CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CARI-LTS

Rakyat Malaysia Mudah Terpedaya Skim Cepat Kaya- Bank Negara Malaysia

[Copy link]
Post time 12-7-2016 01:01 PM | Show all posts
rakyat malaysia?
tolong sikit. orang melayu je yang bodoh. orang lain mana bodoh camni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2016 01:58 PM | Show all posts
ajak belajar buat legitimate bisnes guna platform offline online, banyak alasan

tapi kalo ajak join pelaburan forex, emas,dinar, kambing,lembu,lintah,dll  ... gerenti masuk

bila dah kena, kompang satu kampung diri terkena teraniaya ditipu

haram jadah meleis2 ni seme
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 02:43 PM | Show all posts
Satu perkongsian dari seorg reader SNTM mengenai AJ. Panjang sikit, tapi bagus utk fahami apa itu AJ dan boleh fahamkan sedara mara yg nak joinT.

Sila baca dengan tenang.
************************************
Mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, program Affiliate Junction yang dikendalikan oleh I Synergy International Sdn. Bhd. [1062594-W] (ISI) menepati ciri-ciri skim atau perkiraan piramid menurut Sek. 27A

Sebelum anda terkena, sila baca dan fahamkan ciri-ciri skim dan perkiraan piramid menurut Jadual CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID [Seksyen 27a] di dalam Akta AJL93 tersebut:

1. Kalau Affiliate Junction mengatakan ianya bukan merekrut, ia amat salah sekali , AJ sedang merekrut anda melalui individu dan perniagaan. Sebab kali ini rekrut bukan sahaja individu, tapi ISI menghendaki rekrut itu dilakukan kepada perniagaan seseorang individu.

Anda diarahkan ke SSM untuk mendaftar perniagaan untuk menjadi ahli skim pyramid AJ ini. Ini adalah suatu kelemahan dan perangkap untuk anda. Jika anda sudah terperangkap dan berkira-kira untuk ke tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, anda akan kecewa. Kerana perkara tuntutan gantirugi perniagaan (anda) ke atas syarikat pengendali skim piramid AJ ini akan ditolak oleh Presiden TTPM kerana ianya bersifat tuntutan perniagaan dan gantirugi terhadap barang yang dituntut (Lesen Affiliate Agency) bukan barangan pengguna yang biasa digunakan pengguna. Masa ini anda akan terkenangkan duit RM22ribu atau RM110 ribu anda yang telah hangus. Apakan daya, mereka lebih pandai menipu dari anda.

Rujuk interpretasi dalam Sek. 27A tersebut, 'orang' bukan sahaja individu, tetapi persatuan, pertubuhan, perniagaan dan sebagainya

2. Jika anda ada akses kepada Perjanjian Affiliate Agency (yang masuk 22 ribu) sila rujuk Jadual 1, komisen akan diberi atas perekrutan, dengan nilai 30%. Anda dapat affiliate (downline) yang masuk RM22 ribu, anda sebagai upline akan dapat RM6.6 ribu.

Bayangkan downline anda masuk RM110 ribu, anda akan makan duit haram RM33 ribu. Konon2 atas jualan lesen. Tapi dimanakah lesennya. Di manakah barangannya. Dalam kes ini anda akan terkena kali kedua. Program AJ tiada produk atau barangan yang nyata. Ia cuma lesen yang tak boleh dijual beli. Kali kedua anda ditipu pengendali skim piramid AJ.

3. Skim piramid biasanya tidak menyediakan kontrak (perjanjian) bertulis. Semua main janji mulut. Tapi dalam kes AJ ini, kontrak disediakan, tapi sebab anda tamak dan nak cepat dan tak reti membaca, anda akan secara sedar menandatangani kontrak (ataupun upline anda tolong sign dan tiru sign anda, sebab dia nak makan duit anda) yang berat sebelah di mana anda tak boleh tarik diri walaupun merasa tertipu.

Tak boleh dapat refund pulak tu, walaupun 50% jika rasa ditipu (Macam mana ISI nak refund, upline dah makan 30% duit anda). Ini memang skim piramid yang berselindung dengan kontrak. Ini memang ciri skim piramid. Anda ditipu kali ketiga

4. Mengikut Perjanjian Affiliate Agency, jika anda tak dapat affiliate (downline bongok) dalam masa 6 bulan, kalau tidak, tak dapat ganjaran (bonus pasif sahaja). Ini adalah motivasi untuk anda mencari downline-downline yang lain. Kalau tak, duit RM22 ribu atau 110 ribu anda hangus. Anda ditipu kali keempat

5. Ciri-ciri dan perkiraan skim piramid adalah anda boleh override ahli lain jika anda banyak duit (atau anda pergi pinjam Bank Rakyat RM150 ribu) Pembelian lesen adalah sehingga maksimum 110ribu.

RM110 ribu membolehkan anda beli pangkat QRAA di mana dapat pasang 5 lesen (kaki downline bodoh). Ini beli pangkat. Siapa duit lebih banyak dan lebih tamak, akan dapat override orang lain. Ini memang jelas ciri skim piramid mengikut AJL93.

6. Dasar bayar balik (refund) adalah tiada. Ini kerana terperangkap dengan para 3.2 di dalam perjanjian Affiliate Agency, di mana refund adalah strictly non refundable. Duit hangus. Tak boleh dapat balik dan anda akan dibuang dari skim ni. Disebabkan anda tak baca perjanjian atau sebab anda pindah duit di kaunter dan anda tak tengok pun borang perjanjian. Upline (yang makan 30% akan tolong tiru sign anda). Anda ditipu kali keenam.

7. Ciri dalam skim piramid ialah tiada buyback atau beli balik barangan anda (bukan ada barang pun) . Dalam kes AJ ini hanyalah lesen yang tak ada faedah. Dasar beli balik tiada dalam perjanjian AA ini. Sama seperti refund, jika nak jual semula Lesen (Ahli) maka refund tak akan diberi kerana terperangkap dgn perjanjian para 3.2. Duit lebur. Lesen AA pun tak boleh nak dipulangkan semula ke ISI. Anda ditipu kali ke sepuloh.

8. Ciri yang biasa skim piramid akan anda nampak tidak munasabah (atau anda tak nampak, sebab nampak duit) .

Kehendak skim tidak munasabah, sistem point belum diwujudkan. Skim Mykad Smart Shopper Programme (MSSP). Yang swipe Mykad tu, tapi sibuk mencari (rekrut) affiliate (downline). Merchant (kedai nak swipe kumpul point) pun baru 30-40 kedai je. Tak sibuk cari McDonald ke KFC ke untuk masuk jadi merchant. Kata skim register Mykad, mestilah kumpul pengguna dulu dengan banyak, bukannya cari agen (downline) untuk beli lesen.
Benda MSSP ini untuk cover sahaja. Bukan untung apa pun. Bonus pun sikit. Harga jadi mahal sebab nak compensate untuk kumpul point tu lah. Benda ini lah yang akan dicanangkan dekat prospek. Konon MDEC luluskan, JPN luluskan. Ini semua penipu. Skim piramid sekarang akan buat seolah-olah kerajaan bagi kebenaran. Anda kena tipu, sila marah kerajaan, bukan ISI. Sebab kerajaan bagi restu. Anda ditipu kali kelapan

Lagipun Lesen AA (Ahli skim piramid) tidak dapat dijual semula. Tak boleh refund untuk tarik diri

9. Ciri skim piramid kesembilan adalah anda tak boleh nak tarik diri .Pengunduran tidak dibenarkan. Tiada refund. Tiada buyback. Tak boleh return balik lesen. Terperangkap dgn perjanjian. Nak undur diri, duit fee hangus. Ni dah berapa kali kena tipu, 9 kali kan?

10 Ini memang sesuai untuk anda yang nak kaya cepat dan tamak. Peserta memang digalakkan beli lebih dari satu kedudukan, iaitu RM110 ribu, maksimum 5 lesen (untuk cari 5 downline bongok) dan dapat pangkat Qualified Regional Agency Affiliate (QRAA)
Lesen RM22 ribu pangkat Affiliate Agency (AA). Kalau seseorang QRAA dapat 5 lagi RAA bawahnya, akan dapat pangkat RAA, Regional Affiliate Agency .

Anda akan tercengang-cengang dengan FRAA, QRAA, RAA ini. Bunyinya hebat tapi hanyalah peserta skim piramid AJ yang dapat kumpul downline

Wang yang dah terkumpul (konon2 jualan) adalah 660 ribu dan RAA tersebut telah makan 130ribu hasil komisen rekrut pembeli lesen (downline)

Bayangkan berapa ribu orang yang dah ditipu dengan janji-janji manis AJ ini, dan berapa juta kerugian kepada Melayu (yang terhegeh-hegeh nak cepat kaya)

ISI tak ada lesen AJL93 (konon-konon ini bukan MLM dan skim piramid), dan yg menghairankan mengapa I Synergy Holding (ISH) apply lesen AJL93 dahulu?

Dan biarkan ianya expired tanpa diperbaharui dan ISH menggunakan ISI sebagai tangan pemasaran (marketing hand) untuk buat skim ini. (bukti anda boleh rujuk laman web AJ)
Banyak perkara mirip skim piramid yang dilabel semula.

Skim piramid jadi skim affiliate. Produk/barangan jadi lesen Affiliate Agency. Downline jadi affiliate. Peserta individu (kena daftar SSM) jadi peserta perniagaan. Komisen dapat downline jadi komisen referral.

Benda-benda ini KPDNKK pun pening. Jadi sebelum ISI tutup dan AJ ni melingkup. Baik anda buat aduan cepat. Nak tuntut di tribunal pengguna tak boleh pula.

Perniagaan ini tak sustainable, sebab ia bukan perniagaan, ia skim piramid
- I Am Groot -
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:44 AM | Show all posts
dulu2 skim cepat kaya..now forex... yg sanggup masuk kelas forex byr beribu2 pn ada.. kesian
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hani85 replied at 12-7-2016 01:01 PM
rakyat malaysia?
tolong sikit. orang melayu je yang bodoh. orang lain mana bodoh camni.

Non bumi ada juga masuk benda bullshit ni tapi scale tak seramai melayu lah. Melayu yang educated pun kena scam, apatah lagi melayu br1m rumah flat gaji minimum.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 01:03 PM | Show all posts
gam_gajah replied at 12-7-2016 10:58 AM
kawan aku seisi kuarga dgn ipar duai masuk tah baper ratus ribu la dlm mekah islamic hotel tu....

...

aku dapat bertalu2 wassap tentang kompeni ni..nasib xterpengaruh  sebab pulangan pendapatan xlogik sungguh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
NadineNajmie replied at 12-7-2016 01:00 PM
Check facebook Luqmanul Hakim Abd Rahim. Dia gali pasal skim2 ni. Kongsimakan.com, zenithgold etc.
...

Tqvm.......semerta ku cari
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 03:57 PM | Show all posts
hani85 replied at 12-7-2016 01:01 PM
rakyat malaysia?
tolong sikit. orang melayu je yang bodoh. orang lain mana bodoh camni.

wakakakakkaa....gelak berguling guling aku baca statement hang nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 12:29 AM | Show all posts
Nak buat mlm biskut ah. Tapi berapa level ye n cmne nak share profit tu? bape %?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
gam_gajah replied at 12-7-2016 11:42 AM
hahhhaha...

dia high post gak kat situ....tu yg aku pelik

Kata org tua2... cerdik tak bleh diajar   
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Samm_BM replied at 12-7-2016 02:43 PM
Satu perkongsian dari seorg reader SNTM mengenai AJ. Panjang sikit, tapi bagus utk fahami apa itu AJ ...

Thanks for sharing...  mesti dh buat research habis ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:38 PM | Show all posts
adik akak ada masuk skim ni.ada master dlm teknikal.akak tak marah orang yg nak masuk ni.cuma gunakan duit yg tak digunakan.contoh duit tu extra.katalah rm 3000.dapat rm 300.akak tanay bisnes apa yg boleh dpt 10 percent return.kalah bank, tabung haji n asb.dah tu buat skim ala asb.takleh keluar duit setahun kalau nak dpt 10percent.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:41 PM | Show all posts
maca main stok,future, forex, gold,unit trust.kalau untng  untunglah.masalah yg invest ni semua jual rumah.duit pencen , duit nak bayar kereta n rumah dia labur.orang kalau nak untung lebih kena amabik risiko.masalah duit life saving dia .risisko tinggi kalau investment rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:42 PM | Show all posts
tergadai rumah.n anak beranak merempat.main stok pun depa suruh beli dgn duit yg extra.yg tak ganggu life saving,rumah ,duit kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mlm x nak sbot ke,haio? ufund?pencil?luxor ape lgik,
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
hani85 replied at 12-7-2016 01:01 PM
rakyat malaysia?
tolong sikit. orang melayu je yang bodoh. orang lain mana bodoh camni.

Genneva tu bukan banyak cina ke yg kena
Kihkihkih  

Siapa paling tamak paling senang kena sck
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2016 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
amansihat replied at 16-7-2016 11:38 PM
adik akak ada masuk skim ni.ada master dlm teknikal.akak tak marah orang yg nak masuk ni.cuma gunaka ...

10%? Sikit nya
Baik diamkan je duit tu kat asb atau th
Institusi gomen selamat
Anytime bole keluar tak payah tunggu setahun
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesiapa tau pasal FX United? Skim cepat kaya juga kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 11:22 AM | Show all posts
Sebab kena tipu kerana nak cepat kaya. Sebab nak cepat kaya kerana pemalas dan bodoh
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.230426 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list