View: 3828|Reply: 49
|
[Tempatan]
Nafi RON95 naik 15 sen mulai 1 Februari
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kenaikan harga runcit petrol RON95 bagi Februari dikatakan sebanyak 15 sen manakala RON97 dan diesel naik 5 sen dan 20 sen, bermula tengah malam ini tular sejak pagi tadi.
Namun Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, perkara itu belum dapat disahkan lagi.
Khairul Annuar berkata, penentuan harga minyak di pam kebiasaannya dibuat berdasarkan harga sebenar pasaran oleh kerajaan.
“Kenaikan yang tular di laman sosial termasuk WhatsApp itu mungkin logik namun tidak semestinya tepat. Nilai sebenar kenaikan harga minyak di pam itu hanya akan diumumkan malam ini selepas mendapat maklumat rasmi saja,” katanya.
Berdasarkan spekulasi itu, harga bagi RON95 naik kepada RM2.25 berbanding RM2.10 seliter sebelum ini.
Harga RON97 pula naik kepada RM2.45 berbanding RM2.40 seliter manakala diesel ialah RM2.25 seliter berbanding RM2.05 seliter |
|
|
|
|
|
|
|
nak tunggu berita rasmi pukul 11.59mlm nanti ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kata tak sah lagi.. jangan percaya. Sekali nah kau... tgh malam.. harga tu jugak yg keluaq.. rakyat tak larat nak kena tipu dah oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
pukul 8 mlm dah diumumkan
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bukan 15 sen..bape??
20 sen |
|
|
|
|
|
|
|
Harga mmg naik kalau ikut trend harga minyak dunia. Tak payah buat2 terkejut:zz |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat plk 1 menteri vongok yg nafikan sekeras2nya kenaikan rega minyak masak sampai nk saman org yg viralkan....penyudah mmg rega tu yg kena bayar kat kaunter.....budus punya menteri cap ayam: |
|
|
|
|
|
|
|
ok fine, sy purcaya x naik harga..
kte tgk la seminggu dua lagi, naik ke idok? |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya nafi2 pastu tu lah yang kluar...
|
|
|
|
|
|
|
|
WTI jatuh...Brent jatuh...nak naik kepala tokak apenyerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa nak lari vogel kalau petrol tak naik harga? |
|
|
|
|
|
|
|
Harga minyak ‘mungkin’ naik esok, kata pengusaha
| January 31, 2017
PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dijangka naik lagi mulai esok, kata badan mewakili pemilik stesen minyak.
Bagaimanapun, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berkata pengumuman rasmi hanya akan dikeluarkan pada malam ini.
Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengulas pesanan di media sosial termasuk Whatsapp yang tersebar luas hari ini, yang meramalkan harga petrol RON95 naik 15 sen seliter kepada RM2.25, RON97 naik 5 sen kepada iaitu RM2.45 dan diesel naik 20 sen kepada RM2.25.
“Kemungkinan dijangka naik. Kalau ikut perkiraan, betullah. Tetapi secara rasmi kita tidak dapat lagi,” kata Khairul kepada FMT.
“Susah nak cakaplah. Yang tersebar di aplikasi Whatsapp ini belum rasmi,” katanya.
Bulan lalu, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen.
Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal, mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.
Jenis petrol yang paling banyak digunakan, RON 95, naik harga 2 kali dari September 2016 hingga November 2016, sebelum turun 5 sen pada Disember 2016.
Manakala harga RON97 naik 4 kali dan turun sekali sepanjang April 2016 hingga Januari 2017.
Diesel mengalami kenaikan sebanyak 5 kali dan turun sekali dari Jun 2016 sehingga Januari 2017.
Disember lalu, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam membayangkan kenaikan harga petrol pada tahun ini, berikutan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia dan prestasi lemah ringgit berbanding dolar AS.
“Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....menteri ayam semua menafi...last² real...terus senyap....ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
nasib aku dah isi penuh minyak motor pagi tadi sebelum sesak tadi
rm6 dptlah gie keje ulang alik 3,4 hari |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu sape ek? kemaruk kan? tak pulak dia lari
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mcm gini mmg tak salah la keputusan aku berbasikal ke tempat kerja,, babi punya menteri |
|
|
|
|
|
|
|
logik tapi tak tepat
maknanya bukan 20sen tp 30sen?
disaat2 automotive manufacturer bergelut dengan ekonomi, i saspek modenas masih buat untung kan
jualan motor mesti x terjejas..
i pun rasa nk bertukar kepada motor je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh..naik lagi..mmg masak lah rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
propa la semua ni.. mmg naik pny.. x pnh la kat malaysia bila ada ura2 pastu x jadi.. sakit hati la |
|
|
|
|
|
|
|
hujan2 ni, semua benda nak naik..
sayur..
ikan..
buaya...
minyak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|