CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

gossip artis HOLLYWOOD~BOLLYWOOD~MALAYWOOD

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-7-2006 03:07 PM | Show all posts
Fauziah Latiff kembali menggugat
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


CERITA artis kahwin cerai dalam dunia hiburan makin `bermaharajalela'. Tentunya golongan artis sendiri diburu kebimbangan kerana keadaan ini boleh membuatkan masyarakat menyalah anggap bahawa rumahtangga artis tidak akan mampu bertahan lama.

Apabila soalan sebegitu diajukan kepada Fauziah Latiff atau Jee, dia hanya tersenyum dan tidak lekas melatah.

"Perkahwinan dan perceraian selalu berlaku dalam masyarakat dan membabitkan semua golongan. Cuma yang lebih mendapat liputan selalunya hanyalah artis dan selebriti. Jadi nampaknya seolah-olah macam artis saja yang berkahwin dan bercerai-berai," katanya yang nyata semakin langsing.

Ketika ini, Jee semakin aktif menyanyi di sana-sini tetapi dia jarang kelihatan bersama suaminya, Johan Indot. Jadi timbullah desas-desus mengatakan mereka hilang keserasian untuk terus hidup bersama.

"Biasalah, Jee dah masak dengan tanggapan sebegitu. Memang itulah nasib menjadi public figure. Selama ini pun, kalau Jee ada persembahan, Johan tidak akan mengikut Jee kecuali kalau kami menghadiri majlis rasmi. Jee biasanya akan ditemani pembantu Jee dan tidak patutlah orang beranggapan begitu.

"Tapi apapun, Jee sedar, mulut tempayan kita boleh tutup, tapi mulut manusia memang susah," katanya.

Dalam usia 36 tahun, Jee gembira melihat dua anaknya membesar. Keadaan ini juga membolehkannya kembali aktif merakamkan album baru selepas puas menjadi pengkritik tetap dalam Malaysian Idol.


Album Pesona kini di pasaran

SELEPAS empat tahun tanpa album baru, Jee sudah bersedia untuk aktif kembali. Buat permulaan, dia merakamkan sebuah album khas lagu saduran yang mengumpul lagu hit ciptaan komposer Amerika Syarikat, Jim Brickman.

Album yang diberi judul Pesona berada di pasaran mulai hari ini (2 Julai).

Lagu berkenaan adalah Berjanjilah, Seindah Cinta, Dilema Mimpi dan Kekasihku. Jee turut memuatkan empat lagu lamanya yang diberi nafas baru iaitu Digamit Memori, Segalanya Berakhir Di Sini, Hari Yang Istimewa dan Sahabat.

"Saya membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk kembali. Badan saya makin langsing mungkin disebabkan banyak bersenam dan berlatih kick-boxing. Bagi saya stamina amat penting untuk aktif semula selepas empat tahun tidak menyanyi.

"Pemilihan lagu karya Jim Brickman itu adalah sebagai satu kelainan. Saya gembira kerana semua penulis liriknya adalah wartawan hiburan yang juga kenalan saya selama ini. Ia sebuah album yang istimewa dan belum pernah dihasilkan sejak saya menjadi penyanyi kira-kira 21 tahun lalu," jelasnya.

INFO: JEE

1. Fauziah Latiff atau Jee dilahirkan pada 5 Disember 1970 di Air Tawar, Perak. Dia mula menyanyi sejak di bangku sekolah ketika berusia 15 tahun lagi.

2. Album sulungnya, Digamit Memori muncul pada 1988. Hingga kini, dia memiliki 17 album rakaman dan dikenali dengan lagu Digamit Memori, Teratai Layu Di Tasik Madu, Dia, Batas Menanti dan Aku Sebutir Pasir. Dia pernah bergelar Penghibur Terbaik dalam Pesta Kingsway di RTM pada 1989.

3. Album terbarunya, Pesona, terbitan Firmzz Sdn Bhd menampilkan lagu saduran karya komposer dan pemuzik Amerika Syarikat, Jim Brickman. Selain nyanyian, Jee, 36, juga pernah mencuba bakat lakonan menerusi sitkom Lontong dan teater muzika Rubiah.

4. Meminati sukan lasak seperti selam skuba, menunggang kuda dan kick-boxing.

5. Jee pernah menjadi pengkritik Malaysian Idol untuk musim pertama dan kedua bersama Paul Moss dan Roslan Aziz.

6. Perkahwinan pertama Jee dengan Syed Budriz pada 1992 berakhir kira-kira tiga tahun kemudian.

7. Jee mendirikan rumahtangga keduanya bersama ahli perniagaan, Johan Indot pada 19 Jun 1997 di London dan dikurniakan dua cahaya mata, Jeffri Joaquim, 8, dan Jeremy Jay, 6.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 12:44 PM | Show all posts
saja gatal nk update pasal ct.... tetiba terasa miang je tangan nie.... hahahaha

kat KL sekarang nie - wartawan tgh tunggu ct & family dia datang - nk buat annoncement pasal kawin...

siap ada red carpet... adoi!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 12:48 PM | Show all posts
ok... dah datang....

ct & dk pakai baju kaler kuning.... hahaha....

sori ye kengkawan.... alex mmg tgh ter'excited nk update pasal diorang nih.... saje gatal.... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 17-7-2006 12:48 PM
ok... dah datang....

ct & dk pakai baju kaler kuning.... hahaha....

sori ye kengkawan.... alex mmg tgh ter'excited nk update pasal diorang nih.... saje gatal.... hahahaha


tak pe alex... ct dah buat announcement kan nak kawen dgn datuk k... kat bod gossip sedang hangat diperkatakan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by Elise2004_111R at 17-7-2006 01:05 PM


tak pe alex... ct dah buat announcement kan nak kawen dgn datuk k... kat bod gossip sedang hangat diperkatakan....


a'ah... alex tau pun sbb dok menjengah bod gossip laa.... hahahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 17-7-2006 01:10 PM


a'ah... alex tau pun sbb dok menjengah bod gossip laa.... hahahahaha.....


ooo alex pun jengah bod gossip jugak ek... wahhh very the hot lehh tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2006 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by Elise2004_111R at 17-7-2006 01:21 PM


ooo alex pun jengah bod gossip jugak ek... wahhh very the hot lehh tu


apa nk buat.... rumah alex x dapat tv3... so terpaksa laa jengah kat bod gossip..... hahahaha...

tapi x puas hati - sbb x dapat tgk muka ct tu.... mesti mengada2.... hahahaha.... alex pulak yg over.... hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 17-7-2006 01:25 PM


apa nk buat.... rumah alex x dapat tv3... so terpaksa laa jengah kat bod gossip..... hahahaha...

tapi x puas hati - sbb x dapat tgk muka ct tu.... mesti mengada2.... hahahaha.... alex pulak  ...

ian dapat tv3.....kalau dapat tengok pun tak kuasa nak tengok...hahahahaha
macam tak ada citer lain......:jeling:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 19-7-2006 01:12 PM | Show all posts
Shah Rukh-Sushmita together?

If everything falls in place then Shah Rukh Khan and Sushmita Sen might be seen together again after 'Main Hoon Naa'. It's again a Farah Khan film, titled 'Om Shanti Om'.

However this time, model Deepika Padukone, who's making her debut in this film, will play opposite Shah Rukh.

As per source, 'Om Shanti Om' is a remake of Rishi Kapoor starrer classic 'Karz', where SRK will play Rishi's role and Deepika will portray Tina Munim's role. And as per industry grapevine Sushmita Sen is being considered for the role, originally Simi Garewal had played.

However on asked, Farah Khan refused to divulge much about this film. She said, ""I don't know anything yet about my film, except the fact that Shah Rukh Khan is in it. I will not be able to confirm anything."

Shah Rukh Khan


Sushmita Sen
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 19-7-2006 01:25 PM | Show all posts
Shah Rukh
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 19-7-2006 01:27 PM | Show all posts
Shah Rukh may step into Salman抯 shoes!

Salman Khan's refusal may bring the two old friends Shah Rukh Khan and Aziz Mirza together again.

Couple of month back, when director Aziz Mirza approached Salman instead of close friend Shah Rukh Khan for a film, the Bollywood media was more than sure that something wrong going on between SRK and Mirza. And when media went crazy buzzing about SRK-Mirza rift, both SRK and Mirza remained silent, which further encouraged the gossipmongers.

However as per latest, Salman Khan has turned down Mriza's offer because of date problems. And it's being rumoured, Aziz Mirza has talked to Shah Rukh for the role.
And Shah Rukh, who of late has had spat with Bollywood biggies like Yash Chopra, Ram Gopal Varma and Amitabh Bachchan, doesn't want to make more foe in the industry and that's why when Mirza offered the role, Shah Rukh couldn't refuse him for some tactical reason. Planman Life will produce this film. As per source, Aziz Mirza will direct three films of the same banner.

Shah Rukh Khan & Salman Khan
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 19-7-2006 01:29 PM | Show all posts
Karishma Kapoor signed film!

Actress Karishma Kapoor signed film after a long gap.

Since her marriage with Delhi-based businessman Sanjay Kapoor, she has been in a self-imposed hibernation, and hasn't signed any new film. Though her 'Mere Jeevan Saathi' released some times back, but it was made quite earlier.

Recently there has been a rumour doing rounds that Karishma Kapoor soon will make a comeback in film. And she's hearing scripts now. The rumour also had it that Karishma has left her husband and shifted to Mumbai.

And as per latest, Karishma started her second innings with a Ram Gopal Varma film. Lolo will be seen in Ram Gopal Varma's 'Sholay' remake. The role has been specially written for Karishma. 'Sholay' remake will have Amitabh Bachchan as Gabbar Singh.

As per reports, Karishma, as returned to the tinsel town, many filmmakers including Aditya Chopra of Yash Raj banner are intending to cast her in their film.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2006 10:13 AM | Show all posts
RAJA GELEK KOYAK KERTAS SAMAN
TELUK INTAN: Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau, yang tidak puas hati dengan tindakan seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menyaman keretanya, mengoyak kertas saman itu di hadapan pegawai berkenaan kelmarin.

Kejadian berlaku sekitar 11 pagi ketika penyanyi berasal dari Bagan Datoh itu berhenti di hadapan sebuah kedai menjual alat muzik di Jalan Ah Cheong, dekat sini, untuk membeli tali gitar.

Seorang saksi berkata penyanyi itu yang menyedari pegawai penguat kuasa MPTI hendak menyaman kereta Toyota Camrynya, bergegas keluar dan bercakap sesuatu dengan pegawai berkenaan.

'Sebaik menyedari keretanya disaman, penyanyi itu bergegas keluar dan memarahi pegawai berkenaan,' kata saksi tersebut sebagaimana ditukil Berita Harian Malaysia, semalam.

Menurut beliau, penyanyi popular tahun '60-an dan '70-an itu, yang berang dengan tindakan pegawai itu kemudian mengoyak kertas saman di hadapan pegawai berkenaan.

Datuk M. Daud Kilau, yang masih tidak berpuas hati, lalu pergi ke pejabat MPTI di Jalan Sekolah, untuk membuat rayuan, tetapi ditolak.

Sementara itu, Datuk M. Daud Kilau ketika ditemui pemberita BHM di luar pejabat MPTI meluahkan perasaan kecewa dan sedih kerana seolah-olah beliau tidak bermakna lagi kepada masyarakat.

'Saya sudah memberitahu siapa diri tetapi malang sekali kerana dia tidak menghiraukan siapa saya dan terus mengeluarkan saman,' kata beliau. - BHM.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 11:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 20-7-2006 02:00 PM | Show all posts
tadi pagi i saw cable news,ada interview michael j fox....dia kena alzheimer disease.

he looks quite bad...body was trembling
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 20-7-2006 02:00 PM
tadi pagi i saw cable news,ada interview michael j fox....dia kena alzheimer disease.

he looks quite bad...body was trembling

dah lama lah dia kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2006 08:34 PM | Show all posts
Dah 25!
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Apa istimewanya Julai kepada penyanyi, Dayang Nurfaizah dengan menghadiahkan sebuah lagi kejutan untuk peminat setianya?

JULAI yang kembali bertandang membawa makna terlalu besar kepada penyanyi bersuara lunak ini. Pantas masa disingkap dan tanpa disedari Julai meletakkan satu lagi asas yang mengukuhkan nama Dayang di bidang seni.

Tujuh tahun bergelar artis, melawan arus industri seni yang ada pasang surutnya dan hari ini, Dayang mampu berbangga dengan pencapaiannya. Tidak keterlaluan jika dia dilihat sebagai ikon yang berjiwa kental.

Selepas tujuh tahun, apa lagi yang dicari penyanyi yang meraikan ulang tahun ke-25, hari ini?

揂lhamdulillah, apa yang Dayang inginkan dari segi penerbitan album, lagu juga diri sendiri sudah ditemui. Banyak perubahan yang Dayang lalui, ada ketika Dayang tersenyum mengenang detik awal di bidang seni.

揘aifnya Dayang ketika itu tetapi itulah hakikat. Manusia berubah dan selepas tujuh tahun, melalui pengalaman yang berliku Dayang bersyukur di mana Dayang berdiri hari ini,
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 21-7-2006 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 20-7-2006 08:34 PM
Dah 25!
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Apa istimewanya Julai kepada penyanyi, Dayang Nurfaizah dengan menghadiahkan sebuah lagi kejutan untuk ...



is she famous ?? thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 21-7-2006 08:42 AM



is she famous ?? thanks

yup she's famous
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 21-7-2006 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 21-7-2006 08:42 AM



is she famous ?? thanks

Abg Matz tk kenal??? :
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.533460 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list