CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cherzx

PELBAGAI RESEPI AYAM

[Copy link]
Post time 11-5-2007 02:39 PM | Show all posts
Ayam pedas serai resepi kak noor hannah.. kismis tak buat kering tapi berkuah sikit...sedap sangat... tq kak noor



[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 17-5-2007 12:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 10:22 PM | Show all posts

nk tnye nih..

kalo ayam lemon tui.. kita tak bakar bleh tak? kita goreng ayam lemon tu ada apa2 kesan tak?

mahap laa saya budak baru blaja
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 12:53 AM | Show all posts
wah syoknye ,lepas ni blehla masak utk hubby yg tak bleh tinggalkan ayamnye hehehe,hari2 mau mkn ayam...sampai pening tak tahu nak masakan mcmana...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by millennium girl at 11-5-2007 10:22 PM
kalo ayam lemon tui.. kita tak bakar bleh tak? kita goreng ayam lemon tu ada apa2 kesan tak?

mahap laa saya budak baru blaja


millenium girl..kalau goreng tak berkuah.. rasanya tak sedaap kot.. tapi cubalah try sbb tak pnah cuba lagi versi goreng..kalau panggang boleh makan skali ngan sos dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 06:15 PM | Show all posts

Reply #361 kismis's post

Kismis, phoenix tak jumpalah resepi ayam pedas serai ni. Nampak mengancam tul.

Nak tanya, ada sesiapa tahu resepi Chicken Kadai tak ? Phoenix selalu makan kat Indian Restaurant kat saudi ni, makan dgn roti, memang sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 05:37 PM | Show all posts
Phoenix - ada kat archive resepi kedua2 tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2007 08:00 PM | Show all posts
saya suka mkn hati ayam. selain dr di goreng, apa resepi yg sedap masak hati ayam nie yer?
lagi satu nak minta petua mcm mana nak goreng hati ayam nie supaya tak meletup..

terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 10:45 AM | Show all posts
kaklia teruja ngan resepi Jeni ....





sori Jeni...
kakliza copy n paste dari Jeni jer...


Rosemary Grilled Chicken Fillet
Inspired by Jamie Oliver/Jeni ~ Resepi.net


Bahan-bahan
4 ketul boneless chicken
10 gm rosemary kering
1 tsp serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
2 tbsp minyak zaitun
Garam secukup rasa
Lemon

Cara Membuatnya
  • Tumbuk rosemary bersama bawang putih.
  • Keringkan ayam dengan paper towel. Lumurkan ayam dengan minyak zaitun, rosemary yang telah ditumbuk dengan bawang putih, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Masak atas frying pan atas api yang sederhana supaya bahagian dalam ayam masak sekata tanpa menghangitkan luar ayam.
Sedap dimakan dengan salad, mayonis dan perah lemon ke atas ayam yang telah dimasak tadi. The leftovers can be used to make sandwiches the next day

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by seri06 at 16-5-2007 08:00 PM
saya suka mkn hati ayam. selain dr di goreng, apa resepi yg sedap masak hati ayam nie yer?
lagi satu nak minta petua mcm mana nak goreng hati ayam nie supaya tak meletup..

terima kasih..


sellalunya kakliza kakliza tutup kuali tu semasa menggoreng..

hati ayam tu selain dari goreng saja kkliza akan buat..
masak kicap..
rendang..
goreng berlada..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 12:08 PM | Show all posts
owh...ni resepi pandan chicken....sapa yer yang request hari tue.....



Pandan Chicken (utk 4 org makan )

1/2 ekor kot ayam (potong kecil2 mcm kiub kira2 2 inci lebar dan di buang tulangnya ,besar skit dari kiub nak buat satay laa..)

Bahan A:
satu biji bawang besar (bawang bombay tue...) or 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang serai
(blend sumer bahan2 di atas)

Bahan B:
1 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa (biar manis skit baru sedap)

daun pandan kira2 8-10 helai utk membalut ayam

cara2:

- campurkan bahan2 yang sudah di blend dengan bahan B....masukkan ayam dan perap selama 1 jam, kalau perap semalamam lagi bagus.

- kemudian ambil beberapa ketul ayam dan bungkus di dalam daun pandan..bungkus seperti nak bungkus ketupas daun palas gitu....selit hujung daun pandan di celah lilitan nya supaya ia tidak terbuka, atau pon bulih juga di sematkan dengan pencungkil gigi.

- goreng ayam2 yang sudah di bungkus di dalam minyak yang panas hingga masak.

NOte : pandan chicken ni sedap di makan bersama nasi ayam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2007 08:03 PM | Show all posts

Ayam Kukus

Resipini dari jiran kat kampung....my favorite bila rasa nak mkn ayam yg lebih menyihatkan selain ayam yg dibakar..




Ayam Kukus
Bahan2
300gm ayam
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotongkecil)
beberapa cili padi (dipotong)
sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
garam secukup rasa

cara-cara
1.Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perapayam semalaman atau 3-4 jam.
2.Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
3.Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.
*Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknyasendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 01:29 PM | Show all posts
..lagi koleksi ayam goreng berempah...makan panas2 sedap oo..




Ayam Goreng Berempah
Sumber : Variasi Masakan Mami oleh Hajah Fadhilah Hanoum

Bahan
1 ekor ayam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 09:21 AM | Show all posts
best pulak ayam masak kicap campur nenas nih...


Ayam Kicap Pedas
Sumber : Chef Wan

Bahan-Bahan
10 keping ayam - digoreng terlebih dahulu
6 batang cili kering }
8 biji bawang merah }
3 ulas bawang putih } digoreng dan dikisar
1 cm halia }
1 cm lengkuas }
1 sudu teh kunyit serbok
1 cawan nenas - yang telah dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - dipotong 2cm panjang (maklang ganti ngan carrot)
2 biji buah tomato - dibelah empat
2 tangkai daun bawang - dihiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap (mklang tak letak pun)

Cara Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi
bersama kunyit serbuk.
2. Masukkan stok ayam berkicap, timun dan ayam dan digaul rata.
3. Seterusnya masukkan sedikit air, asam jawa, nenas. tomato, gula dan garam.
4. Setelah masak hidangkan ia dengan hirisan daun bawang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 03:38 PM | Show all posts
haaa maklang...ni pulak resepi drummets goreng berempah ita...original resipi lagikk...idea resepi yg tetiba muncul entah dr mana... nama resepi pun ikut suka hati jer taruk, entah sesuai ke tidak dgn ingredients dia...cubalah pd sapa2 yg sudi...senang & simple jer...



DRUMMETS GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

1 packet drummets AYAMAS (nak guna yg spicy pun boleh)
2 ulas bwg merah ~ dihiris nipis
1 ulas bwg putih   ~        "
1/2 inci halia         ~        "
1 biji cili merah      ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 camca teh rempah biji (rempah yg org guna utk buat kari ikan tuuu...yg ada biji sawi, halba, jintan manis & putih tuuu)
1 camca teh kicap pekat
2-3 biji ubi kentang ~ potong gaya bebas
1 biji tomato           ~              "
1 mangkuk (kecil) air
Garam & gula

Cara membuatnya:

1. Goreng ubi kentang hingga masak dan kekuningan. Angkat dan ketepikan kemudian goreng pula drummets hingga masak. Ketepikan.

2. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris beserta dengan daun kari dan rempah biji. Kacau hingga wangi.

3. Masukkan air, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati. Sesuaikan rasa.

4. Masukkan drummets dan kacau lagi hingga bersalut dengan bahan-bahan lain.

5. Padamkan api dan masukkan tomato dan kentang goreng tadi. Gaul sebati dan hidangkan.

Notes : Jika suka pedas, boleh masukkan serbuk cili atau cili kisar. Tumiskan bersama bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #370 hairanaz's post

Pandan Chicken (resepi hairanaz:tq



1'st time buat pandan chicken..sedap & harum baunya masa menggoreng tu..hubby minta buat lagi lenkali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 09:53 AM | Show all posts
to maklang,

tenkyuu so much for the great idea of using oats to coat the chicken. asik dok guna bread crumbs jer pastu kebetulan ada oats kat dapor..huihuihui..seronok kita!

though instead of garam, kita tambah spices sket, like serbuk ketumbar, garam masala, pepper and parmesan cheese sedappppppp gile!

thanks again mak lang!

this is my version of maklang's chicken in oats




[ Last edited by  nhuda at 29-5-2007 10:21 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2007 10:04 AM | Show all posts

Reply #377 CikKiahAbd's post

terpegun jap tengok gambar/snap shoot CikKiah..persis hasil kerja photographer tu..masakan pun nampak sedap:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 06:20 PM | Show all posts

Reply #378 zieA's post

thanks zieA

kadang2 jadik hobby nak try recipe baru sbb nk amek gamba..bukan sbb nk makan sgt
byk nk kena blaja lagi pasal food photography ni..kita ni kira amateur lagi sebenarnye, kamera pon takdela canggih mana..cuma reti edit gamba sket2 je..gamba asal idok la lawa mana pon
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 12:02 AM | Show all posts
ayam oats cikkiah ni tangkap leleh betul la....kita pon byk oats dlm pantry ni..harap2 x xpired lagi hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 10:34 PM | Show all posts

Teriyaki Chicken with Steam Rice

Resepi ambik dari Friday Magazine complimentary with Friday's Gulf News



[/img]




Ingredients

80ml Japanese soy sauce (shoyu)
2 tbsp sugar
2 tbsp oil
4 large skinless and boneless chicken breast halve
1 large Golden delicious apple, peeled. cored and grated
Steamed Japanese white rice, for serving

Method

Gently heat soy sauce and sugar in a pan until sugar has dissolved. Put chicken in a pre-heated, lightly oiled, cst-iron pan and cook for 1-2 minutes on each side, pressing with a spatula to keep flat. Pour the sauce over the chicken. Add apple and stir well to mix. Cook over gentle heat for five minutes or until the chicken is tender when pierced. Turned the chicken over and baste with sauce several time during cooking.

Remove the chicken with a slotted spoon. Cut the chicken on the diagonal into very thin slices and fan out the slices on warmed plates. Boil sauce until it has reduced slightly, then spoon it over the chicken. Serve at once with steamed rice.

:kunyah: :kunyah: :kunyah: :kunyah: :kunyah: :kunyah: :kunyah: .......sedappppppp.





Ok hari ni saya dah try resepi ni bawah ni gambar-gambar dia............


[img]http://[/img]


Mula-mula fillet ayam tu di masak dengan minyak zaitun 2 sudu dengan api serdehana dan tekan-tekan supaya leper.

[img]http://[/img]

Ini rupa dia selepas saya masuk kan sos kicap soya dan gula

[/img]

Ok lepas tu masuk kan apple............saya guna sebiji apple fuji

[img]http://[/img]

Ini lah hasilnya tak lama sekejap aje siap dalam masa 15 minit...simple kalau rasa malas nak masak heavy2.....nasi tu guna beras basmati dari india sebab takde beras jepun...

[ Last edited by  izaina72 at 28-5-2007 10:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.924243 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list