CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: arinn

[Pelbagai] INFO ...Ejaan.....

[Copy link]
Post time 15-2-2017 11:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2017 10:05 AM | Show all posts
Kesalahan Ejaan : Pola Keselarasan Vokal
Rumus: Terdapat sebanyak 18 polakeselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu, iaitu:
  
Bil
  
Pola
Contoh
  
1.
  
a  -  a
asal, basah, pakai
  
2.
  
a  -  i
asing, baik, sakit
  
3.
  
a  -  u
asuh, datuk, karut
  
4.
  
e pepet  -  a
emak, kelar, temberang
  
5.
  
e pepet  -  i
benih, lebih, sembelih
  
6.
  
e taling  -  u
belum, telur, temenggung
  
7.
  
e taling  -  a
entah, telan, tembelang
  
8.
  
e taling  -  e  taling
gelek, heret, selekeh
  
9.
  
e taling  -  o
elok, esok, selekoh
  
10.
  
i  -   a
ikan, minat, selinap
  
11.
  
i  -   i
bilik, pilih, sisik
  
12.
  
i  -   u
cium, riuh, tiup
  
13.
  
o  -   a
olah, otak, sekolah
  
14.
  
o  -  e  taling
boleh, korek, celoteh
  
15.
  
o  -  o
botol, kotor, kelompok
  
16.
  
u  -  a
ubat, kulat, ketupat
  
17.
  
u  -   i
usik, pulih, tulis
  
18.
  
u  -  u
ukur, buluh, tengkujuh
  
Salah
  
Betul
  
1. Untuk menghilangkan batok yang melampau, minumlah ubat  minyak kelapa dara.
  
Untuk menghilangkan batuk yang melampau, minumlah ubat  minyak kelapa dara.
  
2. Pemandu dinasihati supaya  memperlahan kenderaan di lencungan itu.
  
Pemandu dinasihati supaya  memperlahan kenderaan di lencongan itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2017 10:09 AM | Show all posts
Kata Tugas
Golongan katayang keempat dalam bahasa Melayu ialah kata tugas. Kata tugas berbeza dengankata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Hal ini dikatakan demikian keranakata tugas tidak boleh menjadi inti frasa. Sebaliknya, kata jenis ini hanyamendukung sesuatu tugas tertentu  dalambinaan ayat, klausa dan frasa. Selain itu, kata tugas tidak boleh didampingikata bilangan, kata bantu atau kata penguat.
Kelompok Kata Tugas
Kata tugasdibahagikan kepada empat kelompok utama seperti yang berikut:
  
Kelompok
  
Jenis
Contoh
  
1. Kata  Penyambung Ayat
  
1. Kata hubung  gabungan
dan,  lalu, tetapi, atau, malahan, sambil, serta, kemudian
  
  
2. Kata hubung  pancangan keterangan
kerana, agar,  meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga,  jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, untuk,  walaupun, sungguhpun, apabila
  
  
3. Kata hubung  pancangan komplemen
untuk, bahawa
  
  
4. Kata hubung  pancangan relatif
yang
  
2. Kata  praklausa
  
1. kata seru
  
2. kata tanya
  
3. kata  perintah
  
4. kata  pembenar
  
5. kata  pangkal ayat
aduh, amboi,  cis, oh, eh
  
Berapa, bila,  siapa, apa
  
Jangan, usah,  sila, minta
  
ya, benar,  betul,
  
hatta, maka,  alkisah
  
3. kata  prafrasa
  
1. kata Bantu
  
2. kata  penguat
  
3. kata penegas
  
4. kata nafi
  
5. kata pemeri
  
6. kata sendi  nama
  
7. kata arah
  
8. kata  bilangan
telah, sudah,  pernah
  
sangat, amat,  sungguh
  
lah, tah, kah,  juga, lagi
  
bukan, tidak
  
ialah, adalah
  
di, dari,  kepada, pada
  
atas, antara,  tepi, bawah
  
dua, ketiga,  ketiga-tiga
  
4. Kata  pascakata
  
1. Kata  penekan
  
2. Kata  pembenda
sesungguhnya,  nampaknya
  
Lajunya,  sakitnya,
Masalah Penggolongan Kata
Masalah yangsering dihadapi oleh pengguna bahasa ialah golongan kata yang seringberubah-ubah apabila digunakan dalam ayat. Ada perkataan yang tertentu berubah kepadabeberapa golongan kata yang lain. Lihat contoh-contoh yang berikut:
Penggunaan kata dalam
  • Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa kita mesti bertindak dengan     segera.
  • Perigi yang terletak di tepi sawah     itu sangat dalam.
  • Ketika guru disiplin sampai, hanya     mereka berdua berada di dalam bilik kelas itu.  
Dalam ayat-ayatdi atas, kata dalam dalam ayat pertama ialah kata tugas, iaitukata sendi nama. Hal ini demikian kerana kita tidak boleh meletakkan katapenguat, kata bantu atau kata bilangan untuk mendampingi kata berikut seperti *sangatdalam hal ini, telah dalam hal ini, atau lima dalam hal ini. Kata dalamdalam ayat (2) sememangnya dapat disertai kata penguat. Oleh itu, kata tersebutialah kata adjektif. Dalam ayat (3) pula, kata dalam ialah katanama yang bermaksud ruang. Kata ini dikatakan kata nama kerana kata ini hadirselepas kata sendi. Selain itu, kata nama hadir selepas kata sendi nama. Ingat!Dalam bahasa Melayu, selain kata bilangan sebagai penentu kata nama, kata sendijuga boleh menjadi penentu  bagi katanama. Tegasnya, kata dalam dalam ayat (1) ialah kata sendi, dalamayat (2) kata adjektif, dan dalam ayat (3) ialah kata nama.
Dan dan Serta
Banyak pengguna bahasa yang keliru tentang penggunaan kata dan dan serta. Sebenarnya, kedua-dua kataitu tidak dapat bertukar ganti dalam penggunaannnya walaupunkedua-dua kata itu ialah kata hubung gabungan. Hal ini dikatakan demikiankerana fungsi dan maknanya berbeza.
Kata `dan’ ialahkata hubung gabungan. Dari segi fungsi, kata ini menghubungkan dua perkataan,frasa atau ayat. Contoh:
(i)                Ibu dan ayah akan ke Mekah pada tahun ini.
(ii)              Sayaakan mencipta lagu sekolah kita danmenulis liriknya.
(iii)            Dalammajlis itu, ada orang yang beryanyi danada orang yang menari.
Kata `serta’ ialah kata hubung gabungan juga.Walaupun berfungsi sebagai kata yang menghubungkan kata atau frasa, makna yangdidukungnya lebih luas daripada kata `dan’.Dengan maksud yang lebih mudah, makna `dan`terkandung dalam kata `serta’. Lihatbeberapa makna kata `serta’ sepertiyang di bawah ini:
(i)                dan juga atau dan:
Ayat contoh:
  • Puan Salmah merupakan guru     Bahasa Melayu yang baik serta rajin.
  • Puan Salmah merupakan guru     Bahasa Melayu yang baik dan juga     rajin.
  • Puan Salmah merupakan guru     Bahasa Melayu yang baik dan rajin
(ii)              bersama dengan atau dengan:
Ayat contoh:
  • Puan Nurlina serta 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
  • Puan Nurlina bersama dengan  40 orang     murid akan melawat ke Langkawi
  • Puan Nurlina dengan 40 orang murid akan melawat ke Langkawi
(iii)  mengikut bersama sebagai temanatau sebagai pembantu; mengiringi; menemani:
Ayat contoh:
a.    Beberapa orang pegawai telah serta  beliau ke persidangan itu.
b.    Beberapa orang pegawai telah mengikutbersama  beliau  ke persidangan itu.
c.    Beberapa orang pegawai telah mengiringi  beliau ke persidangan itu.
d.    Beberapa orang pegawai telah menemani  beliau ke persidangan itu.
(iii)            ikutatau turut bersama:
Ayat Contoh:
a.    Padahari tersebut,  saya tidak pergi serta kerana saya telah membuat janji temu dengandoktor.
b.    Padahari tersebut,  saya tidak pergi ikut kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor.
c.    Padahari tersebut,  saya tidak  pergi  turut bersama kerana sayatelah membuat janji temu dengan doktor.
Sebagai kesimpulannya, kata `dan’ dan `serta’ berbeza dan segi fungsi dan makna. Oleh itu, kedua-duaperkataan ini tidak boleh bertukar ganti dengan sewenang-wenangnya. Walaupun kata `dan’ bermaksud serta, kebanyakankata `dan’ tidak boleh digantikandengan kata `serta’. Tegasnya, kata`serta’ bukan sahaja sebagai katahubung gabungan, malah kata ini juga berfungsi sebagai kata lain, iaitu katakerja dan juga kata sendi nama.
Ketikadan semasa
`Ketika’ bermaksud masa (bukan semasa) atau waktu yang singkat.
`Semasa’bermaksud sama masa dengan atau pada ketika yang sama.
`Semasa’juga bermaksud sewaktu atau pada ketika.
Kesimpulannya, `ketika’ dan `semasa’ adaperbezaan makna atau tidak sama makna.
Contoh:
  • Saya     telah ke luar negara ketika masih     kecil.
  • Saya     telah ke luar negara masa masih     kecil.
  • Semasa ibu menuju ke     ruang dapur, abang perlahan-lahan melangkah ke luar.
  • Pada ketika ibu menuju ke ruang dapur,     abang perlahan-lahan melangkah ke luar.
            
Kata bantu bolehdan dapat
Kata bantu ragam bolehdan dapat berlainan makna atau fungsi. Kata bantu ”Boleh” membawa maksudkeizinan, manakala kata bantu dapat membawa maksud keupayaan. Lihat ayattersebut seperti yang di bawah ini:
1.Saya tidak bolehmengikuti lawatan ke Melaka kerana tidak mendapat kelulusan daripada majikan.(Keizinan)
2.Saya tidak dapatmengikuti lawatan ke Melaka kerana tidak mempunyai wang yang cukup. (keupayaan)
Justeru  itu
Penggunabahasa masih menggunakan rangkai kata “justeruitu” kerana menganggap bentuk itu sebagai betul. Bukan itu sahaja, masihbanyak pengguna yang menggunakan perkataan “Justeru” sebagai penanda wacana, sedangkan perkataan itu ialah katahubung.
Penggunaan rangkai kata “justeru itu” salahdari segi tatabahasa kerana perkataan ‘justeru” digunakan sebagai penandawacana yang bermaksud “oleh”. Perkataan ‘justeru’ sebenarnya bukan penandawacana, sebaliknya perkataan ‘justeru’ ialah kata hubung.
Menurtu Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan`justeru’ bermaksud kebetulan,tepat, kena benar. Ayat contoh:
1. Kenapa justerusekarang ini engkau harus pergi?
Perkataan `justeru’ juga bermaksud malahan atau bahkan. Ayat contoh:
2. Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru  saya memujinya.
3. Ayah tidak pernah mengabaikan kami sejak berkahwin lagi justeru ayah sentiasa mengutamakan kamidalam segala hal.
Denganperkataan lain atau dalam perkataan lain
Pengguna bahasasering keliru tentang penggunaan kata sendi nama dengan dan kata sendi nama dalam.Perhatikan ayat-ayat yang berikut yang dipetik daripada beberapa akhbar dinegara kita:
1. Dengan/ dalam perkataan lain, Islamdiasaskan dengan ilmu pengetahuan dan penjelasan fakta yang bernas, bukandengan doktrin yang rapuh atau paksaan.
2. Dengan/dalamperkataan lain, isu kebanjiran pekerja asing bukan mudah diatasi denganhanya satu tindakan. Masalahnya saling berkait yang memerlukan penyertaan semuapihak untuk menyelesaikannya.
Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama `dengan’ digunakan untuk maksud cara.Lihat ayat contoh yang berikut:
  • Saya memotong kek itu dengan menggunakan pisau plastik.
1(a) Saya memotong kek itu denganpisau plastik
1(b) Dengan menggunakan pisauplastik, saya memotong kek itu.
1(c) Dengan pisau plasti, sayamemotong kek itu.
Sekarang, marilah kita gantikan kata sendi nama dengan dalam ayat di atas dengan kata sendi nama dalam.
  • Saya memotong kek itu dalam menggunakan pisau plastik.
2(a) Saya memotong kek itu dalam pisau plastik
2(b) Dalammenggunakan pisau plastik, saya memotong kek itu.
2(c) Dalam pisau plastik, sayamemotong kek itu.
Lihatlah ayat 3 pula:
  • Saya akan menyatakan hasrat itu dengan menggunakan perkataan lain.
3(a) Saya akan menyatakan hasrat itu denganperkataan lain
3(b) Dengan menggunakanperkataan lain, saya akan menyatakan hasrat itu.
3(c) Dengan perkataan lain, sayaakan menyatakan hasrat itu.
Gantikan kata hubung `dengan’dengan kata sendi nama dalam:
  • Saya akan menyatakan hasrat itu dalam menggunakan perkataan lain.
4(a) Saya akan menyatakan hasrat itu dalamperkataan lain
4(b) Dalam menggunakan perkataanlain, saya akan menyatakan hasrat itu.
4(c) Dalam perkataan lain, sayaakan menyatakan hasrat itu.
Dengan menggunakan teknik analogi, kita dapatibahawa penggunaan kata sendi nama `dalam’tidak tepat dalam semua ayat tersebut. Kata yang yang tepat ialah kata sendinama `dengan’ yang membawa maksudcara. Pada asalnya, kata sendi nama tersebut ialah kata hubung pancanganketerangan. Namun, selepas berlaku pengguguran kata kerja `menggantikan` kata hubung pancangan `dengan’ telah bertukar fungsi menjadi kata sendi nama `dengan’ yang membawa maksud cara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 12:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2017 02:04 PM | Show all posts
KATA ADVERBA
Definisi
Kataadverbaialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasasendi nama.
JenisKata Adverba
Kata adverba terdiridaripada  empat jenis seperti yangberikut:
(a)     KataAdverba Jati
Kata adverba jati ialah perkataan yang sememangnya berfungsisebagai penerang kepada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasaadjektif dan frasa sendi nama. Teliti KAJ dalam ayat yang di bawah ini:
1.     Barangkali pegawai itu ketuanya.
2.      Azfaragaknya ketua murid baharu.
3.      Perkaraitu kelak akan kami bincangkan.
4.      Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.
5.      Pekerjaitu sering kali ke rumah orangtuanya.
6.      Hal initerjadi demikian kerana kehendakTuhan.
7.      Merekaberdua akan ke stesen bas sekarangjuga.
8.      Murid-muridtadika menjawab soalan guru secara serentak.
            
(b)     KataAdverba yang Asalnya Kata Adjektif
Kataadverba yang asalnya kata adjektif berasal daripada kata adjektif yangmenerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Teliti KAYAKA dalamayat yang berikut:
1.     Pemandangansungai mengalir lesu itu sungguhmenenteramkan.
2.      Kamiselalu ke perpustakaan dari rumah.
3.      Gadisyang tinggi lampai itu anak PakIshak.
4.      Dalamhal ini, Encik Malik kurangberhati-hati.
5.      Bunyi ketawa besarialah cara Pak Man berjenaka.
6.       Harunagak risau kerana ibunya sakit kuat.
7.      Pelajaritu hampir terjatuh ke dalam longkangsekolah.
8.      Sejakperistiwa itu, pegawai berkenaan seringdi pejabatnya.
(c)     Kata Adverba yang Asalnya Kata Kerja
Kata adverba yang asalnya kata kerja ialah perkataan yang asalnya katakerja yang berfungsi dalam ayat sebagai kata adverba. Teliti KAYAKK dalam ayatyang di bawah:
1.        Pemudaitu selalu di rumah bersendirian.
2.        Burunghelang itu mula terbang meninggi.
3.        Pingganmangkuk yang jatuh berderang kepunyaan Mak Limah.
4.        Ketamialah haiwan yang berjalan mengiring.
5.        Setiapmalam, Fazidah  tekun menelaah di biliknya.
6.        Sejakperistiwa itu, dia selalu ke tepi tasik menyendiri.
7.        Putih berseri kainbasuhan di jemuran rumah Mak Minah.
8.        Kulit orang itu hitam berkilatsetelah berjemur selama dua minggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus thread ini. Martabatkan bahasa mayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2017 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 12:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2017 04:19 PM | Show all posts
Penggunaan yang betul adalah CAP nama, bukan COP nama...as in rubber stamp...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2017 04:25 PM | Show all posts
seribulan replied at 3-3-2017 04:19 PM
Penggunaan yang betul adalah CAP nama, bukan COP nama...as in rubber stamp...

...itulah namanya betulkan yang biasa....biasakan yang betul.....kan kan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ejaan bahasa melayu dahulu kebanyakkanny dipengaruhi oleh bahasa arab dan tulisan jawi..sebelum kedatangan barat msyarakat melayu menggunakan sepenuhnya tulisan jawi dlm apa2 urusan..apabila org barat datang menjajah ke alam melayu seperti British ke Tanah Melayu dan Belanda ke Indonesia, mereka telah cuba mentransliterasikan tulisan jawi kepada tulisan rumi dengan menggunakan tulisan latin..mereka ingin menukar tulisan org melayu walaupun sebenarnya org melayu sudah memiliki tulisan yg sangat kukuh dan lengkap iaitu tulisan jawi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sistem ejaan bahasa melayu sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kedatangan kuasa barat ke alam melayu..sebelum kedatangan orang barat seperti british ke tanah melayu dan belanda ke indonesia, org melayu telah menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dalam apa2 jua urusan..kedatangan kuasa barat ini telah menukarkan tulisan rjawi kepada tulisan rumi dengan menggunakan tulisan latin..mereka telah menggiatkan penggunaan tulisan rumi walaupun ketika itu org melayu sudah memiliki sistem tulisan jawi yg lengkap..itu sebabnya tulisan bahasa melayu zaman dulu ditulis mengikut sebutan..cthnya che-rita = cerita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf tertulis 2x..sbb igt post yg pertama td x tersent..pointnya tetap sama..kedatangan org barat sbnrnya bukan hanya mengubah sistem tulisan di negara kita..malahan byk lg aspek yg diubah mengikut dasar mereka..tamadun melayu seperti tulisan jawi, bahasa melayu dan agama islam sebenarnya hampir dilenyapkan oleh mereka sedikit demi sedikit..buktinya akhbar-akhbar tulisan jawi seperti majlis, warta negara dan utusan melayu telah lenyap..utusan melayu yg dlu gah kita hanya menjadi sisipan sahaja..semakin ramai org melayu yg tidak tahu membaca tulisan jawi pd hari ini..mengapa ini berlaku?
oleh itu kita sebagai generasi muda harus sedar bahawa kita mengalas tugas yg sangat besar untuk memartabatkan bangsa kita..kalau kita tidak bangga pada warisan kita..siapa lagi?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 01:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 01:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.536586 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list