Post Last Edit by masdiana-ana at 17-6-2011 10:39
Apa Kata GUA 2011 : Bakat Baru Yang Perlu Diberi Perhatian
Industri hiburan tanah air saban tahun dimeriahkan dengan kemunculan bakat-bakat baru. Ada yang tidak begitu menyinar dan ada juga bakat-bakat yang berjaya mendapat tempat serta boleh diketengahkan. Berikut merupakan 5 bakat baru yang perlu diberi perhatian pada tahun 2011. 1) Shahz Jaszle Bakat Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin mula dikenali selepas membintangi drama Bionik di TV3. Shahz yang mula berkecimpung dalam dunia seni tempatan pada usia 19 tahun kemudian membina profilnya dengan baik sekali apabila mendapat banyak tawaran berlakon dalam drama dan telemovie.
Antara drama dan telemovie yang pernah dibintanginya ialah Luna Fantasiku, Tari Tirana, Bila Mama Pakai Celana, Dari Mata Ke Hati dan Bola Cinta. Malah, drama bersiri Asmara di TV3 juga telah mengangkat namanya sebagai hero pelapis baru bagi industri seni tanah air.
Selain berbakat, pelakon berusia 23 tahun ini turut memiliki pakej yang lengkap dari segi paras rupa sekaligus memudahkannya untuk mengukuhkan lagi nama yang sedang dicipta. 2) Ana Raffali Bakat penyanyi ini mula dikesan oleh komposer, Aidit Alfian yang secara kebetulan melihat persembahannya di laman web, Youtube. Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali kemudian menjadi artis di bawah naungan syarikat komposer tersebut iaitu Aidit Alfian Records. Ana yang terkenal dengan imej berbaju kurung serta memetik gitar ketika membuat persembahan merupakan seorang pendatang baru dalam dunia seni tanah air yang berkebolehan untuk menyanyi, menggubah lagu serta menulis lirik. Penyanyi berusia 25 tahun ini cukup popular dengan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil serta lagu duetnya dengan Sohaimi Mior Hassan dan Altimet iaitu Kalau Berpacaran. Selain itu, lagu popularnya, Tolong Ingatkan Aku turut tercalon di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25. Malah, beliau juga merupakan antara bakat baru yang diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di pentas berprestij, Istana Budaya. 3) Faezah Elai Faezah Elai, seorang lagi pelakon drama bersiri, Asmara yang patut diberi perhatian untuk tahun 2011. Faezah memulakan karier lakonannya menerusi drama bersiri Cinta dan Keadilan namun lebih dikenali selepas berlakon dalam filem, Otai arahan Prof. A. Razak Mohaideen. Walau bagaimanapun, penampilan pertamanya dalam dunia perfileman dikritik hebat apabila lakonannya dalam filem tersebut dikatakan kaku.
Namun, selepas membintangi banyak drama, telemovie dan filem, lakonan gadis kelahiran Pulau Pinang ini semakin bertambah baik. Faezah terkenal dengan drama Enigma, Sutera Maya, Hartamas, La Dolce Amira selain bakal muncul dengan filem Adik Manja Returns, Cun, Senjakala dan Mantera. 4) Najwa Mahyiddin Pemilik nama Najwa Muhyiddin ini pernah membuat persembahan yang cukup memukau bersama Yuna dalam Konsert Malam Nada Biru. Memiliki vokal serak basah yang mantap, Najwa dilihat mempunyai potensi tinggi untuk terus bertahan lama dalam industri seni tanah air. Penyanyi yang menyemarakkan genre muzik soul dan jazz ini mula dikenali menerusi lagu duet dengan Malique berjudul, Kau Yang Punya. Pasangan ini kemudian berganding sekali lagi dengan lagu berjudul Senyum yang cukup popular di corong radio. Walaupun merupakan anak seorang pemimpin, artis yang sedang meniti kegemilangan ini lebih mahu dikenali dari bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya. 5) Mizz Nina Kemunculan semula Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman menenerusi kolaborasi bersama penyanyi serta penulis lagu dari Amerika Syarikat, Colby O’Donnis ternyata membuahkan hasil di luar jangkaan. Mempertaruhkan lagu What You Waiting For, ia telah memberi satu impak yang besar dalam kerjaya seni penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew ini, sekaligus melonjakkan namanya lebih tinggi dalam industri muzik tempatan. Malah, siapa tahu dengan bakat yang ada dalam diri wanita berusia 30 tahun ini, beliau mampu membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa pada masa depan.
P/S FAEZAH ELAI DAN SHAHZJAZLE ada masuk top 5 antara bakat2 baru yang menyerlah untuk tahun 2011..tapi FE bakat baru ke..FE dah lama ok..cuma tahun 2011 nie memang tahun bertuah untuk FE pasal banyak filem2 dia yang terbaru yang belum dan telah ditayangkan masuk pagawam.. |