CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Cerita-cerita Mistik bersama Hantu Killer Part 2

   Close [Copy link]
Post time 18-5-2011 01:03 PM | Show all posts
alah, penat aku taip, hilang pulak! gerammmmmmmmmmmmmmm
hantukiller Post at 18-5-2011 11:57 AM



Kalau panjang2 elok taip kat word dulu ...then paste kat cne.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 01:05 PM | Show all posts
Reply 353# LeEd


    leed dah pandai protect diri sendiri.. dah leh buka pusat rawatan.. minta cadangan nama dari jinjunjulai
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply 363# masyi

Pusat rawatan al-leed

Sy jgk yg sedey.. Sbb xberpeluang
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:14 PM | Show all posts
Reply 363# masyi


   uihss.. mana leh bukak pusat rawatan.. x lepas lagi tuu..kalau bukak pusat.. x leh nak wat ujikaji plak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:14 PM | Show all posts
hihihi tu kebetulan nk protect cik masyi kita yg cun..kang terpeleot kena silat ngan jin if ...
safamm Post at 18-5-2011 11:29


hamboiii.... stetmen kukuh nampak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply  masyi


   uihss.. mana leh bukak pusat rawatan.. x lepas lagi tuu..kalau bukak pusat.. x ...
LeEd Post at 18-5-2011 13:14


Sile jgn bukak pusat merata2
Aurat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 01:18 PM | Show all posts
Tp ape ju ingt, taim masyi kene plengkik, masing2 yg dok mengelilingi sume dh kuar snapang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 01:27 PM | Show all posts
Pada isnin malam selasa 16/05/2011, rumah aku didatangi seorang wanita muda bersama ibubapanya, untuk rawatanlah, takkan merisik kot..hehe

Akupun bersembanglah dulu, bertanya apa permasaalahannya.... ialah aku bukan tukang telek, leh tau apa yg belum diberitau..hehe.

Wanita itu merupakan seorang isteri kedua, perkahwinannya dirahsiakan dari isteri pertama, setelah beberapa lama barulah rahsia perkahwinan itu dibuka oleh sang suami pada isteri pertamanya... dan bermulah dari itu episod kesakitan dan perubahan pada sang suami dan wanita itu....

Wanita itu mendadak mendapat breast canser, sangat cepat membesar, nasib baik ada rakan di hospital yg dapat mencepatkan proses pembedahan dan rawatan radiotherapy.... masih rawatan susulan... dalam masa tu ada juga pergi rawatan alternatif... banyak sangat tempat dia dah pergi sebab memang ada gangguan....

Cuma yg ada nampak kesan perawatannya ialah ketika beliau dirawat di kluang dengan sorang ustaz, ada tindakbalas dengan keadaan rasukan... macam macam jin yg merasuk, siap boleh bercakap siam, asli dsb.. aku pun tak tau sangat sebab yg menyaksikannya ialah kedua ibubapanya, wanita tu pun tak sedar... bagaimanapun ketika rawatan ditempat lain walau dibacakan ruqyah yg panjang dan banyak, dia tak de rasa apa apa, siap ustaz ustaz tuh kata, awak ni ok, tak de gangguan jin ditubuh!!!

Selain itu tujuan dia pergi banyak tempat yg lain sebab gangguan masih ada dan bertujuan untuk memulihkan sang suami yg tiba tiba terus berubah hingga tidak balik kerumah langsung, sentiasa seperti ketakutan bila melihat beliau, pertemuan terakhir ketika dia dirawat akibat canser tu tetapi sang suami hanya berkata tentang cerai cerai... tetapi menangis, sedangkan dia masih kesakitan ketika menjalani  rawatan... amat menyedihkan...

Wanita ini faham akan kedudukannya sebagai isteri kedua, dan sentiasa mengalah, tetapi sang suami seperti bodoh atau dibodohkan sahaja...

Ok aku pun mulalah buat rawatan, dimulai aku saja buat rawatan pada bapanya, buang saka saka dan jin jin yg menempel, zasst rumah dari kejauhan, tetapi ketika zasst rumahnya, si ibu dan wanita ini yg terasa currentnya! Bermakna tubuh mereka ada jin jin menginap yg ada kaitan dengan jin dirumah yg terzasst tadi.... kemudian  giliran ibunya, pada lutut dan tubuh aku zasst...

Kemudian giliran wanita itu, suruh dia duduk dikerusi sebelah aku, aku pun jauhkan meja kaca sebab dah agak bakal ada kerasukan walaupun ustaz ustaz sebelum  tu kata dah clear.. hehe

Seperti biasa aku suruh buka tapak tangan, aku sentuh jari aku yg lemah lembut  dan putih gebu nih, hehe... dia rilek je, aku tanya rasa apa? Dia kata panas kat badan dan rasa kebas kat tangan tu.. aku teruskan agak lama (bukan ambik peluang pegang tangan pompuan tau! Hehe), hujung jari jek! Bila tengok dia macam biasa jek setakan panas badan, aku pun takbah power..hehe.. dan tiup perlahan.. dia masih selamba.. tapi aku tanya rasa apa.. dia kata macam nak pitam!.. aku teruskan tapi dengan hembusan yg mula agak kuat berulangkali dan tangannya mula bergerak gerak seperti orang menari, aku teruskan tiupan lantas dia tarik tangan tetapi mula adengan.....

Tarian tangan je, tarian  siam...siap ada gaya macam orang sembah tokong tuh... aku tanya tanya tapi dia tak jawab apapun, pejam mata tapi terus menggayakan seorang sami budha, bila aku ugut pun dia selamba, aku zasst je, tergolek hehe.... tapi tak lama, dia jadi lagi, pun sama, agak bosan tanya tak jawab hanya ketawa ketawa aku zasst jek, tergolek lagi.... berrulang lagi tapi ada bunyi pulak.... alah perkataan yg aku pun tak reti nak taip.. macam bunyi orang asli kuno ...yg cakap tuh... peteppeteppetep... ah apatah... aku cakap kat mak bapak dia, nih kalau ambik gambar bagus nih, tapi aku tak ambik pun sebab tak ingat kamera aku letak mana... lagipun memorinya dah nak full tuh... mak bapak dia ketawa jek, siap cakap masa dirawat kat kluang tu dirakam jugak!

Bila aku tanya dia sapa yg hantar, dia bagi isyarat tutup mulut, tak mau cerita, aku sebut nama madu wanita tu pun dia buat dodno jek... teruskan peteppeteppetep.... ah lecehlah bual dengan ko nih, kataku.. hehe aku bunuh lah, akupun bangun dan zasst.... tapi liat juga, mengelak dan melawan siap ketawakan aku! Mendabik dada macam kuat, aku zasst dengan tangan kat bahagian belakang badan  baru tergolek... hehe

Lepas tu jadi lagi dan lagi, ada yg bercakap ada yg hanya pergerakan tangan dan aktiviti menyembah aku, seolah olah minta ampun, banyak cantek! Aku bukan tuhan ko kataku dan aku zasst, tergolek..zasst tergolek..... dan bila ada yg nak bercakap aku biar lama sikit...ada yg bahasa cina, siam..... aku tanya sapa yg hantar dia tak mau cakap, tapi bila aku sebut nama baru mengaku..sebab aku kata.. betul ke? Angguk anguk.. dan zasst.... banyak kali sangat akupun dah tak ingat berapa banyak... dan ada masanya jin islam yg merasuk, siap beristighfar dan baca selawat minta maaf pada aku... dah dah dahla tu, minta maaflah akupun dah tak mau kacau budak nih, aku tobat aku tobat, tapi aku seperti biasa dengan kebrutalannya... oooo ko selama ni ada peluang bertobat ko tak mau tobat, nih dah mampos batu nak minta ampun!, sorry, seekorpun aku takkan lepaskan malam nih, aku tak kira ko islam ke kafir ke, tak de agama ke, siam ke, asli ke... pasti mati hari nih! Dengan angkuhnya aku menyombongkan diri! Hehe... dan aku zasst yg tu... jadi lagi dan lagi...

Ada masa tu dia dirasuk jin islam lagi, kebetulan aku di call oleh rakan, dan aku suruh datang jek, sebab ada kes rawatan jugak.... masa jin islam tu merasuk, kebetulan anak aku yg kecik menangis sebab terhantuk bergumpal dengan kakaknya, meraung kuat, jin tu ketawakan aku sebab aku jadi geram bising sangat, hehe aku pun tegur anak anak aku kat dapur tu suruh diam.... ketawa kuat jin tu... tapi aku tak banyak cakap, cepat ko mengucap aku nak bunuh nih, dia selawat je, tak ngucap pun tapi aku zasst jek!

Tiba tiba satu jin merasuk pulak, islam juga kot sebab cakap melayu, terus bangun nak keluar rumah, nasih baik aku kat pintu, terus tutup pintu, berebut dengan dia, aku kunci, dia bukak..sambil berdiri sebab aku kunci atas, bila dia dapat bukak kunci tuh, siap bersorak, ye ye dapat bukak kunci!!!, aku geram dan pelik, dia tu tak tinggi sangat tapi leh pulak sampai kunci rumah aku yg tinggi tu! Bila dia nak buka pintu jek, aku malas nak lawan tarik tolak pintu, aku zasst je dari belakang terus pengsan sambil berdiri, taulakan kalau orang tengah berdiri tiba tiba kene tembak, apa jadi, hampir tersembam kelantai la, nasib baik aku sempat sambut dengan kegagahan aku.... ingat bukan ambik peluang tau! Bini orang tuh! Hehe aku pun letakkan kat lantai dan alaskan dengan bantal... alah tak lama bangun lagi.. macam macam lagi...zasst zasstzasst

Salah satu jin islam, dampingan ustazah tu sendiri siap berkata sian budak ni, dia baik, tuan aku yg jahat sangat, muka dia teruk sangat, dia buat agar laki budak ni nampak budak nih macam mayat dan menakutkan, kat laki dia banyak sangat jin jinnya, macam macam jenis yg ada, sebab dibagi dalam makanan... tapi biasalah aku, jin jin yg dah kacau manusia nih tak de ampun, aku zassttttt tapi ada juga masa yg aku nak zasst boleh jerit, ko tak leh bunuh aku, aku kuat aku kuat hahaha... macam iblis jek aku tengok, tapi biasalah aku kan power, hehe mula mula saja baca ayat quran biar mak bapak dia nampak aku ni perawat islam la....tapi ruqyah memang tak de kesan pada iblis nih, dia ketawa jek, aku pun bangun dan zasst kat tengkuk , terkulai layu juga..... dan  wanita tu dirasuk sambil penghujung tu ifrit ditubuhnya menampakkan padanya tentang tubuh suaminya yg dah rosak teruk akibat sihir....menangis dia kesedihan kerana kesian pada suaminya tu.... dan dia nampak juga ustazah tu, rupanya dah melampau menggerunkan kerana berwajah jin....

Aku zasst zasst sampai sedar,  tapi walaupun dia sedar dia masih menangis dan berkata tentang apa yg dia dah nampak tentang suaminya tu ketika rasukan tadi... bila dah lega, aku suruh duduk membelakangkan aku untuk aku zasst bagi habis segala sarang jin ditubuh tuh beserta jin jin yg masih bersembunyi.... alhamdulillah selesai tugas aku malam tu, ada lah dalam 2 jam jugak, berpuluh ekor jugak tu.....

Pengajarannya : bahaya jadi isteri kedua walaupun madu tu dari kalangan ilmuan agama, kerana syaitan tetap berusaha menyesatkan seluruh umat manusia..... berhati hatilah mencari pasangan hidup!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 01:34 PM | Show all posts
Pada isnin malam selasa 16/05/2011, rumah aku didatangi seorang wanita muda bersama ibubapanya, untu ...
hantukiller Post at 18-5-2011 13:27


seramm
dijauhkan la dr jd no 2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:36 PM | Show all posts
kesian dorg suami isteri....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply 369# hantukiller


    salam..
bini 1st org tu ustazah? pergh...seram terus aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 01:39 PM | Show all posts
oleh kerana cerita tu agak panjang, nanti aku copy kat blog darulhantu je... senang sikit orang nak cari
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply 373# hantukiller


    wak..wak tak citer lg pasal amik semangat org len..nak tau....(muke berharap..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 01:44 PM | Show all posts
Reply  hantukiller


    wak..wak tak citer lg pasal amik semangat org len..nak tau....(muke ber ...
ieezzo Post at 18-5-2011 13:42
maaf, cerita sebegini tak leh cerita kat public, nanti jadi tohmahan dan diluar fikiran manusia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply 375# hantukiller

sile cerita apa itu nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply 375# hantukiller


    owh....ok2..akur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 02:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 18-5-2011 14:06

Reply 369# hantukiller

    betul tu HK...samada bermadu atau tak ngn org ada nampk
    kuat ugama nih..setan tetap setan....kalu cemburu dah sampai tahap gaban...
    ilang semua, telekong, Qur'an...solat, siksa kubur, hisab akhirat...
    yg dia hingat cuma obses dia tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 02:53 PM | Show all posts
waktom.... berbalik pada kisah wanita isteri kedua tadi, apa jadik ngan breast canser dia tu setelah selesai zasst? masih perlu teruskan pengubatan moden ke? dalam kes camni biasanya bakal berulang ke atau dah kira selesai?  

tq in advance....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 02:58 PM | Show all posts
kesian jugak pada suaminya kene sihir tu... wak tak boleh ikhtiarkan sesuatu ke utk pulihkan beliau sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:08 PM | Show all posts
WAK SOALAN: Kenapa jin islam tu tak mahu mengucap hanya berselawat je walaupun dah tahu nak kena zassst.?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.110942 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list