Penggemar sukan papan luncur air melakukan aktiviti meluncur di tengah gelombang ombak besar di Pantai Karambunai, Kota Kinabalu. Sukan papan luncur kini semakin diminati oleh golongan belia dan remaja di sini. Rata-rata peminat sukan itu melakukan aktiviti tersebut semasa musim monsun kerana faktor ombak besar dan tinggi yang membolehkan mereka meluncur dengan baik. FOTO BERNAMA
Kapal penunda tersadai di persisir pantai Kampung Cempaka, Kuantan. Kapal itu dipercayai tersadai hampir sebulan lepas setelah dihanyutkan ombak kuat. Kerja membaik pulih kerosakan kapal tersebut giat dijalankan. FOTO BERNAMA