CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LabuLabi69

[PELBAGAI]KISAH AKU,AKU DAN AKU ( Updated 02.03.2018) - Sesat Dalam Kampung

[Copy link]
 Author| Post time 21-4-2017 12:11 PM | Show all posts

Gangguan Perempuan Dalam Pantang - Kisah Dari Seorang Teman-

Edited by LabuLabi69 at 21-4-2017 12:13 PM

Makhluk halus ini amat suka mengganggu perempuan yang berada di dalam pantang kerana perempuan di dalam pantang masih ada nifas dan belum bersuci lagi maka makhluk ini suka. Lagi satu perempuan di dalam pantang sering di ganggu oleh jin dan iblis ini kerana perempuan lepas melahirkan semangatnya kurang kuat berbanding manusia normal yang lain.

Assalamualaikum semua, saya nak berkongsi cerita seram yang terjadi pada saya sendiri, kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lepas. Masa tu saya dalam pantang anak ke-2 saya. Masa dalam pantang saya akan sentiasa tido diruang tamu bersama suami, anak sulung saya yang berusia setahun 9bln dan abah say. Saya tido betul2 rapat ke dinding bilik adik perempuan saya. Memang badan saya dapat rasakan dinding bilik adik saya. Orang tua2 kata masa dalam pantang dan masih ada nifas jangan tido terlentang, makhluk halus ni akan mudah mengganggu dan masuk dalam badan kita.

Lantai batu marmar dari dapur ke ruang tamu rumah saya ni pecah dan bila berjalan akan ada bunyi marmar tu berlaga. saya ni jenis kalau tido macam mana nyenyak sekali pun kalau ada bunyi orang bukak pintu sekali pun saya akan sedar. Nak dijadikan cerita masa saya tengah tido saya dapat rasakan macam ada orang berjalan mengelilingi tempat tido saya ni. Saya betul2 dapat rasa macam ada kibasan kain disetiap hujung kaki kiri kanan dan kepala saya.
Dalam saya masih memejam mata masa tu saya terfikir, “sapa pulak yang dok berjalan keliling aku nie?” Dalam pada mata saya masih terpejam saya cuba gerakkan tangan kiri saya untuk pastikan yang saya masih tido betul2 dekat dengan dinding. Sah, tangan saya gerakkan cuma ada ruang seinci je dah dapat merasakan dinding bilik adik saya. Dah tu, sapa pulak yang dok berjalan mengelilingi saya tadi? Kalau nak diikutkan memang takde ruang langsung sebab badan saya betul2 rapat dengan dinding tu.

Saya mula rasa tak sedap hati. Dalam masa saya pejam mata dan berfikir tu tiba2 saya rasa macam ada orang menindih atas badan saya. Berat sangat sampai saya tak boleh nak bernafas. Saya cuba bukak mata nak tengok apa benda yang ada atas badan saya tapi mata saya tak boleh nak bukak. Puas saya cuba tetap tak boleh. Saya cuba nak bersuara panggil abah saya, tapi suara saya macam tersekat. Saya tak boleh nak bersuara, saya cuba untuk keluar kan suara panggil abah saya tapi macam ada benda yang sekat suara saya.

Dalam pada masa saya nak besuara tu tiba2 saya dapat rasakan ada muka mengadap betul2 dengan muka saya. Saya dapat rasakan nafas dari muka tu dan dalam masa yang sama saya terdengar suara berbunyi “hrmmmm”. Suara tu garau sangat, saya dah mula rasa takut saya cuba sebut “allah huakbar” berulangkali saya cuba sambil menolak benda yang menindih badan saya. Akhirnya saya dapat jugak menyebut allah huakbar serentak dengan itu saya dapat rasakan badan saya mulai ringan. Saya terus bukak mata dan lihat sekeliling ruang tamu, dalam keadaan ketakutan tu saya cuba bangun untuk pastikan posisi tido saya tadi. Memang kompom saya tido rapat kedinding dan suami, anak dan abah saya sedang nyenyak tido.

Esoknya saya terus cerita pada mak saya tentang kejadian yang saya alami malam tadi. Mak saya terkejut dan bertanya keadaan saya. Mak saya tanya adakah malam tadi saya tido terlentang? Saya cakap ye sebab badan saya lenguh tido mengiring. Mak saya kata memang benda tu suka kacau perempuan dalam pantang tido terlentang. Nasib baik benda tu tak ganggu baby saya kalau tak lagi bermasalah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2017 01:48 PM | Show all posts
adehh siap ada gambar..terkujap kejap..ilang semangat den ..huhu..nasib la baca siang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Best bace! Thanks tt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 12:30 PM | Show all posts
Allah..terkejut tgk gambar..dah la gambar makhluk tdo bawah katil tu buatkan rasa nak buang semua katil..huhuhu...
best cerita TT..seram sejuk rasa badan..tapi nak baca jugak..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 02:42 PM | Show all posts
TT sambung la lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 05:44 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 20-3-2014 05:31 PM
Kelihatan mak aku dengan kak iton berborak rancak , lalu aku ketuk pintu dan masuk ke rumah , lalu m ...

best nye pengalaman tt ni..tp kalau sy yg nmpk benda ni confirm fobia smp skang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh..dah la dlm pantabg plak ni baca...tdo berdua je ngan ank...suami ngan ank sulung tdo bilik lain...huhu..salah thred ku bkk ni...huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 07:52 PM | Show all posts
Scaryy dehh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 09:01 AM | Show all posts
Seram sungguh cerita nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2018 09:36 AM | Show all posts

Sesat Dalam Kampung - 02.03.2018

Edited by LabuLabi69 at 2-3-2018 09:57 AM

Kisah ini terjadi semasa arwah ayah masih lagi ada bersama kami. Kalau tak silap saya pada sekitar tahun 80 an. Rumah saya ini terletak dihujung kampung. Senang cakap kat ulu-ulu lah. Yang paling hujung tepi hutan itulah rumah kami. Rumah ini asalnya dibina oleh arwah atuk selepas itu arwah ayah tambah-tambah hinggalah menjadi rumah batu.


Untuk ke rumah kami setelah masuk kampung makan masa lebih kurang 10-15 minit. Ini kerana pada waktu itu jalan tanah berlopak-lopak. Kalau laju je boleh kemalangan atau rim tayar boleh rosak. Sekarang dah tukar menjadi jalan tar. Pada waktu malam lorong tu memang gelap manalah ada tiang lampu. Kalau melalui berdekatan dengan rumah jiran adalah sedikit cahaya.Kerana rumah kami dihujung sekali, jarak rumah jiran yang paling dekat adalah lebih kurang 150 meter.

Pada hari kejadian itu saya telah meminta ais krim dari Mak sejak saya pulang sekolah. Mak kata tunggulah bila Ayah balik dari kerja boleh belikan. Kedai memang jauh, jadi kalau nak berjalan kaki memanglah tak larat. Pada petang hari ayah tak pulang-pulang dari tempat kerja. Memang selalunya kalau waktu petang Ayah tak balik itu bermakna Ayah kerja over-time lah.

Selepas masuk waktu Maghrib, Ayah masih lagi belum pulang. Selesai solat Maghrib saya dah mulalah tunjukkan mula menangis. Mak yang tak sampai hati menyuruh kakak naik motor dan hantar saya ke kedai. Saya ada tiga adik beradik. Abang saya yang tengah kurang sihat maka terpaksalah Kakak yang menghantar saya ke kedai.

Kami bertolak lebih kurang jam 8 malam. Perjalanan ke kedai tiada masalah. Kami ada terserempak beberapa orang kampung yang dalam perjalanan menuju ke tempat tujuan masing-masing. Malam itu bulan tidak kelihatan, mungkin awan yang tebal membuatkan ia tenggelam. Saya ingat lagi, betul-betul apabila kita sampai hujan mula turun dengan lebat sekali.

“Kak, macammana ni hujan dah turun? Macammana kita nak balik?”

“Kita gi beli aiskrim dulu, nanti reda lah hujan ni.”

Kami adik-beradik sebenarnya memang pantang nampak aiskrim. Duit yang dibekalkan oleh Mak kami habiskan kesemuanya dengan membali aiskrim. Sejam, dua jam telah berlalu dan hujan masih belum berhenti.

Kami tak tahu tetapi sebenarnya Mak dan Ayah sangat risau. Ayah telah keluar mencari kita tetapi tidak jumpa. Ahh kenapa tak jumpa? Mari saya ceritakan.

Lebih kurang pada jam 10 kami membuat keputusan untuk balik kerana dah malam sangat. Hujan mula berkurangan pada ketika itu. Kakak tunggang motosikal lebih perlahan lagi kerana hujan. Tak lama kemudian kita nampak ada seorang budak perempuan sedang berjalan.

“Kak siapa tu malam-malam jalan kaki dalam hujan ni? Tak takut ke dia?” Ujar saya.

“Entahlah dik, Kakak pun tak tahu.”

Kami agak prihatin akan keadaan wanita ini yang berjalan seorang diri pada waktu malam di lorong yang gelap gelita. Tetapi kerana motor pun muat dua orang aje dan waktu pun dah lewat malam kami batalkan niat untuk menolong wanita tersebut.

Yang kami tak tahu ialah pada waktu itu yang ayah dah pergi ke penghujung kampung dan balik semula ke rumah kami tetapi tak nampak pun batang hidung kami pada waktu itu. Ayah dan Emak mula panik. Emak ceritakan pada kami.

Setelah lebih kurang 10-20 meter kami melepasi wanita tadi kami nampak lagi wanita tersebut. Perkara ini berulang-ulang sehingga saya sendiri tak ingat dah berapa kali kami melepasi wanita itu. Memang kami berdua sangat-sangat takut pada ketika itu.

“Kak… Kita ni sesat ke? Kenapa tak sampai-sampai laig kak? Kenapa kita asyik jumpa perempuan tu kak?”

Kakak hanya mengatakan: “Shhhhhhhhhhhhhhh.”

Kemudian tak lama selepas itu kami dengar:

“Nak kemana tuuuuuuuuuuuuuu?” Diikuti dengan hilaian yang sayu tapi sangat-sangat menyeramkan. Saya peluk Kakak sekuat-kuatnya dan saya ingat pada ketika itu kami berdua baca semua doa-doa dan ayat-ayat yang kami hafal. Beberapa saat selepas itu kami terjatuh dan saya pengsan.

Akak menceritakan selepas terdengar hilaian yang menyeramkan itu Kakak nampak betul-betul dihadapannya wanita tadi berdiri menghadap motor. Kerana ketakutan Kakak cuba mengelak dan hilang kawalan motor. Motor yang kami naiki terlanggar batu dan kami tercampak dan pengsan.

Kami dijumpai oleh orang kampung yang datang bersama Ayah menolong mencari kami. Bila tersedar sangatlah takut saya hanya pekik tolong-tolong. Kami cedera ringan tetapi trauma daripada peristiwa itu menghantui kami berdua agak lama. Kami takut untuk kemana-mana seorang diri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:51 AM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 2-3-2018 09:36 AM
Kisah ini terjadi semasa arwah ayah masih lagi ada bersama kami. Kalau tak silap saya pada sekitar t ...

terima kasih tt sudi berkongsi cerita
x boleh bayang kalau balik malam2 jadi macm tu haish seram2
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 04:11 PM | Show all posts
tt lagi dan lagiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2022 11:18 AM | Show all posts
hai semua!!!! miss me?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
LabuLabi69 replied at 29-9-2022 12:18 PM
hai semua!!!! miss me?

Hai TT, welcome back!
Semoga rajin2 update yer boleh I bagi tacang nanti

Nanti I baca dan rate your thread yer,
Take care
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 02:03 PM | Show all posts

welcome back !!!! ada cerita baru tak ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.384217 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list