CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intanbiru

[2011]FILEM OMBAK RINDU

  [Copy link]
Post time 6-12-2011 09:26 AM | Show all posts
Just nk sharing my opinian bout dis movie!

aaron - superb n menjadi watak yg dilakonkan..vamos!
Maya - aku suke maya bwk watak izzah.. lembut, tidak kaku.. sesuai dgn jiwa die..
lisa    - agak dibuat2 n kaku.. cara percakapan aku rase terbelit2 lidah die..ade word yg aku tk  fhm..
Azizah - Watak yg tepat buat die! vamos!

Overall kire ok..  i suke!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 10:30 AM | Show all posts
azizah tu ok tapi aku tak suka sangat bila dia tu over giler nak mampus ... sket sket melekap kopek dia kat si AA ... kot yer pun berlakon perlu ker ko sampai nak kepit orang tu camtu skali... nak munt ... aku nengok...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 11:10 AM | Show all posts
da tgk sunday lps..
sangat sedeh okeyyy....aku rase setiap kali maya n aaron nanges..aku pon nanges..
maya berjaya bwk watak izzah!sangat menjadi..cume slang indon kdg2 kedengaran...
aaron aziz...sgttt ensemm and menjiwai watakk...i'm falling in love with u lah!~nak hubby mcm ni bole?hehehehe..
and lisa...walaupon kayu...sum part aku dpt rasa ape yg die rasa..
part die bercerita dkt maya tu...kesian jgak aku tgk die....mencintai org yg tidak mencintai die...sedey woooo....
tp cpt sgt hariz tu trima izzah...bkn dlm novel lame n mcm2 dugaan ke?
hurmmm....bront mmg sgt awesome..walaupon scene die x byk..tp stiap kali die ckp..cm wow!
and aku suke part pak dollah tiru gaya datin....klakar okey!~
part2 sedeh bg aku...mse izzah merayu time ujan bwk lari die...mase izzah teman hariz kt spital..and mase dorang nanges dlm bilik...adoi...byk btol part sedey....
aku rate cite ni 8.5/10.....superb!~
aku cm nak ulang tgk cite ni lg....weeeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 11:58 AM | Show all posts
akhirnya berjaya tengok cita nih!!

so far sgt suka dgn lakonan aaron...maya & lisa pon best...
mmg seswai watak izzah & mila kat dorang...
something different!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 02:02 PM | Show all posts
HARIAN METRO

Empat hari RM4 juta
Oleh Murshid Eunos
[email protected]
         
SELEPAS beberapa filem arahannya sebelum ini gagal mencatat kutipan membanggakan walaupun mendapat pujian ramai, akhirnya pengarah Osman Ali mampu tersenyum lebar apabila filem barunya, Ombak Rindu mencatat kutipan membanggakan.

Ombak Rindu yang mula ditayangkan di pawagam sejak 1 Disember lalu, mengumpul RM4 juta untuk tempoh empat hari tayangan.
Malah hari pertama tayangan mencecah RM750,000 dan dikatakan mengatasi kutipan filem blockbuster Hollywood, The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 yang ditayangkan 18 November lalu.

Pengarah yang menang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) menerusi filem Anak Halal, menyifatkan sambutan yang diterima itu adalah hadiah daripada kerja keras dan kesungguhannya selama ini.

Katanya, ini pertama kali filem arahannya diterima baik peminat filem tempatan selepas Puaka Tebing Biru, Anak Halal dan Cun. Malah Anak Halal yang menerima banyak pencalonan di FFM21 hanya mecatat kutipan keseluruhan RM2 juta, Puaka Tebing Biru hanya RM1.1 juta dan Cun! RM1.2 juta.


“Saya tidak pernah berkecil hati atau kecewa kerana apa yang penting dalam pembikinan sesebuah filem adalah ikhlas dan terus jujur berkarya.

“Soal keuntungan dan sambutan daripada penonton adalah bonus dan jika ada rezeki, Alhamdulillah.

“Justeru apabila saya diberitahu Ombak Rindu sudah mencapai kutipan RM4 juta dalam masa empat hari tayangan, itu satu suntikan semangat buat saya kerana saya langsung tidak menjang�kakannya.

“Namun itulah rezeki buat saya dan kesungguhan barisan pelakon yang saya sifatkan luar biasa dalam memberikan jalur lakonan terbaik,” katanya.

Mengenai kekuatan atau formula digunakannya menerusi Ombak Rindu hingga mendapat sambutan penonton, Osman berkata, formulanya hanya menekankan sebaik mungkin pada mainan emosi serta garapan pada aspek babak air mata agar penonton mampu mengikuti plot cerita syahdu yang ingin disampaikan.

“Saya akui ada perasaan gusar pada awalnya kerana ada teman yang berbisik kalau-kalau filem ini mengulangi sambutan beberapa filem saya sebelum ini.

“Maklumlah masyarakat kini lebih tertarik untuk menyaksikan filem komedi dan seram.

“Saya percaya populariti novel asalnya turut memainkan peranan penting hingga mampu menarik minat kaki wayang membanjiri panggung. Sebelum mengarahkannya
lagi, kami pernah membuat kajian menerusi laman sesawang mengenai langkah membawa novel Ombak Rindu ke filem.

“Ternyata ramai yang berminat dan saya yakin kebanyakan yang datang menonton adalah mereka yang pernah membaca novel karya Fauziah Ashari,” katanya.

Kata Osman, dia turut turun padang ke panggung untuk meninjau sambutan penonton di beberapa lokasi. Katanya, ada pasangan suami isteri berusia 60-an datang bersama begitu juga pasangan kekasih serta remaja yang menitiskan air mata menonton Ombak Rindu.

“Malah ada peminat sanggup terbang ke bandar utama di Sabah bagi menonton sendiri filem ini selepas membaca ulasan filem dan komen-komen mereka yang sudah menyaksikannya,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 02:26 PM | Show all posts
lagu untuk kamu tuh hafiz nyanyi ke??? ingat pompuan --- maya karin ke???
eddlisa_uyuk Post at 6-12-2011 01:22 AM



    khennnnn...1st time dgr mati2 ingat maya karin yg nyanyi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2011 03:33 PM | Show all posts
memang sangat teruja untuk menonton filem nie
sebab iols pun peminat setia novel ombak rindu
kalau ...
ctsueraya Post at 4-12-2011 17:54



    Setuju!!!!! Dh lama xtgk movie jiwang yg mengalirkan airmataku....habis tudungku jadi mangsa sbb xbwk tissue...huhuhuhu...Tahniah Osman Ali dan semua yg menjayakan filem ini.nk harapkan semua perfect,susahler,kan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:20 PM | Show all posts
OMG! Baru je habis baca novel ni..cant wait to watch this box office show!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 08:26 PM | Show all posts
khennnnn...1st time dgr mati2 ingat maya karin yg nyanyi
yatt_takez Post at 6-12-2011 02:26 PM



    part tgh2 baru tau suara laki rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:37 PM | Show all posts
khennnnn...1st time dgr mati2 ingat maya karin yg nyanyi
yatt_takez Post at 6-12-2011 14:26

motip?.....

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:43 PM | Show all posts
OST OMBAK RINDU VERSI HAFIZ

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:10 PM | Show all posts
Reply 175# choolakaw


   entahnya, beriya pulak diorang kembangkan watak mael tu... perlu ker??


http://azzaazman.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-novel-dan-filem.html
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:18 PM | Show all posts
Reply 360# Rhyno


   hey persoalan awak pun sama dengan saya, saya ada tulis kat blog saya http://azzaazman.blogspot.com/20 ... ovel-dan-filem.html byk sangat lah dia ubah,. patutnya izzah gugur tau, dalam novel kedua baru dia mengandung balik semula, pastu anak tu pun gugur lagi.. masa pakcik taha culik izzah..
teringin nak tengok apartment tu tapi jadi rumah kampung lak. Dan dan umak dato' sufiah pun rumah kayu ala kampung. ish!!!


http://azzaazman.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-novel-dan-filem.html
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:19 PM | Show all posts
Reply 359# eddlisa_uyuk


   suara adira AF kot suara dia kan kasar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:21 PM | Show all posts
Reply 357# wanzulina


   wah awak pun suka novel DONIA dari LAMIA AIMAL tu ke? tu terbitan creative enterprise kan. sebelum alaf 21 muncuk, novel DONIA nilah top. tapi ramai generasi baru tau tau novel ni. sedih gak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply  eddlisa_uyuk


   suara adira AF kot suara dia kan kasar...
AzzaAzman Post at 6-12-2011 09:19 PM


mmg suara hafiz pun............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 01:23 AM | Show all posts
Dah Tengok
Cite Memang Superb Kerana Berjaya Membuatkan Penonton Lelaki Mengalir Air Mata Sama..HaHa


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 11:59 AM | Show all posts
hampeh je baca org lelaki tengok citer neh, sendu nanges2 bagai.membuatkan aku nak tengok pulak citer neh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 12:08 PM | Show all posts
dah tgk movie OR ni..tapi lepas tu tak puas hati sikit..macam kurang "ummpphh"..
kalau buat drama 20 siri memang bagus sekali..
penerbit mana2..buatlah drama..mesti kaya raya korang nanti..
dalam filem cam pendek sangat..
kot panjang sngat nanti cam hindustan pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 12:10 PM | Show all posts
ada yang buat hati kita betul2 sayu...
bila suami sakit tak boleh ditemani..
kena halau pulak dari rumah suami...nak bagitau kat siapa pun tak tau..
sekali dah lama tak jumpa uami..bila jumpa kena caci la pulak..adduuss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.167280 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list