kalau pok nik ajis, baru pakai selipar crocs palsu buatan siam, baru keluarkan drpd supik gelenyar tak sempat sampai masjid, SPRM dah tunggu di tempat wuduk dah prprprprprprpfftttttttt
alah..bukan perkara baru pun mereka2 ni buat fitnah..macam AN cakap kat atas tulah..kes altantuy ...
Anak_Nogori Post at 14-7-2011 16:08
wahh... sebab takder satu pihak berkuasa berani nak siasat gelang nih pun dah kira pitnah jugak laa.. betul2 maksum laa pemimpin2 UMNO nih... takder salah dunia akhirat sikit pun walaupun dah rompak duit rakyat malaysia sebab takder yg nak siasat.. maksum bak tuhan.. patut laa sujud sampai ke lutut...
kalo la aku ada 74 juta tu... aku dah resign keja......... bolelah utk bekal sampai anak cucu
rosmah ni menggerunkan la... tak rasa bersalah langsung berbelanja jutaan dalam 1 masa..
kalo btllah rosmah nih banyak gun duit rakyat.... mmg hina dan jijik sangat la dia tuh
dia tak terpiki ke kesusahan rakyat marhaen mcm aku nih bersesak tiap bulan nak agihkan gaji utk keperluan sendiri dan keperluan membayar smua cukai2 kerajaan...
sedangkan dia senang2 perabiskan smua duit2 tu... dia tak rasa apa yg aku rasa
Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.
"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.
Harga Zebra Safari tu USD540,000 sepasang.. baru lar logik sikit harga nih.. Big Picture
The story of the ring comes hot on the heels of another revelation: that RM1.6 million worth of bangles worn by Rosmah looked identical to the “Zebra Safari” collection produced by the same manufacturer.
News portal Free Malaysia Today earlier said that according to Jacob & Co, the price for the pair of bangles is US$540,000 (RM1.65 million).
“Each bangle is studded with 751 stones 30.00ct of black diamonds and 34.50ct 961 stones of fancy intense white diamonds,” the company replied in an email to the portal.
dulu kerajaan kata menteri2 kabinet kene declare harta....tapi declare kat PM je....sepatutnya dclare pada Parlimen...tapi x dgr lagi sape2 menteri yg declare pun???
thread camni kat forum.lowyat dah kene delete lak...sana info lagi terang psl screen capture tu ngan ngape kene declare etc etc ......x sempat nak save lak