CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akakbosan

[MISTERI SETEMPAT]Kisah2 Seram Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 11-9-2013 08:58 PM | Show all posts
akakbosan dulu sy kerja radicare masa opis masih dkt kaw umah akakbosan. saya bangunan belakang dkt restaurant penang vill tu, bhg training dan mmg angker tahap dewa masa tu. klu semua dah balik dlm kul 6 camtu sy stay lg n mesti dengar bahagian atas yg x berpenghuni meja dan kerusi ditarik2 meriah gituh. klu radicare bahagian depan lg lah kawan saya kata siap tunjukkan diri smpi klu stayback memalam utk buat budget sure x boleh nak potostate sebab dia lepak2 kat mesin tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2013 09:15 PM | Show all posts
laila_zi posted on 11-9-2013 08:58 PM
akakbosan dulu sy kerja radicare masa opis masih dkt kaw umah akakbosan. saya bangunan belakang dkt  ...

Boleh?!! Lepak2 kat mesin photostat lagik! Owhhh tidaaak..

Area akak ni antara yg tertua kat TTDI ni katanya, belah2 nun baru sket compared to kat sini. Tapi macam belah sini jah yg paling angker... سبحا ن الله

Tadi anak akak dok ralit dgn video game lagi time2 dah nak Maghrib dalam bilik gelap.. Tetiba dia menciput masuk bilik akak.. "Mummy.. something pegang me kat sini!" sambil tunjuk kat pinggang dia. Hmmphh.. daya imaginasi tinggi ke budak ni... atau....

Dulu2 bilik ni, asal kita bukak je pintu ada mainan anak akak -- kereta yg bunyi2 tu-- akan berbunyi dengan sendirinya. And mainan tu perlu digerakkan utk ianya berbunyi... Tapi ni tak bergerak puuun.. dok atas shelf... Haaaaaa biar diri akak diselubungi misteri.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:35 PM | Show all posts
kuat semangat akakbosan. masa saya kerja dkt WIM dulu, masa tu masih kat kaw rumah semi d dkt rumah habsah hassan pun blh tahan gak. mcm rasa kena perhati selalu pas tu rasa mcm penuh jer ruanh kat rumah tu wpun sy sensorang. tapi dulu2 slalu buat bodoh jer wpun rasa takut tu tahap bla berjalan jer mesti nak pandang2 belakang. seriau sgt tapi alhamdulilah hijab masih tertutup.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 11:58 PM | Show all posts
eh ada kes bunuh diri today? tgk.pic tu...tu dekat je opis lama i dulu....kfc pun dah takde..bertambah la hantu kat area ttdi...i tgk mayat..mesti terbayang2..susah nak lupa iskkkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:57 PM | Show all posts
agaknya mamat nepal ni xde niat nk bunuh diri...just nk tarik perhatian...
skali tergelincir...melayang nyawa....x psl2 je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 02:04 PM | Show all posts
akakbosan posted on 11-9-2013 12:43 PM
Hadoiiiiiiiiii....  dekat dengan umah akak tuuuh...

Macam Miss P Central la plak TTDI ni eh ...

biasanya golongan2 mcm ni just nk menampakkan diri jek...xde la smpi begomol bagai...lawakla akak ni..
rs2 x penah lg dgr org mati kena bunuh ngan hantu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2013 02:27 PM | Show all posts
Ada link x video terjunan merbahaya tu...?
dh cari x jumpe
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 02:37 PM | Show all posts
nepal tu nak sangat balik... sekali dah jatuh mati lak.. memang sungguh la dia balik tp jenazah la... adoii laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2013 02:44 PM | Show all posts
grafreak posted on 11-9-2013 06:31 PM
macam2 versi dengar.

bomba dah pasang tilam angin, dia elak p sebelah, pastu x balance and jatuh. ...

Akak rasa mungkin juga dia sengaja golekkan diri jatuh. Sebab kalau dia nak lompat, "design" bumbung tu tak membenarkan. Kalo flat macam kotak jah bangunan tu, boleh lompat biasa.. Tapi ni dia golekkan diri.

Akak tengok bideo smals.. Dia punya impact (bila badan bertemu tarmac) = 2(mass x velocity)/time, laju jugak dia jatuh (disebabkan aksi bergolek) dalam masa beberapa saat jah... tu yg "jalan" almost serta-merta, walaupown bukan dari bangunan yang begitu tinggi. Gamaknya. #teoritaklehpakai

Akak tak pernah terer Fizik, subjek paling akak menyampah sekolah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:23 PM | Show all posts
akakbosan posted on 11-9-2013 02:08 PM
Hadoiiiii... trauma di pagi hari kitorang di TTDI nih...

Akak plak pi time dia atas bumbung tu.. ...

masa area kol 9 lebih camtu nampak dia duk atas bumbung dah..hulur ke hilir kat atas tu..
so amik la gambar dia...mcm dekat la duk area tu sbb bole perasan muka die tu...

ish mcm terbayang2 plak muka die duk tengok2 org kat bawah...
seraamm la pulok...uuwawaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 03:33 PM | Show all posts
Kisah Rumah Akak Pt 8

(sambungan -- Maaf momod kalau posting ni takde kena-mengena dengan insiden di TTDI per se tapi sebab dah start citer, moleklah kalo kita habiskan, dak?)


Penampakan Che' Pon mulut berdarah di perkarangan rumah oleh B buat dia tak mau dah datang ke rumah akak. Dia takut kalo2 benda tu ikut dia lagi dan menjejaskan ketenteraman hidup akak & anak2. Dah la pulak anak akak yang autis tu & yang bongsu memang boleh nampak makhluk2 alam lain ni. Yang sulung dulu boleh nampak jugak tapi bila umur melepasi 9-10 tahun gitu dia dah tak ada lagi citer2 nampak benda yang "bukan2" ni.


B pergi berubat merata tempat untuk selesaikan masalah diehard fan molotz berdarah dia ni… segala Darul, segala pusat rawatan Islam, segala orang alim yang dikatakan kasyaf sumer dah dicuba. Sampai ke Indonesia pun dia berkelana, pergi jumpa Sheikh Arab yg dikatakan raqie (pengamal ruqyah) terkenal. Kat sana dia jumpa macam2 orang yg pergi berubat. Bila kena ruqyah sampai muntah2, menjerit2, jadi berang pun ada. (Kat sini pun ada gak mcm tu… akak pernah pergi. Agak skeri… sebbaek akak tak semena-mena bukak langkah silat pulut   masa kena ruqyah walaupun dikata akak ni "kuat saka nya"   Akak pernah nampak budak kecik bersilat sket punya terer masa kena ruqyah...)

Menurut kata B (ini dialah yg kata ya… kot tipu dia, tipu la akak… but seperti yg akak cakap dulu, B ni lurusss bendul orangnya, tak pernah lagi akak tengok dia menipu) benda tu akan tinggalkan dia waktu dia pergi berubat. Bila dia tak berubat, dia datang balik… dok manja2 uraikan rambut dia kat B tengah2 dia tido… Dok teman dia dalam keta…dok bersimpuh ayu atas katil menunggu dengan penuh tawaddhu' bak isteri di malam nikoh... Kadang2 tengah mandi pun ada skals dalam bilik air!


B pernah gak pi berubat dekat tempat Serap Muslim tu… but hadoiiiii akak rasa macam mengarut jah! Sekali tu aje la dia pegi ke Pusat Rawatan Al-H*d*y*h tu, tak pegi2 lagi dah. Kekononnya "scan", ada 23 jin, 11 roh bergentayangan, 12 setan dan tahapa2 lagi dalam badan dia. Boleh?! Apa2 la laboo… akak ada opinion akak tentang "roh" ni, orang lain mungkin lain pulak pendapatnya… so kita leave it at that ajelah ek?


Masalah dgn B ni… dia tak istiqomah dalam berubat.. try macam2 benda tapi tak istiqomah. Dalam ke-desperado-an dia nak pulihkan diri, sampai join group tarekat mengarut yang bertopengkan Islam tapi sebenarnya buat benda syirik. Astaghfirullahaladzim. Sejak dia tinggalkan group tu, dia kena ganggu lagi… tapi itu 'buku' lain pulak   Lepas itu dia selalu pi jumpa seorang alim di bahagian utagha tanah ayaq yang dikatakan kasyaf. Pak cik tu nasihatkan dia untuk mantapkan ibadah saja, kuatkan pertahanan dalaman dengan bacaan Al Qur'an sentiasa tanpa tinggal. Solat tu opkos la khen.. dah tanggungjawab… tapi mesti di masjid, berjemaah sokmo.


So… skrg ni B kalo tak buat kerja dia, kat masjid ajelah. Nak ajak jumpa pun kena arrange time yang tak mengganggu solat berjemaah di masjid. Baca Al Qur'an kena istiqomah.. hari2 subuh dan sebelum tido. Bukan takat baca… kena paham… dan apply dalam segala aspek hidup. (Kita yg tak kena ganggu pun kena buat cenggitu sebenarnya khenn...) Kalo terpaksa pergi tempat2 yg akan terexpose dengan 'fitnah donia' (eg 'pasar'/supermarket dengan iklan2 pompuan setengah bogel sebagai contoh ya.. ) solat sunat 2 rakaat dulu, minta perlindungan daripada fitnah, zina mata dan sebagainya. Panggung2 wayang ni dia dah tak masuk dah, mengelak syubhah. So basically dia kena bersihkan diri dia… "bersih" sebersih2nya.. ikhlas kerana Allah..  


Alhamdulillah… semenjak dua menjak ni dah takde dah bau2 busuk di rumah dia. Dia pun dah tak sebut dah pasal si molotz berdarah ni… benda tu tak suka orang yg dok masjid sokmo gamaknya. Tapi agak lama jugaklah gangguan Miss Universe (bak kata @mamaezah ) mulut berdarah ni pada B.

Katanya ada pompuan bunuh diri kat apartment Pantai Dalam tu.. Termengandung anak bf tapi bf lahanat tinggalkan dia, tu yg dia bunuh diri tu. Qarin dia saja nak menyakat kot… tah2 TERberkenan kat B pulek... for whatever reasons. B ni baik sangat orangnya, sejak azali. Tak pernah nak cakap buruk2 pasal orang, in fact tak suka bercakap/bercerita pasal orang langsung. Sentiasa husnul dhan dgn sesiapa jua. Kalau dia dengar orang bergossip dia akan tegur suruh kita stop…. and dia akan menghindar. Bukan akak nak cakap dia bagus sebab dia adik akak… tapi itulah dia. Kadang2 orang yg macam dia ni, lagi banyak ujian kot... Allahua'lam.


TETAPI….  (tak banyak dah sambungannya kisah umah akak, last dah ni, kisah akak "melibas Yeti"… citer pendek2 jah tinggal…. Kita sambung keysah TTDI plak nanti)


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:26 PM | Show all posts
akakbosan posted on 10-9-2013 02:28 PM
Pokok ketapang tu pokok kekabu ka? Akak dengar Che' Pon ni suka sangat dok kat pokok kekabu.. :fun ...

nak nyampuk sket.. dah berapa hari dah berkuntum kat sini bila ada masa terluang kat opis nih..
pasal pokok kekabu nih.. dulu area puchong tu kampung ada lombong ikan dan byk lombong tinggal pun. sungai pun ada - ms saya kecik sungai situ still jernih airnya dan ikan tigerbarb mmg banyak - berenang sama dgn kitaorg dlm sungai tuh..
anyway ms tu pakcik sy still single - bawak makwe dia ke rumah nak kenalkan dgn mak dia ler... so dah abih sesi kenal mengenal merangkap makan malam tu - dia pun kuarlah nak antar makwe dia balik umah dia yg adalah dlm sekilometer gitu.. route ke rumah makwe dia nih mmg kena lalu tepi sungai yang ada banyak pokok kekabu nih.  so ms tgh berbasikal dlm suasana romantik di bawah sinaran bulan purnama skali awek bergown putih dgn rambut mayang mengurai yg xpenah syampoo conditioner lagi ler jauh pun nak join sama.. melayang layang sambil mengilai ngilai...
haa apa lagi.. pakcik aku sampai tak cukup kaki kayuh beskal dia ... skali ....bushhhh langsung masuk sungai!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 05:03 PM | Show all posts
siape_aku posted on 9-9-2013 03:38 PM
pokok seperti dalam gambar yg ditepekkan tu, tolong....tolong dan tolong jangan biar ade dalam kawas ...

so, betul la ada 1 masa tu anak aku kecik lagi
asik menangis je malam2..bila ada 1 org ni datang mengubat
mula2 sekali dia suruh buang pokok ni
mmg dia pun ckp pokok tu tempat benda2 tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 05:04 PM | Show all posts
@akakbosan...seram lah tred ni
tak penah saya baca mana2 tred seram mcm ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 05:06 PM | Show all posts
akakbosan posted on 12-9-2013 03:33 PM
Kisah Rumah Akak Pt 8

(sambungan -- Maaf momod kalau posting ni takde kena-mengena dengan insiden ...

Kadang2 Allah bagi sesuatu masalah tu supaya kita mendekatkan diri dengan Allah. Bagus nya B, syukur alhamdulillah, hatinya di masjid sekarang dan banyak beribadah..

Boleh tanya siapakah org alim di utara tu dan lokasi? masih hidupkah org tu? bukan apa.. mungkin (termasuk saya) ada juga yg ingin berjumpa dgn guru sebegitu di bahagian utara tanah air. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 05:48 PM | Show all posts
maaf ye..sape pernah makan kt restoran d cengkih?..apsal ye lepas ry xbuka2 kedai ni..rindu nasi lemak dia........ampun mod off topic..xtaw nk tya sape..xda notis pun bila mahu buka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2013 08:30 AM | Show all posts
laila_zi posted on 11-9-2013 09:35 PM
kuat semangat akakbosan. masa saya kerja dkt WIM dulu, masa tu masih kat kaw rumah semi d dkt rumah  ...

WIM tu kat Jalan Abang Haji Openg, dekat dengan Taman Rimba Kiara tu kan? Akak pikir2 kalo orang yang duduk TTDI Hills tu acanerrr la pulak ek... Kalo yg "urban" tak dikelilingi hutan banat pun dan angker tempat playground Che' Pon (still x leh nak lupa citer Che' Pon Radicare) ... inikan piuler, dak? Banyak pokok2 dia nak bertenggek kat atas bukit nun ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:32 AM | Show all posts
puankhairil posted on 12-9-2013 05:48 PM
maaf ye..sape pernah makan kt restoran d cengkih?..apsal ye lepas ry xbuka2 kedai ni..rindu nasi lem ...

salam, kedai nih suka hati nak bukak taknak bukak... haishh.. kdg2 tension gak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 08:34 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 12-9-2013 01:57 PM
agaknya mamat nepal ni xde niat nk bunuh diri...just nk tarik perhatian...
skali tergelincir...mela ...

Kat TTDI ni dah kuar la desas-desus (dari sumber dipercayai) kenapa mendiang Nepali tu rasa tertekan sampai nak turujun bangunan... Katanya dia "unstable" tapi tak tahulah kalo saja2 orang cakap mcm tu pasal dia disebabkan apa yg dia buat pagi tu or ya betul dia "unstable".  Still.. akak rasa ini on topic... coz org terjun bangunan ni membangkitkan seriau dan seram dalam diri akak..

Kalo tak momod...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:36 AM | Show all posts
puankhairil posted on 12-9-2013 03:48 PM
maaf ye..sape pernah makan kt restoran d cengkih?..apsal ye lepas ry xbuka2 kedai ni..rindu nasi lem ...

x lama lg bukak la tu...
sama mcm tmpt aku ni....org jual sate...lama gile x bukak...
frust aku sbb dh tingin nk mkn kan...
tup2 minggu ni br depa bukak semula...pya la lama cuti kan
biasa la lps raya...byk benda nk prepare...
sok2 bukak la tu...rajin2 la usha yek

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.124827 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list