CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

Najib sudah murtad, hadiri acara Thaipusam

  [Copy link]
Post time 16-2-2012 06:40 PM | Show all posts
"sesungguhnya setiap amalan itu dngan niat"


gambo tu bleh beri macam2 persepsi ni..seme disebabkan undi...x kira la,lambang mata kerr dacing kerr,.nilai umatmuslim muslimat disandarkan kepada niat, perbuatan dan ucapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 06:47 PM | Show all posts
kalau PR semuanya biarkan aja...penyokong vongok PR kata tak apa..kalau org kerajaan buat baru harom ...
jAck666 Post at 16-2-2012 14:30



    takbiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 06:52 PM | Show all posts
"sesungguhnya setiap amalan itu dngan niat"
  

gambo tu bleh beri macam2 persepsi ni..seme dise ...
bluezink Post at 16-2-2012 18:40


kan aku dah cakap. dua2 pun dari lobang yg sama. lobang sekular.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:15 PM | Show all posts
"sesungguhnya setiap amalan itu dngan niat"


gambo tu bleh beri macam2 persepsi ni..seme disebabkan undi...x kira la,lambang mata kerr dacing kerr,.nilai umatmuslim muslimat disandarkan kepada niat, perbuatan dan ucapan
bluezink Post at 16-2-2012 18:40



    PHOTOSHOP!




Blogger Panglima Perang Cyber mendedahkan ada lahanat PKR cuba mengaibkan Perdana Menteri dengan tanda calit di dahi.

Gambar ini diambil dari twitter totok PKR bernama Kamal Zakariah. Adakah benar gambar di atas ?



Barangkali terlalu kelam kabut mahu menutup 'kemaluan' Tuan Haji Anwar Ibrahim, juak-juak PKR hanya mampu melakukan superimpose gambar Najib.

Gambar Najib ini cukup mudah dicari di laman web. Klik sahaja google image, nescaya keluar gambar ini ...





Atau mungkin rakyat boleh melayari laman web ini, bagaimana juak-juak PKR begitu terdesak menggunakan gambar Najib sebagai galang ganti untuk diaibkan.

http://komunitikini.com/news/sarawak-election-najib-pledges-rm4-5mil-to-research-on-fish-species





Come on Tuan Haji Anwar Ibrahim ... budak-budak you patut buat homework lebih sikit sebelum blast gambar fitnah di laman web. Nice Try Anyway ...





http://www.tamilnet.com/pic.html?path=/img/publish/2007/02/priest_rajapakse_vaharai_01.jpg&width=800&height=522&caption=


Bila agaknya blogger-blogger pembangkang mampu memberi bukti gambar Sivaji Pandikutty Anwar Ibrahim ini juga adalah superimposed ...





Come on blogger-blogger pembangkang, Hurry Up Motherkungfuer ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:21 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 12:22 AM | Show all posts
Deyyyyyyyyy yenade
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2012 12:26 AM | Show all posts
Reply  tobby


    Ni upacara keagamaan ke? Haram ker menyanyi & menari atas pentas camtu? Dia m ...
Manami Post at 16-2-2012 17:12



    Haha! Waktu aku daftar utk ambik BR1M dulu, siap diorang tanya lagi aku undi kat mana, DUN mana Parlimen mana. Last2 diorang rejek permohonan aku.. well, tak apa, aku mmg selama2nya takkan mendaftar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:56 AM | Show all posts
Muhibah yang bukan hampiri syirik


Datuk Aziz Jamaludin Md. Tahir
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).



RENTETAN teguran melampau sesetengah pihak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Batu Caves semasa meraikan Thaipusam memberikan satu tafsiran bahawa orang Islam tidak digalakkan meraikan sebarang bentuk perayaan agama bukan Islam, walaupun kunjungan itu bersifat muhibah dan menghormati resam kehidupan bermasyarakat.

Ada pendapat menyifatkan kunjungan itu menghampiri perbuatan syirik, kerana menghampiri atau cuba memahami perayaan agama bukan Islam. Rakyat yang mudah percaya terus percaya dengan pelabelan itu, kerana ia dikeluarkan oleh seorang yang mengetahui lebih dalam mengenai agama.

Itu berlaku kepada Perdana Menteri. Bagaimana pula pandangan masyarakat dan orang yang sama mengkritik kunjungan tersebut apabila mengimbas semula beberapa sejarah yang pernah dicipta oleh seorang ulamak parti pembangkang apabila turut sama di majlis pembukaan sebuah 'kompleks ibadat' bukan Islam di dalam persekitaran masyarakat Melayu.

Pemimpin ulamak itu bukan sekadar hadir, bahkan berucap dengan memberikan pandangan bahawa tidak salah tindakan itu kerana Islam adalah sebuah agama yang mengamalkan toleransi dan tidak menjadi suatu kesalahan jika kita memasukinya asalkan tidak terikut-ikut dengan agama mereka. Itu berlaku beberapa tahun lalu apabila Mursyidul Am Pas, mengunjungi rumah ibadat masyarakat keturunan Siam di Gong Balai, Bacuk, Kelantan.

Semasa kunjungan itu, patung Buddha berdiri baharu siap dibina dan ketinggiannya melebihi bangunan dua tingkat. Tidak kedengaran para kadi, mufti dan mereka yang boleh dipanggil ulamak berani berkomentar, kerana yang nak ditegur itu bukanlah seseorang yang tidak mengetahui hukum agama secara mendalam.

Jika mengambil perbandingan daripada dua peristiwa itu jelaslah komentar dan pandangan terbaharu yang dikeluarkan mempunyai unsur politik, bagi membuktikan keulamakannya menjadi popular dengan teguran tersebut. Seharusnya, mereka yang berkomentar itu boleh membuat penilaian secara lebih menyeluruh, bahkan ketika Nabi Muhammad SAW berada di Madinah baginda tidak pernah mengharamkan sebarang kunjungan orang Islam ke sinagog Yahudi ataupun tempat-tempat ibadat penganut agama lain.

Al-Quran dengan jelas memberikan penegasan bahawa: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat (memberi wala') orang- orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta mengusir kamu.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al-Muntahanah ayat 8-9.

Di sini bermaksud membuat kebaikan kepada orang yang bukan Islam seperti menghadiri jemputan mereka atau mengunjungi ke tempat perayaan agama mereka serta melawat rumah ibadah mereka seperti gereja, kuil dan sebagainya tanpa melakukan upacara ibadah mereka adalah termasuk dalam pengertian berbuat baik kepada mereka apatah lagi sekiranya seseorang itu sebagai pemimpin kepada rakyat.

Salah faham mengenai kunjungan muhibah yang cuba disama ertikan dengan kunjungan ritual seperti dilakukan oleh penganut Hindu dengan tujuan memohon restu Dewa Subramaniam adalah sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam itu sendiri. Ini kerana, Islam meletakkan peraturan bahawa menghormati agama lain selain Islam tidak akan menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agamanya.

Terkeluarnya seseorang itu daripada pegangan Islam adalah apabila menyekutukan ke Esaan Allah SWT. Ini bererti jika kunjungan muhibah itu hanyalah sekadar kunjungan hormat tanpa mempunyai niat mengamalkan gerakan ritual yang sedang berjalan, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap syirik.

Bahkan, Dr. Taha Jabir al-Alwani menjelaskan, "kita melihat bagaimana kelompok yang dikenal dengan Islam politik mengertikan Islam dan syariat Islam secara sempit, sebagai sistem hukuman. Kita mendapati sebahagian besar dari mereka yang meneriakkan jargon-jargon "penerapan syariat", dan yang mereka maksudkan dengan syariat itu adalah bentuk hukuman.

"Kita juga melihat sebahagian pemerintahan Islam berlumba-lumba menerapkan beberapa bentuk hukuman syariat untuk membuktikan kesungguhan mereka dalam beragama dan menjalankan syariat-yang terkadang diertikan secara sempit sebagai bentuk hukuman. Meneriakkan jargon-jargon itu ... termasuk sarana paling berkesan untuk menipu umat.

"Mengertikan secara sempit "ayat-ayat yang melarang orang untuk melampaui batas-batas (hudud) Allah" sebagai bentuk-bentuk hukuman yang ditentukan Allah merupakan cara paling mudah untuk menarik dokongan majoriti mukmin dan mendorong mereka menentang pemerintahan yang ingin digulingkan." (Taha Jabir al-Awani, Tiada Paksaan Dalam Agama, 2008:29)

Pola masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, kedudukan agama selain Islam diberikan kebebasan untuk berkembang manakala setiap orang diwajibkan menghormati keyakinan yang berbeza itu. Dalam perbezaan itulah Allah SWT meminta setiap manusia supaya saling kenal mengenali, dan untuk kenal mengenali adalah dengan bergaul mesra.

Pergaulan itulah membentuk persefahaman, maka prinsip itu juga mula diamalkan oleh parti pembangkang apabila melenturkan sebahagian fatwanya sendiri yang menganggap bukan Islam itu sebagai "berkawan dengan kafir."

Sebagai sebuah negara yang mementingkan kesejahteraan hidup bersama, agenda pembangunan masyarakat, kerukunan hidup merupakan fardu kifayah yang wajib diberikan keutamaan oleh seseorang pemimpin. Prinsip hidup secara bermuamalah itulah yang boleh menjamin agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dalam prinsip pengurusan masyarakat pelbagai kaum, adalah menjadi kewajipan seseorang pemimpin itu untuk memahami dan membantu kaum lain kerana ia dikutip daripada prinsip kebertanggungjawapan. Kunjungan muhibah Perdana Menteri itu adalah bukti bahawa dengan memberikan sokongan moral ia akan membangkitkan semangat untuk terus hidup sebagai sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.

Bukan Islam juga merupakan rakyat dan sebahagian daripada entiti negara yang wajib dihormati selagi mereka boleh menghormati prinsip yang dipersetujui bersama yang dikenali sebagai Rukun Negara. Asas yang ingin dibentuk menerusi Rukun Negara ialah masyarakat yang bersatu padu dan kemudiannya dikembangkan semula menerusi gagasan 1Malaysia.

Dalam Islam, prinsip toleransi yang dimulai oleh teladan Rasullullah SAW dan dihangatkan kembali semasa perayaan Maulidur Rasul beberapa hari lalu melambangkan betapa segarnya nafas kehidupan bermasyarakat yang dibentuk menerusi legasi Madinah.

Ketika berhijrah ke Madinah, Rasullullah SAW tidak memerintahkan semua pemeluk agama lain meninggalkan agamanya secara kekerasan.

Bagi mereka yang ingin kekal dengan agama asalnya, mereka dibenarkan melakukan ritual masing-masing dengan syarat terus menghormati Islam. Prinsip kebebasan sedemikianlah yang diamalkan di Malaysia, di mana rumah-rumah ibadat diberikan kelulusan pembinaannya manakala penganutnya bebas mengamalkan kepercayaan yang diwarisinya.

Melakukan kebaikan kepada orang yang bukan Islam seperti menghadiri jemputan mereka atau mengunjungi ke tempat perayaan agama mereka serta melawat rumah ibadah seperti gereja, kuil dan sebagainya tanpa ikut melakukan upacara ibadah mereka adalah termasuk dalam pengertian berbuat baik dan menghormati kepercayaan beragama.

Seseorang pemimpin berusaha memenuhi tanggungjawabnya, termasuk undangan ke majlis-majlis tertentu sama ada berbentuk kebudayaan.

Malah dalam ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, bukan Islam turut diberikan penghargaan sebagai tokoh Maulidur Rasul kerana menyumbang keringat dalam pembangunan kehidupan bermasyarakat dan negara.

Kalau Nabi Muhammad SAW boleh menyuapkan makanan saban hari kepada seorang lelaki buta Yahudi, walaupun lelaki itu sentiasa membenci baginda, maka tidak ada sebab yang jelas kita boleh menghukum hadir dalam majlis keagamaan masyarakat bukan Islam itu sebagai bertentangan dengan Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 10:57 AM | Show all posts
Penjelasan Harussani legakan semua


NAJIB Tun Razak dan Harussani Zakaria kelihatan ceria ketika mengadakan pertemuan selepas menghadiri Seminar Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


SYUKUR Alhamdulillah, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah melegakan hati kita semua.

Seminggu lalu beliau melahirkan rasa terkilan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan 'menggadai akidah' dengan menghadiri upacara Thaipusam.

Kenyataan itu telah menimbulkan polemik, malahan di kalangan pembangkang mereka menjadikan ia sebagai modal politik.

Selain itu ada pula orang Melayu yang gundah-gulana kerana kenyataan Harussani tersebut. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.

Hari ini Harussani kembali membetulkan kenyataan beliau itu. Harussani menyatakan sebagai Perdana Menteri adalah tidak salah untuk Najib hadir tanpa niat merayakannya atau reda dengannya.

Kata Harussani, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Harussani juga menjelaskan tidak salah Perdana Menteri memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan berkenaan ialah ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Terima kasih saya ucapkan kepada Harussani yang telah membuktikan beliau seorang yang bertanggungjawab dengan kenyataannya.

Ini menunjukkan manusia tidak akan lari daripada berbuat silap. Justeru, diharapkan agar semua pihak, khususnya para ulamak dan cendekiawan Islam agar tidak membuat sebarang kenyataan dan tuduhan yang melulu ke atas sesuatu perkara tanpa siasatan kerana setiap perkataan yang mereka keluarkan akan memberi impak yang tidak sihat.

Masyarakat mudah menghukum dan menerima bulat-bulat apa yang mereka katakan kerana disandarkan pada agama.

Di dalam Islam, perkara yang tidak menjadi isu, jika diperbesarkan akan menimbulkan polemik yang kurang baik kepada ummah.

Untuk pembaca pula, adalah menjadi tanggungjawab untuk mengkaji dan tidak terus menerus melabelkan sebarang hukum hanya dengan kenyataan seseorang. Perpecahan akan timbul di kalangan umat Islam andai perbuatan mengeluarkan fatwa melulu dan menerima fatwa tanpa usul periksa diamal.

Sekali lagi, sekalung terima kasih saya ucapkan kepada Mufti Perak dan tahniah kepada Perdana Menteri atas kebijaksanaan memimpin rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

MELAYU MUSLIM,

Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:04 AM | Show all posts
sejak bila masing2 amik hukum dan fatwa Mufti Perak ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 12:26 PM | Show all posts
Lepas Anwar Ditandey Depan Api Suci, Najib Pun “Nak Ditandey” Jugak?

February 17, 2012   



Saya senyum sumbing apabila cybertroopers yang mungkin diupah Anwar ‘kantoi’ lagi membuat fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Begitulah balasan dari Allah SWT kepada mereka yang berniat jahat dan suka menabur fitnah…

Mungkin Anwar terlalu tertekan dengan kenyataan sendiri yang memakan diri ketika di wawancara Wall Street Journals pada 26 Januari lalu. Imejnya hancur teruk apabila pemimpin-pemimpin dan gerakan-gerakan Islam terkemuka seperti Hamas, Fatah, Ikhwanul Muslimin, golongan ulama di Indonesia serta ramai umat Islam mengecam ‘Imam Mahdi’ itu.

Sedang dia dihentam dari segenap keliling arah, tiba-tiba Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikan ‘bola tanggung’, kononnya menegur Najib kerana hadirkan diri pada sambutan hari Thaipusam baru-baru ini. Maka menyalaklah puak-puak pembangkang menghentam Najib, khususnya YB Pas paling bodoh, Mahfuz Omar, yang menuduh Najib melakukan dosa syirik.

Sekonyong-konyong puak-puak itu terkedu seketika apabila Mufti Perak itu menyatakan rasa tersinggungnya atas kenyataannya itu diputar belit oleh media pro-pembangkang. Harussani menegaskan bahawa tindakan Najib itu tak salah pun dan tidak pun menggadai akidahnya sebagai umat Islam sebagaimana yang dikatakan Mahfuz dan konco-konconya…

Kemudian, timbul pula cybertroopers pro UMNO yang menyiarkan gambar Anwar yang diusung pada satu perayaan Ponggal. Lebih hebat, Anwar disaksikan seolah-olah menyertai upacara ‘pooja’ dan memakai ‘tandey’ di dahi! Tindakan bijak tersebut jelas mampu membuat Anwar pitam!

Maka kalutlah juak-juak Anwar mencari jalan untuk mengatasi masalah yang ‘memakan tuan’ itu. Niatnya mahu menyerang Najib – Thaipusam, tapi Najib selamat la pulak. Anwar pulak yang sangkut teruk dengan pesta perayaan ‘Ponggal’ itu. Sudahlah isu beri sokongan pada Israel belum selesai Anwar dibalun setengah mati, Allah turunkan bala percuma pulak dahhhh..!

Maka cepat-cepatlah cybertroopers Anwar buat cerita. Kononnya Najib pun pakai ‘tandey’ macam Anwar!

Tapi taktik tu tak menjadi apabila fitnah bergambar itu ‘kantoi’ dan dibuktikan ‘superimpose’! Sila lihat dibawah buktinya…

Kononnya Najib “ditandeykan”…

Gambar Najib disunting dari sini…lihat gambar yang dibulatkan…



Dan gambar “aci tukang tandey” itu disunting dari sini…

Memalukan bukan? Inilah cara puak-puak Pakatan Haram selama ini. Setiap kali ‘kantoi’ memfitnah kita kemukakan segala bukti dan fakta. Tapi, rakan-rakan kita di seberang sana memang tegar dengan Anwar. Mereka lebih suka pemfitnah dari penegak keadilan. Anwar yang memuja Israel itu juga yang ‘disembah’ siang dan malam…

Kadangkala, saya rasa sedih dengan sikap rakan-rakan kita di sebelah sana. Mereka mempunyai mata untuk melihat, tapi mereka ‘buta’. Mereka punya telinga untuk mendengar, tapi mereka ‘pekak’. Mereka punya akal, tapi mereka lebih memilih untuk menggunakan kepala lutut untuk berfikir.

Firman Allah menjelaskan golongan itu seperti haiwan, malah lebih teruk! (..ulaaika kal an’aam, bal hum adhal..). Saya tetanya-tanya bilakah hidayah Allah itu akan hadir dalam jiwa mereka dan semoga mereka sedar tentang kelemahan yang ada serta kembali ke pangkal jalan selagi belum terlambat. Insaflah wahai saudaraku…

Saya tidak menyatakan bahawa UMNO dan BN itu sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT. Memang ada kelemahan dan kelemahan itu sedang diperbaiki dari masa ke semasa. Sebab itulah Najib gesa transformasi.

Transformasi bukan reformasi. Transformasi itu dibuat untuk islah, manakala reformasi dibuat untuk menjahanamkan pihak lain. Najib lebih gemar membuat perubahan dengan membina dan berbeza dengan pendekatan Anwar yang lebih gemar mengikut cara Yahudi yang mahu berkuasa dan meruntuhkan pihak yang lain.

Justeru, sudah-sudahlah berfikiran negatif. Marilah bersama kami. Janganlah buat fitnah dan malukan diri sendiri macam di atas tu lagi. Ia mampu menjatuhkan maruah sendiri saja. Jom transformasi, tolak reformasi!

p/s:- Punya la despradonya puak2 sesat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 01:01 PM | Show all posts
murtad turun !!!

biar Muyiddin naik!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 23810 Replies : 300
Gempar! P. Diddy belasah kekasih viral
maklukpenggodaGempar! P. Diddy belasah kekasih viral
Views : 10265 Replies : 2
Di akhir hayatnya, kerajaan PN tidak henti henti menaikkan harga minyak
KnightsDi akhir hayatnya, kerajaan PN tidak hen
Views : 4541 Replies : 71
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 271624 Replies : 6748
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 12038 Replies : 90
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33750 Replies : 268
Jangan ambil mudah 'Miss V' longgar, suami tak puas
JoyahMengayahJangan ambil mudah 'Miss V' long
Views : 12337 Replies : 79
50% wanita kekeringan faraj
JoyahMengayah50% wanita kekeringan faraj
Views : 27617 Replies : 34
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 74101 Replies : 751
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 9972 Replies : 66

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073724 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list