya kerja editor bukan nak betulkan kesilapan dia tapi menambahbaik supaya jadi lebih cantik..

saya selalu baca buku-buku keluaran BP ni. walaupun saya selalu tutup mata kat kesalahan-kesalahan yang ada dalam buku tu, tapi tak bermakna saya senang hati. kadang kala merungut juga. Yalah kita keluar duit nak baca dengan puas hati, tetiba jumpa ayat tunggang langgang, ejaan salah mcm2 lagi. tapi itu buku setahun dua yang lalu la..memang saya ada banyak tak puas hati dengan buku-buku prima tahun tu sampai rasa cam bosan lak..tapi lepas saya baca beberapa buah buku lately macam di hujung ranting, akhir sebuah cinta dan street vendetta (paling best setakat yg sy baca)..saya rasa BP patut diberi pujian sebab dah improved..mungkin ada banyak teguran menybbkan editor dia lebih berhati2 atau mungkin juga ramai penulis dah tahu tentang konsep hantar manuskrip tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 11:16 PM | Show all posts
Lama tak masuk, panas lagi thread ni..tapi malas la nak sentuh fasal isu panas-panas tu..saya cuma nak komen tugas editing tu memang tugas editor. tanggungjawab editor nak betulkan mana yan tak cantik ...
hauntinggod Post at 7-12-2009 19:42


betul, aku setuju. aku kritik bukan nak kondem, supaya sesebuah karya tu lebih bagus. kenapa ya mesti ada yang melenting? ada tersalah fakta ke? bila dikritik, langsung tak boleh terima, tak berlapang dada. mula nak kata dengkilah, tak blh tengok orang lain majulah. inilah orang kita kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by cintalara at 8-12-2009 00:15
amboi amboi amboi....pedasnya ayat cik/puan cintalara ni ye...cintalara ni macam pelajar terbaik subjek kesusasteraan jer? kalau dah bagus sgt, kan bagus jadi editor...ye la mana la tahu ada job koson ...
misznina_frenzy Post at 2-12-2009 18:48


hai nina. kenapa nak melenting ni? kau editor buku prima ye? nampak defensiflah! tak apalah, sapa pun kau bukan masalah aku.

aku rasa ko tak baca dan faham betul2 post2 aku. aku mengkritik. dan aku pun tak ada kata semua buku terbitan buku prima teruk. sila baca sekali lagi ya cik adik. kalau penerbit/ediot...(ops typo!) editor, penulis tak boleh ditegur atau dikritik, baik tak payah jual buku2 tu. kalau tak bersedia dikritik, terbitkan buku kemudian bacalah sendiri ya. bila buku dijual, maknanya penerbit/editor/penulis mesti bersedialah terima apa pun reaksi pembaca. kan?   

cik adik nina, bengkel penulisan hanya utk org yang berminat tulis novel cinta je ke? genre novel lain atau cerpen, puisi, motivasi dll tak boleh masuk bengkel penulisan ke? FYI banyak organisasi, persatuan penulis atau penerbit2 swasta yang buat bengkel penulisan hockeeyyy. Perpustakaan Negara pun ada buat bengkel tau cik adik nina. thn lepas anis ayuni dan norzailina nordin buat bengkel free kat situ tau sayang. cik adik nina kalau teringin masuk bengkel2 tu blh bagi tau aku ya. aku blh kasi info mana2 organisasi yang buat bengkel. sebut je ko nak yang berbayar ke, yang free ke, mahal ke, murah ke, semua ada.

cik nina, aku bukan nak gaduh2. cubalah kau berlapang dada, baca balik post aku tu ya sayang. kalau ko editor prima, cuba kau tgk balik novel tu. cari balik fakta2 dlm post2 aku. biasanya editor je yang meroyan sbb post aku berkenaan peranan editor.

PS/ kalau takut dengan ombak, jgn main kat tepi pantai tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 11:53 PM | Show all posts
cop, sri nak nyampuk! sorry, tumpang lalu... 2 orang bercelagah? maaf....
sri nak tanya ni, bukan penulis hantar novel ke penebit, penebit akan tebitkan macam yang dia hantar ke? ke kena dibetuikan s ...
sri_andalas Post at 2-12-2009 08:42


beruntunglah editor kalau memang penulis tu kerjanya kemas/tersusun serba serbi. tak payah susah2 nak betulkan sana-sini. tapi malanglah penulis yang kerjanya kurang kemas dan dapat editor yang sentuhannya pun tak kemas.

sri, aku bukannya nak bertelagah tau. aku hanya menyuarakan rasa tak puas hati. aku tak nak terbeli buku2 yg kurang berkualiti macam ni. ini isu kepuasan membeli mcm forumer haunt ckp tu. kenapa mesti nak melatah bila dengar teguran/kutukan/kritikan? org mmg suka dipuji selalu, tp rasa terhina bila ditegur/dimarah/dikutuk. tp yg pahit tu kan ubat. yang manis tu akhirnya jadi racun. kalau semua asyik puji, mana kita nak nampak kelemahan kita?

aku kan ada kata, peranan editor tu penting bagi sesuatu buku. cantik atau tak buku tu adalah cerminan sikap editornya. itu yg aku belajar. itu yg akan aku pegang klu ada rezeki aku jd penulis nanti. tak kiralah aku tulis cerpen ke, novel ke, novel budak2 ke.  

ps/ cik adik nina, kalau aku tulis novel seram nanti aku hantar kat kau, kau tolong sunting ya. boleh sayang?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:08 AM | Show all posts

ho ho... dah panas woi!  rasanya dah lari tajuk ni. asalnya cik/pun cintalara maksudkan kan ke sebab editing buku tak baik? banyak ejaan salah, huruf besar/kecik dah jaga? bahasa tonggang la ...
sri_andalas Post at 2-12-2009 22:42


nampaknya kau betul2 paham post2 aku. terima kasih. oh ya sri, kalau kau nak tambah ilmu dlm soal2 penerbitan ni, kau pergilah mana2 bengkel. tanya je google, insya-Allah jumpa. dlm bengkel2 yg aku pernah pergi, biasanya ada 2 sesi. salah satunya akan menerangkan serba sikit mengenai hal teknikal termasuk proses penerbitan (editing, cara penghantaran m/skrip, hak cipta, dll). klu ko masih tak paham, blh tanya kt penceramah yg biasanya terdiri dr penulis2 tersohor. ko jgn terkejut pulak, dlm bengkel tu bukan cuma peserta biasa, tp ada juga penulis2 yg nak tambahkan lagi ilmu yg ada. kat sini ko blh berkenalan dgn mereka dan korek apa2 yg patut. mcm yg aku selalu buat. byk ilmu dan info yg ko blh tambah wlupun ko bukannya nak menulis sgt pun (mcm aku ler ).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 07:06 PM | Show all posts
aduh panas jugak thread ni... anyway apa2 komen pun ntahapapa harap ia dapat beri  manfaat pada setiap penulis dan penerbit.. penerbit bp pun ntahapaapa lihat banyak improvement melalui terbitan2nya yg terbaru ni serupa kata andalas dan hauntinggod.. novel yg dipersembah nampak gak perbezaan antara cinta, islamik dan lucu.. tahniah! Setiap teguran manfaatkan sebagai ilmu untuk akan datang...

p/s: pts tetap nampak cantik tapi kalau novel alaf kenapa sama je bentuknya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 10:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum.
Dah banyak saya ikuti bual bicara ini. Panas, sejum dan melucukan. Apa yang cintalara maksudkan (kalau salah, minta maaf) - editor perlu membetulkan kesilapan penulis. maksudnya manuskrip yang dihantar penulis mesti dibaiki mengikut kepintaran editor, ya kan? betul begitu cintalara? Dan saya sudah membaca AIT berikutan komen2 di sini.
Memang agak mengecewakan. Cerita ada tetapi bahasa... mak ai, hancur. Memang banyak benar kesalahan2 dan ayat2 pun tidak sematang kedudukan penulisnya - peguam. Dan saya rasa memang penulis menulis tanpa ilmu penulisan dan... editor tidak mengambil berat. Asal ada cerita dan penulisnya berkedudukan, jalan......

Tapi itu bukan salah editor, cik Cintalara. Kerja editor bukan membetulkan tulisan penulis, dia hanya bekerja. penulis menerima royalti dari hasil penulisannya. tugas editor membaca manuskrip, menilai sama ada boleh diterima untuk diterbitkan atau menolaknya dan mengedit dari manuskrip mentah kepada novel (buku). Kalau terdapat kesilapan, editor akan meminta penulis membetulkannya. Kalau editor membetulkan sendiri, maka akan jadilah novel itu novel editor itu. Setiap penulis ada cara masing2, tidak akan ada yang sama. Sebab penulis adalah golongan yang terlalu istimewa, dibekalkan Allah dengan bakat luar biasa, ditambah dengan kreativiti dan ilmu penulisan. Maka mantaplah novel itu. editor tidak boleh masuk campur dalam penceritaan penulis, salah di sisi undang2. kalau nak potong atau cantas di mana2, editor mesti meminta kebenaran penulis. sebab hak penulis pada manuskrip itu.

Saya tidak mewakli mana2 penulis mahupun mana2 editor, cuma saya pernah mengikuti bengkel mengedit buku selepas tamat pengajian lama dulu. notanya pun masih ada saya simpan. Apa yang Sri katakan di atas mengikut pemahaman singkatnya selepas membaca novel Sara Kirana - benar. Saya sudah sempat membaca novel itu selepas seorang kawan memberi tahu banyak tip penulisan novel dititipkan penulis di dalam buku itu. Penulis perlu mengemas manuskripnya, bukan sahaja mementingkan cerita tetapi juga segala2nya. Satu atau 2 kesalahan bolah dibetulkan sendiri edior tapi kalau 1 atau dua ayat, penulis itu sendiri mesti membuat pembetulan. Dan editor perlu adil, tak boleh pilih2 penulis atau manuskrip yang dia suka. Yang mesti diambil berat adalah mutu manuskrip itu. Siapa penulis itu tidak penting langsung.  

Itu sahaja yang saya tahu, harap2nya kesilapan di dalam AIT tidak dihumban sepenuhnya pada editor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:33 AM | Show all posts
Setiap penerbitan memang ada kesilapannya termasuk editor dan penulis. Di sini saya bagi contoh komen seorang pembaca tentang buku kuseru kasihmu dari kaki novel..

Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya titipkan di sini. Ada di antaranya berupa teguran dan ada berupa cadangan penambahbaikan. Pertama, saya dapati saiz aksara atau mata fon yang digunakan terlalu kecil untuk saya. Saya faham andai mata fon yang lebih besar digunakan, ini akan menambah jumlah halaman dan seterusnya kos penerbitan. Namun saya harap pihak penerbit dapat juga mengambil kira pembaca yang rabun dekat dan mempunyai masalah astigmatisme.
Perkara kedua yang saya cukup terganggu adalah terdapat terlalu banyak kesilapan nahu dan penggunaan tanda bahasa. Paling ketara adalah penggunaan imbuhan "di" dan "ke" yang dijarakkan apabila digabungkan dengan kata kerja. Sepatutnya imbuhan "di" dan "ke" didekatkan apabila digunakan bersama kata kerja. Kesilapan ini berlaku dari awal hingga akhir novel ini. Kesilapan ketara yang kedua adalah ayat yang diakhiri dengan tanda koma dan bukannya tanda noktah. Ini berlaku terutamanya pada ayat dialog yang menggunakan tanda pembuka dan penutup kata. Sepatutnya jika tidak ada apa-apa ayat di akhir penutup kata, ayat dialog itu ditutup dengan tanda noktah dan bukannya tanda koma. Saya tidak pasti kenapa kesilapan-kesilapan yang begitu asas ini boleh berlaku. Saya tidak salahkan penulis sepenuhnya, cuma saya harap proses penyuntingan dan pembacaan pruf dapat dilakukan dengan lebih teliti untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan asas seperti ini daripada berlaku dan mencacatkan kisah yang diceritakan.Perkara ketiga adalah mengenai kronologi kisah ini. Pada hemat saya, Bab 62 seperti tidak kena pada tempatnya. Pertemuan di antara Haliza dengan Azlan berlaku semasa Afrina berada di Johor. Ini agak janggal kerana di Bab 61, Afrina telah pulang dari Johor. Saya merasakan Bab 62 sepatutnya diletakkan sebelum Bab 61 untuk menjadikan kronologi kisah ini lebih licin.


sorry la tercopy text ni dari laman web http://novelizzulizzati.blogdrive.com/    mintak ampun mintak maaf tanpa kebenaran aku ambik ni... ni sbg contoh aje...  dari komen2 di ats bagi saya sememangnya sbg pengajaran tanpa menyinggung memana pihak. sebab caranya dgn kata2 yg manis dan brasas... chow!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 12:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by cintalara at 10-12-2009 00:24
Assalamualaikum.
Dah banyak saya ikuti bual bicara ini. Panas, sejum dan melucukan. Apa yang cintalara maksudkan (kalau salah, minta maaf) - editor perlu membetulkan kesilapan penulis. maksudnya man ...
rozr Post at 9-12-2009 10:01


betul sangat tu!

memang dua2 pihak kena ambil berat peranan masing2. itu memang aku faham. tapi aku rasa tak adil menuding pada SR kerana aku kira SR masih terlalu baru dan mentah. perlu bimbingan kerana masih jahil dalam selok belok dan hukum-hakam ketika menulis. oh maaf, aku masih juga meletakkan 'beban' di bahu editor atas sebab pengalaman.

dan SR sebagai penulis perlu lebih teliti dan belajar lebih banyak perkara agar kesilapan dpt diminimakan. jagalah nama baik sendiri. jgn nanti jadi umpatan editor. jaga juga kepercayaan pembaca ya Puan SR.

kerja penulis yang kemas dan bersih akan memudahkan editor. manakala editor yang teliti akan membuatkan karya lebih menyerlah. editor umpama jauhari yang kerjanya menggilap pertama. kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 09:19 PM | Show all posts
ha, dah puas ati sume orang...? cik cintalara, cik ntahapaapa, cik hauntinggod,  misznina_frenzy dan sume yang telibat. cik rozr penyelesai ke? ok lah tu. baulah para editor dalam negara ni sejuk ati. kalau tak, mesti panas punggung, panas telinga punya bila cik cintalara marah2. nyalahkan editor - penyebab buku AIT yg menang anugerah tu teruk. teruk2 pun, menang juga dia...  buku yang diangkat tinggi, dipuji2, konon diedit cantik dik editornya haram tak tesenarai. itulah rezeki namanya. kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 11:50 PM | Show all posts
373# sri_andalas

ko rasa aku marah2 ke? aku tak rasa marah2 pun. aku hanya komen aje. aku tulis kat sini macam gaya aku bercakap. aku rasa ada yg jauh lebih lantang dari ni klu ikutkan post org lain yg lepas2. cuma sblm ni org hanya kondem penulisnya dan tak sentuh aspek lain. jadi bila aku bangkitkan isu lain dlm novel ni, tentulah org lain pulak yang panas punggung. teguran disalah anggap sebagai marah2 pulak. nak buat mcm mana dh bahasa aku ni semula jadi kasar. kalau nk perhatikan bahasa marah2, ko tgk bahasa misznina tu. haha. itu baru marah2. relaks la beb. ini baru sikit jer.

sorilah, menang cara undi ni aku tak salute pun. sama mcm raja sms je. ops, ada pulak yang sentap lagi ni. apapun dh mmg tertulis sejak azali lagi semua ni rezeki milik SR. semoga beliau terus cemerlang lagi dan menghasilkan karya2 yang jauh lebih bermutu dan bermanfaat untuk semua. amin.

encik dan cik editor, jangan marah2 lagi naaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 05:26 PM | Show all posts
buku ini sangat menarik 2 hari lepas aku baru habis baca.
tahniah akak. kemunculan akak memang dihargai
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 07:53 AM | Show all posts
bila lah siti rosmizah nak keluarkan novel terbaru. tak sabar nk tunggu.la ni dok ulang2 bc AIT dgn CK&A...wpun dah bc byk kali, still meleleh ayaq mata...syahdu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 08:47 PM | Show all posts
sy pun sama asyik ulang novel yg dua tu je
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 05:29 PM | Show all posts
info...novel ke3 siti rosmizah, LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU.terbitan syarikat SR sendiri..
www.srpublication.com.my



Penerbit   : SR Publication
Harga      : RM26.90

Sinopsis
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api  kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 02:23 PM | Show all posts
Macam best saja buku terbaru SR,
dah ada di pasaran ke?

Tahniah buat SR kerana melangkah
satu lagi tahap menjadi penerbit pula!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 03:13 PM | Show all posts
Macam best saja buku terbaru SR,
dah ada di pasaran ke?

Tahniah buat SR kerana melangkah
satu l ...
cmf_azure Post at 5-6-2010 02:23 PM



klu ikut web SR, buku ni dh ada dipasaran..aku beli kt website SR,hanya bayar harga buku,kos pos ditanggung leh diorg...
ni utk yg xsabar lah..bg yg blh tahan sabar boleh tunggu pesta buku selangor ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.207719 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list